Budak ni demam sebenarnya
panas sejok panas sejok
macam Paim gak...
aiyoooooo
susah lah skrang nieH
ibu demam Jumaat lepas
bersambong plak kat Alieyah......
moga cepat semboh ye...
budimu tak mampuku balas berbanding pemberian aku...
kesabaranmu tak mampu kutandingi dengan kemarahanku...
air matamu adalah pantang larang hidupku...
walaupun sukar untukmu menjadikan kesedihan itu milik aku...
kehilanganmu mampu mengubah segala kegembiraan aku...
namun aku masih di sini mengharungi likuan kehidupan ini kerana
adanya kau untukku
pagi-pagi dah masak nasik goreng di Hari Thaipusam
bila menjelang malam...
masa ini saje...
saya sudah pandai buat Omellete...
Cik Ita..heheh..tak yah dah gi cafe....
mau order dengan saya..huhuhu.....
RESEPI OMELLETE ala adanyakauuntukku
2 Biji Telur
1 Biji Bawang Kecil
garam secukup rasa
Cara Memasak
1. Potong dadu bawang kecil
2. Pukul telur bersama garam sampai sebati
3. Panaskan kuali (kalau guna kuali non stick lagik bagus...tak yah guna minyak)
4. Tumiskan bawang kecil tadi..dah naik bau..masukkan telur
5. Kacau-kacau sampai nampak cam dia berketul-ketul
6. Agak-agak nak masak...biarkan kejap....
7. Gulungkan dia macam buat wrap...
Kaedahnya sama cam buat telur dadar
cuma telur dadar...kite letak sume dalam tu
kacau-kacau..masuk dalam kuali
terbalik-balikan sampai masak
tapi omellette ni kita kena kacau-kacau hingga hampir masa masak...
pastu gulung-gulung
Selain Omellete...ada sosej, french toast (hehehehe...tingat Puan Akak Salina buat..malam tu gak buat) dan juga popcorn chicken...
Di hari Sabtu...
buat Bihun Goreng pulak
gone lagik diet Atkins...
RESEPI BIHUN GORENG ala la la tok...
(anggaran untuk makan 2 org dewasa, 2 kanak-kanak)
2 ulas Bawang Putih
4 ulas Bawang Merah
2 biji telur
1/2 paket Bihun
Lobak Merah di potong kecik panjang-panjang
Bunga Kobis
Ayam
Kicap
Sos Tiram
Serbuk Lada Hitam
Cara Memasak:
1. Celur bihun goreng dalam air panas...Toskan
2. Gorengkan telor buat cam scramble egg
3. Tumis bawang merah dan bawah putih yang telah ditumbuk halus
4. Dah naik bau, masukkan ayam, lobak merah, bunga kobis
5. Letaklah kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam.
6. Bila dah masak ranum dalam kuali, masukkan bihun yang telah di celur tadi
7. Gaul sampai sebati.
8. Masukkan telur yang telah di goreng tadi...
pastu rasalah..sedap ke idak...
a.k.u kalau masak kurang garam dan gula...
dengan kata lain..mmg jarang letak garam dan gula...
so kalau terkurang masin....tambah kicap
kenapa tak de cili...
sbb ada sorang budak kat umah tu tak boleh makan pedas
ibu dah boring masak dua kali
so masak sekali harung...
sume leh makan
nak pedas...tambah cili sos..(diet Atkins...hanya sesudu je ye..tapi saya tak amik)
mudah kan...hehehhehe..
silalah cuba...berbaloi-baloi