Pages

Monday, February 28, 2011

Makan-Makan Finale | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

Kite org ada makan-makan kat Wau Penyu tengahari tadi
sempena penutup Club Committee 2010
a.k.u salah seorang darinya...
kite org kat department gilir-gilir
tak boleh giler kuasa ye anak-anak
so nak tak nak..
pasti satu hari..
akan jadi milikmu...

tahun lepas..
tak banyak sangat aktiviti
sume sibuk-sibuk belaka
tapi dalam kesibukan...
MAKAN-MAKAN tak pernah di lupakan..
ACARA WAJIB....

dah kata WAJIB
so finale nyer..kenalah makan-makan gak
review pasal makan-makan kat WAU PENYU esok-esok ye
cite pasal ape ada dengan  MAKAN-MAKAN FINALE

selain acara makan-makan...
ada lucky draws...11 lucky draws...
dan nama a.k.u naik lah gak
jgn kata AJK gile kuasa ye...
bukan kite org pun yang pick....
sume bosses-bosses yang buat cabotan
dapatlah a.k.u voucher SOGO...
selain tu...ada upacara TRIVIA....
ada tiga pemenang juga...
sume dapat voucher either COFFEE BEAN, MPH or SOGO ke? mmm
pastu...ada 4TH QUARTER BIRTHDAY BABIES CELEBRATION....
adalah potong kek sume
RED VELVET lagikk....yummmmyyyyy
pastu RECOGNITION AWARD & PENGUMUMAN committee baru...
lega rasa dah serah jawatankan...
tak de lah rasa bersalah..ha ha ha...

itu bukan cite yang sebenar...
yang sebenarnya...
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Alhamdulillah...
udah hampir soploh tahun a.k.u keje kat sini...
ni lah kali pertama a.k.u dapat recognition award
TIGA sekaligus
gila kuasa ok..
tapi tetap bersyukur.....
so kemenangan berganda di tahun baru...
moga banyak lagi rezeki datang mencurah-curah selepas ini
oh ye..selain dapat sijil..dapatlah $$$..
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
cukuplah belanja sampai akhir bulan...erk
awal bulan March pun lom mula kan....huhuhu
nampak sangat ok duit tak cokop kan
baru je dapat gaji 25hb ari tu

SO...kesimpulannya
a.k.u kena keje LEBIH KUAT lah lepas nieH...
mmmmmmm
skrang pun dah tak cukup tangan
sampai lupa nama org ataih (hampunnnn kak, tidak disengajakan)
saya hanya manusia biasa...
tak lari dari melakukan kesilapan
sorry again..

ok lah...
esok ada masa update pasal makan kat WAU PENYU ye...
selamat malam sume..

Sunday, February 27, 2011

I've been proposed | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

I've been proposed by 'somebody'
to have my own studio
mmmmm
a good offer
but then I felt
it's too fast to have one
but if I didn't grab this opportunity
it might be NO other offer after this...
should I or should not?

If I accept the offer
meaning
I have to spend more after this to furnish my own studio
I've to make sure my studio has a complete gadget
more $$$ to spend...


thinking..thinking...thinking...

Friday, February 25, 2011

MARAH dengan PEMANDU di jalan raya | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


Credit to Google

Napelah lately neiH
a.k.u asyik-asyik nak marah je
habis si Alieyah pun kena marah pagi petang siang malam...
ari ni a.k.u marah gak
on the way back to Sentul
dalam keadaan jammed gile
hujan lebat
ada manusia bodoh lagik yang berlagak nak mampus
macam ko sorang pakai keta besar
macam ko sorang bayar road tax
jatuh ke longkahkah maruah tu kalau bersopan-santun di atas jalan raya?
sebab ko pakai keta besar
ko boleh buat suka hati?

tolong hormat sikit org lain boleh tak?
ikot-ikot suka nak letak keta ko tengah-tengah line jalan tu
dari boleh masuk dua keta..
jadi satu keta je
semata-mata tak moh bg org potong lane dia...
busuknya hati

tapi bila dia
suka-suka hati potong line org
masuk lane tanpa signal....
boleh pulak!!

mmg macam ni kot rakyat Malaysia
bila ada keta besar..
mula tunjuk lagak atas jalan raya
mula tunjuk bagos bila memandu kereta besar...

bukannya amik masa sejam pun kalau ko bg laluan kat org lain
bukannya berdosa pun ko berhenti sekejap bg org pintas ke lane lain...
bukannya ko sorang saja tak suka jammed...

TOLONGlah
jaga lah maruah rakyat Malaysia
malu tau kalau pelancong-pelancong tgk
a.k.u yang rakyat Malaysia pun malu tau tgk perangai org tak tentu hala nieH...

kang kata rakyat Malaysia ni kurang ajar
ramai melatah
ramai melenting

tapi ni lah hakikatnya
org buat laporan tu berdasarkan fakta
bukan suka-suka

pemanduan kereta di atas jalan raya tu pun di ambil kira..

a.k.u marah
tapi pada masa yang sama
a.k.u ingatkan diri sendiri
jauhi a.k.u dari berperangai begitu..

renung-renungkan ye

Hari ini Hari Apa? | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

HARI INI HARI JUMAAT CIKGU..

tapi hari ini bukan setakat hari JUMAAT sahaja
tapi hari yang pastinya staff yang keje kat opis a.k.u berseri-seri wajahnya
dan hari ini juga...rehat panjang dan ada warehouse sale kat SOGO
so kekdahnya..pasti tepat jam 12.30 hari ini
opis akan KOSONG...
tepatkah tekaan ku hari ini?

huhuhu

tapi bagi a.k.u
bila tanggal 25 setiap bulan
benda ni menjadi keutamaan a.k.u


Bil ASTRO, api, air, maintenance, TM, UMobile, P1
dan kali ni dah dapat bil CUKAI TAKSIRAN daripada DBKL....
nampak tak BUKU LATIHAN tu
haaa
tu bukan saja-saja kat situ...
tapi ianya juga BIL ok...
BIL YURAN si Alieyah kat sekolah dia
tiap-tiap bulan..dapatlah BUKU tu..
dalam tu tulis YURAN Alieyah termasuk OT..
bulan ni OT banyak sikit dari bulan lepas
mmmmmm
OT kat dia je lah ibu kena bayar
tapi ibu yang berOT kat opis nieH
mmmmm
harus lah di claim gamaknya bulan ini

oh ya..
Wahai kawan-kawan sekalian yang bekerja sama tempat ngan a.k.u
korang dah claim FLEKSI...
jgn lupa ye
ada lah nanti duit lebih bulan depan..
jgn lupa
tarikh tutup 28 February 2011 ye
a.k.u pun tak claim lagik
kena buat 4 claims ari nieh..
aiyoooooo...
settlekan a.k.u punya dulu
then the other 3.

ok lah..nak siap-siap gi opis...
bubye kawan-kawan

Thursday, February 24, 2011

Photoshoot at RM42 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



RM42 instead of RM135 for a 45-minute Outdoor Portraiture session + One FREE 8R Photo + One FREE Photo CD by DFChannel Photography [69% OFF]
Kalau tak percaya
sila masuk SINI

walaupun a.k.u juga tukang amik gambor
bg a.k.u mmg murah giler lah tawaran kali ni

so kalau berminat..sila lah KLIK SINI untuk maklumat lanjut

terfikir juga untuk menawarkan PHOTOSHOOT BERBALOI...
mmmmmm

Wednesday, February 23, 2011

Pusingan Kelayakan Olimpik (Asia) - Malaysia vs Pakistan (23 February 2011) | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


 Yes...
MALAYSIA MENANG LAGI
menentang Pakistan pada Pusingan Kelayakan Olimpik yang boleh ditonton secara langsong di ASTRO ARENA...
dengan jaringan 2 - 0
meletakkan MALAYSIA sebagai pemenang pusingan kali ini...

Malaysia mmg banyak buat percubaan....
BANYAK PELUANG
tapi apakan daya...
hanya 2 gol dapat di jaringkan...

JARINGAN DI HASILKAN OLEH PEMAIN
  1. WAN ZAHARULNIZAM B WAN ZAKARIA di minit ke-3
  2. MOHD IRFAN B FAZAIL di minit ke-45

Gol Pertama MALAYSIA

Kad Merah untuk Pemain Pakistan

Gol Kedua MALAYSIA
If not mistaken..MAN OF THE MATCH

WHATEVER IT IS
CONGRATULATIONS TO MALAYSIAN TEAM
KEEP IT UP!!


SENARAI PEMAIN YANG DIPIMPIN OLEH ONG KIM SWEE
Skuad 18 pemain Malaysia

KHAIRUL FAHMI B CHE MAT
AHMAD SHAKIR B ALI
FAIZAL ABU BAKAR
MOHD FAKRI B SHAARANI
GURUSAMY GOVANDAR A/L KANDASAMY
MAHALI B JASULI
MOHAMAD MUSLIM B AHMAD
MOHD AFFIZE FAIZAL FAISAL B MAMAT
MOHD FAIZAL B MUHAMAD
SIVANESAN A/L SHANMUGAM
MOHD IRFAN B FAZAIL
WAN ZACK HAIKAL B WAN NOR
WAN ZAHARULNIZAM B WAN ZAKARIA
MOHD IZHAM TARMIZI B ROSLAN
MOHAMMAD FADHLI B MOHD SHAS
GARY STEVEN A/L ROBBAT
MOHD FANDI B OTHMAN
MOHD FERRIS DANIEL B MAT NASIR

Penjaga gol
Khairul Fahmi Che Mat – 22 – Kelantan
Izham Tarmizi Roslan – 19 – Harimau Muda A

Pertahanan
Muslim Ahmad © – 21 – Harimau Muda A
Affise Faisal Mamat – 21 – Harimau Muda A
Faizal Muhammad – 21 – Harimau Muda A
Mahali Jasuli – 21 – Harimau Muda A
Fadhli Shas – 20 – Harimau Muda A
Fandi Othman – 18 – Harimau Muda A

Midfielders
K. Gurusamy – 22 – Harimau Muda A
Wan Zaharulnizam – 19 – Harimau Muda A
Gary Steven Robbat – 18 – Harimau Muda A
Irfan Fazail – 19 – Harimau Muda A
S. Sivanesan – 21 – Harimau Muda A
Wan Zack Haikal – 19 – Harimau Muda A
Faizal Abu Bakar – 20 – Kedah

Forwards
Ferris Danial Mat Nasir – 18 – Harimau Muda A
Fakri Saarani – 21 – Negeri Sembilan
Shakir Ali – 22 – Kedah

1st Contest Si Manja Mandi | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

Puan nOLie punya pasal lah nieH
tagged..tagged a.k.u
dah lah tak pernah masuk GA
dah pening kepala carik gambar si Paim mandi
Alieyah banyak lah....

so.....kalau saper-saper nak join sila ke SINI

syarat-syaratnya
  1. Mesti jadi Follower (udah)
  2. Tulis satu entry pasal contest nie , dan letakkan gambar banner kat atas tuh dalam entry dan side bar. ( link kan yerr ) - udah juge
  3. Gambar mesti la,gamba baby anda mandi(tak kira lah mandi sungai ke,laut ke,kat mana2 lah,asal kan mandi yee.. (udah)
  4. Umur baby anda mesti lah 3thn ke bawah.klu tak de gamba baby anda mandi,anak saudara ke,anak angkat ke,adik ke, pon boleh juga.. tapi kena minta izin pd ibu mereka dlu yee.. (udah)
  5. Tag 2 orang kawan. (jgn lupa inform diorang k) - (masalah gak neiH...tapi ye ye udah)
  6. Tinggalkan link entry anda di komen. (udah)
  7. Hadiah diberikan kepada 2 pemenang. (udah juge..erk..ni lom lagi)
Sila nyatakan Nama baby,lokasi baby mandi,tarikh lahir baby...oky itu saje.... ;-)
GAMBAR YANG DI PERTARUHKAN...erk

Nama:  Muhammad Fahim Alif
D.O.B:  23 December 2008
Lokasi:  PD


Tag saper ye?
dah completelah kiranya kan..
hehehehhe

Perasan MARAH bila org yang suka marah....memarahi kita | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



cute plak baby neiH walaupun sedang marah - Ikhsan Google

tapi wajah org dewasa sedang marah
adalah sangat tidak cute ye

ok..back to the topic

ape korang rasa
bila org marah kita
tanpa sebab yang munasabah
tanpa ada rasa bersalah
tanpa fikir perasan org lain

Pernah tak dia org tu fikir
ape jadi pada org yang kena marah tu

Adakah dia fikir org yang kena marah tu tak boleh marah?
Adakah dia fikir org yang kena marah tu tak de perasan?
Adakah dia fikir org yang kena marah tu suka kena marah?

a.k.u tak kisah bila org tegur a.k.u kalau a.k.u buat silap
malah takkan marah pun kalau ditegur dengan cara elok

tapi bila tarik muka..marah-marah tanpa hala tuju
a.k.u mula nak tukor jadi hulk hogan..
kang jadi HANTU KAK LIMAH baru tau...

kalau ikot perasan a.k.u
perangai a.k.u
a.k.u ni baran orgnya
pendendam itu juga a.k.u

tapi bila dah jadi ibu
semua tu a.k.u cuba simpan dalam-dalam
kalau boleh nak buang jauh-jauh...
a.k.u nak didik anak-anakku dengan kata-kata yang baik tapi TEGAS..
bukan dengan nada yang TINGGI, MARAH & rotan bagai....

tapi bila dah jadi macam ni
asyik kena marah....
a.k.u berteleku seketika...
TAK PENAT kah org yang marah itu...

bila kita MARAH.....
dah keluarkan banyak tenaga
dan kite akan jadi PENAT
kalau korang tak perasan
sila lah nanti ye....
bila korang MARAH
korang tgk ape jadi lepas tu...

oleh itu....
Daripada Abu Hurairah r.a berkata:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW:  Berikanlah aku nasihat.  Baginda bersabda:  Janglah engkau marah.  Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali.  Baginda tetap bersabda:  Janganlah engkau marah  (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

a.k.u pernah baca..
untuk mengelakkan PERASAN MARAH ni
sila amalkan beberapa cara di bawah ye

  1. Basahkan lidah dengan doa dan zikir kepada Allah s.w.t - so bila mulut kite berdoa..berzikir..tak delah nanti mulut tu akan meninggikan suara kan...so logik ye cara nieH
  2. Cuba ubah kedudukan - contohnya: kalau masa kena marah atau sedang marah kita berdiri....so ubahlah jadi duduk....kalau sedang duduk..ubahlah berdiri or berlari ke kan...insyaaLLah juga..mujarab cara ini
  3. Ambil wudhu dan kalau berkesempatan..tunaikan solat sunat - kalau berkesempatan juga
  4. Pegi mandi - huhuhu..yang ni pun selalu a.k.u amalkan....bila kita marah...kite jadi panas..so untuk bg dia slow down..silalah pegi mandi.....
apa yang a.k.u cadangkan...
adalah hasil penelitian a.k.u sendiri berpandukan informasi dari sumber-sumber yang boleh di percayai
sama ada kawan-kawan nak follow atau percaya atau tidak
terpulang pada diri masing-masing
tapi ada kat luar sana ada banyakkk lagi cara untuk mengelakkan marah

oh ya....NASIHAT untuk org yang selalu MARAH -MARAH

Apa yang berlaku apabila anda marah?
  • Degupan jantung meningkat
  • Tekanan darah meningkat
  • Pernafasan menjadi cepat dan pendek
  • Mengalami ketegangan otot-otot
  • Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas
so renung-renungkan sejenak ye..

WALAU APA PUN
A.K.U MASIH MARAH...
mmmmmmmmm

kakak nolie...
saya rasa saya kena amalkan theraphy tawaf SOGO..
baru tenteram kot
ha ha ha.....

Tuesday, February 22, 2011

Mengikut Peraturan | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

Dalam hidup ni..
mesti ada peraturan
dan bila ada peraturan
kenalah ikut

mengapa setiap perjalanan itu
ada peraturan
even kalau kite bersolat pun
ada rukunnya
kalau tak ikot
hukumnya? tak sah solat tu
betul kan

macam tu jugak lah kehidupan kite seharian
ikotlah peraturan tak kira di mana kite
besar mana pun pangkat kite
di mana bumi di pijak
di situ langit dijunjung

cuba korang perati gambar nieH...
apakah ia?


ye
org sedang beratur
ape kene org beratur dalam cerita ini
ce cite ce cite (tiru dialog Hantu Kak Limah)  :)
ni lah kekdahnya hari-hari kat opis a.k.u sementara tunggu shuttle nak ke opis
kite org ni..sume kena parking di luar kawasan HQ
kerana
tidak cukup parking
a.k.u cukup bertuah sebab company tempat a.k.u kerja
sediakan tempat walaupun jauh dari HQ
kalau sehari nak bertenggek kat parking HQ berbayar tu
mau dekat RM18 (walaupun kadang-kadang terpaksa ..ku parking jua)

berbalik pada cerita..
org elok berbaris kan
tapi tetiba
tanpa segan silu
makhluk sorang ni...
bila van datang
teros dia depan sekali
korang bayangkan perasaan a.k.u skrang..
ada cam nak hempuk tak
dah lah tunggu van punya lama
tup tup
manusia ni datang
teros masuk van

kang kata tak berpelajaran
keje kat tempat bagos
kang kata kurang ajor
mula tarik muka maki hamun

tapi IKOT LAH PERATURAN
KO nampak tak org punya lah line up panjang gile
sesuka hati ko je teros naik
ko ingat ko sorang je ke lambat
org lain tak lambat?

so KESIMPULANnya
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
kalau ko ingat nak cepat
org lain pun nak cepat gak
BERTIMBANG RASA lah
kata org
ORG BERBUDI KITA BERBAHASA
ORG MEMBERI KITA MERASA..

hari ni mungkin ko beri peluang pada org yang benar-benar nak sampai opis awal naik van
esok lusa....pasti hari ko pula
ALLAH takkan senang-senang je berikan kesusahan kat umat dia
pasti ada sebabnya...

so sebagai a.k.u
mmg marah
tapi tak pe
ALLAH tu maha ADIL

renung-renungkan ye

Sunday, February 20, 2011

Alhamdulillah... | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



ingat lagik tak a.k.u pernah cite pasal bontot keta a.k.u kena langgar
dek sebuah motor yang agak 'pandai'...
tapi...
a.k.u tak tahu nak cakap apa
mmg nak terima kasih dekat motorcylist yang langgar bontot keta a.k.u
haaa...
dah perhal plak nak time kasih kan
dah langgar bontot keta nak time kasih plak

disebabkan dia langgar lah
a.k.u jumpa balik gelang masa batal air sembahyang 5 tahun dulu.....
ya allah.....mmg syukur alhamdulillah...
tapi apa kena mengena dia langgar dengan jumpanya gelang tu

En Suami baru gi bengkel baiki bontot keta tu
pastu..gi ketuk bagai lah
pasang plate no.
masa nak ketuk bontot keta tu
mekanik bukak lah bonet...
tgk bumper bagai...
tetiba muncul gelang tu di depan mata dia
dan teros dia tanya En Suami
soklan paling tak tahan
ni Zhulian ke emas tulen?
erk...tulen ok
gelang batal air sembahyang tuuuuuuuuu.....
berminggu-minggu sudah ianya berlaku...
mmg rezeki a.k.u
jumpa balik gelang tu...



ni plak kesah dua gadget cute di bilik mandi
cute kan..huhuhu....tempat simpan berus gigi
alkisahnya ari tu gi Pasar Malam...
nampak benda cute nieH..
RM3 satu..beli dua RM5
satu tuk Alieyah....satu tuk Fahim...
amat praktikal ok
kalau nak keluarkan just tarik keluar
kalau nak tutup balik penutup tu
just letak balik dan tekan berus gigi ke dalam
tutuplah dia secara automatik....

ia juga penggalak anak-anak memberus gigi
dan juga..menjaga kebersihan berus gigi dari lipas ke, cicak ke, ape-apalah
bukan boleh dijangka kan
tengah-tengah tido...
benda-benda tu keluar di malam hari...
duk baik punya lentok kat berus gigi kan
so bg a.k.u mmg bagus dan berfaedah lah benda nieH..

Friday, February 18, 2011

Jusco Wangsa Maju | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

actually...
lepas a.k.u ke LHDN tu
a.k.u nak gi solat
ye lah.....dah lunch time gi urut
lepas urut balik opis
dari opis gi LHDN
lepas LHDN
barulah bersolat
solat kat Jusco depan LHDN tuuu...
(dah kantoi kan..solat dekat kul 4)

so sebelom gi solat
a.k.u masuk toilet dulu
mmg a.k.u tak nafikan...
toilet JUSCO mmg bersih
a.k.u mmg suka pegi toilet JUSCO...
setakat ni tak pernah lagik a.k.u tengok lantai toilet JUSCO tu lencun dek air
tak pernah toilet JUSCO ni busuk hanyir
mmg bersih dan FREE ok..
tak perlu nak bayar RM2 kat KLCC semata-mata nak masuk toilet istimewa
(a.k.u pernah masuk juge hanya kerna nak masok toilet bersih kononnya)
dan wangi....


tu baru toilet
lom gi tempat solat kan
juga bersih.....wangi...teratur....
THUMBS UP to JUSCO Management
terutama sekali kat Wangsa Maju
sebab a.k.u pegi Wangsa Maju tadi kan...





mmg TIP TOP
bg  soploh bintang kat JUSCO WANGSA MAJU...

Matikan Setem | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

tertembak kah setem itu....atau setem itu dibunuh?
dah kata nak gi matikan setem kan...huhuhu

actually tugas utama a.k.u amik half day p.m ari ini ialah pegi URUT..
huhuhu.....sampai kat situ dekat 1.15 petang
urut sejam..dekat 2.30 lah baru gerak....

selepas tu....
tunggu En Suami amik kat opis tuk gi LHDN


ni bukan kali pertama a.k.u pergi ke LHDN untuk matikan setem
kali kedua
tapi yang pertama duluuuuuuuuuuu...
seingat a.k.u..just line up je kot....then bayar

tapi hari ni..
yang paling utama sebelom amik nombor
kena isi form dengan complete
lepas tu baru leh amik nombor...
a.k.u masuk laman web LHDN tadi...
form boleh di muat turun di SINI
a.k.u kena isi borang PDS 1 tadi

oh ye...a.k.u ke LHDN Wangsa Maju
berdekatan Jusco itu
yang paling utama
kalau kawan-kawan nak ke sini..
pastikan sebelum pukul 3.30 ye
diulangai...3.30 petang...
kite org nyaris-nyaris tak boleh masuk tadik
kalau tak sia-sia je cuti ok...
mmg akan ditutup gate dan tak boleh masuk....

so lepas isi form....amik nombor
tunggulah giliran...
tak lama pun
kejap je..

secara KESIMPULANNYA...
kalau nak matikan setem atau dalam bahasa omputehnya STAMP DUTY...

1.  Pastikan sampai sebelum 3.30 petang
2.  Isikan form PDS 1 completely
3.  Ambil nombor
4.  Tunggu giliran dan apabila di panggil..serahkan borang tadi...lepas ni tunggu kejap (apa yang a.k.u perhatikan tadi..depa akan pass ke satu lagik seksyen)
5.  Tak lama kemudian...akan di panggil untuk bayaran....dan sudah siap...

mudah kan
tak perlulah nak upah org bagai nak pegi buat
sekurang-kurangnya bila kita buat sendiri
kita tau prosedur-prosedur..
tak delah org kata katak bawah tempurung..
bukan tak boleh suruh org lain buatkan
cumanya....
kalau nak jadi rakyat Malaysia yang bijak..
haruslah lebih berdikari..
huhuhu...

dulu masa first time buat ni
dia just stamping atas dokumen..tapi skrang...
LHDN dah perkenalkan e-stamping...
mari kite baca ape itu e-stamping...

Apa itu STAMPS ?

STAMPS ialah Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem secara elektronik melalui internet.
Kaedah ini akan menggantikan sistem manual di LHDNM yang menggunakan Mesin Franking dan
Setem Hasil. Mesin Franking dan Setem Hasil akan digantikan dengan cetakan resit/sijil
setem yang dijana oleh STAMPS.

Siapa yang boleh menggunakan STAMPS ?
  • Individu
  • Syarikat
  • Ejen (Peguam, ejen Hartanah dan sebagainya)
Apa dokumen/surat cara yang dikenakan duti setem ?
  • Pindah Milik Hartanah
  • Pindah Milik Saham
  • Pindah Milik Perniagaan
  • Sewa/Pajakan
  • Sekuriti
  • Jualan Anuiti
  • Penyeteman Am
  • Relif Seksyen 15/15A
  • Bayaran Duti Kompaun
  • Replika
  • Bayaran Balik
  • Rayuan
Kenapa guna STAMPS ?
  • Mudah dicapai di mana sahaja dan pada setiap masa
  • Menjimatkan masa memproses surat cara/dokumen
  • Sistematik dan mempercepatkan proses
  • Data selamat dan terjamin
  • Mengurangkan cost
  • Semakan status pada bila-bila masa
  • Pelbagai cara bayaran
kat bawah ni plak penerangan berkenaan Duti Setem yang a.k.u browse di website LHDN.

Duti Setem ialah cukai yang dikenakan ke atas surat cara yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949. Pada amnya duti setem dikenakan ke atas surat cara-surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan.

Taksiran dan Pungutan Duti Setem adalah diperuntukkan oleh undang-undang statut yang dikenali sebagai Akta Setem 1949.

JENIS DUTI

Di bawah undang-undang duti setem terdapat dua (2) jenis duti iaitu :
  1. Duti Ad Valorem
    Duti yang dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan.
    Pengenaan Duti Ad Valorem (iaitu mengikut nilai) ke atas :
    1. Surat cara pemindahan (secara jualan atau hadiah) hartanah termasuk sekuriti yang boleh dipasarkan (iaitu stok pinjaman dan saham syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad), saham-saham syarikat yang lain dan harta tak ketara contohnya hutang buku, hak disisi undang-undang dan nama baik;
    2. Surat cara yang mewujudkan kepentingan ke atas harta seperti penyewaan dan pajakan berkanun
    3. Surat cara yang menjamin bayaran dan bayaran balik wang termasuk surat cara yang mewujudkan kontrak untuk pembayaran atau tanggungan untuk pembayaran.
    4. Surat cara pasaran modal yang tertentu contohnya Nota Kontrak.

Duti Tetap

Duti yang dikenakan tanpa ada kaitan dengan balasan atau amaun yang dinyatakan dalam surat cara.
    1. Lain-lain surat cara perundangan, perniagaan, perdagangan atau pasaran modal contohnya Surat Kuasa Wakil, Perkara-perkara Persatuan bagi Syarikat, Nota Janji Hutang, Polisi Insurans dan sebagainya; dan
    2. Surat cara pendua atau subsidiari atau kolateral dengan syarat ia dapat ditunjukkan bahawa surat cara asal atau utama atau prinsipal telah disetemkan dengan sempurna
MENGENALPASTI TANGGUNGAN

Di bawah peruntukan Seksyen 36 (mulai 01.01.2009) semua surat cara yang disempurnakan oleh seseorang di Malaysia hendaklah dikemukakan kepada Pemungut untuk ditaksir duti setem.

Langkah pertama adalah untuk mengenal pasti jenis surat cara dan pengenaannya. Bagi kes-kes surat cara yang standard, kandungan makna yang betul dan sebenarnya menentukan peraturan dan klasifikasi. Huraian yang dinyatakan di dalam surat cara itu sendiri tidak membawa apa-apa kesan.

Bagi kes-kes surat cara bukan standard, klasifikasinya ditentukan melalui kandungan surat cara tersebut sebagaimana yang di tafsir melalui pemeriksaan hak dan obligasi yang diwujudkan. Contoh di mana peraturan ini terpakai termasuklah surat cara yang memberi kesan kepada perlucutan hak atau kepentingan ke atas harta melalui `Declaration of Trust` atau `Deed of Family Arrangement` atau melalui `Jualan` atau melalui `Hadiah` atau `Sekuriti`.

Langkah kedua melibatkan keterangan liabiliti bagi surat cara standard di mana suatu surat cara dikenakan duti setem di bawah dua (2) butiran yang berlainan. Ia diperuntukkan bahawa perkara-perkara yang berasingan termasuk balasan yang berasingan boleh dikenakan duti yang berasingan.

Langkah ketiga surat cara bukan standard yang dikenakan duti ad valorem. Surat cara ini memerlukan pemeriksaan dan di mana perlu, penilaian balasan iaitu harga yang dijanjikan atau tindakan yang akan dilaksanakan oleh surat cara tersebut.

Prinsip utama dalam pemakaian undang-undang duti setem ialah duti dikenakan ke atas surat cara dan bukan transaksi. Sebagai contohnya perjanjian lisan tidak dikenakan duti.

ADJUDIKASI SURAT CARA
a.  Tujuan adjudikasi
Satu permohonan untuk menentukan amaun duti yang kena dibayar ke atas mana-mana surat cara yang disempurnakan boleh dibuat kepada Pemungut. Untuk tujuan ini, pemungut memerlukan surat cara dikemukakan bersama dokumen lain yang berkaitan atau lain-lain bukti. Permohonan boleh ditolak oleh pemungut sehingga dokumen yang diperlukan dikemukakan.
Tujuan adjudikasi adalah untuk memastikan sesuatu surat cara telah disetemkan dengan duti yang secukupnya. Surat cara yang tidak disetemkan dengan sempurna tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.
          b.  Adjudikasi Suratcara
Berkuat kuasa 1hb Januari 2009, bayaran adjudikasi surat cara RM10 tidak lagi dikenakan.


TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SYARIKAT/PENDAFTAR

Seksyen 52(1) Akta Setem 1949 melarang pendaftaran, penerimaan atau pengiktirafan mana-mana surat cara yang tidak disetemkan dengan sempurna. Sekiranya tugas anda termasuk mendaftar, menerima atau mengiktiraf surat cara pindah milik syer dan surat ikatan penyerahhakan, sila hubungi Timbalan Pemungut Duti Setem untuk menentukan sama ada surat cara tersebut dikenakan duti tetap atau duti ad valorem.
Kegagalan untuk mematuhi seksyen tersebut boleh dikenakan hukuman bawah seksyen 69(2) dengan denda yang tidak melebihi RM1500

TANGGUNGJAWAB PEGUAM

Sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap perkara-perkara teknikal atau prosedur-prosedur, sila hubungi Timbalan Pemungut Duti Setem untuk mendapatkan penjelasan. Kerani atau penghantar dokumen tidak sepatutnya diarah untuk mewakili syarikat dalam isu-isu teknikal dan prosedur-prosedur mengenai pengenaan setem. Sila pastikan juga prosedur bayaran di Pejabat Setem Cawangan / Pusat Khidmat Hasil dipatuhi dengan mengemukakan cek clients' account yang tidak bermasalah.

PENALTI (DUTI SETEM)

Pada amnya, sesuatu dokumen hendaklah disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ia diterima dalam Malaysia sekiranya ia disempurnakan di luar Malaysia.

Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;
  1. RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;
  2. RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
  3. RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
(Kadar di atas berkuat kuasa mulai dari 01/01/2003)

CARA PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat dengan cara :
  1. Wang tunai (jika duti atas sesuatu dokumen tidak melebihi RM100) atau
  2. Setem Hasil (jika duti atas sesuatu dokumen tidak melebihi RM500) atau
  3. Kiriman Wang, Cek Peguam atau Draf Bank di atas nama Pemungut Duti Setem dan hendaklah disertakan bersama-sama dengan surat cara yang berkenaan kepada pejabat setem secara serahan tangan atau melalui surat berdaftar.
PELEPASAN DUTI SETEM

Pelepasan boleh diberikan dibawah peruntukan Seksyen 15 dan Seksyen 15A Akta Setem 1949 :
PINDAAN TERKINI KEPADA AKTA SETEM 1949
PERINTAH DUTI SETEM
Tahun 2007 - Perintah Duti Setem (Peremitan)
Tahun 2008 - Perintah Duti Setem (Peremitan)
Tahun 2009 - Perintah Duti Setem (Peremitan)
Tahun 2009 - Perintah Duti Setem (Pengecualian)
Tahun 2010 - Perintah Duti Setem (Pengecualian)

Moga sedikit panduan ni boleh membantu semua...

Kelulusan Cuti Separuh Hari | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

yo yo ooooo je kan...
cuti setengah hari pun nak update blog
ha ha ha...

whatever...
so ari ni ... a.k.u half day p.m. ye
ada misi tengahari nanti serta petang

moga segala urusan di permudahkan...
aminnnnnnnnnnnnnn

*psstt jgn kata a.k.u ngelat time keje update blog ok....pandai-pandailah...banyak gadget kan skrang..huhuhu

Thursday, February 17, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

salah satu adegan awal

semasa pegi ke rumah Kak Limah

Korang dah tengok cite HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH?
a.k.u baru je beli cite nieH...
tiap kali kuar, mesti carik dvd or vcd Hantu Kak Limah nieH
tapi tak ketemu
akhirnya..keluar juga...

mmg best arr cite nieH
seram lawak yang santai..
a.k.u suka sangat...
seronok...audio visual dia mmg cun sehhhhh...

kalau korang lom tgk cite ni
mmg a.k.u rekomen tgk...
seram-seram sikit
lawak-lawak sikit
mmg best...

SINOPSIS

Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.

Scene paling a.k.u suka
masa si Abi nak membuang tu
punyalah bawak radio pasang kuat-kuat
takot kat Kak Limah
pastu diam je tetiba
rupa-rupanya Kak Limah dah ada dalam toilet tu sama ngan dia
ha ha ha
mmg tak logik lah kan..
tapi sbb hantu ..a.k.u percaya lah dia boleh masuk toilet tu..
masalahnya..Kak Limah tu bukan hantu
so siapakah Kak Limah?

satu lagi scene Tok Bomoh Thai tu
hantu kopek..ha ha ha......

Kejadian Pagi Tadi | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

Kejadian pagi tadi..
on the way dari Taman Melati ke Sentul
di kawasan Kg Padang Balang

biasalah
jalan tu
tak pernah nyer tak jammed
ye lah
dari 5 way jadi satu way
sila cer cite.....cer cite
pastinya cam sardin lah kan
tetiba shiok-shiok lentok-lentok dalam keta
'banggggggg'
erk...
eksiden kah?
a.k.u toleh belakang..
ye...
jalan yang tidak sepatutnya berlaku kemalangan lah
sbb kereta jalan slow-slow kan

situasi dia
kereta A nak seberang jalan dari simpang
apa yang a.k.u lihat semasa kejadian
nampak helmet di atas jalan di arah bertentangan
so a.k.u assumed kereta A dilanggar atau terlanggar motor

situasi keta B dan C
B berhenti..untuk mengelakkan motor
C melanggar kereta B
dan kereta C marah sebab berhenti mengejut

kalau a.k.u. sebagai kereta C
a.k.u juga marah...emergency break kan
tapi kalau a.k.u kerata B
a.k.u juga akan berhenti dari mengelak daripada motor yang dah jatuh tadi

so.....kalau korang di tempat kejadian
ape yang korang nak buat...

kalau a.k.u...
sebagai kereta C
patut tanya dulu ape jadi..
kenapa berhenti mengejut
mmg marah lah..sbb kereta C tu a.k.u tengok
remok gak lah depan dia....
kereta B tu steady je...

mmm so rasa...kereta apa ye si B dan kereta apa si C?
hehehheheh

sah sah kereta C salah lah
kalau ikot undang-undang
sbb langgor bontot

tapi tak boleh salahkan dia gak
sbb dia bukan expect pun nak jadi cam tu kan
kereta depan berhenti mengejot

so...ape jadi dengan motor dan kereta A yang melintang tu ...
wallahualam
a.k.u tak moh lah jadi penyebab jammed di jalan yang sedia jammed kan
baik a.k.u jalan je teros
moga penonggang motor tu selamat....

SECARA KESIMPULAN:
Amalkan pemanduan berhemah
jarakkan kereta anda dengan jarak yang sepatutnya dengan kata lain..jgn follow bontot keta org

kalau tak dekat...a.k.u pasti tak delah terciumkan
sbb bukan boleh bawak laju pun kat situ
so a.k.u rasa...kereta tu follow dekat dan agak laju bukan amat laju..cuma terlebih sikit je...
hehehhehe.....

SEKIAN LAPORAN HARI INI....

Wednesday, February 16, 2011

Rocky | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum...

a.k.u pasti masa korang kecik-kecik dulu
mesti ada beli Tora, Ding Dang, Chikedes (erk cam ne plak eja kan)
macam-macam lah....

even skarang...
anak a.k.u plak suka benda-benda cam tu
dan paling dia suka..benda Rocky nieH...
kalau kat kedai runcit rumah tu..rege dia RM2.50 ok
kat kedai opis a.k.u harganya cuma RM1.50...
seringgit beza dia...
fuhhhhhhh.....

satu lagik..dia suka benor Kinder Joy tu.......
benda secoit tu je...aiyooooooo...
tak pelah..dulu a.k.u susah nak dapatkan benda-benda cam
biarlah anak-anak a.k.u dapat ape yang tak pernah a.k.u dapat dulu...
cuma nanti bila dah besor
jgn besar kepala

nanti rasanya masa zaman cucu-cucu a.k.u
erk cucu?
hhehehhe
ada lagik tak benda-benda cam nieH?







Tuesday, February 15, 2011

Siti..Hiburan & Inspirasi | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum...

Ada tgk tak Siti...Hiburan & Inspirasi pd Sabtu lepas...
mmmmm.......
masa opening..gempak...
huhuhu....
Siti naik helikopter kan....



Ni masa temubual dengan Dr M....


iLa suka cara abang ni gesek gergaji...
mmg lain dari yang lain
tak perlu nak beli biola ribu-ribu.....thumbs up


Secara keseluruhan
Siti perlu banyak lagik 'mensantai'kan diri dia
macam a little bit 'kaku'
tak pe
masih baru...
keep it up!!



Monday, February 14, 2011

How to apply Malaysia Passport, Memperbaharui Passport Malaysia

Assalamualaikum...

Rasanya agak susah kalau nak carik cara membuat Passport kat laman web/blog atau apa jelah.....
jadi..a.k.u amik initiative...
cewahhh
untuk buat Tutorial Bagaimana Memohon Passport Malaysia

Kalau nak tahu cawangan-cawangan Jabatan Imigresen boleh lah pegi ke sini Jabatan Imigresen Malaysia | Branches atau kalau nak pegi Website Official Imigresen kat sini   Jabatan Imigresen Malaysia

a.k.u ari tu...
pegi ke Cawangan Wangsa Maju


Kalau nak tau.....Cawangan Wangsa Maju ni terletak di Sri Rampai
nama je Cawangan Wangsa Maju
kang pegi Wangsa Maju tak jumpa-jumpa pulak Jabatan Imigresennya..

Alamatnya:  Aras 1, Wisma Rampai, Jalan 34/26, Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur...Tel:  03-4142 3449. Fax:  03-41423578...Dibuka setiap hari...Tetapi hari Isnin - Jumaat:  8.30 pagi ke 5.30 pagi dan Sabtu dan Ahad:  8.30 pagi ke 12.30 tengahari

Actually..masa nak buat Passport ari tu....macam biasa..
gunakan TOPI PUTIH (cara 6 thinking hats)
tanya sana tanya sini..
ada kata print from website boleh
ada kata tak boleh
sbb yang website punya tak de serial no.
tapi  a.k.u print jelah......in case

Cara Memohon Passport (untuk a.k.u yang kali pertama)

1.  Isi Borang Im.42-pin 1/97 (a.k.u amik je kat Imigresen ari tu...jap je isi pun..sambil-sambil beratur boleh isi lagi)
2.  Gambar 2 keping (nak amik dulu boleh..nak amik kendian pun boleh..sbb banyak tukang amik gambor kat sekitar Imigresen tu)
3.  Kad Pengenalan/Surat Beranak (original dan salinan)
4.  Duit secukupnya...

kalau korang pernah buat Passport..nak renew..
tak salah a.k.u cuma nak passport lama, gambar dan duit lah of course...
even skarang ni...
Imigresen dah mengambil langkah PROAKTIF untuk sesiapa sahaja yang ingin memperbaharui passport melalui KIOSK..
so campak je dalam tong tu....
then next day...boleh collect..
tapi tak delah campak...letak le bebaik..huhuhu.....

ok sambung balik...

Langkah Seterusnya

1.  Ambil nombor..ni cam biasa...mana-mana pun kena amik nombor... (pastikan borang lengkap selengkapnya, gambar 2 keping, salinan I/C atau Surat Beranak...)
2.  Tunggu sampai nombor di panggil...bila dah panggil..silalah ke kaunter....itu ini itu ini..amik cop jari bagai....settled....
3.  Tunggu nombor di panggil untuk bayaran....skrang bayaran murah kan..RM300 untuk 5 tahun...RM100 untuk dua tahun...kalau kanak-kanak RM150 untuk lima tahun....harga ini juga diguna pakai untuk student...
4.  Selepas bayar, tunggu untuk nombor di panggil sekali lagi untuk collect passport yang siap.  (korang pastikan semua butiran dalam passport tu betul, lepas tu baru boleh amik passport dan sudah sedia untuk terbanggggg )

semudah ONE, TWO, THREE...

dan yang paling best...
passport siap less than one hour...
even staff kat sana pun very good..efficient..
alah..sikit-sikit tu boleh top-up dengan passport yang siap cepat.....

hopefully this info will help u'll out there...
see ya!!



Menteri turun padang | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum..

toleh ke kiri..toleh ke kanan....
isk tak best lah


nak gi jalan-jalanlah
duk ataih kusi mana best...
mmm
jalan-jalan pun tak best gak...
baik turun tangga naik tangga
tinggalkan Babah...wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Itulah karenah anak kecik a.k.u sorang nieH...
bukan boleh duduk setempat
kalau kite marah kang
kite yang kena marah balik

Ni masa pegi kenduri kawin plak
sume sanak keluarga ada kat sana
yang kat sebelah Pa'im tu sepupu dia..
Daniel...4 tahun
Pa'im...3 tahun....
sikit lagik kalahkan Daniel
dari segi ketinggian...

Apa-apa pun..
Alhamdulillah anak a.k.u membesar dengan sempurna
tak pelah lambat sikit..
boleh 'top-up' apa-apa yang patut.....

Sunday, February 13, 2011

Red Velvet Cupcakes | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum...

Today, I got my cuppies...
yeay....
yummy yummy cuppies...
I bought this for RM10 only for four cuppies


If you'll wish to buy..u may contact Kitchen Guardian Bakeshop...at haqyani@gmail.com or u may visit her blog at http://kitchenguardian.blogspot.com/

Saturday, February 12, 2011

You're on candid camera | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum...

She's a good friend of mine...
I'm also can't remembr...
when we're getting close to each other..
because she's from JA...
not from a same class in UiTM either
but while she's furthering her study
we're getting close...

She's now graduated
will soon be an Executive
sob sob..I'm not forever n ever...



Kakak Nolie
sila perhatikan ye
Puan Shida untuk pertama kalinya...
yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Ada gaya seorang Executive tak?

Thanks Shida!!

Wall Sticker | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum...

It has been a long time and at last
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


how was it?
looks cool?
I'm not sure about other people eyes'
but I'm sure...for my eyes
it's so cool...

It's so hard to get the approval to stick it
and one day, I tried again to send the proposal
wuhoooooooooooo....agreed...

Yesterday I bought from Pasar Malam only
3 stickers for RM5
murah jeeee...

arrived home...
the first thing I did was put up the sticker on the wall
before that I sent one more proposal
but rejected...
No stickers in the hall area
"oklah...."
as long as I can put up in my room...

I've one more wish..
to put it in the wash room
but this one..still rejected....
tunggu renovate kah?
isk...

can't wait for our house...
I will put up in every room
ha ha ha....

plan plan plan

Wednesday, February 9, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA MENENTANG HONG KONG 9 FEBRUARI 2011 | adanyakauntukku |

Assalamualaikum...

Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
Ha....korang tgk bola tadi?
Laporan FRESH from OVEN......
kat ASTRO ARENA
LIVE lagik
MALAYSIA menang 2 - 0 menentang HONG KONG...

TAHNIAH MALAYSIA!!

Thumbs up to Safiq Rahim (minit 43 ni as what tgk kat screen TV tapi ada org kata minit 44...45....apa-apelah..yang penting GOL) dan Mohd Amirulhadi (minit 91+1).....
kemenangan berganda buat Malaysia....

Safiq Rahim - Team Captain (Man of the Match-as what Astro Arena said)

 Amirulhadi semasa menjaringkan gol kedua Malaysia

Ni lah Statistik Masa Penuh Perlawanan Persahabatan di antara Malaysia dan Hong Kong...
a.k.u idoklah pandai pun nak menafsir mengulas bagai
tapi dari ape yang a.k.u perhatikan
Malaysia lebih banyak mengorak langkah berbanding Hong Kong
satu petanda yang baik tuuuu........


Kat bawah ni plak jadual Liga Super..
sila pastikan jadual ni telah di masukkan ke diari anda......



Apa-apapun..
Tahniah untuk Malaysia
KEEP IT UP!!

Tuesday, February 8, 2011

Red Velvet Cake/Cuppies - milkadeal.com | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum...

Hari tu dok cakap pasal Red Velvet Cake...
tetiba Puan Farah st a.k.u
haaa..dia pun berminat..
ape lagik....terkinja-kinja lah a.k.u bila dia kata boleh masuk
teros order ngan dia..
wah wah..dapat..
yeayyy..
Puan Farah..nanti kite makan sama-sama ye
surprisekan boypren masing-masing

korang pun..
cubalah masuk KLIK SINI
mmg berbaloi-baloi..
tak sia-sia kan.....dapat beli Red Velvet Cuppies/Cake dengan harga yang memuaskan..
tak sabar nak amik dan makan...huhuhu...

TERIMA KASIH YE PUAN FARAH...
*pstt Farah..a.k.u order lagik kat umah..

ha ha ha....tamak kan...
makan sampai lebam


Slot Akasia - Drama Tiramisu di TV3 | adanyakauuntukku|

Assalamualaikum...


Korang follow tak cite nieh?
hehehee
a.k.u follow..tapi tak delah sampai die hard fan kan
tapi mmg follow lahhh

a.k.u suka cite dia
very the sempoi one
dengan lakonan Amani dan Pierre yang bersahaja...
memang sempoi giler..
this week last episode dia kot
cam tak best je
bila tgk episod semalam si Dani kata nak kawin ngan Tina..
sian kat Melur..
tapi jadi kah?
mmmmmm

Kalau kawan-kawan rasa cam nak tgk episod-episod lepas cerita ni
leh pegi sini  Tiramisu

Para pelakon drama Tiramisu ni adalah Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik).

Kat bawah ni sinopsis yang a.k.u copy untuk drama Tiramisu nieH...
TIRAMISU (tv3) mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
 
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
 
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
 
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
 
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
 
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).
 
Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.
 
Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.
 
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?
Sumber : Budiey.com

Monday, February 7, 2011

Red Velvet Cupcakes for RM10 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

Actually a.k.u tak de lah pencinta kek
tapi sejak kebelakangan ni
a.k.u tengok org dok selalu sebot pasal RED VELVET CAKE
sedap kah?
mmmmmm
pernah lah cik ita ada bawak ke opis
tapi masa tu perot full giler
so tak delah merasa
tapi kali ni bila masuk blog
nampak terpampang iklan RED VELVET CAKE ni
4 cupcakes for RM10 plak tu
kalau login ngan facebook..dapat diskaun lagik

a.k.u pun torai lah nak membeli
RM10 je pun
tapi tak lepas
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

nak beli
dah lah ada time left to buy..isk

untuk maklumat lanjut..sila lawati link ini  -->  RED VELVET CAKE

ni recepi yang a.k.u google di Martha Stewart

Makes one 8-inch cake
  • 3/4 cup unsalted butter, room temperature, plus more for pans
  • 2 1/2 cups cake flour (not self-rising), sifted, plus more for pans
  • 3 tablespoons unsweetened cocoa powder
  • 1 1/2 teaspoons baking powder
  • 2 cups sugar
  • 3 large eggs
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 1/4 teaspoon salt
  • 2 one-ounce bottles liquid red food coloring
  • 3 tablespoons lukewarm water
  • 1 cup buttermilk
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1 tablespoon white vinegar
  • Cream Cheese Frosting for Red Velvet Cake

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees. Butter two 8-by-2-inch round cake pans. Line with parchment paper, and butter again. Dust with flour, and tap out the excess; set aside. In a medium bowl, sift together cake flour, cocoa, and baking powder; set aside.
  2. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, combine the butter and sugar, and beat on medium speed until light and fluffy, about 15 minutes. Add eggs, one at a time, beating well after each addition. Add vanilla, salt, food coloring, and water; beat, scraping down the sides of the bowl, until well combined. Add reserved dry ingredients in additions, alternating with the buttermilk; beat on low speed until well combined.
  3. In a small bowl, stir together baking soda and vinegar; add to batter. Beat on medium speed for 10 seconds. Be sure not to over beat. Divide batter between prepared pans, and bake until a cake tester inserted into the center comes out clean, 25 to 30 minutes. Remove pans from oven, and transfer to a wire rack to cool, about 15 minutes. Turn cakes out onto rack; let stand until completely cool.
  4. Using a serrated knife, trim tops of cakes so surfaces are level. Place a layer on a cake stand or cardboard round, and spread about 1/3 of the frosting over top. Place the second layer on top, and spread with the remaining frosting over the tops and sides of assembled cake. Transfer to refrigerator, and chill until ready to serve.


Read more at Marthastewart.com: Montclair Martha's Red Velvet Cake - Martha Stewart Recipes