SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Saturday, April 30, 2011

Video AF9 Minggu Ketiga | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum




minggu lepas
dok shoot lah video AF nieH
masa shoot...
mmg tak perasan kan suara sorang lagik PELAJAR AF9 kat umah tuuu
tetiba replay
wahh jelas ok....
suara PELAJAR AF9 yang tak masuk....
so layan jelah...
tidak lah pro pun...
saja suka-suka je
guna HP je pun kan....

Friday, April 29, 2011

Cukai Taksiran 2010 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


ari tu baca kat blog Farihah
dia mendapat durian runtuh dari LHDN
bukanlah durian runtuh ape pun..
pulangan balik
mmg cepat kan
siap bank-in lagik...sehari sebelom gaji
correct me if I'm wrong ye Puan Farihah..
a.k.u pun sama
mmg super duper efisyen kali nieH
mmg nak TABIK TOING TOING TOING
kat semua pekerja LHDN..
di mana saja anda berada..
tahun ni mmg superb EFISYEN ok
a.k.u pun..submit on 12 April 2011
minggu lepas a.k.u dpt surat dari LHDN..
bertarikh 20 April 2011 mengenai KEDUDUKAN AKAUN....

apa-apalah....
yang penting..korang mmg bagos weHhh..
at least kita aware lah..dia org mmg dah terima e-filing kita kan

erk..korang yang lain cam ne plak?
30 April last kan?

Peganglah Erat Tangan itu Selamanya | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



amacam tajok..
gempak tak? huhuhu

a.k.u dari sehari ke sehari
nak up gambar nieH
dah baca kali mencuba meng'captured' gambar budak berdua nieH
tapi asik gagal
gegarlah
tak jelas lah
ni pun sama
gegar gak tu..
tapi kira layan jelah kan...
situasi kakak memimpin tangan adiknya
dah besar dah Kak Long rupanya..
dah boleh pimpin adik
dah boleh mandikan adik
pakaikan adik baju
jaga adik

semalam lepas solat Isyaq
lagik a.k.u touching...
a.k.u tengah solat
tetiba dengar si Fahim jatoh....
tang dahi
cantiklah kan bertelor..

pastu si Kak Long
datang pujuk adik
dia pelok adik

dia kata.."ala ala sayang adik..meh sini meh...sakit ye...meh sayang adik"
sob sob..
ibu dah lepas solat nangis ok
bila dia nak nampak a.k.u tgk dia
teros sengih-sengih
Alieyah mmg cam tu
kalau buat apa-apalah..
bila a.k.u pandang...
dia mesti sengih-sengih..
sbb a.k.u pernah usik-usik dia kan..
tapi kali ni
ibu tak usik Kak Long
malah ibu kagom ngan kak long
PIMPINLAH TANGAN ADIK-ADIK SAMPAI BESAR ye sayang....
sayang adik-adik sehingga ke akhir hayat
nanti kalau ibu dah tiada....
PELIHARALAH mereka ye...
ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Kak Long dan adik-adik Kak Long
(oh goshhh..air mata a.k.u meleleh-leleh nieh)
got to go..
kang banjir plak kat sini

chiow..



Thursday, April 28, 2011

Gara-Gara Call Tree Test | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


gara-gara call tree test ni lah....
saya terpaksa ke M2U untuk membeli prepaid..
ce tgk transaksi di bawah

eeeeeeeeeeeeeee
nyampah tau......
kelam kabot lah membeli prepaid...
lepas dah berjaya dpt prepaid
teros off pc...
nak balikkan
ari ni balik kul 6 kan
tup tup En Cinta Hati call
kata lambat sikit
sbb keta tak start

dah kenapa kan..
erk..
pastu dapat call lagik
suh naik Van teros gi tempat parking..

ok lah...menurut perintah
bila sampai sana
wallah..ada empat org lain
bertungkus lumus mengaji menyelidik kenapa tak boleh start

rupa-rupanya wire kat bateri longgar
erk
longgar? moshkil di situ
cam ne bateri dalam bonet kereta leh longgar
tak sampai 4 bulan guna ok..

so telefon sana sini
gi call org yang ada keta yang sama
call En Sepol

so dari hasil penelitian
ye...mmg bateri tu tak de cover...

dari En Sepol plak
mmg kalau ada yang TERLEBIH CERDIK PANDAI ni
dia suka buat keje-keje cam tu
dia longgarkan bateri
dengan harapan ALARM mati
dan goshhhhhh my car..

sib baik lah bukan rezeki PENYANGAK BODOH tu
korang...
kalau apa-apa jadi kat keta a.k.u tu
jagalah
mmg korang masak a.k.u kejekan....

geram ok..
dah tak de keje lain kah?

mmmm

ok back to call tree...
a.k.u dpt test at 8.09 malam
dengan gigih lah melakukan tugas kan..
akhirnya...
yeayyyy kami semua selamat...
tidak ada sesiapa yang TERBAKAR...
huhuhu...

ok lah

dua cerita dalam satu kan
dah carca marba jadinya
whatever...
a.k.u punya blog
a.k.u punya pasal
boleh? erk...

ha ha ha

haaa..REMINDER SEKALI LAGI UNTUK PARA PENYANGAK
dari korang tak de keje nak corik-corik keta...
nak mencorik apa-apalah dalam kereta
baik korang pegi SURAU ke..MASJID ke...
buat amal ibadah
dan rasanya kalau susah nak ke SURAU atau MASJID
nak gak duk kat tempat parking tu kan...
korang amik PENYAPU...
sapu lot-lot parking tu
SATU IBADAH gak tu
PAHALA BESAR
dari korang buat DOSA
dan kena SUMPAH SERANAH org..

so renung-renungkan lah ye

Botol Susu BPA Free | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

Botol susu?
eh dah ape kena mengena ari ni tiba-tiba cerita pasal botol susu kan...

a.k.u nieH..
mmg fail bab-bab botol susu
sbbnya..kedua-dua anak tersayang tu...
mmg tak guna botol susu secara total...

Si Alieyah.....2 bulan dah pakai spout....
mmg macam-macam botol susu beli..
puting dari puting yang paling morah sampai yang ke mahal
tukar susu macam-macam
semua reject
at last ....
baru tau..dia TAK MOH GUNA BOTOL SUSU...

si Paim
yes dia guna...
tapi sama gak..tak lama
akhirnya..guna spout gak...
skarang plak..minom pakai cawan ada straw tuuuu...

tetiba dapat email pasal BPA Free Bottle
teros a.k.u terkasima..
terkasima tau :)
heheheheh....

baca dengan tekon
siap keluar KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA tau...
punyalah penting kan pengetahuan pasal botol susu nieH..
for future reference gak kan...

APA ITU Bisphenol A (BPA)?


Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman.

Kenapa Bisphenol A (BPA) itu boleh membahayakan bayi? 


Mengambil kira sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman, jika diberikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan badan bayi. BPA yang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh kita boleh mengakibatkan mengganggu hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh badan.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Antara isi kandungan keratan akhbar yang di siarkan di Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.


PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT


Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


mungkin gambar rajah di atas boleh di jadikan panduan untuk ibu bapa
mengenalpasti ciri-ciri botol susu yang mengandungi BPA...
kalau ada..simbol-simbol sebegitu..
sila-silalah jauhi nya...
ingat no '7'..ingat BPA yang MERBAHAYA

Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain. (Sumber:  Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia )


KESIMPULANNYA:  Berhati-hati semasa membeli botol susu anak-anak anda....
pastikan ianya selamat....dan tidak memudaratkan anak kita sendiri...


SEKIAN KHIDMAT MASYARAKAT INI DI BAWA OLEH AdanyaKauUntukku



Wednesday, April 27, 2011

Sang Kancil dan Buaya | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



ingat tak ari tu
a.k.u ada cite..
kancil idaman malaya ku itu Hit the High Heat...
so Sabtu lepas..
pegilah PERODUA
buat appointment untuk masukkan kancil ku itu ke wardnya
mmg sah lah cooling fan motor dia rosak
sila tgk jumlahnya...
mmmmm
itu baru kancil..
kalau BMW, Merz, mahupun EXORA

erk...
tidakkkkkkkkkkkkkkkkk

habislah rabak poketku ini
(erk....ari Sabtu lepas poket En Cinta Hati yang rabak) he he he

Rumah Kaca AF9 lagi | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


tiba-tiba kan nak pakai gak gambar size XXL
bak kata Kak Wos
luas pemandang...
nak first try nieH....
kalau agak-agak tak sakitkan mata a.k.u
boleh proceed...
korang rasa ok ke? erk




gambar ni a.k.u captured kat Rumah Kaca AF9 kat Jusco AU3 tu
bukan purposely pegi sana
tapi mmg beli groceries kat sana..
suka pegi sana
sbb ample parking
tak payah nak pusing-pusing...
carik parking.....
tak ramai org pun ye juga...
senang
sorong je troli gi kat kaunter bayar....
tak payah nak que bagai nak rak beli barang se'coet'
erk tau tak se'coet' tu ape? gulp


masa pegi sini
sampai-sampai tu ingatkan pelajar AF kat luar
rupa-rupanya....
fan club Kay...
wahhhhh
Kay ada fanclub ok...
sangat advance tau....

kat Rumah Kaca plak...
time ni....Pak Nil tengah buat rakaman DIARI AF...
nampaklah Pak Nil dari luar...
tengah bercerita dengan budak-budak AF tu...

sambil menyelam minom air kan....
huhuhu

masa lalu-lalu kat situ
tetiba a.k.u nampak cikgu Adnan..
dulu pernah jadi cikgu kat AF tu
sengih-sengih dia tgk rumah kaca tu ngan anak-anak dia..

ok lah...

SEKIAN LAPORAN dari RUMAH KACA AF


Tuesday, April 26, 2011

Imam Muda 2011 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



CREDIT TO ASTRO
10 Calon Imam Muda Sudah Bersedia!

Setelah melahirkan 10 Imam Muda di musim pertama, Astro Oasis sebagai sebuah saluran gaya hidup famili Islam meneruskan tradisi mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti dengan mengumumkan 10 orang calon Imam Muda untuk musim yang kedua. Buat julung kalinya, pengumuman dari Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) disiarkan secara langsung di Astro Oasis (Saluran 106).

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah:
1. Ali Khairudin Haji Abdul Marif, 26 tahun, berasal dari Sabah
2. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 tahun, berasal dari Perak
3. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 tahun, berasal dari Johor
4. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 tahun, berasal dari Selangor
5. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 tahun, berasal dari Terengganu
6. Ammar Wan Harun, 27 tahun, berasal dari Kedah
7. Mohd Azlan Zulkarnain, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur
8. Abdul Fattah Riddzwan, 21 tahun, berasal dari Negeri Sembilan
9. Mujahid Suhaimi, 20 tahun, berasal dari Singapura
10. Zulfadli Haji Awang, 24 tahun, berasal dari Brunei Darussalam.
Calon-calon Imam Muda Musim Ke-2 ini telah diumumkan dalam majlis yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis yang disiarkan secara langsung melalui Astro Oasis (106) ini juga turut disertai oleh Tuan Hj Izelan Basar, Pengurus Saluran Astro Oasis.

Rangkaian program-program Imam Muda mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda - Ujian yang telah ditayangkan sejak 1 April lalu, setiap Jumaat jam 9.00 malam yang memaparkan senario menarik yang berlaku di sepanjang sesi temu duga yang berlangsung di enam lokasi terpilih. Seterusnya, bermula 25 April ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.55 malam, penonton berpeluang menyaksikan kesemua calon-calon Imam Muda yang terpilih ini mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir (pengetua) dan Mursyid (mentor) melalui program Imam Muda - Kapsul.

Pertama kali diperkenalkan pada musim ini, Imam Muda - Mimbar akan bersiaran setiap hari Jumaat jam 6.30 petang bermula 29 April ini. Menerusi program ini, penonton akan disajikan dengan persediaan dua orang peserta yang terpilih untuk menyampaikan tazkirah dan khutbah setiap Jumaat di masjid terpilih sekitar ibu kota. Manakala seperti musim lalu, Imam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam akan menguji kesemua calon Imam Muda bakal diuji untuk sesi penilaian. Berdasarkan nilai jawapan yang diberikan oleh peserta, Mudir akan mengumumkan salah seorang peserta sebagai peserta terbaik yang akan menerima ganjaran mingguan.

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, wang tunai RM 30,000, sebuah kereta, pakej menunaikan Haji dan Umrah, beserta hadiah sampingan yang lain. Kesemua hadiah yang bakal diterima oleh Juara Imam Muda bernilai lebih RM 350,000.

Pada musim kedua ini, Imam Muda sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan Bank Islam selaku penaja utama dengan kerjasama Salamfon sebagai penaja rasmi telekomunikasi serta Radio Ikim selaku radio rasmi. Informasi terkini seperti maklumat lengkap Imam Muda musim kedua, berita-berita tentang aktiviti terkini, gambar dan video eksklusif dan menarik boleh didapati melalui laman web rasmi www.imammuda.com.my.

JOM KAWAN-KAWAN..
TONTON IMAM MUDA!!

Bunga-Bunga Cinta Buat Eme | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


ni lah projek a.k.u saban 'lunch time'
ingatkan mudah..cepat.....ringkas
cam masak maggi 2 minit tu kan
rupanya tidak
lagik susah dari manik tabor rapat-rapat yang pernah a.k.u buat selama 4 bulan
a.k.u cuba untuk habiskan in two months (konon-konon lah)
tapi a.k.u rasa..tak tergapai kot
sian kat Eme
sorry Eme....
tengah berusaha nieH....



ni plak kat bahagian leher...
sama je pattern nye pun
mula-mula a.k.u ingat...
bunganya yang melecehkan a.k.u
rupanya..
tu yang rapat-rapat tu
mmg menduga kesabaran....
kena masukkan 4 sequine dan 2 manik bulat sekali harong...
tu yang lambat sikit...
kena buat seketul-seketul dan rapat-rapat...

tapi ini semua tidak menyusahkan a.k.u..
sbb dah minat kan....

tapi a.k.u lah yang menyusahkan org
sbb tak siap-siap
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
hampon tau Eme..
saya coba ya

btw...CONGRATULATIONS..saya pun nak baby juge

:)

Anak Teruna ku | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



ni lah pe'el budak kecik yang ada emas dalam mulut dia...
sibuk buat keje org besar...
gi tadah air kat filter lah
gi menyapu lantai lah
ni...amik selipar kakak dia
nak sarong selipar
bijak lah tu konon...
huhuhu

dengan tak pakai bajunya lagik...
tu bukan saja-saja tanggal baju
tapi basah...
dia skrang rajin masuk bilik air
pastu kocak-kocak air
grrrrrr
tu satu hal...
pandai bukak baju dan seluar sendiri pun ye gak
penatlah Wan dia jaga sementara tunggu ibu dan babah balik dari keje
baru 2 tahun, 4 bulan tu..
kalau 5 tahon? gulp....

mengosik org..tip top.....
paling-paling dia suka...
kaco kak long dia...
wachHhhhhhhaaaaaa

kak long dia plak...
tak melawan...
tau-tau jerit
ibuuuuuuuuuuuuuuuu....adik kacau kak long
ibuuuuuuuuuuuuuuuu...adik pukul kak long

sian plak a.k.u tengok si Kak Long..
asik kena buli je

tapi...
semua ni lah yang membuatkan a.k.u gelak sorang-sorang
semua ni lah penawar lara hati a.k.u...

kang depa diammmmm
sunyi sepi rumahhhh
amat rindu wehhhhhh...

tak moh anak-anak jauh dari a.k.u
sangat-sangat tak mau....

sob sob....

tapi bila dia org suka buat a.k.u jadi HANTU KAK LIMAH...
grrrrrr...
masa tu cam nak gantong sorang-sorang kat dinding...
jadi perhiasan.... ha ha ha...

tapi...
bak a.k.u kata tadi..

TANPA MEREKA..a.k.u kesepian....

Monday, April 25, 2011

Akademi Fantasi 9 Minggu Ketiga | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



credit to Astro

a.k.u dah expect mmg MIZA akan terkeluar..
tapi a.k.u tak expect si AIDA & AMIR diGUGURkan....
a.k.u bukan sokong MIZA terkeluar..
tapi dari undian MIZA yang amat rendah...
a.k.u amat pasti...
mmg dia lah mangsa malam itu
org Malaysia ni sume tak pentingkan kualiti suara seseorang itu



tak pelah..dah itu lumrahnya kan
MIZA..moga lebih maju di luar sana ok...
be strong..

ni keputusan penoh pada akhir konsert AF9 minggu ketiga...
  1. Lena 17 %
  2. Erul 16%
  3. Nera 10%
  4. Amir 10%
  5. Afif 9%
  6. Raqib 9%
  7. Kay 8%
  8. Azri 8%
  9. Miza 5%
Kalau ikotkan peratusan..
idoklah Aida dan Amir tercorot pun
tapi mangsa 'Operasi Gugur'

ntahlah
bagi a.k.u mereka patut di beri peluang
kalau tau awal-awal nak gugurkan
baik tak yah amik langsong kan
kesian
terpaksa belajar separuh jalan

PENGKRITIK
ye..a.k.u tau..
kita mesti telos
berteros terang
tapi sebagai rakyat MALAYSIA umumnya
dan MELAYU khasnya..
lebih-lebih lagik ISLAM

cara tegoran tu ada batasan
nak tegor tu org kata biar berlapik
umpama menarik rambot dalam tepong
rambot jgn putus, tepong jgn berselerak..

korang pasti ke..
pelajar-pelajar ni tak amik hati
tak terguris perasaannya?

tak banyak sikit pun mesti ada...
a.k.u yang dengar ni pun sakit hati kan...

just a positive thinkinglah
kasor sangat tegoran tu...

go slow ok....

TO ALL THE STUDENTS...
keep up the good work....study very hard
u guys have a superb teacher...

to the new comers
HAZAMA n FINA
gud luck

whatever it is...
a.k.u tetap sokong Pak Nil



  
tapi kan..
a.k.u agak moshkil
masa nak menaip posting nieH
dok masok website AF
sbb nak carik nama pelajar baru
si adik Aida tu

carik2 tak jompa..
yelah..tgk gambar
tak baca plak nama kan..
HAZAMA ada plak...

TETIBA...
a.k.u terperasan ...
cer tengok


patotlah a.k.u tak perasan nama adik si Aida tu
iaitu FINA
sbbnya..gambar nya adalah si LENA..
dua kali gambar LENA
samalah ngan si HAZAMA
guna gambar AZRI....

a.k.u rasa ASTRO kena ubah tu....
gambar ni as per this morning ye...25 April 2011...
mmmmmmmmm....





PERASAAN bila yang diHARAPkan...tiada | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


korang pernah rasa tak
bila ape yang korang harapkan
tetiba...
TIADA.....

ape perasaan korang yek?
G.E.R.A.M?
M.A.R.A.H?
RASA CAM NAK C.E.K.I.K ORANG?

ha ha ha..
ye a.k.u juga ada perasaan itu..
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
dah submit 8 April 2011
tapi ari ni check
tiada.....sob sob....

ye lah..
dah plan dalam otak ni macam-macam kan
tetiba....
pussss...punah segala harapan..
macam dalam cerita kartun tu
dok kluar kepolan awan atas kepala....
tetiba.....LESAP....

takkan next month kot...
tidaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

anyway..
gambar kat ataih tu....
e-Log namanya
segala surat menyurat keluar masuk...
mesti direkodkan bagi tujuan
tracking.....
bukan trekking yang berlarian di tepian pantai tu ye anak-anak
tapi untuk memudahkan proses menjejaki ke manakah nanti surat-menyurat itu..
so mudahlah.....

tapi kadang-kadang
kita ni buat system dengan harapan memudahkan
tetapi....
bila hanya satu pihak sahaja yang menggunakannya
sebelah pihak lagik
biarkan bersawang-sawang

dimanakah letaknya keEFISYENan sistem itu tadi?

dari perabih duit
dok upgrade sistem itu ini
baik kos itu disedekah kat staff kan :)

so...
kalau company dah buat sistem bagos-bagos
anak-anak sekalian
gunakanlah
jgnlah dibiarkan sepi..
at least letak lah situ...
RECEIVED dengan selamat
ni tak..kosong bila tgk Audit Trail dia
ke tak tahu guna (positive thinking)
tapi kalau tak tahu guna
kenapa tak tanya? (tetiba negative thinking)

HOW HOW??
siapa harus di persalahkan?

SEKIAN..
(marah nieH)

Thanks so MUCH dear FRIENDS | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

amat TERHARU
bila ada kawan-kawan
yang menang Cabotan Bertuah a.k.u buat topic dalam blog di orang balik...
bila a.k.u baca-baca balik

mmg PENAWAR HATI lara lah...
a.k.u amat-amat HARGAInya..
nanti kalau a.k.u ada rezeki lebih lagik..
(mana tau hadiahnya basikal kan?) :)
a.k.u buat lagik CABOTAN BERTUAH  ni ye....
BLOG TiNiE &  2nd Entry
BLOG Mummy Marsya Qistina & Marissa Qaisara
BLOG S.H.A.I.Z.H.A.R & 2nd Entry
BLOG Mama Syira
BLOG Ros
bukan di blog pemenang saja..
malah bukan pemenang pun ada

Thanks Retna...
i lap u too lahhh

insyaallah ye
moga persahabatan kite kekal abadi..
selama-lamanya
a.k.u sayang korang semua...

Friday, April 22, 2011

Bulan di Siang Hari | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


ada apa dengan bulan?
actually gambar ni dicaptured pagi Isnin lepas...
dekat kul 7.45 pagi
cahayanya masih jelas kelihatan..
tapi dah pagi tu..

a.k.u ni
apa-apa pasal bulan
mmg particular
kembar bulan..
hehehhehe.....

kalau ada gerhana bulan je
mesti a.k.u sakit
mmmmm
pelik kan..

ape-apelah
yang penting..
a.k.u suka tgk bulan mengambang..
cantik...cahayanya menyinari alam...
amat molek ciptaan yang MAHA KUASA...





Tazkirah Jumaat | adanyakauntukku |

Assalamualaikum


tatkala a.k.u merenung masa depan selepas solat Zuhur ari tu
tetiba a.k.u dapat idea update blog...

a.k.u terpandang sejadah yang menjadi tempat sujud ku
ada gambar kaabah...

tetiba macam terpanggil untuk ke sana

tapi ntah bila...

cuma..

a.k.u berharap....
a.k.u tidak seperti org lain
yang bermegah-megah .. berlumba-lumba ke tanah suci Mekah
kerana ikot trend...

jauhi a.k.u dari berperasaan begitu...

murahkan rezeki ku..
agar a.k.u sekeluarga dapat memijakkan kaki ke tempat mu Ya Allah...

aminnnnnnnnnnnn



Thursday, April 21, 2011

Reappointment of Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz as Governor | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



Continuation of leadership is of utmost importance.., says PM


Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz's contract has been extended to ensure continuity of leadership at Bank Negara Malaysia, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said.

"Under Zeti's leadership, BNM has become a stronger and successful institution as well as respected, both locally and abroad.

"So, she should be given the opportunity to continue to lead," he said after the official launch of Permodalan Nasional Bhd's Saham Amanah Malaysia Week here yesterday.

Najib was asked to comment on Zeti's re-appointment as BNM governor for another five years effective from May 1. The re-appointment was announced yesterday.

The prime minister said Zeti has been instrumental in managing the country's banking and financial system and preventing it from being badly affected by the recent global economic recession.

"We are now facing a very challenging environment. Thus, a continuation of leadership is of utmost importance to manage and handle banking and fmandal institutions in such a situation.

"During the recent global economic turmoil, the country had not been adversely affected due to the strength and resilience of our financial systems. One of the reasons is the efficiency of the leadership in the central bank," he added.

The Association of Banks in Malaysia (ABM) welcomed her reappointment.

Source : New Straits Times, 21 April 2011
ni Annoucement yang di buat semalam.....
Bank Negara Malaysia is pleased to announce that His Majesty the Yang di-Pertuan Agong has consented to the reappointment of Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz as Governor of Bank Negara Malaysia for a term of 5 years from 1 May 2011. Dr Zeti has held the position of Governor of the Central Bank since May 2000.

--------------------------------------------------------------------------------

Pelantikan Semula Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan terhadap pelantikan semula Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia untuk tempoh lima tahun bermula dari 1 Mei 2011. Dr. Zeti telah memegang jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia sejak bulan Mei 2000.





comel kan
masa a.k.u dok browse gambar Tan Sri Zeti....
ada lah pop-up gambar-gambar nieH....
ada yang tak pernah a.k.u perasan pun..

walau bagaimanapun..

 
CONGRATULATIONS Tan Sri...
 
 Hoping that BNM will be the best CENTRAL BANK in the world

Bila a.k.u Semakin Tua | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

L . E . T . I . H

lately
a.k.u rasa letih-letih sangat...
balik rumah je..
kaki macam kejong semacam....
badan weak gila

nak harapkan si Alieyah tu
kadang-kadang mood dia ok
kadang-kadang mood dia ko
pasrah je lah kan

alaaa..
apelah nak di harap dekat budak 5 tahun pun...
tu blom itu budak 3 tahun tuuuu....

dah terasa diri tu TUA sangat dahhh
tetiba rasa sayu je....

a.k.u yang 3 series ni pun dah terasa tua
ni kan pulak mak abah a.k.u

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
nak nangis nak nangis....

so a.k.u pun browse internet...
carik maklumat tentang LETIH..

mmmmmm
banyak keburukan lagik dari kebaikan..

tapi antara banyak-banyak artikel..
a.k.u paling suka yang ni..
dipetik dari Halaqah.net
Letih Bukannya Penyakit?

Penat, letih dan lesu; berlainan istilah tetapi membawa erti yang lebih kurang sama iaitu keadaan diri yang tidak bermaya atau tidak bertenaga.

Pada hari ini banyak orang mengadu mengalami keadaan fizikal sedemikian. Senario ini membuka peluang luas kepada industri pengeluaran makanan kesihatan atau makanan tambahan (supplement). Pelbagai jenis, jenama dan produk ada di pasaran yang semuanya menawarkan kelebihan masing-masing. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Namun, dari satu segi, terlalu banyak pilihan pun mengelirukan pengguna.  Mari kita lihat punca letih, cara mengatasi dan bagaimana makanan kesihatan atau makanan tambahan boleh membantu. Dari situ, anda mampu memilih supplement yang sesuai dengan keperluan diri tanpa perlu berbelanja besar.
Pada dasarnya, letih atau lesu bukanlah penyakit. Ia lebih kepada simptom atau gejala kepada masalah lain seperti, pemakanan yang tidak sempurna, terlalu kuat bekerja, kurang atau terlebih bersenam, insomnia atau tabiat tidur tidak sempurna, gangguan perubatan yang spesifik seperti sindrom prahaid bagi kaum wanita
Punca Letih
Kebanyakan orang berasa letih kerana stress, runsing atau berasa cemas, depresi atau imuniti rendah dan jangkitan kronik. Ia berkait dengan penyakit kencing manis, tiroid atau ketidakseimbangan kelenjar adrenal; penyakit jantung, hati atau buah pinggang.

Kekurangan vitamin dan mineral menyebabkan kurangnya penghasilan sel darah merah dan ini boleh menyebabkan anda rasa lesu kerana sel-sel ini mengangkut oksigen yang digunakan untuk tenaga.
Bagi kaum wanita, rasa lesu berlaku akibat pergolakan paras hormon sewaktu kehamilan dan ketika menopaus atau daripada anaemia kerana darah haid yang banyak. Gangguan tidur dan ubat-ubatan, termasuk ubat bagi darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa penat atau lesu.
Bagaimana makanan tambahan boleh membantu?

Senarai makanan tambahan atau supplement yang dipaparkan di sini seharusnya diambil hanya apabila rasa lesu atau letih itu bukan disebabkan keadaan perubatan.

Pengambilan supplement selama dua bulan akan memperlihatkan kesan dan rasa lega. Mulakan dengan pengambilan vitamin, asid amino dan dua jenis ginseng. Kemudian tambahkan magnesium, asid amino dan minyak biji flaks (flaxseed) jika rasa lesu berterusan.

Vitamin B-kompleks pula menyokong sistem saraf dan imun. Vitamin ini meningkatkan lagi keberkesanan sel darah putih yang menentang bakteria dan virus. Ia juga perlu bagi penyalinan sel darah merah yang sempurna.

Vitamin C juga penting. Ia menggalakkan fungsi imun, membantu memperbaiki tisu dan menyokong kelenjar adrenal yang mengawal pengeluaran horman stress di dalam badan.

Salah satu kegunaan ginseng yang paling popular ialah untuk meningkatkan paras tenaga badan. Di Asia, Panax ginseng telah lama digunakan untuk tujuan ini. Siberian ginseng pula mengandungi kompoun yang terbukti dapat melawan kelesuan.

Bagi sesetengah orang, kekurangan sedikit magnesium pun boleh menimbulkan rasa letih. Pengambilan mineral tersebut selama dua bulan boleh mengatasi kekurangan itu. Setiap sel di dalam badan memerlukan campuran asid amino untuk membuat protein, dan dalam sesetengah kes paras rendah boleh menyebabkan lesu.

Minyak flaxseed membantu dengan membekalkan asid-asid lemak perlu, yang memelihara keutuhan sel membran dan meningkatkan sistem imun

Supplement yang disyorkan
  • Vitamin B-kompleks -  1 biji dua kali sehari bersama makanan. Pilih satu B-kompleks yang mempunyai 150 mcg vitamin B12 dan biotin, 400 mcg asid folik dan 50 mg vitamin-vitamin B lain.
  • Vitamin C 1000 mg  - 3 kali sehari.  Kurangkan dos jika mengalami cirit-birit.
  • Panax ginseng 100-250 mg - dua kali sehari. Di piawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 7% ginsenosides.
  • Siberian ginseng 100-300 mg - dua kali sehari. Di piawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 0.8% eleutherosides.
  • Magnesium 400 mg - sehari bersama makanan. Diambil selama dua bulan. Waspada apabila mengambil magnesium jika anda berpenyakit buah pinggang. 
  • Asid amino kompleks - 1 biji dua kali sehari.  Diambil ketika perut kosong.
  • Minyak flaxseed - 1 sudu makan (15-20 ml) sehari bersama makanan. Diambil pada waktu pagi.
Tips
  • Tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Tapi jangan lupa memasang jam loceng: tidur lebih lama akan menganggu waktu tidur pada sebelah malam. 
  • Jangan abaikan sarapan. 
  • Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak, atau minuman berkafein (seperti kopi, teh, koko). 
  • Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.
  • Bergiatlah selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa penat.
  • Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika lesu berlanjutan.
moga jadi panduan untuk semua....
a.k.u pun macam kena jompa doktor lah gamaknya
buat check up....

tapi a.k.u agak mosykil perkataan 'dipiawaikan'
di manakah artikel ini berasal...

???






Wednesday, April 20, 2011

Pa & Ma | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

cuba perati...
korang nampak ape ye?
erk


























mestilah Majalah Pa&Ma kan...
a.k.u melanggan majalah ni since Alieyah was in my belly
until now...
so skrang...
majalah-majalah ni dah cam tukun kat umah
lagi-lagi...
a.k.u dah jarang bawak balik rumah

kat opis nie..
ada org hantar majalah surat khabar ni sume
a.k.u melanggan ngan dia...

tiap-tiap kali beli..
hanya setakat beli je
browse sikit-sikit
baca ape yang menarik
pastu biarkan...

skrang dah dapat yang MEI EDITION
APRIL EDITION tu pun lom baca lagik
tu blom masok yang JAN, FEB & MAC
rasanya pun tak khatam..
tapi dah ada kat rak buku di rumah...

a.k.u ni bukan suka sangat membaca
tapi bila ada masa terluang tu a.k.u bacalah
tapi suka baca benda-benda yang bukan current
contoh skrang kan
MEI dah sampai...
APRIL  tak baca lagik
nanti sah...
next month..
iLa akan baca yang APRIL dulu.....

whatever..
bukan membazir pun kan
ILMU PENYULUH PENGETAHUAN...
selamat MEMBACA kawan-kawan

Tuesday, April 19, 2011

Akademi Fantasia 9 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


ni lah barisan pengkritik AF9 pada minggu kedua
Ogy Ahmad Daud, Gee dan Hattan
ada yang pedas..
ada yang pahit..
ada yang manis bak madu....

a.k.u ni bukan lah peminat fanatik AF9 ni
tapi a.k.u layan je lah kan....

antara Pelajar yang menjadi kegemaran a.k.u
Nera...Lena....dan juga Raqib


NERA
 
LENA




RAQIB

a.k.u suka tiga pelajar ni..
sbb bagi a.k.u...
dia org ni cam tulus murni gitu...
si Lena tu mmg nampak agak agresif..
tapi syahdu gak orgnya a.k.u tengok...
samalah ngan si Nera...

tapi both a.k.u suka..
moga mereka sampai ke peringkat akhir...



ni lah Pengetua AF9
Amy Search
lembut gak a.k.u tgk si Amy nieH
tak garang....
bagoslah...
mmg salah satu daripada sifat yang mesti ada pada PENGETUA
bersabar kan...huhuhu.....
tapi a.k.u pasti dia agak frust bila pengkritik menghentam anak-anak dia dengan hebat ari tu..



dan yang terkeluar di minggu kedua ialah EKA....
dia ni best gak
pandai menari
tapi biasalah..adat pertandingan
lagi-lagi AF kan...

masa minggu pertama LAIKA
dia mendapat komen yang bagos...
tapi akhirnya terkeluar jugak
tak pelah..
awal-awal keluar
tak de drama sangat kan...

whatever it is
a.k.u akan tetap tonton AF9...
tapi a.k.u ni..
tidak akan mengundi lah

a.k.u masih ingat
satu-satu nya pelajar AF yang a.k.u undi
cuma MAWI WORLD
itu pun..pada konsert akhir
bila Pak Nil macam bg hint MAWI dah ke bawah
teros satu family a.k.u hantar SMS kat Mawi
isk..MAWI nieH..
tak pasal-pasal a.k.u terjebak kan

yang penting..masa tu MAWI WORLD menang.
hoyeeeeeeeeeee...

untuk AF9 nieH
mmmm
susah nak jangka lagik..

buatnya 4 pelajar baru tu masuk
dan ada OPERASI GUGUR tu..
mmmmmm

kite tunggu jelah ye...




mmg banyak sungguh KEZUTAN.....




Kek Cawan Baldu Merah / Red Velvet Cupcakes | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


ntah kenapa suka benor a.k.u skrang dengan ini kek cawan baldu merah
macam ada daya tarikan seperti teh tarik abang kassim..
ha ha ha...

puas dah a.k.u carik
yang senang order..senang pick up
akhirnya ketemu juga
thanks Ayu
kalau korang nak order..
bolehlah contact Ayu...
dia bukan saja pandai buat si baldu merah ni
pandai juga buat pelbagai jenis kek lain..
so leh lah ke FROM KITCHEN WITH LOVE
harganya pun berbaloi
a.k.u rasa dulu pernah a.k.u pamerkan si baldu merah neiH
deal at MilkADeal...
harganya sama RM2.50 per cuppies.....
tapi....cuppies dia amatlah comel
yang ni puas makan lah
terima kasih juga kepada kawan-kawan yang jamakkan order..
Shida, Farihah, iTa..dan Kak Een....sib baik iLa order lebih...

Ayu..nanti iLa order lagi ye..thanks so much for the lovely
KEK CAWAN BALDU MERAH a.k.a RED VELVET CUPCAKES

Cinta Hati ku | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



kalau boleh amik gambar sebegini rupa
rasanya di manakah a.k.u berada masa amik gambor nieH?

mmmm
pasti di seat belakang kan
kenapa tak duduk depan?
tetiba nak jadi ma'am besar plak kan
dah lah mmg besar..ha haha..

ye...a.k.u ngan Alieyah akan duk belakang
sbb ada satu boss kecik
akan duk depan
walaupun tukar seat dia kebelakang..
dia akan jadi gelisah
ada je tak kena

so..
untuk mengelakkan dia tak nak duduk di carseat nyer
baiklah a.k.u mengalah
biarlah boss kecik tu duk kat situ..

tapi topik sebenarnya bukan nak cerita pasal itu boss kecik
pasal cinta hati
jarang a.k.u cerita kan pasal ini cinta hati..

sbb tak de benda nak cite
cam ne tu..
kena carik cerita gak satu hari nanti pasal ini cinta hati..
mmmmmmm
tapi apa ye?
tak pe tak pe..
pasti satu hari nanti ada cerita..

Monday, April 18, 2011

Ape? 23.90 je | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


percaya atau tidak..
satu patong Barbie..satu patong Dibo,
sehelai baju tuk Fahim (superbaby)..sehelai baju tuk Alieyah (hello kitty)
dan diapers Baby Alive
cuma RM23.90
tak tipu..
mmg betul
a.k.u cuma bayar tunai RM23.90 hanya untuk semua barang-barang ini
kalau tak caya..sila tanya puan Shida..
dan kalau tak caya lagik..
gi check kat Metrojaya Midvalley..

huhuhu.....
berbaloi tunggu sampai 1.30 petang kat komuter..
walaupun hakikatnya tunggu kul 12.45 kan...

ni lah hasil pegi course..
berbaloi jugak...
terima kasih boss sbb bagi a.k.u pergi course ari tu

ni lagik satu course with Dr Fadhillah Kamsah...in May...
tak sabo nak pegi
tapi tengah pening pikir..
bagaimana a.k.u mahu ke Putrajaya sana..
mmmmmmmm

pk pk....

Free Breakfast -McD | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


pagi-pagi dah dapat sms..
selalunya kalau dapat SMS pagi-pagi nie
sama ada...
org EL, MC...datang lewat...msg dari bosses
dan paling utama...FREE PARKING.. (Thanks June)
tapi....SMS kali ni lain...

"jgn beli breakfast...Kak Lell belanja McD"
wow weeeeeeeeeeeeeeeee...
alhamdulillah..thanks Kak Lell

nak nangis ok
ni lah yang buat a.k.u kadang-kadang pk juta-juta kali nak kluar dari department a.k.u
the F.R.I.E.N.D.S.H.I.P...
susah kalau ada perasaan nieH....

ye lah..bila fikir balik
yes..I've to move out...
to get better position
but
better position...higher salary...
it's not the MAIN POINT..
it's not WORTH IT
if...there are no FRIENDS..
who are always with you
supports you

THANKS GANG - I know, you know who you are...
sayang korang sangat-sangat ok

Saturday, April 16, 2011

One Lovely Blog Award | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum




Thanks Syerah
first time AdanyaKauUntukku dapat award
terharu ok....

tapi ada syarat lah pulok...
  1. Post linking back to the person that gave you the award
  2. Share 7 random things about yourself
  3. Award 15  recently discovered blogs
Syarat pertama dah buat ye....
yang kedua..

7 random things..
  1. sudah berkahwin
  2. anak kedua dari lima org adik beradik
  3. sudah ada anak dua org...Fatin Alieyah dan Fahim Alif
  4. bekerja sebagai PEMBANTU Pentadbiran kepada dua org bos di salah sebuah bank di Malaysia
  5. menjadi photog sambilan...ADHILA PICSTOP
  6. suka bercakap..sbb bercakap ni boleh releasekan tension..bukan bercakap verbally je..non verbal pun suka....salah satu non verbal is berblogginglah kan...
  7. PEMARAH, PENDENDAM...tapi mudah LEMBUT HATI bila dah jadi ibu....
 cukup lah tu kn

yang ketiga...a.k.u berbesar hati...
ingin menganugerahkan AWARD ini kepada
  1. qemaishak
  2. ako a.k.a Retna
  3. Farihah
  4. rosdiana
  5. kedaibiasa
  6. Erin Mummy Marsya Qistina & Marissa Qaisara
  7. SyaNa
  8. Puan nOLie
  9. mama-syira
  10. TiNie
  11. Shaizhar
  12. ZuNas77
  13. Mya
  14. Shamz + Fieza = Muiz
  15. shidadut

sebab:  mereka ada pengomen tegar di blog saya...(BERDASARKAN sistem lah)
a.k.u rasa cam sistem tu tak boleh pakai ...
sbb cam ada je org lain yang komen...
walau bagaimanapun...


TERIMA KASIH BUAT KALIAN SEMUA


Friday, April 15, 2011

Manusia....Manusia | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

cerita ni mungkin agak panjang sikit
tapi bg a.k.u...
mmg macam KENA HEMPUK kepala lah bila dengar tadi

situasinya macam nieH..
a.k.u ari ni masok opis terlambat
ntah kenapa jalan jammed gila babas....

so sampai opis...
a.k.u tgk rakan-rakan se'breakfast' a.k.u telah meninggalkan a.k.u
sob sob
tapi tak pelah
a.k.u ada buat omelette pagi neiH..

so anto lah SMS kat member suh beli TEH TARIK
tup tup
dia tak bawah HP..
tak pelah..bukan salah besar pun

so a.k.u pun pegi cafe
nak beli TEH TARIK abang KASIM
(mmg tak sah kalau a.k.u tak minom teh nieh pagi-pagi)

tetiba agenda beli TEH TARIK
bertukar kepada agenda beli Pancake sekali
so ada lah abang Kassim tu tak situ

a.k.u ni kalau org rapat dengan a.k.u
mesti tau mulut cam bertih jagong
kang dah bercakap tak berhenti-henti
tak kenal pun buat cam kenal kan
(kalau tak takkan lah abang polis  yang tengah bertugas pun a.k.u ajak berbual)
ha ha ha...

so perbualan dia cam nieH

A.K.U:  pancake ni kira cam mana ye?
ABANG KASSIM:  dia kira dua keping tu.....amik lah dua
A.K.U: so a.k.u. pun amiklah dua keping....
(sambil sapu-sapu peanut butter & strawberry jam atas dia)

tetiba abang Kassim sambung lagi

ABANG KASSIM: org yang tak tahu mmg kadang-kadang amik satu....tapi ada yang tahu...dia amik dua...tapi ada lagi satu......ni amik tiga keping..kadang-kadang kita yang nampak ni....segan nak tegor...(dia sengih-sengih)

a.k.u paham maksod dia
ye lah kang dia tegor....
takot org yang amik lebih tu pk macam-macam kan
kang marah-marah ke....
ape ke kan...

a.k.u tak sangka
ada gak manusia yang terpelajar..
bekerja di tempat yang bg a.k.u terAMAT-AMAT bagos companynya
berperangai yang agak kurang sopan

makanan ok....
kalau tak tahu tanya
kalau dah tau benda tu sepasang
iaitu dua keping..yang amik lebih tu kenapa?

PERSOALANNYA:

1.  Halal ke makanan tu?
2.  Korang bayar tak amik 3 keping tu?

bg a.k.u..kalau korang byr ok..
tapi a.k.u pasti tak bayar
sbb...

dia mmg dah fixed harga cam tu....RM2.50 untuk dua keping
dalam sistem dah termaktob cam tu...

org yang keje kat cafe tu pun tahu kan
betul tak betul
ni yang bekerja nieh...PEKERJA yang berpelajaran tinggikan..

kadang-kadang kita lupa
mungkin kita pk
' alahh..tak pe....tak rugi pun kalau amik lebih'
'dia orgpun selalu bg portion sikit..tak salah amik lebih'
'dia org tak tahu pun...amik je'
MAKANAN tu jadi DARAH DAGING kita ye
yang kekal abadi selamanya dalam diri kita
kena pk tu

ya allah ya tuhanku
lindungi a.k.u dan keluargaku
berikan lah kami rezeki yang halal..

aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Thursday, April 14, 2011

Hadiah buat PEMENANG SAGUHATI ... | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


cute dan comei tak?
erk...(perasan sendirik)

bagi a.k.u sangat comei ok...
a.k.u dah beli dah tuk diletakkan kat meja opis a.k.u...

yang ni untuk mereka yang a.k.u hargai....
untuk LIMA pemenang hadiah saguhati yang a.k.u dah umumkan hari tu...

a.k.u masih menanti email dari Kak Kamsiah...harap-harap akak inbox alamat ye
senang nak pos
untuk Erin dan Ros....
tunggguuuuu.....
ku pasti kan jejaki kamu...
dah bertenggek dah hadiah tu di opis haa
nak deliver je lom lagik

jeng jeng jeng....
*




*




*




*

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
hadiah kecil dari AdanyaKauUntukku...
tempat letak pen / pencil....
kat depan dia yang ada gambar cow, frog, elephant, bear dan lion itu..
boleh kepitkan nota....

idoklah mahal pun bendanya
tapi ikhlas dari a.k.u untuk kalian semua yang selalu jenguk blog a.k.u
THANKS yaaa
a.k.u benar-benar hargainya...




Hit the High Heat | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



cam yo yo ooooOO je tajuk kan
amatlah propa..ha ha ha

anyway
a.k.u ada update status kat facebook pasal keta kesayangan ku yang panas membara
fuhhhh
ingatkan dah OK

mmg dari pagi dia dah buat hal
tapi jalan gak

kipas dia tak berfungsi
siap kena pusingkan manually

petang...
sama gak
monitor lagik
sampai Sentul dengan selamat
tapi bila nak ke Taman Melati
wallahhh

tengah-tengah highway dia hit temperature yang paling FULL
woOooOOoooo..
so ari ni...
a.k.u masuk GOOGLE...
teros carik apakah punca..

a.k.u check
bukan a.k.u lah..itu cinta hati yang check
air tank penoh...
cuma fan was not functioning/spinning...

so kat bawah ni info yang a.k.u dapat....

Sumber:  Forum Autoworld
  • Shutting down your air-con, there will not be any exchange of heat at your condenser, therefore your temperature will be alright.
  • Running at 110 to 130 the volume of air going thru' your radiator will be enough to cool your engine.
  • Therefore I will agree with toyowira that your fan should be weak. Can out your fan speed. It may be working but not running fast enough. If this is the case change it.
 
ni yang a.k.u dapat dari e-How.com
 
How to Cool Down an Overheated Car
 
If your car overheats and damages the engine, you have no one to blame but yourself. Keep your eyes on the temperature gauge and never let the needle move into the red. Pull over before it gets too hot.

  1. Tun off the engine
  2. Wait. If the engine is steaming, don't open the hood.
  3. Pull the hood release lever under the dashboard to open the hood when the car has cooled completely.
  4. Walk around the front of the car, reach under the hood, find the latch and squeeze it. As you squeeze the latch, pull up and open the hood.
  5. Check the coolant reservoir tank first. It's a plastic jug that has a small hose running to the radiator. The reservoir can be filled when the engine is hot (except on German and Swedish cars, the plastic reservoir is also under pressure, so don't open when the engine is hot).
  6. Open the radiator cap with a rag. Remember: open it only after the engine has completely cooled. If you're not sure, don't open the cap. If you open the cap while it's still warm, you may burn yourself with steam or hot coolant. Open the cap slowly, as if you were opening a bottle of soda that has been shaken up.
  7. Examine the radiator. Look inside and see if there's coolant left. If needed, fill to the top of the radiator.
  8. Put the radiator cap back on.
  9. Check to see that the upper or lower radiator hose, or any of the heater hoses, hasn't burst.
  10. Restart the engine.
  11. Watch the temperature gauge obsessively. Don't let the needle go into the red. Turn off the engine if the gauge approaches the red zone.
Understand that you can continue driving a high-temperature vehicle if you're far from a phone or a service station and the car does not need coolant (or does not respond to these instructions). However, drive only as long as you stop and turn off the engine whenever the gauge gets close to the red, and let the engine cool down until you drive again. This may take a long time, but it probably beats walking.

 

untuk a.k.u semalam..
speeding bagai nak rak kat highway..
tapi...bila sampai traffic light....
menggelabah gila..
sbb heat dah hit FULL
 
once sampai Taman Melati..
padam enjin...
dengar air menggelegak...
tetiba..
nampak leaking bawah kereta
warnanya agak hitam
 
mmmm
mesti dah panas sangat kan.....
so KANCIL kesayangan ku itu akan masuk workshoplah gamaknya
terbang lagik duit achik haaaaa....
Cinta Hati kta...maybe...ada wire yang short atau mmg kipas tu rosak...
mmmmmmm
 
 
 
 

Adhila Picstop on Paper | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


Actually keratan akhbar ni dah lama...
bulan November 2010...
cite basi dah...
kiranya ni first time gambar captured by AP kluar paper..
wuhuuuuuuuuuuuuuuu

moga ada peningkatan lagik lepas nieH..
cewahhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...