SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Wednesday, November 30, 2011

Kisah Malam Pertama a.k.u

Assalamualaikum

pssstt meh sini
a.k.u nak cite pasal Malam Pertama
haaaaa mesti korang seronok kan nak baca pasal Malam Pertama..
tak pernah dibuat dek orang kan
lagi-lagi a.k.u yang ayu, baik dan comel nieH

haaaaaaaaaa
rapat-rapat lagik
duk berjemaah ye
lagi bagos kalau korang panggil kawan ramai-ramai...
tapi tak best...
dari korang panggil kawan ramai-ramai kat pc korang
baik korang bg link blog a.k.u je kat dia org
feel sorang-sorang lagik best kan...

erk
dah buang tabiat ke haper si a.k.u ni kan
gila ko nak cite pasal malam pertama kat sini...
bukan a.k.u kena maki hamon..
siap kena banned teros dari opis ni haaaa..
buat cite locahhhss plak kan..

sebenarnya..
a.k.u tertarik dengan sebuah buku bertajuk
"Malam Pertama di Syurga"
a.k.u ada nampak kakak kat opis a.k.u baca..

cam menarik ok




bila a.k.u search.....
ada plak buku ni
bukan tu je
ada buku "Malam Pertama di Kubur"
haaaaaaaaaaaaa

harus a.k.u carik juge....
dannnnnnn...

satu lagik




Ombak Rindu lah plak
a.k.u ni bab-bab nak membaca ni susah
tapi di sebabkan kami ada rancangan mau berjimba-jimba menonton Ombak Rindu
lantas......


























ku biarkan novel itu dibaca oleh kawanku.......


untuk a.k.u
he he he
pastinya mau menonton saja wayangnya...

tak sabor nieH..

Ombak Rindu adalah sebuah novel berbahasa Melayu karya Fauziah Ashari. Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu

SINOPSIS
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
 Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Credit:  Ombak Rindu




 

Hari ini hari filing sedunia

Assalamualaikum






gambar over kan....
tapi mmg inilah yang a.k.u hadapi
a.k.u mmg tak suka filing
a.k.u juga mmg failed bab-bab filing
malas...tak suka....meluat
erk

tapi..
bila dah tugas
a.k.u kena gahkan diri gak buat
tapi masalahnya
filing bukan untuk a.k.u
untuk boss a.k.u
ha ha ha

dan bila dia away saja a.k.u boleh masuk ikot suka
(dia ada pun a.k.u leh masuk ikot suka kan)
maksod a.k.u lebih senang lah kluar masuk anto dokumen dan buat filing
kadang-kadang a.k.u sendiri tak tahu macam mana dah nak file-filekan
semua benda yang ada dalam bilik bos a.k.u nieH
kang a.k.u shred... dia nak guna
kang bila a.k.u biar.....dah bersepah

bila a.k.u kemas
a.k.u sendirik carik tak jumpa
ha ha ha

skrang a.k.u buat jelah ape yang termampu
ke semua empat bukit di atas meja boss a.k.u telah a.k.u gondolkan
tinggal dua bukit di sebelah kanan boss saja masih elok di atas meja
selainnya
sume a.k.u dah file kan...
dan ada yang shred (erk)
dannnnnnnn
ada yang a.k.u sendiri tak tau nak letak mana
mmmmmm

a.k.u dah malas simpan
sbb dulu a.k.u simpan gak
habis sume kabinet-kabinet a.k.u cuba sorokkan
tapi skrang
NO - NO
apa tak perlu a.k.u buang
apa yang perlu di fail..
a.k.u failkan
cuma masalah a.k.u skrang..
yang KIV ni
mmmmmmmmmm
shred bleh?
erk




 

Tuesday, November 29, 2011

Mana satu Pilihan Apex (Khairul Fahmi) ... Shida Harmi atau Dahlia Teck

Assalamualaikum





pening a.k.u ngan jejaka Harimau Malaya nieH
gosip hangat sana sini
a.k.u ape lagik
kan Kak Nam
teros search dan search
erk
a.k.u ketinggalan train kah?
tiba-tiba macam plak pop-up bila a.k.u taip je nama Khairul Fahmi nieH





Whatever it is
jgnlah isu ni yang menjatuhkan konsentrasi penjaga gol kebangsaan ni ye
makin terok plak a.k.u tengok prestasi dia
bila org lain bermain tak betul
berbakol-bakol kena marah maki...
bila Apex ni tak pandai tangkap bola
sikit pun tak berbunyik kan..
dunia..dunia.

dan dan...
tengah-tengah hangat...
erk..
Shida Harmi dah bertunang plak..
aiyooookkkkkk




a.k.u tak tahu kesahihan nya
yang pasti
a.k.u nak HARIMAU MALAYA DAN HARIMAU MUDA teros maju

SELAMANYA SOKONG MALAYSIA!!


Bertuahnya a.k.u....dapat resort Langkawi....

Assalamualaikum




sangat-sangat bertuah..
kan bahagia kalau diri sendiri yang pegi
tapi tak pe
ni rezeki orang kan

huhuhuhu
Kak KM..
jgn lupa ye.....
ole-ole dari Langkawi..huhuhu

 

Yeayyy..a.k.u mengandung akhirnya!!

Assalamualaikum






Puan Shida...
marah tak kalau saya mendahului anda..huhuhu...


 

Friday, November 25, 2011

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Tabung Alam Sedunia

Assalamualaikum




haaa ape lagi
dah di rasmikan pun oleh DYMM Sultan Azlan Shah semalam..
tak moh beli ke kawan-kawan??


Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-50 Tabung Alam Sedunia (World Wide Fund for Nature (WWF), Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan, bertempat di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping. Sebanyak 250 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM150 sekeping. Sebanyak 350 keping sahaja ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic

Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping sahaja ditempa.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM2,000 dan hanya terdapat 300 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 300 set sahaja. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.

Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Ke-50 Tabung Alam Sedunia:

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Pada sekeliling permukaan duit syiling terpapar imej spesies haiwan negara yang terancam seperti harimau, badak sumbu, tapir, gajah dan penyu. Pada bahagian tengah duit syiling ini dipaparkan imej hutan yang penting untuk kewujudan hidupan liar. Imej itu juga melambangkan usaha WWF dalam perlindungan alam sekitar, pemuliharaan hidupan liar yang terancam dan habitat hutan di Malaysia. Perkataan "Ulang Tahun Ke-50" adalah untuk memperingati 50 tahun usaha WWF menangani isu-isu alam sekitar, manakala tahun "1961-2011" menandakan tempoh penubuhan WWF.

Bahagian Belakang Duit Syiling

Pada bahagian tengah duit syiling dipaparkan tanda dagangan berdaftar serta logo organisasi iaitu "WWF" dan beruang Panda. Perkataan "Bank Negara Malaysia", iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan, tertera pada bahagian atas duit syiling. Denominasi duit syiling tersebut pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling. Imej dan siluet bunga Rafflesia Azlanii, iaitu bunga yang unik bagi Malaysia, dipaparkan pada bahagian kiri syiling tersebut.
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 25 November 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK),
dan pejabat perwakilan dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.



 

Al Fatihah

Assalamualaikum

semalam agak busy sikit
masuk office lepas tu teros menziarahi arwah Abang Ipin
walaupun a.k.u tak de lah rapat sangat dengan Arwah..
tapi arwah merupakan abang kepada En Cinta Hati saya...

mmg agak terkejot
sebab kali terakhir jumpa Arwah masa hari raya ari tu..
pastu lately ni ada lah gak sebut-sebut pasal Arwah
sbb nak dapatkan no. telefon anak dia yang pandai bertukang..
tapi tak sempat nak telefon Arwah
dia telah pergi meninggalkan kami semua semalam....
kalau lah ari tu En Cinta Hati called
pastinya itulah kali terakhir dapat bercakap dengan Arwah...

yang datang pasti akan kembali kepada penciptaNYA..
moga roh arwah ditempatkan bersama org yang beriman
sama-samalah kita sedekahkan surah Al Fatihah
buat Arwah Ariffin bin Abu Kassim
Al Fatihah....




 * heheh ari ni satu lif lagi ngan Redza Minhat...erk .. comei plak tgk dia ari nieH..berspek huhuhu *


 

Thursday, November 24, 2011

Trofi Yuna di Anugerah AIM di tarik balik

Assalamualaikum



erk..
cam keliru...
masa mula-mula dulu pun keliru bila lagu PENAKUT ni menang
tapi dah juri kata itu pemenangnya
so a.k.u sebagai penonton ni terimalah seadanya

tapi bila dapat tahu Trofi ditarik balik
erk....
apakah?

untuk majlis sebesar ni
a.k.u tak tahu macam mana kesilapan macam ni boleh berlaku...
macam kelakar pun ada..

to YUNA...
bukan salah YUNA pun kan
mungkin bukan rezeki YUNA di situ

"Trofi berkenaan, dengar ceritanya, akan diserahkan kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.


Khabar itu juga ada menyatakan, kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandingi. Selalunya, Lagu Terbaik akan dipilih daripada pemenang kategori Lagu Pop, Rock, Nasyid mahupun Etnik Terbaik.

Jika diikutkan, Lagu Terbaik AIM18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid) dan Joget Tak Senang Hati (Etnik).

Apatah lagi lagu Penakut sebenarnya sudah pun tewas kepada Sedetik Lebih dalam kategori Pop, yang turut ditandingi Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah, Sungai Lui (Aizat) dan Dengarkanlah (Datuk Sheila Majid). "


Sumber:  Berita Harian Online

 

Wednesday, November 23, 2011

RSVP , pls

Assalamualaikum


a.k.u skrang ni gigih menyiapkan 'MAJLIS KENDURI KAHWIN' untuk anak teruna a.k.u tu
mmg lambat lagi
tapi tak salah siapkan awal-awalkan...
pastu dok karanglah ayat yang baik punya untuk invitation
walaupun cuma majlis kecil-kecilan
tapi bg a.k.u kesempurnaan tu penting..
bila di penghujung invitation
a.k.u ada tulis RSVP bla bla bla
tup tup dok teringat
jadah menda lah RSVP tu sebenarnya
a.k.u tau RSVP penting dalam sesebuah majlis..
dan a.k.u pun selalu kena RSVP tuk bos a.k.u
tapi apa makna di sebalik RSVP itu
macam biasa
gunakanlah perkhidmatan terpantas yakni Mr Google...
bila taip je RSVP..va va va...



RSVP
répondez s'il vous plaît
meaning “reply please” or "please respond"



ianya daripada perkataan France ...
OooOoOoooooo
baru pakcik tauuuuu.....
maklumlah..
a.k.u ni kan org melayu asli
tak pandai perancis bagai...
huhuhu

so bila org ada tulis RSVP tu..
dia request for response..
kalau boleh balas lah ye....

org dok selalu anggap RSVP tak penting
tapi sebenarnya sangat-sangat penting untuk tuan rumah
bagi memastikan segalanya persiapan berjalan dengan lancar

jadi
nanti bila a.k.u ada anto invitation
ada RSVP..
tolonglah ye
RSVP lah kepada a.k.u.....
sbb ianya pasti akan memudahkan urusan a.k.u di hari murka
jumpa lagi kawan-kawan...



 

Selamanya Harimau Malaya, Selamanya Sokong Malaysia!!

Assalamualaikum

nak kata a.k.u ni fanatik bola..
tak jugak..
tapi layan jugak lah bola nieH
tapi kalau overseas nyer football
mmg a.k.u tak tgk sangat
Malaysia
insyaaLah ..
bolehlah layan Piala Malaysia ke..Piala F.A ke..ape2lah..
asalkan pemain dari Malaysia....

so motipnya skrang...
saja gatai..
dok lah pegi Mr Google
nak taip pasal download lagu Selamanya
nyanyian Ultras Malaya, Joe Flizzow, Altimet dan Carleed


eh eh....
bila tekan je enter...
va va va..
on the top ok
ni search yang pertama
antara 78,600 results (0.13 seconds)
a.k.u yang di atas...va va va...





try kali kedua
antara 7,444,000 results (0.12 seconds)
a.k.u yang ketujuh...
selepas website Era.FM dan syafiqorangmelaka.blogspot.

heheeheheh....




tak puas hati lagi
masuk Stat blog sendirik
va va va...
baru posting 18 November lepas...
Lirik dan Download Lagu Selamanya juga antara 10 yang teratas
di tangga ke lapan.....dengan 414 pageviews...
ramai gak yang search lagu ni ye
dan a.k.u yakin...
rakyat Malaysia dah ramai yang menyokong Pasukan Malaysia!!
chaiyoookkkkkk..
jadi..jgn lupa malam ini ye
perlawanan di antara Malaysia dan Syria
di Stadium Bukit Jalil jam 8.45 malam...
untuk Kelayakan Olimpik
dan boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan TV2




DOWNLOAD LAGU SELAMANYA

 

Statistik Penggunaan Facebook di Malaysia

Assalamualaikum

a.k.u dok dengar Era
dia bg tau
rakyat Malaysia paling top guna facebook
a.k.u pun dok search
tup tup dapat statistik dari blog ni

dan inilah statistik yang a.k.u copy dari sana..
credit to THEM



nampaknya remaja berumur 18 - 24 merupakan pengguna terbanyak setakat ini..

dan tak sangka

ada pengguna berumur 65 tahun...wahhhh
dan pengguna Lelaki lebih ramai dari Wanita
so wanita tak de lah mengular sangat ngan Facebook kan...
huhuhu






so anda di tangga mana pula?





Tuesday, November 22, 2011

First BE from Nuffnang

Assalamualaikum




tajok tak over kan
erk...

yeayyyy
dapat BE yang pertama
tapi jap
asal BE tu kat BLOG LAGI SATU?
erk
dah lah blog tu lama ku tinggalkan
tapi tak kisahlah
asalkan ada..dari tak de kan kan kan
yeeeeeee BE kat blog situ

terima kasih Nuffnang
yeayyyyyy


 

Keputusan Akhir Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Indonesia di Sukan Sea

Assalamualaikum



Credit:  Utusan Malaysia Online



yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyy
ole ole ole ole
Malaysia Menang..Malaysia Menang...Menang




korang tengok tak game malam tadi?
untuk a.k.u
tak tgk sangat masa mula perlawanan..
sbb masih atas jalan
so masa Indonesia score gol tu
mmg a.k.u tak tengok
bila sampai rumah
ON TV..
teros nampak Indonesia dah menyumbat satu gol ke gawang Malaysia
cool lagikkkkkkk
sbb masa tu baru 15 minit...
walaupun agak terkejut gol pertama di jaringkan pada minit ke 5
a.k.u tetap yakin dengan Malaysia
kalah menang adat pertandingan....

bila Malaysia menyamakan kedudukan..
a.k.u mmg nervous gile
mmg nak sangat Malaysia jaringkan satu lagi gol sebelom wisel penamat
tapi apakan daya..
skuad Harimau Muda kita ni kan hebat dan kuat
tak kisah lah kalau bermain di masa tambahan....
huhuhu

tapi ...
masa tambahan pun blom mampu menentukan siapa juara
walaupun banyak gol-gol yang tidak diterima
(tak salah a.k.u Malaysia ada dua gol, Indonesia pun dua gol)
a.k.u mmg menanti penoh debar di pusingan penalti
fuhhh
jaringan pertama dan kedua mmg membanggakan a.k.u....
tapi bila Fakri melangkah masuk
a.k.u dah was-was
ye a.k.u akui Fakri bagus
tapi dia macam dah exausted..penat sangat
tapi nak buat cam mana....
dia yang terbaik kan...
walaupun ramai kecam tendangan penalti dia
bg a.k.u....
senang je..
cuba korang plak duk kat situ
tendang bola tu
agaknya masuk tak? erk

bila tendangan ke empat
a.k.u dah happy skit......
sbb dah menyamakan kedudukan

3 - 3 dah masa nieH
bila masuk Badrol Bakhtiar tu lagi lah a.k.u worry
dah lah dia paling banyak kena tackle, dijatuhkan, dan macam-macam lagik..
takot sangat dia injured
tapi dia mmg sangat-sangat bagos

bila dia tendang
ditepis oleh penjaga gol Indonesia a.k.u mmg sedih giler
tapi
bila bola yang di tepis tu melantun ke gawang gol
yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
a.k.u suka a.k.u suka..huhuhu

cuma satu je
org dok puji si Apex tu
mmmm
ye a.k.u tau di bagos
tapi tak cukup bagos untuk a.k.u
org dok kata dia menjaga gawang gol Malaysia
ye a.ku akui dia mmg bagos jaga gol
tapi...
jika kite lihat penalti sahaja..
berapa kali dia dapat tepis bola?

ntahlah..
bg a.k.u pemain yang 10 lagi tu juga harus di beri pujian
termasuk Fakri
walaupun a.k.u agak kecewa dengan persembahan dia
tapi a.k.u puji semangat dia
dia dah sehabis baik menjalankan tanggungjawab dia
ingat senang ke
nak jaga bola, nak jaga stamina, nak jaga konsentrasi
dengan 80 ribu penyokong Garuda?
a.k.u tabik spring - spring untuk kevsemua pemain bola sepak negara
kamu semua mmg yang terbaik..
jumpa hari Rabu nanti
untuk Penentuan Olimpik menentang Syria..
gud luck guys
rehat cukup-cukup ye ari nieH...
congratulations again!!
eh lupa....congratulations tuk jurulatih skuad Harimau Muda dan kesemua warga-warga teknikal Skuad Malaysia

Penjaring Gol:  Mohd Asraruddin Putra Omar (34')

Penjaring Sepakan Penalti (4):  Mahali Jasuli, Mohammad Fandi Othman, Mohd Fadhli Shas, Baddrol Bakhtiar

Pemain MALAYSIA vs Indonesia:
  1.  Khairul Fahmi Che Mat
  2. Mahali Jasuli
  3. Muhammad Zubir Mohd Azmi
  4. Mohd Fadhli Shas
  5. Mohd Asraruddin Putra Omar
  6. Mohd Irfan Fazail
  7. Mohamad Fandi Othman (Menggantikan Irfan Fazail)
  8. Thamil Arasu A/L Ambumamee 
  9. Yong Kuan Yong (Pengganti Thamil Arasu)
  10. Baddrol Bakhtiar (C),
  11. Gurusamy Govandar Kandasamy
  12. Mohammad Nazmi Faiz Mansor (Menggantikan Guru)
  13. Ahmad Fakri Saarani
  14. Mohammad Muslim Ahmad

Simpanan:
  1. Abdul Shukor Jusoh
  2. Muhammad Amer Saidin
  3. Mohamad Fandi Othman
  4. Mohd Izham Tarmizi Roslan
  5. Mohammad Nazmi Faiz Mansor
  6. Yong Kuan Yong

Kecederaan Pemain Malaysia (5):


Izzaq Faris Ramlan (lutut/knee), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria ((hamstring), Mohd Fandi Othman (hamstring). Tidak dapat diturunkan pada perlawanan akhir.

*Syahrul Azwari (buku lali/ankle) dan Mohd Irfan Fazail (lutut/knee) bergantung kepada pemeriksaan perubatan.

Skuad 20 pemain ke Sukan SEA 2011


Penjaga Gol:

1 Khairul Fahmi Che Mat,
20 Mohd Izham Tarmizi Roslan

Pertahanan:

2 Mahali Jasuli,
3 Muhammad Zubir Mohd Azmi,
4 Mohammad Fadhli Mohd Shas,
6 Mohd Asraruddin Putra Omar,
15 Muhammad Amer Saidin,
17 Mohamad Fandi Othman,
24 Mohammad Muslim Ahmad.

Tengah:

7 Mohd Irfan Bin Fazail,
8 Abdul Shukor Jusoh,
10 Baddrol Bakhtiar,
11 Gurusamy Govandar Kandasamy,
19 Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria,
21 Mohammad Nazmi Faiz Mansor,
28 Yong Kuan Yong.

Penyerang:

9 Thamil Arasu A/L Ambumamee,
13 Ahmad Fakri Saarani,
14 Izzaq Farris Ramlan,
18 Syahrul Azwari Ibrahim.

Digugurkan : Muhammad Zamir Selamat, Mohammad Aziz Ismail, Muhammad Syazwan Tajuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, Mohd Izuan Solahudin dan Ruben Thayaparan Kathrilla

Nota:

Wan Zack Haikal Wan Noor (buku lali/ankle) dan Gary Steven Robbart (hamstring) digugurkan akibat kecederaan

Muhd Nazmi Faiz dipanggil dari tugas AFC U19 di Vietnam sebagai langkah persediaan akibat kecederaan Gary. dan tiba di Kuala Lumpur November 2, 2011

Baddrol Bakhtiar dilantik sebagai ketua pasukan dan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penolong ketua pasukan.

Baddrol Bakhtiar, K. Gurusamy, Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Ahmad Fakri Saarani adalah pemain pemenang pingat emas Skuad Sukan SEA 2009.

Credit:  HERE



  
gol kemenangan Malaysia



 

Monday, November 21, 2011

Perlawanan Separuh Akhir Sukan Sea ke 11 - Malaysia vs Myanmar

Assalamualaikum

lonjak-lonjak gembira bila Malaysia menyumbatkan gol pada minit ke -84
fuhhhh dapat gak satu gol kan..
dan sekaligus melayakkan Malaysia ke Peringkat Akhir







tapi...
kenapa harus menentang Indonesia lagik..
tidaKKkKKkkkk
dah lah kebanyakan Pemain Harimau Muda injured..
fuhhh
minta-minta game malam ni membawa Malaysia ke Pingat Emas
chaiyoookkkkk

jgn lupa ye
MALAM INI JAM 8 MALAM...
auuuummMmmMmMMmMmMmm



 

Friday, November 18, 2011

Lirik dan Download Lagu Selamanya, Ultras Malaya, Joe Flizzow, Altimet dan Carleed

Assalamualaikum

Kalau korang dengar Era.fm
mesti korang tau
depa dok canang lagu SELAMANYA
dendangan padu dari Ultras Malaya bersama Joe Flizzow, Altimet dan Carleed
semalam
depa ada masok konti
dan mereka berjanji..
kalau Malaysia menang
depa bg download percuma lagu neiH...
jadi ape lagi korang...DOWNLOAD LAGU SELAMANYA SEKARANG


Selamanya...selamanya...
Selamanya...Harimau Malaya!!

Selamanya...selamanya...
Selamanya...Sokong Malaysia!!

Hey lelelelelela
Ohh...ohhh
Hey lelelelelela
Ahh...Ahhh
 Hey lelelelelela
Ohh...ohhh
Hey lelelelelela
Harimau Malaya...Harimau Malaya
Harimau Malaya...Harimau Malaya

Hey lelelelelela
Oh...Ohhh
Hey lelelelelela
Ah...Ahhh
Hey lelelelelela
Oh..Ohhhh
Hey lelelelelela

 Inilah tanah tumpahnya darahku..
Negara pasukan biarlah hanya satu...
Harimau kami berlari laju
Belang tak tertanggal dari baju
Harimau kami cekap gelecek...
Pertahanan lawan tumbang sederet...
Bila turun padang
Berumahkan gelanggang
Kalau berani mari bertandang

Selamanya...selamanya...
Selamanya...Harimau Malaya!!

Selamanya...selamanya...
Selamanya...Sokong Malaysia!!

Hey lelelelelela
Ohh...ohhh
Hey lelelelelela
Ahh...Ahhh
Hey lelelelelela
Ohh...ohhh
Hey lelelelelela

Harimau Malaya...Harimau Malaya...

Semua berlari hingga tiada keringat
Gol pertama untuk negara
kedua untuk pingat...
Bila atas padang main tak ingat
Tiap hantaran kemas...tiap gerak ligat
Pernahkah ada harimau yang jinak
Jawapannya tidak, semestinya lincah...
Penyokong ke stadium beranak pinak
Untukmu Malaysia...
Kami ceria...

Selamanya...selamanya...
Selamanya...Harimau Malaya!!

Selamanya...selamanya...
Selamanya...Sokong Malaysia!!

Hey lelelelelela
Ohh...ohhh
Hey lelelelelela
Ahh...Ahhh
 Hey lelelelelela
Ohh...ohhh
Hey lelelelelela
Harimau Malaya...Harimau Malaya...
Hey...mari kita semangat
Hitam kuning terpahat
Mari kita berjuang
tempur berperang di padang...
Sekali lagi..maju lagi..
Serang lagi..gagah berani sebati
Tidak gentar tenang
Dengar sorakan gemilang...
Harimau Malaya pasti menang!!

Selamanya...selamanya...
Selamanya...Harimau Malaya!!

Selamanya...selamanya...
Selamanya...Sokong Malaysia!!

Hey lelelelelela
Ohh...ohhh
Hey lelelelelela
Ahh...Ahhh
 Hey lelelelelela
Ohh...ohhh
Hey lelelelelela
Harimau Malaya...Harimau Malaya...Harimau Malaya

 
 


amacam?
nak download lagu nieH...
sila DOWNLOAD DI SINI

Credit to Era.fm
 

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Indonesia di Sukan SEA 2011

Assalamualaikum




yeayyyyyyyyyyyy
Malaysia menang 1 berbalas 0
menentang Indonesia pada Pusingan Suku Akhir Sukan Sea 2011 semalam




walaupun a.k.u tak sempat tengok dari mula
tapi sebaik saja sampai kat parking dekat rumah
dengar org jerit gol
sudah
dalam hati dok pk
saper yg menjaringkan gol
dup dap dup dap

dengan penoh kesungguhan
memanjat tangga 'penthouse' ku itu
masuk rumah
teros ON TV
fuhhh
lega
Malaysia yang score..
dan score itulah yang membawa Malaysia untuk bertemu Myanmar 17 November 2011 nanti
untuk menentukan siapa JUARA..dan bakal menyarungkan PINGAT EMAS




cuma a.k.u masih tak faham
kenapa Ong Kim Swee kena 'buang padang'? erk
dah lah sah-sah Jurulatih Skuad Harimau Muda tu sememangnya di luar padang
ni teros keluar dari kawasan padang..
ape insiden nyer ye?
pertelingkahan dengan referee ke??
takkanlah sampai kena kluar dari kawasan teknikal kan...
mmmmmmmm

whatever
yang penting...
yeayyyyyyyyyyyyy Malaysia menang..
cayalah Harimau Muda...

satu lagik
awat org dok kata Harimau Malaya..Harimau Malaya?
sbb yang turun bermain adalah Harimau Muda?
sian Harimau Muda kan
nama dipinggirkan
tak kisahlah
Harimau Malaya ke..Harimau Muda ke
yang penting.....pasukan MALAYSIA
CONGRATULATIONS guys



Gambar samar-samar....yang penting..Malaysia di tangga teratas kumpulan A



Spritzer Water Dispenser

Assalamualaikum




a.k.u mmg berminat dengan Water Dispenser
sbb kat umah a.k.u tu
air kotor giler
skrang pun pakai water dispenser
tapi dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat
thinking of changing it..
tup tup
masa bukak blog
ternampak offer dari Spritzer
click link dia...
teros anto enquiry
dan mereka dah balas...
mmmmm
nak ajak En Cinta Hati gi tengok kat Jalan Pinang
dekat KLCC tu kan?





 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...