Pages

Monday, November 25, 2013

Air Asia Free Seats Promotion Again

Assalamualaikum

den tunggu bertengkek-tengkek
den tunguu bertengkek-tengkek
den tunggu bertenggek-tengkek dari Jelobu sampai Bongek...
adoi...masuk Waiting Room je....

tak de harapan lah tuuuuuu



???

Assalamualaikum

???

bukak google teros dapat gambar nieH..
wahhhhhh tak sangka..skrang siap ada peringatan ok

huh


Thursday, November 21, 2013

Durian Party at Muzium Telekom

Assalamualaikum

haaaa untuk peminat-peminat Raja Buah kita...
ape lagi..jom serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!


Tuesday, November 19, 2013

Photobook Percuma

Assalamualaikum

ni tak tipu..
betul-betul..

sila ke SINI kalau tak percaya
a.k.u dah redeem..
korang??
FREE OK....

tak kisahlah kecik ke haper
barang percuma!!! lai lai lai..jgn lambat ok!!


Friday, November 15, 2013

Assalamualaikum

Alhamdulillah
walaupun dah macam update blog 'hidup segan mati tak mau'
tapi masih ada BE diberi
terima kasih Nuffnang...

**hopefully dapatlah sponsored post lepas ni kan** 



Thursday, November 14, 2013

Botanical Garden, Singapore

Assalamualaikum


aritu..
a.k.u rasa masa cite pasal vacation kami ke Johor - Legoland dan Puteri Harbour Part I, Part II and Part III..
tak cite habis...
sbb a.k.u dok belek-belek gambar
untuk buat photobook
tup tup nampak gambar di bawah
memang rasa tak pernah belek-belek pun gambar di bawah...
so confirm memang tak cite..ha ha ha...
jadinya cite di sini bleh?



cantikkan scenery dia...
nasib baik lah sesat kan..kalau tak sesat sure tak jumpa tempat nieH...hehhehe



 
Alieyah tok sah ckap lah..
macam-macam post ada....
tapi memang cantik
 
 
ape kena mengena dengan topik sekarang?
mmmm
sbb tengah plan baikkkk untuk another vacation..but dunno where...
Legoland again?? oh noooooo.........
 
 
 

Wednesday, November 13, 2013

Nutty .. Sedap .. Meletup

Assalamualaikum


HOT ITEMS...

memang panassss..panasss..panasss...

ape nama dia nieH?

macam-macam orang panggil kan..
tapi tokei a.k.u kata..nama dia Nutty
so....tak boleh lawan tokei...dah cam tu nama di beri..





dan soalan yang selalu dengar
berapa keping dalam botol tu?
botol tu besar ke kecik?



jadi..dengan rasa penuh tanggungjawab
a.k.u cuba keluarkan semua nutty yang ada dalam balang kecil yang saiznya (Tinggi - 9 cm, Diameter - 9.5 cm)


PERCUBAAN PERTAMA a.k.u untuk masukkan Nutty tu balik dalam balang dia - GAGAL...



dan..PERCUBAAN KEDUA...berjaya..tapi..terdapat serpihan di sana...
ye lah..berapa kali keluar masuk balang...




dan keputusannya..
ada berapa keping Nutty dalam botol berketinggian 9cm, diameter 9.5cm itu..
jawapannya.....37 +- ... so lebih kurang 37 keping lah....

a.k.u memang solute betul orang yang menyusun nutyy nieH
a.k.u yang sebalang ni pun..baper kali try..tu pun susunan lintang pukang
dia orang yang beribu-ribu balang susun..fuhhh...memang hebat

kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Nutty yang sedap meletop dan cair dalam mulut nieH...
boleh roger-roger ye.....


The Precious Ones

Assalamualaikum



 
 

Welcome to the world Kasih...
sedap je bau baby ye..
saya suka..saya suka...
new edition to the family...
beranak-pinak pulak orang lain ye..

a.k.u??

masih dengan budak busuk masam di bawah nieH..




skrang ni
kalau apa-apa je
mesti dua-dua kena sound yang berbunyi begini "gaduh..gaduh...dah lah korang ni ada satu kakak/adik je....tu pun nak gaduh..tak sayang kakak/adik ke?"

touching tak ayat ibu dia orang?
si Fahim tu..
sejak dah dapat mulut nieH (Alhamdulillah)
mmmm
bila Alieyah usik sikit pun dia ngadu ok "Abu.....ngok ayong..."

bila ibu tanya Kak Long..menjerit-jeritlah Kak Long kata dia tak usik pun
pening ibu nak layan ok.....

tu belom campur ayat orang tua dia lagi...
dia skrang kalau bangun ke..nak angkat barang ke...mesti nak sebut "auuuwahhhhhh (Allah)"

sbb dia selalu dengar a.k.u cakap cam tu
macam lah dah 'tua' sangat kan...

Alhamdulillah..suka dengan perkembangan Fahim...
cuma skrang ibu konpius dengan adik nieH..
kejap panggil "Abuu".. kejap panggi "Ebuu"....yang terbaru..."Ebbi..."
ikut suka dia kannnnn....

tapi yang paling utama..dia tak panggil "Abbaaaahh .. " dah..
dia dah boleh beza panggilan antara Babah dan Ibu
kalau dulu...Babah pun panggil abbaaahhh....ibu pun panggil abbaaahh..

mmm...kena start planning nieH..hehhe





Cantik nombor itu

Assalamualaikum

pagi ni..bila bukak pc
nampak digit di bawah...

sangat comel kannn...

 

 
macam comel je....macam cantik je... (jangan marah ye......)
 
baiklah...introduction bersifat kebendaan sebentar tadi
 
ape khabar semua?
sihat?
 
lama tak jenguk sini ye
aii skrang bz ok
dengan HayDay...ha ha ha
boleh tak cam tu
 
 
dulu dengan Candy Crush kan
skrang tersampuk ngan HayDay
 
cam ne tu?
 
korang ada main HayDay tak?
 
 

Thursday, November 7, 2013

Niat itu betul, tapi cara yang salah

Assalamualaikum

tiba-tiba hati terdetik untuk menulis
bila terlihat satu insiden
seorang budak tersepit di celah pagar di sekolah Alieyah
mula-mula dengar budak menangis
tapi buat tak tahu je
pastu tetiba dengar ada sorang ibu ni menjerit...
ingatkan ape..rupanya marahkan budak tu sebab main kat pagar..dan menyebabkan dia menjerit
a.k.u masih lagi tercegat di tempat tadi
tapi bila lama a.k.u perati a.k.u cuba merapati tempat kejadian....

sib baik lah seorang ibu  yang prihatin tu ada di situ kalau tidak..
duk lah tersepit kat situ kannnn ...

apa kaitan dengan tajuk pulak kan..
actually..
sebelum ibu pelajar tu datang membantu..
ada sorang kawan ni..kat situ gak
ada tiga orang lah di tempat kejadian
sorang dok cuba tolong kawan dengan menggunakan kaki dan menolak kaki kawan yang tersepit
sorang lagi...dok memandang je...(saksi kejadian)
sorang lagi..mangsa....yang tersepit di celah-celah pagar tu
cam ne nak gambarkan ye...
susah gak neiH...
tapi a.k.u sedaya upaya lukis...
jangan gelak tau...
a.k.u memang tak tahu melukis..
ni kira lawolah nieH..ha ha ha



sorang yang cuba menolong tu..gunakan kaki untuk menolong..
ditolak kaki budak yang tersepit tu kat situ dengan harapan boleh lah kaki kawan dia terlepas...
menangis-nangislah budak yang tersepit nieH....sakit .. sakit....
tapi yang menolong tetap jugak cuba menolak dengan harapan kaki kawan dia ni terkeluar....
NIATnya mungkin betul untuk membantu, tetapi CARAnya salah...
tapi itu budak-budak kan..kira boleh di maafkan...

cuba orang dewasa buat cenggitu..
mau penyepak naik muka orang dewasa tu kan..ha ha ha...

KESIMPULANNYA di sini..
cuba kita praktikan benda ni dalam kehidupan seharian kita...
kadang-kadang kita fikir....NIAT UNTUK MENOLONG
tapi CARA KITA SALAH.....
dah lah salah.....tak nak pulak BERBINCANG..BERKATA-KATA..
Allah dah sebaik-baik PENCIPTA...menghadiahkan mulut untuk berbicara..
tapi tetap DIAM SERIBU BAHASA..

memang kadang kala BERDIAM itu lebih baik dari BERKATA-KATA
tetapi..kalau tidak berkata-kata pada tempat yang PERLU...semuanya akan jadi GAGAL...

jangan di sebabkan SALAH SANGKA....kita BERMASAM MUKA...
yang paling UTAMA sebenarnya.....
dalam kehidupan..setiap apa yang kita buat..
jangan selalu ingat APA KITA BUAT ITU BETUL...
mungkin bagi kita tu dah betul
tapi pada orang yang memerhati tu ada kurangnya
TERIMALAH teguran untuk jadikan kita lebih baik
dari BERHATI BATU...dan BUTA TULI...

gunakan setiap anugerah pancaindera yang telah DI ANUGERAHKAN oleh Allah SWT dengan baik..
dan itulah tujuan setiap pancaindera tu dikurniakan....
untuk saling membantu di antara satu sama lain...

sama-sama kita jadi lebih baik dari hari sebelumnya..dan insyaallah akan jadi yang lebih baik pada hari mendatang...


Monday, November 4, 2013

Hobi yang lama ditinggalkan

Assalamualaikum

hari tu..kemas-kemas kabinet kat office
sekali terjumpa harta karun nieH..
mmm
lama sungguh ku tinggalkan..
cam rasa nak menjahit balik..
banyakKKK betul tu manikk.....

harusss bukak gerobok carik ape yang patut untuk di upgrade hehehe


Friday, November 1, 2013

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...

Assalamualaikum


Nak share satu artikel yang baru diterima melalui email sebentar tadi..
agak panjang..tapi intipatinya..memang tepat!!

wallahualam

Enjoy reading

-----------------------------------------------
  

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. 

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? 

Maka saya hendak bertanya kepada anda. 

Adakah anda tahu apa itu istidraj

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? 

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. 

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. 

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. 

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. 

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, 

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku” 

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. 

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. 

Nah… Apakah itu yang kita mahu? 

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? 

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” 

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. 

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. 

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. 

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. 

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. 

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” 
ALLAH menjawab, 

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” 

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, 

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” 

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. 

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. 
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? 

Saya yakin tidak.. 

Anda tenang sekarang? 

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. 

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. 

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.