SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Thursday, February 27, 2014

Mudahnya Bayar Bil dengan m2u

Assalamualaikum

tetiba update blog..
tajuk..cam sponsored post..ha ha ha

tapi memang hari ni super excited...
bila nak bayar bil je..dengan m2u..
urusan jadi lebih mudah..
sebelum ni memang dah mudah ..sbb tak payah que panjang-panjang kat kaunter...
tapi kali ni lagi mudah..sebab..boleh bayar semua bil (maximum to 5 bills each transaction)
dalam sekelip mata...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

paham tak tulisan aii???

ok..kite bagi gambaran...

STEP 1 - -select bills up to 5 bills (ni bil-bil yang korang pernah registered ngan m2u)




STEP 2 - Letak amount yang korang kena bayar for each bills




STEP 3 -  Confirmkan amount dan semua details betul..pastu tengok total amount kat bawah sekali tu...betul tak ( masa ni pun a.k.u cuak takut salah kan..sib baik pandai m2u kira)




taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...SUCCESSFUL



kita masih boleh print bukti pembayaran for each transaction macam biasa...
summary pun dia bagi terus...

sebelum ni nak kena select satu - satu kan..bayar satu -satu..
skrang......yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ce try..jadi tak??
heheheh


Thursday, February 20, 2014

Wanita perlu lebih tidur

Assalamualaikum

Fahamilah isterimu ini incik suami
ha ha ha...
boleh tak guna fakta di bawah sebagai alasan untuk a.k.u 'tido' di hujung minggu dengan lama sekali?

__________________________________________________________________



Wanita perlu lebih tidur

CREDIT:  BH ONLINE

Otak lakukan banyak tugas pada siang hari ambil masa pulih

New York: Siapa memerlukan lebih banyak tidur, wanita atau lelaki?

Penyelidik Amerika Syarikat berkata mereka memiliki jawapannya: Otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas pada siang hari.

Saintis Universiti Duke di North Carolina, mendapati wanita kurang tidur sering mengalami kemurungan dan kerap marah.

Sebaliknya, isu itu tidak menjejaskan lelaki yang tidak mendapat cukup tidur, menurut Science World Report.

Risiko penyakit jantung

Kajian sebelumnya turut mengaitkan faktor kurang tidur kepada risiko penyakit jantung, masalah sakit mental, strok dan radang dalam tubuh.

Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur mendapat radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mereka mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur.

Dr Breus berkata wanita boleh mengelak sesetengah masalah dikaitkan dengan kurang tidur dengan tidur sekejap pada waktu siang.

Bagaimanapun, katanya tidur sekejap ini tidak seharusnya lebih lama daripada 90 minit kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk.

“Satu daripada fungsi utama tidur ialah membenarkan otak pulih dan membaikinya sendiri,” kata Prof Jim Horne, pengarah Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Loughborough.

“Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan.

“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya.

Beliau menambah wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. - AGENSI




Facebook umum beli Whatsapp dengan harga AS$16 bilion

Assalamualaikum

update dengan tajuk debaboo
boleh?
ni kekdah malas nak taip tapi nak meng'update'


Facebook umum beli Whatsapp dengan harga AS$16 bilion
Credit: BH ONLINE

NEW YORK: Facebook hari ini mengumumkan untuk membeli perkhidmatan pesanan ringkas WhatsApp dengan perjanjian bernilai AS$16 bilion (RM52.7 bilion) sekali gus meluaskan pengaruhnya sebagai gergasi dalam rangkaian sosial di peringkat global.
Sekiranya termeterai perjanjian itu bermakna wujudnya satu rangkaian sosial terbesar di dunia memandangkan Facebook kini mempunyai lebih 1.2 bilion ahli manakala WhatsApp pula dengan 450 juta ahli.
Pengambilalihan itu adalah yang terbesar dan kurang dua tahun selepas firma Mark Zuckerberg menawarkan stok awam bernilai AS$16 bilion.
Pembelian terbaru berkenaan termasuk AS$12 bilion dalam bentuk saham Facebook dan AS$4 bilion dalam bentuk tunai. - AFP

Thursday, February 13, 2014

Ceritera Budak Bijak

Assalamualaikum


Lama tak singgah sini ye
kadang-kadang tu...
banyakkkkkkkk sangat nak cerita
tapi masa tidak mengizinkan....

ce tengok budak di bawah neiH..
kenai idok???
budak ni lah yang selalu buat ibu dia "naik hangin"

skrang bukan saja bz dengan keje
tapi dengan budak sorang nieH
tahun ni kan nak workout at the highest level as I can...

so...bermula lah episod amik cuti setiap minggu...
(sob sob..habis cuti ibu)

Jumaat lepas pegi ke HUKM kat Jalan Temerloh sana
nak buat hearing test
Alhamdulillah...walaupun 'agak liat' budak di bawah nieH.....
tapi berjayalah jugak procedure 'test' itu..
RESULT:  No hearing problem (but still kena follow-up lagi in April)




lepas pegi hearing test
sebelah petangnya..kami ke Therapy Session pulak
kali ni Fahim dah boleh adapt sikit bila ibu tak de
dan ibu dengan gaya machonya cuba meloloskan diri dari 'jelingan manja' mata Fahim
dia bila nampak ibu..lain macam sikit perangainya...
semua tak moh buat....

so far OT dan ST digabungkan sekali..
Therapist suggest tuk ajar Fahim supaya dia rasa diri dia tak GAGAL
dia ada FEAR of FAIL...
maksodnya..kalau dia rasa dia tak boleh buat...baik dia tak yah buat langsong
ibu kena jadi phycologist tetiba tuk bgtau kat dia...it's ok to fail...but try ur best
susah tak keje ibu
sangat susah..sbb ibu dia sangat garang..sangat tak bersabar
tapi kena jadi sangat baik..dan sangat sabar
mencabar ok...

doakan saya ye.....supaya saya sangat sangat sangat bersabar...




lena di buai mimpi kan
gambar ni kat dalam keta on the way back dari Kampung ari tu....
bila tengok dia cam ni
tenangggg je jiwa kan..
tapi bila dia buat perangai.....
wacaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

ibu skrang pun banyak buat research
cewahhhhhhh research lah sangat kannn...
so langkah pertama..
ari tu ibu ada buat activity tuk OT dia kat rumah
kalau ada masa ibu buat..kalau tak de masa..ibu tak buat..
sangat tak konsisten kannn...

skrang semua ada di hujung jari anda
antara malas dan tak malas je carik

dan this week....
ajar nak toilet train dia pulak...
mula-mula buat flash card..yeayyyy.....
(tak complete sangat lagi pun)
berjaya buat..lepas ni ni gi anto laminate..
pastu nak tampal kat dinding toilet...



Tuesday, February 4, 2014

Jom Kita Balik Kampung

Assalamualaikum



zman skrang kan..
budak-budak pun dah pandai ...
amacam?? ada gaya model kak kiah tak?




kekdahnya cuti panjang yang lepas
kami balik kampung
bermalam satu hari je pun
nak pegi kenduri tunang dan kahwin sekaligus...
ada dua event lah kekdahnya...




Tunangnya hari Sabtu
so ngam-ngam sampai..orang tengah berbincang
bila semua dah balik
anak-anak take over pulak pelamin siap bergambar bagai....

hari Ahadnya baru ke kenduri kawin



meriahkan...
ni sebahagian je dari family di kampung sana
Arwah Tok dan Opah dah lama pergi...
balik ni pun...nak kenal-kenalkan anak dengan sanak saudara kat kampung
nanti tak delah berselisih bahu pun tak kenal saudara sendiri kan...
belah Abah a.k.u ni sepupunya ramai lelaki rasanya......
perempuan ni cam segan-segan je....

dah lama sungguh tinggalkan kampung
tetiba balik..haaaaaaaaaaaaa..tengok sepupu sume dah bujang-bujang dan anak dara sunti..
dulu ni main kejar-kejar...panjat-panjat pokok bagai
bila dah besar..malu-malu kucing...

moga silaturahim ni sentiasa kekal selamanya
tahniah buat bakal pengantin...dan juga tahniah buat pengantin

banyak lagi menyusul ni..sbb sepupu-sepupu ramai tak kawin lagi.......




Cuti Panjang...

Assalamualaikum



mana kawan-kawan pegi cuti panjang ari tu??
a.k.u memang tak plan pegi mana-mana pun
tup tup...ikot family balik kampung....
ada kenduri tunang dan kawin sekali gus
dan tu pun sebab Isnin cuti..kalau tak
for sure..encik driver saya..takkan nak pegi....

kalau siapa-siapa yang duk kat kampung saya
sure tahu tugu jam yang terletak di tengah-tengah pekan.....

ok lah..sat gi sambung lagi ye..
macam-macam hal timbul..
tata...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...