Assalamualaikum
Orang semua dah cerita macam-macam pasal hari pertama sekolah anak-anak
a.k.u baru nak update
am a super busy ibu until now...
handling 'special kid' like Fahim..needs super extra energy..super extra power....
ini peristiwa di hari pertama..
Fahim sangat behave..walaupun hati ibu macam ada sedikit gentar..
siap 'bye' ibu...
masuk kelas pun ok je
duduk elok-elok kat tempat...
sangat lah ibu berpuas hati :)
haaaa..jangan ingat 'dalam mee maggi tak de udang galah'
ku ingat panas hingga ke petang..rupa-rupanya....ribut petir di pagi hari..
tak nampak ibu je..
dia melalak..amboiii.....
at the first day..ibu sangat baik
sangat berhemah..sangat bersantun...
siap jadi cikgu dalam kelas lagi...
DAY 2..juga sangat berhemah..
pegi sekolah tengok Fahim masa rehat macam mana...
apa jadi pada hari ketiga keempat dan kelima..
mmmmm...ibu sedikit TEGAR ...
tingginya sinki ye..
tak pe.....nanti lama-lama Fahim tinggi ye..ha ha ha
Fahim sangat bagus lah kalau 'ibu' ada..tapi bila 'ibu' hilang..
pergHhhHhHhh...
masa second day tu..ibu tengok dari jauh
dengan harapan..dia pegi ke kantin..sopan santun..
tengok elok je turun dari kelas...
lompat-lompat..lari-lari sambil ke kantin
tetiba sampai je kat kantin..dia punya meraungggggggggggggggggggg
adoi.....
ibu lemah longlai terus pegi dapatkan Fahim
tapi masalah Fahim ni..kalau ibu tak de dia pandai behave..
bila nampak ibu je..semua jadi haru biru
masa second day jugak lah..Fahim melalak tengah-tengah dewan sbb tak nampak ibu masa balik dari sekolah...
ibu terlambat sikit je kot
semenjak tu..ibu dah tak berani nak lambat datang...
kang ber'koir' dia tengah dewan tu..adoi....
begitulah seterusnya..pada hari-hari selepas itu....
tapi pada hari Jumaat ibu agak tegar
tengok dari kejauhan..
hanya babah menemani Fahim
Fahim ni kalau babah..'drama' dia kurang sikit..
cuma ibu risau..setiap hari Jumaat ada bacaan Yasin..
memang agak lama lah duduk kat dewan tu
dalam otak ni dok pikir..boleh ke Fahim duduk lama-lama..
ok ke Fahim dengar orang baca Yasin..
so far Fahim ok kalau Babah ada...
dia duduk sopan santun di dewan...dengan syarat..Babah ada...
nampak tak arrow merah tu..ye.. di situ lah Fahim...
Babah pun ada dekat-dekat situ..tapi bila Babah gerak..
mmmmm
Fahim pun gerak-gerak khas..
nampak kah..di mana Fahim??
mmmmmm....duduk sama-sama kat tangga dengan babah sambil baca Yasin..
secara keseluruhan..ibu sangat takot hari Isnin sebab ada perhimpunan dan hari Jumaat bila ada bacaan Yasin...
untuk Fahim biasa dengan semua ni ..
amik masa...
sebulan belum pasti dia biasa..
dua bulan?? tiga bulan??
we will wait and see..
ibu tak taruhkan harapan tinggi pada Fahim..
cukuplah Fahim nak pegi sekolah...nak masuk kelas....belajar ala kadar...
ibu nak Fahim belajar...sama macam orang lain..
pandai atau tidak..belakang kira....
ibu pun tak pandai jugak dulu...
ibu pun suka main-main
bukan kat sekolah rendah je..sekolah menengah...even masa kat UiTM
ibu lah orang paling 'rajin' baca buku
buku dan tidur adalah sahabat karib..
bila bukak buku..maka kawannya tidur akan muncul
itulah ibu..
tapi Alhamdulillah..ibu berjaya jugak
graduated with good results jugak
keje pun stabil....
so ibu tak nak paksa Fahim
rezeki ada di mana-mana...
yang penting..at least Fahim ada basic membaca..menulis...
itu dah cukup buat ibu
kalau Fahim jadi cerdik pandai..alhamdulillah..
ibu anggap itu bonus buat ibu....
nak selit pasal beg
alkisahnya beg Fahim yang minion tu
beli masa dia nak orientasi masa bulan 11 ari tu
lepas tu..dua hari pakai kat sekolah ari tu
dah koyak sana sini..
geram pulak hati kite..
takkan dua hari pakai dah gitu
ingatkan Fahim ganas..tapi nak kata ganas takkan koyak cam tu
dasat ok..dalam dia tu..plastik tanggal-tanggal lagi
nak tak nak..ibu terpaksa beli gak yang baru..
dan di sebabkan beli yang baru..ibu siap dapat komen "ehhh beg baru...tak pe..bonus ibu banyak.."
amboi...beli beg baru pun perasan.....
aii beli ada sebab ok....bukan sebab bonus banyak...
bukan tiap-tiap minggu nak beli baru..giler ke haper kannnn....
gigih ibu ari Jumaat lepas carik jugak beg Minion
ibu terpaksa cari beg minion sbb Fahim suka
ibu nak beli apa yang Fahim suka sahaja
ni salah satu cara untuk bagi Fahim suka pegi sekolah..
mungkin orang lain fikir a.k.u ni ngada-ngada..ikot cakap anak
lantak pi lah..
yang penting..anak a.k.u nak pegi sekolah
anak a.k.u tak buat perangai teruk-teruk...
setiap ibu pastinya nak yang terbaik untuk anak-anak
begitu juga a.k.u....
jadinya..jgn nak perli sangatlah pasal beli beg baru..even a.k.u beli tiap-tiap minggu pun..a.k.u tak guna duit orang lain...
** bukan statement berlagak..dan mungkin orang tu nak berseloroh..but this is not a right time nak berseloroh** peace no war!!
so korang rasa beg mana a.k.u amik antara dua di atas????
harga dia morah..sbb a.k.u bayar pakai 'voucher' ha ha ha
nasib baik perasan dalam wallet ada voucher sogo neiH ari tu
kalau tak..expired tak berguna....23 Jan expirednya...
selamat dah beli beg Fahim....
dan sebagai reward Fahim sangat baik minggu lepas...ibu bawak pegi taman
walaupun sesat kat Tasik Perdana tu..ibu redha
nampak sangat tak tahu kan nak pegi lalu mana...
nak buat cam mana....bukan tempat ku
tapi hajat nak bawak anak tu membuatkan a.k.u gigih pusing-pusing satu Tasik Perdana hari Jumaat lepas...
so sambil-sambil tunggu Babah habis keje..
kite lepak-lepak taman dulu....
in sya allah....kalau berkesempatan..a.k.u akan bawak lagi dia orang kat sini..
as a reward :)
untuk minggu ni..
setakat hari ini..
a.k.u dah tak teman Fahim masa nak beratur
sebab nak elakkan dia drama..
dan sebab Fahim sekolah pagi
therapy Fahim berjalan di waktu petang..
dan di sebabkan waktu petang..
terpaksalah ibu amik flexi hour...7.30 pagi balik 4.30 petang selama dua hari dalam seminggu..
tiga hari lagi..masuk macam biasa..(tu pasal lah sempat pegi taman ok :))
see....itu sebab saya cakap..ibu kena ada super extra power...
kawan-kawan doakan saya sentiasa sihat..berupaya nak pikul semua ni ye
saya kesian kat Fahim..saya kena kuat untuk dia....
saya kena sihat untuk dia..
#tuhanjagadiauntukku