Apa kabar semua?
ada ke lagi yang masih menjengok ke sini
tak de pun tak pe (sob sob....)
hari ni nak update pasai anak teruna saya yang sorang ni..
baru-baru ni ada aktiviti Menunggang Kuda
so pagi-pagi masa hantar ke sekolah tanya Fahim
Ibu: Fahim nak naik kuda ari ni?
Fahim: Yeeee...
Ibu? Amik duit ni..bagi kt Teacher Jeff...
Fahim: Tak nak lahhhh
Ibu: Mana boleh tak amik..karang tak boleh naik kuda...
Fahim: Nak tido lahhh.....(ni signature phrase Fahim kalau dia tak nak...dulu dia akan cakap nak airrrr........)
Ibu malas nak layan...terus bgi Babah duit...
Pastu Ibu sambung lagi cakap
Ibu: Nanti Fahim nak naik kuda warna apa?
Fahim: Purpleeeeeeeeeeeeeeeeeee
cewah anak..ko ingat kuda ni ala ala My Little Pony..nak color purple..sabo je kannnn
balik je dari keje..
dia dok depan pintu
mengharapkan ibu dia sapa dulu
tapi ibu buat bodohhh hehehhe..
saja kan...phsychology...
tapi lama-lama ibu bergalah gak tanya
Ibu: Naper Fahim?
Fahim: Awim aikk tuda (Fahim naik kuda)
Ibu: Ye ke??? best tak?
Fahim: Bestttttttttttttttt
Ibu: Fahim naik kuda apa?
Fahim diammmmmmmmmmm....
Ibu: Kuda purple yek?
Fahim: Mana ada lah...tuda itam (kuda hitam)
Ibu: Tak de purple?
Fahim: Tak de....
Ibu: Siapa lagi pegi?
Sambil tunjuk lima jari dia
pastu dia tunjuk jari kelingking tu dia....
pastu dia start lah sebut nama kawan-kawan dia dari ibu jari sampai jari manis
bila jari kelingking..dia bagi tau kuat-kuat "Lima....ni Awimmmmmmm"
yerlah nak
selagi ada improvement..ibu redha je lahhhh.......
yang penting.....Fahim happy......dan kalau ibu dah tak de...
Fahim boleh jaga diri sendiri.......aamiinnn....
(ibu dah bergenang nieH)
pastu skarang
Fahim masih continue Therapy Sessions dia
dan di bawah ni.....aktiviti yang baru Fahim buat
dan surprisingly...
Fahim boleh buat tanpa di ajar...
ibu lagi lah..bila dengar teros speechless...
untuk Fahim..ni kira satu pencapaian hebatlahhh
sbb dia tak pernah buat..dan bila first time buat..terus boleh...
good good..ibu suka..
cuma ibu tak suka..therapist dia suh buat aktiviti gini kat rumah
heheheh....ibu Fahim kan 'rajinnnnn'
ada dekat 10 aktiviti maze ni lah dia buat
semua dapat di buat....
ibu sukaaaaaaaaaaaaa gile
keep it up Fahim!!