Pages

Monday, April 11, 2011

Pohon Semalu | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


Kenalkah anda pada pokok semalu?
pohon semalu ni selalunya dibiarkan sepi
dipijak dipinggirkan..

kekdahnya ada satu hari ni
selepas hujan turun
a.k.u dan Alieyah ada lah pegi 'dapur' kite org yang kat bawah tu
jalan lah merentasi belantara
(padang rumput biasa je pun)
pastu ternampak lah pohon semalu nieH
a.k.u dok bertenggek ngan si Alieyah
dok bg tau dia
cuba tgk pohon semalu nieH
ibu sentuh dia
pastu dia kuncup
mula-mula si Alieyah ni cam buat bodoh je kan
pastu lama-lama dia cuba..dia seronok...

so masa gi KLCC baru-baru neiH
jalan-jalan atas rumput
tetiba dia kata
"Ibu..mana semalu"
erk..tetiba kan...
pastu dia sambung lagi
"Ibu...semalu ni.....dia malu kan..tu pasal dia kuncup"
ye.....jawab a.k.u ringkas
so a.k.u captured lah gambar dia tengah sentuh-sentuh semalu nieH
tetiba *tup* macam kluar mentol kat kepala kan..

a.k.u pun tak tahu bahawa pohon semalu nieH..
banyak khasiatnya...
a.k.u tak mahu...pohon semalu ni sekadar bahan untuk berblog saja
tapi a.k.u nak satu yang berinformasi...
ia bukan hanya setakat apabila disentuh dan kemudian menguncup ye kawan-kawan....

Malah..dalam kisah Nabi Junjungan kita
Nabi Muhammad s.a.w. pun ada menceritakan tengah pohon semalu ini.....
sila renungkan ye
mmg a.k.u nak nangis ok bila baca
pohon kecil yang a.k.u pijak-pijak tu
rupa-rupanya...
nabi junjungan kita pun boleh buat kan ia sebagai satu kisah tauladan
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

haaa..macam mana....mmmmmm
simbolik kan...
nanti balik rumah a.k.u nak ceritakan dengan Alieyah...
moga-moga dia faham...
by the way,
ni lah gambar pohon semalu yang menguncup......
cute idok jari si Alieyah tu...huhuhu
 


selain itu.....kat bawah ni ada lagik details berkenaan POHON SEMALU
Nama botani :  Mimonasu pudica L
Nama Famili :  Leguminnosae
Nama Tempatan:  Malu-malu, Semalu, Puteri Malu, Kembang Gajah, Rumput Rimau, Memalu, Kemuncup, Keman, Duri Keman

Pengenalan spesifikasi tumbuhan dan ciri-cirinya
Pokok semalu ini terdapat dengan banyak di seluruh negara , terutamatnya di tepi jalan, di kawasan terbiar dan dikampung.  Tumbuhan ini dikenali kerana ia dari jenis yang cepat mengecut apabila menyentuhnya dan mempunyai duri .

Khasiat dan manfaat untuk perubatan

Tumbuhan ini amat sesuai digunakkan untuk mengecut , menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid, ia juga berkhasiat dijadikan mandian dan bukan sebagai minuman .  Caranya adalah ambil beberapa batang Pokok semalu termasuk akarnya , bersihkan , kemudian masuk ke dalam bekas (periuk) yang dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping, kemudian rebuskannya.  Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biar airnya suam sedikit.  Air semalu ini boleh dibuat air mandian.

Selain itu , ia dapat merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pesah-pecah kerana di makan air.  Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali, campurkan sedikit kapur dan tumbuk sehingga lumat .  Seterusnya sapu bahagian yang terkena peyakit tersebut.

Tumbuhan ini dapat mengubati bengkak , luka dan bisul.  Caranya adalah menumbuk daun tersebut bersama kunyit makan (Curcuma domestica) dan kerak-kerak nasi (Terenia polygonaides).  Kemudian tampal pada bahagian yang sakit.

Akarnya boleh mengubati sakit buah pinggang ,sebagai pelawas kencing ,  sakit perut , senggugut , malaria, lelah, tonik, sakit keputihan dan kustaAir dari batang semalu boleh diminum bagi merawat sakit tekak , batuk dan deman .Batang dan daun tumbuhan ini boleh ditumbuk dan ditampal pada bahagian yang digigit oleh binatang bisa.

MAKLUMAT NI PLAK a.k.u DAPAT UNTUK MERAWAT SENGGUGUT
Cari pokok semalu yg agak besar pokoknya supaya dapat akar yang besar dan gali untuk dapatkan akar. Agak sukar kerana akarnya sangat kuat dan dalam. Setelah mendapat akar tersebut bersihkan dan jemur ditgh panas sehingga kering. Potong bahagian AKAR SAHAJA dan rebus. Air rebusan yang di minum hendaklah satu pertiga dari sebelum direbus. Contoh:  jika air yg digunakan utk merebus adalah 3 cawan, air yg hendak diminum adalah 1 cawan. Seeloknya minum masa panas atau suam dan mestilah pada tempoh suci dan bukan waktu haid. Anak saya juga telah mencuba dan berkesan setelah 5 kali minum tetapi sahabat anak saya hanya minum sekali sahaja ini mungkin kerana akar yang di peroleh olehnya lebih besar dan banyak. Air akar pokok ini anak saya beritahu rasanya seperti air halia sedikit
sedikit maklumat untuk pengetahuan kita bersama.....
SELAMAT MENCUBA!!

2 comments:

  1. wah banyak betul khasiatnya tu, dulu abah selalu gn pokok ni utk luka, senang hidup pokok ni..nice info kak..

    ReplyDelete
  2. itulah..akak tak sangka baik untuk senggugut tau.....

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!