Pages

Friday, July 15, 2011

Jimmy mohon tangguh permohonan kembali taat, nusyuz

Assalamualaikum




Jimmy mohon tangguh permohonan kembali taat, nusyuz

SHAH ALAM 14 Julai - Permohonan perintah kembali taat dan nusyuz oleh pengacara Jimmy Shanley terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy di Mahkamah Rendah Syariah di sini ditangguhkan kepada 29 September ini.

Hakim Syarie, Saharuddin Selamat menetapkan tarikh tersebut selepas membenarkan permohonan Jimmy agar ia disebut semula selepas Hari Raya Aidilfitri pada September ini berikutan wujud perkembangan positif dalam kes tersebut.

Terdahulu, peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus yang mewakili Jimmy memberitahu, anak guamnya memerlukan masa untuk membuat keputusan bagi meneruskan atau menarik balik permohonan itu.

"Ia berikutan ada perkembangan terbaru iaitu defendan (Nursuhaila) telah selamat bersalin jadi kami mohon tarikh sebutan selepas hari raya untuk memberi kata putus,'' jelasnya.

Pada prosiding hari ini, Jimmy sepatutnya mengemukakan jawapan terhadap pembelaan yang difailkan oleh isterinya.

Nursuhaila serta peguamnya, Saadiah Din bagaimanapun tidak hadir.

Permohonan untuk kembali taat difailkan oleh Jimmy pada 3 Januari lalu diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.

Permohonan itu dibuat selepas Jimmy dan Nursuhaila mula tinggal berasingan pada 21 Oktober tahun lalu.

Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober tahun lalu dengan mas kahwin sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Jimmy yang pernah menjadi pengacara rancangan Trek Selebriti di saluran Astro Ria semasa ditemui di luar mahkamah memaklumkan, beliau akan memikirkan semula permohonan tersebut demi masa depan anaknya, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

Beliau yang kini kerap berulang-alik ke rumah mertua demi menjaga Zahrah juga berkata, terdapat perkembangan positif dalam hubungannya dengan Nursuhaila selepas kelahiran anak mereka.

"Insya-Allah, saya lakukan ini demi masa depan anak. Tidak guna diteruskan jika anak jadi mangsa.

"Saya tidak kisah menjadi suami yang tidak bahagia, tetapi menjadi bapa yang bahagia, saya sedia berkorban. Keluarga mertua juga maklumkan isteri berhasrat untuk balik dan tinggal bersama saya selepas hari raya ini,'' jelasnya.


Credit: Kosmo


tepuk dada...tanya selera
to Jimmy...
Tahniah....mesti seronok nanti Ramadhan dan Syawal bersama org baru..
moga hubungan mereka sekeluarga kekal selamanya...


4 comments:

  1. comel anak dia
    harap2 ade sinar bahagia utk jimmy & isteri

    ReplyDelete
  2. betul tu Syana
    semoga keluarga mereka kembali bersatu

    ReplyDelete
  3. Dah macam pompuan lak tgk gambo yg baring tu macam tengah nak menyusukan hahaha..

    Apepun, kita doakan semuanya baik2 je, ada hikmah di setiap kejadian kan.

    ReplyDelete
  4. Farah..itulah..doakan y ang terbaik untuk dia

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!