Pages

Thursday, August 18, 2011

Apa itu Zakat Fitrah?

Assalamualaikum

ni info yang a.k.u dapat dari Lembaga Zakat Selangor.

Moga jadi panduan untuk semua.

:)

oh ya kawan-kawan..
kalau macam tak berkesempatan berjumpa dengan Amil
boleh lah menunaikannya secara online...

a.k.u tak tipu ye...
boleh ke Lembaga Zakat Selangor untuk maklumat lanjut





Zakat Fitrah

Apakah pengertian Zakat Fitrah?
Zakat fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Apakah dalil zakat fitrah?
Zakat fitrah dalilnya bersandarkan kepada Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada yang bermaksud:

“Rasulullah S.A.W. telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum (syair) ke atas setiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan orang tua atau kanak-kanak yang terdiri daripada orang Islam.” (Riwayat Al-Bukhari)

Adakah wajib berniat untuk membayar zakat fitrah untuk diri sendiri atau sebagai wakil?
Setiap pembayar zakat atau wakilnya wajib berniat mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya atau sebagai wakil.

Apakah syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat fitrah?
Syarat-syaratnya ialah:
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan diri dan tanggungannya pada satu Syawal.
  2. Anak yang lahir sebelum (uruf) matahari akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari Ramadan.
  3. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan.
  4. Menganut Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya sehingga awal Syawal.
Berapakah kadar pembayaran zakat fitrah?
Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
  
Bilakah waktu pembayaran zakat fitrah?
  1. Waktu Wajib : Akhir Ramadan sehingga terbit matahari.
  2. Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadan
  3. Waktu Makruh : Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  4. Waktu Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Bagaimanakah kaedah pembayaran zakat fitrah?
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan (beras) atau yang senilai dengannya. Ini adalah berdasarkan Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudry yang bermaksud:
 “…. adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah S.A.W. sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap seorang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang syair, tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah bin Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadah haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: saya berpendapat, bahawa dua mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Said berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”.  (Riwayat Muslim)

Adakah harus membayar zakat fitrah melalui kaedah selain melalui amil yang dilantik seperti perbankan internet, SMS, pos dan lain-lain?
Harus tetapi wajib niat untuk membayar zakat fitrah untuk dirinya dan keluarganya.
  
Seorang isteri sarat mengandung 9 bulan. Sehingga habis Ramadan anaknya belum lahir kandungannya lagi, adakah wajib zakat fitrah ke atas anak dalam kandungan itu?
  
Tidak wajib kepada anaknya kerana syarat wajib zakat fitrah mesti seseorang Islam itu hidup sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal.
  
Adakah wajib zakat fitrah bagi seseorang yang meninggal sebelum terbenam matahari akhir Ramadan?
Tidak wajib kerana syarat wajib zakat fitrah mesti seseorang Islam itu hidup sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal.
  
Saya mempunyai seorang bapa yang susah (miskin) dan telah berkahwin dengan seorang wanita lain yang mempunyai anak-anak. Ibu tiri saya ini juga seorang yang susah. Soalan saya, adakah saya wajib membayar zakat fitrah untuk ayah saya, ibu tiri dan adik-adik tiri saya?
Anda wajib tunaikan zakat fitrah untuk ayah anda sahaja kerana beliau merupakan tanggungan anda. Manakala, ibu tiri dan adik-adik tiri anda pula adalah di bawah tanggungan ayah anda. Oleh itu anda tidak wajib membayar zakat bagi pihak mereka.
 Suami saya sedang bertugas di luar negara, bagaimana caranya jika beliau ingin membayar zakat fitrah bagi tanggungannya, iaitu saya dan anak-anak? Adakah perlu suami membayar di luar negara, iaitu tempat beliau bertugas sekarang atau adakah perlu saya mewakilkan abang kandung saya untuk membayar zakat fitrah bagi pihak suami?
Suami anda dan anda boleh mewakilkan kepada sesiapa sahaja yang berada di kariah anda dan tanggungan suami.
 Apakah hukum seseorang yang terlupa membayar zakat fitrah? Apakah yang perlu dilakukan bagi menebus kelalaian tersebut?
Haram melengahkan pembayaran zakat fitrah sama ada sengaja atau terlupa sehingga terbenam matahari satu syawal. Sekalipun demikian anda tetap wajib qada bayar zakat fitrah tersebut.
  
Rasulullah SAW dalam sabdanya riwayat daripada yang bermaksud:
“Zakat fitrah itu tunaikan bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada percakapan yang sia-sia dan kotor dan makanan bagi orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat ‘Aidilfitri, maka itulah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang membayar zakatnya sesudah solat, maka itu adalah sedekah biasa saja.”  (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Adakah asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan LZS wajib membayar zakat fitrah?
Ya, wajib bayar sekiranya cukup syarat.
  
Adakah amil boleh menerima bayaran zakat fitrah dalam bentuk beras?
Ya, wajib terima


 

3 comments:

  1. pagi ni aku dengar radio Bernama,
    ada lebih kurang 200 juta duit zakat fitrah yg belum diagihkan.

    Diorang punya sistem pengagihan sangat lemah.

    patut la ramai org susah mintak derma melalui paper.

    lagi cepat.

    hmmmmmmm...

    ReplyDelete
  2. ada silap dah salah lah mana2...

    tapi kalau mak mertua ila
    dia senang plak dapat zakat..

    even dua org abang ipar erk
    dapat bantuan teksi pun senang gak...

    zakat ni..
    kadang2 kena mintak
    sbb dia tak tahu kedudukan sebenar seseorang
    bila dah mintak
    baru dia amik action
    dan bertindak cepat....

    nak harapkan dia org pantau
    carik org yang berkelayakan..
    tu yang amik masa....

    baik datang
    jumpa zakat
    insyaaLLah bantuan sangat cepat

    ReplyDelete
  3. Moga dgn zakat fitrah ni dapat ringankan beban yang kurang mampu..
    kak, terima kasih kasi info detail nih.

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!