Pages

Wednesday, December 14, 2011

Drama Bersiri Slot Akasia - Tentang Dhia

Assalamualaikum




korang ada layan Drama Slot Akasia di TV3 ni tak
a.k.u cam biasa
follow lah kan

lambat no cite nieH
kadang-kadang a.k.u plak dok jadi Pengarah nieH
suh endingkan drama ni cepat-cepat
sbb tak sabo nak penghujung cerita ini...

watak Liza Abdullah sebagai ibu yang 'jahat'
mmg membuatkan a.k.u fikir Liza Abdullah tu betul-betul jahat
tapi bukan di luar lah
dalam filem saja
maknanya dia mmg membawa watak dia dengan bagos
Liza Abdullah ni.....
macam-macam watak a.k.u tgk dia bawak
ada watak gila-gila, watak baik..
macam-macamlah...
sume a.k.u suka
lagik-lagik kalau dia bawak kepochi..
mmg menjadi ok

erk
berbalik pada Tentang Dhia
drama sebanyak 26 episod ni dilakonkan oleh Ady Putra (Zikir) sebagai Heronya
Nora Danish (Nor Kamadhia) sebagai Heroinnya...
dan ada Tasha Shila (Rose), Ako Mustapha (Azmi), Izreen Asminda (Melly) dan ramai lagi.
drama ini telah ditayangkan semenjak 9 November 2011
setiap jam 7 malam di TV3.

SINOPSIS

Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.

Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.

Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.

Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.

Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.

Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.

Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).

Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak?

kalau korang dah terlepas episod-episod sebelomnya
boleh lah TONTON TENTANG DHIA DI SINI
 
dan kalau nak tgk FACEBOOK TENTANG DHIA
pun boleh...
 
pastu..
tengah a.k.u search pasal TENTANG DHIA ni
tup tup
ada sebuah novel Tentang Dhiya hasil tulisan Syud
tapi bila a.k.u baca sinopsis novel ni
mmg berbeza
so a.k.u assumed drama ni bukan adaptasi dari Novel di bawah....
maybe...
 
 




apa-apa pun
a.k.u tak sabar nak tgk ending cerita nieH
tingal 6 episod je lagik
menjadikah kerja-kerja jahat ibu mertua Dhia untuk mengenakan Dhia?
mmmmmm
pastinya ibu Dhia takkan berdiam diri selepas kematian ayah Dhia..

jom kite tgk ye..


 

6 comments:

  1. qema pun sama la kak, tak sabar nak tau kesudahan cerita ni hehe..

    rasanya bukan adaptasi novel sebab dia tak bagitau..

    ReplyDelete
  2. bukan kan Qema...

    cepatlah ending dia..tak sabo sangat2 .. ha ha ha

    ReplyDelete
  3. rasa nye bkn dr novel la kak.
    adik aty yg keje kat kedai buku Popular pon sakit hati org asik cr novel tu... :)

    ReplyDelete
  4. @watyz

    tak pelah...
    dapat sales tinggi skit..huhuhu

    ReplyDelete
  5. hm..drama ni sepatutnya tajuknya Zikir Buat Dhia..tp last minit tukar jd Tentang Dhia...

    ReplyDelete
  6. Cite sepatutnya tajuknya Zikir Buat Dhia..tp last minit tuko jd Tentang Dhia..Apapun nice drama..

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!