Pages

Wednesday, January 11, 2012

Tembak-Menembak di Stesen LRT Taman Melati

Assalamualaikum

kalau ada org perasan...
a.k.u ada upkan status semalam kat FB
pasal tembak-menembak di Stesen LRT Taman Melati
ramai gak yang me'reply'
a.k.u bukan ape

masa tengah shiok menanti encik suami yang masih bekerja sekuatnya tu
Abah a.k.u telefon
tanya a.k.u kat mana?
a.k.u kata lah..a.k.u masih kat office
"lega Abah..ingatkan korang kat Taman Melati....
ada tembak-menembak tu abah dengar..jgn keluar..."

rupa-rupanya Abah a.k.u riso
pasal tembak-menembak ni lah
touching ok
tapi masa a.k.u duk up kat FB blom ada yang tahu kesahihan ceritanya

pagi ni masuk office
sorang kakak kat opis ni bgtau masa dia lalu situ nak balik semalam
(mmg rumah dia pun kat situ-situ gak)
mmg tak boleh gerak katanya..dikepong
at last dia park kat tepi jalan tu
jalan kaki ke rumah dia....
cerita itu ini..
ngeri gak a.k.u kan
mana tau
terlepas das tembakan ke...
mmg dekat betul rumah dengan Stesen LRT Taman Melati tuuuuu......
tak sampai seminit dah boleh sampai situ

bila ON pc..
teros search
dan berita ini mmg sahih ..
untuk baca lebih lanjut..
sila baca 'karya' di bawah ye
time kasih KLPOS
gambar ada dua
tapi a.k.u up satu jelah...
yang satu lagik tu seram sikit gambarnya
so tak payah lah dipamerkan...







KUALA LUMPUR 10 Jan. - Satu kejadian tembak menembak telah berlaku di perkarangan Stesen LRT Putra Jalan Melati melibatkan 3 individu dan pihak polis.

Insiden pada jam sekitar 2:30 petang itu didakwa berpunca daripada insiden rompakan di perkarangan Carrefour Wangsa Maju dan pergelutan tersebut berakhir berakhir setelah ketiga-tiga penjenayah tersebut berjaya melepaskan diri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, pihak polis kembali menemui semula ketiga-tiga suspek berkenaan setelah menerima panggilan telefon mengenai insiden kemalangan di hadapan Stesen Putra LRT Taman Melati melibatkan pihak penjenayah yang menaiki Kereta Proton Putra dan sebuah kereta Honda Vios.

Dua daripada tiga penjenayah tersebut mati di tempat kejadian akibat terkena tembakan dari pihak polis manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.

Mereka yang mati masing-masing berumur 35 dan 45 tahun.

Namun seorang lagi suspek penjenayah berjaya melarikan diri dan didakwa memiliki senjata (pistol). Polis menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan sekitar (Wangsa Maju) mengambil langkah berjaga-jaga.

Pihak polis telah mengenalpasti salah seorang daripada suspek 12 rekod jenayah melibatkan ketiga-tiga individu terbabit merangkumi 5 rekod jenayah di Kuala Lumpur dan juga Kelantan

Credit:  KLPOS


 

8 comments:

  1. alamak takutnya...
    ada sorang perompak lagi bebas ye??
    hati2 kak...
    bila naik keta...cepat2 kunci pintu...

    ReplyDelete
  2. Takutnya dah la sorang lagi penjenayah masih bebas, harap polis dapat tangkap cepat, bahaya nih.

    ReplyDelete
  3. @Cik FaRiZaM

    kalau jadi kat depan mata akak..mau kecot perot tuuuu

    ReplyDelete
  4. @Erin-Ibu Marsya Qistina Marissa Qaisara

    itulah
    akak pun ngeri
    semalam masa en adha beli makanan
    siap lock keta
    tgk kiri kanan selalu
    mana tau kan....

    ReplyDelete
  5. saya ada tgk kat buletin utama malam tadi.... isy.. memang berleluasa betul lah penjenayah sekarang ni kan... takooot

    ReplyDelete
  6. @Deqna

    itulah Deqna
    jgn jadi macam kat overseas dah lah
    tembakan rambang

    dan alasan penjenayah tu
    "dia suka..dan untuk kepuasan dia"
    acik?

    bunguk tul
    bunuh org dia kata suka

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!