Pages

Friday, February 10, 2012

Kelebihan Surah Al Ikhlas

Assalamualaikum


Masa cuti Maulidurasul ari tu
TV3 ada siarkan Drama Sempena Maulidurasul...
antaranya "Runtuhnya Sebuah Dosa""Telekung Buat Mama" dan   "Al-Ikhlas"
a.k.u tengok ketiga-tiga drama tuuuu


tapi paling a.k.u suka...
Drama "Al-Ikhlas" tu...
lakonan Nasir Bilal Khan dan Lisdawati
simple tapi maksodnya tersirat dan mendalam...
dalam cerita nieH..
menerangkan kelebihan Surah Al Ikhlas
mmg sangat-sangat mendalam lah
sehingga a.k.u pun menitiskan air mata..
lagi-lagi time Nasir Bilal Khan meninggal tu....
mmg touching......

so a.k.u pun google lah Kelebihan Surah Al Ikhlas..

dan antara fadhilat-fadhilatnya...
adalah seperti berikut.
(kalau ada yang salah, tolong betulkan ye)








"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"


Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Dengan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Antara Fadhilat/Kelebihan Surah Al Ikhlas

Jasad Manusia yang telah meninggal dunia berkeadaan sangat baik (masa dalam drama Al Ikhlas tu, kaki Nasir Bilal Khan mmg terluka terok....ada ulat bagai..tapi bila dia meninggal...jasadnya wangi...dah luka di kaki pun tiada)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Surah Al-Ikhlas disebut surah keselamatan kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.

At-Tabrani dan an-Nu'aim mengikhraj dari Rasulullah SAW, baginda bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas saat sakitnya yang menghantarnya pada kematian maka ia tidak berjamah fitnah di dalam kubur dan aman dari penyempitan kubur pula ia dibawa malaikat dengan tapak tangannya hingga melampaui sirat sampai syurga"

Membaca Surah Al Ikhlas umpama khatam Al Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Quran dalam jangka masa dua-tiga minit?

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Quran dalam begitu cepat . Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Pahala orang yang membaca umpama pahala bacaan para Malaikat

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:  Demi Allah yang jiwa ku di tangan Nya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil.

Terpelihara dari perkara keji dan segala bala

Siapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al- Falaq dan An-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya. Jika dibaca 3 surah ini Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Umpama membaca sepertiga Al Quran / Menyamai 30 Juzuk Al Quran

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran"
Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pahalanya menyamai membaca 30 juzuk Al-Quran. Bagaimanapun bagi sesetengah orang ia menjadi berat untuk dilakukan oleh kerana banyaknya dosa yang ditanggung
.

Mendapat pahala seratus orang pahlawan syahid
Terdapat banyak lagi hadis tentang fadhilat amalan membaca surah Al-Ikhlas ini. Di antaranya dapat pahala seratus orang pahlawan syahid (Hadis dari Ubai bin Ka'ab), terjauh godaan syaitan jika dibaca 10 kali selepas solat Subuh (Hadis dari Ali Bin Abi Talib), jika diamalkan membacanya semasa sakit hingga membawa kematiannya, maka akan terlepas dari siksa kubur (Hadis dari At-Tirmizi).

Darjatnya ditinggikan


Kisah di dalam Ruhul-Bayan ada menyebutkan, pada waktu Nabi SAW di tabuk datang kepada baginda malaikat Jibril. "Rasulullah, saya khabarkan bahawa Mu'awiyah al Muzani ra telah meninggal di Madinah. Apakah engkau berkenan jika bumi ini saya lipat, agar engkau menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah". "Boleh saja" jawab baginda, maka Jibril membentangkan sayapnya di atas bumi dan diangkatnya Nabi sampai Madinah lalu menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah dan para malaikat menjadi makmum dua saf (barisan) dimana satu saf berjumlah tujuh puluh ribu malaikat.

Selesai sembahyang baginda bertanya "Oleh sebab apa Mu'awiyah berpangkat demikian tinggi?" Malaikat Jibril menjawab "Oleh kerana Mu'awiyah cinta dan membaca qul hu wallahu ahad sewaktu pagi dan petang, ketika berdiri dan duduk dan pada setiap gerak-gerinya."

Dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari kemiskinan


Surah Al-Ikhlas juga mempunyai fadhilat melapangkan rezeki dan menolak kefakiran bagi pembacanya serta penghuni rumah dan tetangganya. Dalam kitab Sa'adatul Darain, Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya" (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud).
Di dalam kitab Fawaid as-Syarji menyebutkan: Bahawasanya ada seorang mengadu tentang kefakirannya kepada Nabi SAW, maka baginda bersabda "Ketika masuk rumah bacalah surah Al-Ikhlas". Kemudian lelaki itu melaksanakannya dengan cara seperti itu, maka Allah SWT melapangkan rezeki kepadanya dengan berkat surah Al-Ikhlas.

Ditetapkan Iman

Surah Al-Ikhlas jika dibaca 11 kali selepas tiap kali sembahyang fardhu, insyaallah akan ditetapkan iman.


Mendapat Pahala Sebanyak Mana Mayat Yang Ditanam

Imam Hanbali rahimahullah berkata, barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan dan menghadiahkan 11 kali surah Al-Ikhlas kepada penghuni kubur itu, maka ia akan dapat pahala sebanyak mana mayat yang ditanam disitu.

Mencari Barang Yang Hilang

Mengikut pengalaman orangg yang mengamalkan surah Al-Ikhlas ini, apabila kehilangan sesuatu barang, bacalah surah ini sebanyak 21 kali sambil mencari barang tersebut.


ni adalah diantaranya
mungkin ada banyak lagi fadhilat Surah Al Ikhlas yang lain
moga kawan-kawan semua sentiasa mengamalkan surah ini..
tak banyak pun ayatnya..cuma empat ayat saja...
tak sampai seminit pun......
amalkan ye!!



 
SINOPSIS: Al-Ikhlas mengisahkan tentang Solah, seorang yang sangat lurus dan baik hati. Keadaan Solah menyebabkan orang kampung sering mengambil kesempatan terhadapnya. Namun, bagi Solah dia hanya menjalan tugas dengan ikhlas. Solah pernah berkahwin namun sejak isterinya meninggal, dia tinggal berseorangan ditemani dengan kucing-kucing kesayangannya. Dia juga sering berkunjung ke surau lama di kampungnya untuk beribadat. Surau tersebut terletak di atas tanah yang telah diwakafkan oleh ayah Zaki, namun, apabila ayahnya meninggal dunia, Zaki ingin menjual tanah tersebut. Ramai yang tidak jadi membeli tanah tersebut kerana adanya surau di situ. Zaki seringkali mendesak Pak Ali, ketua kampung supaya merobohkan surau tersebut supaya dia boleh menjual tanah namun Pak Ali enggan kerana surau tersebut telah diamanahkan oleh bapa Zaki kepadanya. Zaki juga pernah cuba untuk membakar surau tersebut tetapi menghentikan hasratnya apabila mendapati Solah sedang beribadat di dalamnya.


2 comments:

  1. Surah yang ringkas & pendek namun banyak kelebihannya..terima kasih atas info ilmu ni kak:)

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!