Pages

Wednesday, February 15, 2012

Mandi Tanpa Seurat Benang

Assalamualaikum

mungkin kalau baca tajuk
agak kelucahan sikit
tapi tadi a.k.u dapat Pa & Ma keluaran Mac 2012
dan membaca ruangan Bimbingan Rohani
soalan dalam ruangan ini akan dijawab oleh Hafiz Firdaus Abdullah...
dia adalah seorang penulis buku agama dan blogger juga

ok panjang benor intronya kan...
yang menarik perhatian a.k.u adalah
soalan yang dikemukakan oleh seorang pembaca nieH..
a.k.u taip ye soalannya:

Soalan:  Bolehkah pasangan suami isteri mandi junub bersama dalam keadaan telanjang?  Apa yang menjadi kemusykilan saya, ada pendapat mengatakan orang Islam tidak boleh mandi telanjang kerana malu kepada malaikat yang melihat.  Harap dapat menerangkan kepada saya mengenai persoalan ini.

Jawapannya:  Boleh untuk suami dan isteri mandi bersama.  A'isyah, isteri Rasullullah menerangkan:  Aku dan Nabi pernah mandi bersma dari satu bejana.  Saat itu kami berdua sedang junub.  (Shahih al-Bukhari, no 290)

Ada pun mandi dalam keadaan telanjang sama ada berseorangan atau bersama suami-isteri, maka ia dilarang jika dilakukan secara terbuka kerana bererti mendedahkan aurat kepada orang ramai.  Ada pun jika dilakukan secara tertutup seperti dalam bilik air peribadi, maka tidak ada dalil yang melarangnya. Maksud bilik air peribadi ialah ia tertutup sepenuhnya seperti dalam rumah sendiri.  Ini kerana terdapat juga beberapa bilik air yang berbentuk terbuka seperti di sebahagian asrama, kilej atau blik mandi persalinan pusat sukan.

Adapun dakwaan malaikat yang melihat, maka hendaklah menjauhi tuduhan buruk sangka kepada makhluk Allah yang mulia ini.  Sekali pun malaikat dapat melihat manusia dalam apa jua keadaan, mereka tidak akan melihat dalam keadaan aurat manusia terbuka.

Sebaliknya yang sentiasa menunggu untuk melihat manusia dalam keadaan aurat terbuka ialah syaitan.  Firmah Allah:  Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka (al-A'raaf, 7;27). Pengecualian ialah apabila kita memasuki biilk air dengan membaca doa yang di ajar oleh Rasullullah, maka doa itu dengan izin Allah akan melindungi kita daripada diganggu atau dilihat oleh syaitan ketika dalam bilik air.


penat ok taip
fuhhhhhh
moga jadi panduan untuk kawan-kawan ye

selain soalan ni
ada gak soalan lain..macam Haid Mengelirukan, Adab Bersetubuh..
kalau nak tau..sila lah beli Pa & Ma ye
tapi...
jgn ingat a.k.u hanya baca ruangan ni saja
menyeluruh ok.........
(jangan notti ok)

a.k.u suka Pa & Ma nieH
mmg melanggan sejak Alieyah lahir kot...erk...
sampai skrang

tapi...
kadang-kadang a.k.u  malas baca...
even skrang ni ....
walaupun a.k.u dah dapat keluaran Mac 2012
February 2012 tu pun a.k.u lom baca lagik....

cam ne tu?

a.k.u pun dapat resepi buat pancake dalam Pa&Ma keluaran kali ini
mmg ari tu dah mintak resepi dari adik kat cafe tu
tapi a.k.u ni kan pelupa..
malas pun ye kan..
tapi kali ni bila tgk dalam Pa&Ma ada resepi neiH
dan mudah plak tu..
mmmm ada chances buat...
mesti Alieyah suka..........



 

6 comments:

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!