Pages

Tuesday, April 17, 2012

Upin and Ipin The Musical

Assalamualaikum..

"betul..betul...betul..."
mesti korang tau kan....
kalau ungkapan di atas disuarakan...

a.k.u berminat betul nak pegi tengok teater niH
dan..a.k.u memang suka teater...

mmmmmmmm.....

korang tak moh tengok ke??





Setelah berjaya mencipta fenomena dalam industri animasi di kaca televisyen dan di layar perak, Upin & Ipin bakal mencipta sejarah apabila ia diangkat menjadi teater muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya dari 14 April hingga 6 Mei ini.

Persembahan yang menampilkan 55 pelakon pelbagai usia, bangsa dan latar belakang ini dikenali sebagai Upin & Ipin the Musical.

Tenaga kreatif yang terlibat adalah kalangan penggiat seni yang telah mencipta nama dengan pelbagai anugerah iaitu Zaifri Husin (Pengarah & Penulis Skrip), Datuk Suhaimi Mohd Zain @ Pak Ngah (Pengarah Muzik) dan A. Aris Kadir (Koreografer).

Teater ini bakal mencipta sejarah sebagai:

  1. Teater paling lama hari persembahan - dipentaskan selama 23 hari tanpa henti.
  2. Teater paling banyak bilangan persembahan tanpa henti - 30 persembahan iaitu 23 persembahan malam (8.30 malam), manakala 7 persembahan pada sebelah siang (3 petang).
  3. Persembahan Khas – satu persembahan iaitu pada 28 April 2012, jam 3 petang akan diadakan persembahan khas dalam Bahasa Inggeris.
  4. Teater adaptasi/tranformasi dari layar kaca dan perak yang pertama dipentaskan di negara ini.



Sinopsis

  
Puteri Cinonet yang berasal dari satu dunia lain merasa amat sedih kerana tidak pernah gembira. Lalu, dia bertanya kepada Cermin Sakti siapakan yang paling gembira di dunia ini. Cermin Sakti menunjukkan Upin & Ipin.

Oleh kerana ini mengetahui kenapa Upin & Ipin gembira walau pun tiada ibu bapa, Puteri Cinonit telah mengarahkan Rama-Rama supaya membawa Upin & Ipin ke istananya.

Upin & Ipin yang bermain basikal dengan rakan-rakanya telah mencabar Rajoo yang membawa lembunya, Sapi untuk berlumba. Oleh kerana menunggu Rajoo yang lambat, mereka telah ke tebing sungai dan bermain sampan kertas. Sedang asyik bermain, tiba-tiba hujan turun. Upin & Ipin serta rakan-rakan menyorok di dalam gua.

Rupa-rupanya di dalam gua itu mengandungi banyak labah-labah yang marah apabil sarangnya diganggu. Labah-labah telah mengejar Upin & Ipin serta rakan-rakannya untuk dijadikan makanan namun mereka berjaya melepaskan diri melalui terowong.

Tanpa disedari ketika mengelusur terowong itu mereka telah terjatuh di atas kapal tengah lautan. Mereka belayar, tetapi sekali lagi musibah melanda apabila ombak kuat, angin kencang, rebut petir dan kilat sambar menyambar. Kapal mereka tersadai di sebuah pulau.

Upin, Ipin dan kawan-kawan terdampar serta tertidur di pantai. Upin & Ipin yang tersedar lebih dahulu mengejar Rama-rama yang cantik dengan harapan dapat menangkapnya. Sebaliknya, mereka sampai di Istana Pokok. Pokok berpusing dan terangkat ke atas. Maka, muncul kerajaan Cinonet yang serba kecanggihan. Rama-rama menabur ‘Gold Dust’ sebagai menyambut kehadiran Upin & Ipin. Rakyat Kerajaan Cinonet meneruskan aktiviti harian.

Kawan-kawan Upin & Ipin terjaga daripada tidur & mendapati Upin & Ipin telah hilang. Mereka mencari Upin & Ipin hingga ke perkampungan Orang Asli. Mereka dijamu makan manakala Tok Batin meminta pertolongan Mentadak Mentadu menggunakan kuasanya mencari Upin & Ipin.

Puteri bertanya kepada Upin & Ipin kenapa mereka gembira. Upin & Ipin menjelaskan mereka ada kawan-kawan di Tadika Mesra, ada Kak Ros, Opah dan boleh meminjam buku daripada Perpustakaan Bergerak.

Puteri membawa Upin & Ipin ke perpustakaan istananya yang tidak pernah terusik. Upin & Ipin telah membuatkan Puteri Cinonit gembira kerana membaca buku bersama-sama.

Pada masa yang sama kawan-kawan Upin & Ipin ditangkap kerana menceroboh. Puteri memberikan tiga syarat untuk dipenuhi sebelum mereka dilepaskan. Kumpulan Upin & Ipin menang semua cabaran. Sebagai balasan, Puteri memberi peluang kepada Upin & Ipin ke angkasa lepas iaitu tempat asal Puteri. Mereka sangat gembira. Akhirnya, Upin & Ipin berjaya kembali ke bumi dengan berpakaian angkasawan.

Sumber:  http://www.hotfm.com.my/

4 comments:

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!