Pages

Wednesday, June 20, 2012

Masterchef Selebriti "Alieyah"

Assalamualaikum

dari sehari ke sehari Alieyah dok jadi 'alarm' clock a.k.u suh buat Apam Polkadot nieH..
semalam....setiap sejam sekali dok jadi reminder...
maka...
bermulalah episod masak Apam Polkadot di malam buta
sesi "Masterchef Selebriti Alieyah" bermula tepat jam 10 malam
habis sesi masak memasak dekat kul 12.30 pagi gak lahhhhh
pastu makan ubat allergic tu...
pengsan teros..sampai terlajak bangun pagi nieH....
ubat tu mengantuk kannn



Bahan-Bahan Apam Bubble-Bubble Retis (kat bawah nanti korang akan tahu naper a.k.u panggil apam ni cenggini)

2 Cawan Tepung Gandum
220 Gula
3 Biji Telur (yang telah disejukkan)
Susu Cair
1 Sudu Ovellete
1 1/2 Sudu Kecil Soda Bikarbonate
Satu Sudu Esen Vanila
Pewarna  - Biru, Merah Jambu, Hijau



Cara Memasak:
  1. Pukul telur sehingga kembang (7 - 8 minit dengan kelajuan tinggi)
  2. Masukkan Ovellete dan Esen Vanila, pukul lagi kemudian masukkan gula
  3. Setelah kembang, masukkan tepung dan soda bikarbonate bersilih ganti dengan susu cair dan dikacau rata.
  4. Bahagikan adunan tadi mengikut sukatan sendiri dan campurkan pewarna mengikut citarasa masing-masing
  5. Setelah di kacau rata pewarna, masukkan ke dalam piping bag
  6. Lepas tu boleh lah letak adunan pelbagai warna tadi di dalam papercup dan pastikan papercup tu di letak di dalam acuan untuk memastikan apam tadi naik mengikut acuan dan tidak kembang setaman...heheheh









potih gebu kann adunan apam polkadot nieH...
si Alieyah mmg chef lah hari tu..
dia lah yang pukul telor dia yang kacau letak pewarna.....





dan paling a.k.u tak tahan
dia nak buat sendiri dot dot dot atas apam tu
so ok lah..a.k.u kata "OK..teruskan"
sambil-sambil tu a.k.u kemaskan barang-barang a.k.u dah guna tadik..basuh-basuh....tup tup bila toleh ke belakang...
ce tengok.....polkadot sangat kannnnn

nak marah pun tak boleh
nak gelak pun ada
ibu redha..pasrah....masuk jelah dalam pengukus tuuuuu
"ni lah artis ibu.....pandai melukis" 
yelah ko Alieyah retis kannnnnn
dan a.k.u pun tak tahu cam ne leh ada buble-bubble kat adunan tu..
ape dia buatpun a.k.u tak tahu






hasilnya..."apam bubble-bubble retis"
bagi a.k.u failed lah kali ni
walaupun apamnya gebu..dan moist sangat...
tapi..ada rasa agak 'pahit' di situ...
adakah kerana soda bicarbonatenya??
dan a.k.u tak moh guna dah kaler biru tu
sbb tak cantik ok

walau bagaimanapun a.k.u happy sbb Alieyah boleh tolong a.k.u buat apam "bubble-buble retis" neiH
nanti ibu nak cuba pakai tepung naik sendiri pulak...
sbb cam failed giler plak apam kali nieH

walaupun failed
rasa tetap ada....

nanti kite terai lagik ye Masterchef Selebriti Alieyah

No comments:

Post a Comment

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!