ari tu a.k.u cite kat sini..pasal resepi laksam
tapi a.k.u amik dari internet plus a.k.u dengar mak a.k.u cite
tapi..
a.k.u confirmkan betul-betul resepi dia..
sbb hajat di hati nak buat..
jadinya....
bermulalah edisi belajar dengan bonda a.k.u sendirik...
Bahan Laksam
1 paket tepung beras (tak payahlah pakai sukatan gelas bagaikan...guna sekampit senang)
Air panas (bukan air mendidih tau....)
Garam ( sedikit cuma....bg rasa sikit..idoklah tawar je kan)
Cara Memasak Laksam:
- Masukkan tepung beras dan garam ke dalam air suam dikacau sehingga sebati.....ketepikan
- Panaskan pengukus dan amik tudung periuk sebagai acuan laksam
- Masukkan bancuhan tadi atas tudung periuk sehingga lekuk tudung periuk tu......** tudung periuk besi tu tau...kan ada lekuk...letak tara tuuu je **
- Kukuskan sehingga masak....bila dah masak..ketepikan bg sejuk sikit......lepas tu boleh gulung...dan dipotong
** Buat kaedah di atas sampai habis semua adunan tepung tadi
Bahan Kuah Laksam
6 ekor ikan sardin yang telah direbus
Bawang Merah
Lada Hitam
Santan
Garam
Daun Kesum
Asam Keping
Cara Memasak Kuah Laksam
- Tumbuk bawang merah dan lada hitam berserta ikan sehingga lumat
- Masak santan sehingga agak panas ** mak a.k.u kata..bila dah nampak bubble tu...... cukup..tak payahh biar menggelegak sangat, dah nampak bubble terus perlahankan api...**
- Selepas itu, masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam santan dan gaul sehingga pekat. Masukkan garam, daun kesum dan asam keping ke dalam kuah **ingat ok api kena perlahan, kacau sentiasa sehingga pekat - mak a.k.u kata lagi...kalau tak kacau selalu dan tak pakai api kecik..sat gi adunan kuah tu jadi ketul-ketul..tak smooth gitu.. lepas tu..bila dah nampak bubble dalam kuah...padamkan api **
Bahan Ulaman
Kacang Panjang
Daun Kesum
Timun
Taugeh - dicelur sedikit
* Ricik halus kacang panjang, daun kesum dan timun - semua bahan ni gaul sama
* Taugeh yang di celur sedikit di asingkan di bekas lain
Bahan Sambal Cili
Cili Kering
Garam
Cili kering dikisar halus. Kemudian dimasak sebentar di dalam kuali sehingga agak likat ** ada org tak masak...tapi mak a.k.u kata lagi....cikgu dia ajor masak sikit..supaya bertahan lama sikit **
** ada orang servekan dengan limau ....yang boleh kite perahkan dalam kuah kalau nak masam sikit **
Selamat Mencuba!!
laksam? x pernah makan..laksa tau la hehehee
ReplyDeleteakak pun.....
Deletefirst time makan tuuu
sedapppp
kak.. dh wat jgn lupa htr cni ckit yer. heehhehe
ReplyDeletesabo je Waty
Deletewalahhhh nak copy rsepi ila nie ;-)
ReplyDeletesila sila Diana
Delete