Pages

Wednesday, July 18, 2012

Speech Therapy [Session 2)

Assalamualaikum



Excited nak update kannn
gigih tau ibu dia nak update..ha ha ha
semalam a.k.u amik half day..
untuk session kedua Fahim dengan Speech Therapist

kali ni tgk Fahim mmg looking forward...
masa masuk je bilik Therapy tu....
a.k.u naikkan mood dia dengan gambar-gambar kartun yang ada di dinding bilik tuuuu..........
selain tu...a.k.u tunjuk dia cermin....
tgk gambar dia dalam cermin..
** ibu pandai kannnnnnnn..... **





aktiviti pertama semalam
main bubble.....
rasanya kat rumah dah banyak kali main bubble...
tapi kak long je lah yang over excited tiup
Fahim ni sepoi-sepoi je..........

dan bila Therapist suh dia tiup
dia boleh plak ubah pandangan nak amik mainan lain
boleh gitu??

masa aktiviti nieH...
Therapist suruh dia sebut bubble...dan pecahkan bubble tu




 Aktviti kedua
main tekan-tekan....
erk..a.k.u tak tahu ape nama aktiviti ni secara specific...
tapi..aktviti ni menyuruh Fahim tekan button kat tengah mainan tu....
dengan teratur......




Aktiviti ketiga...
main potong-potong ....
Fahim dikehendaki potong buah dengan pisau.....




Aktiviti keempat
macam hari tu......susun puzzle...




Akvititi kelima
masukkan bentuk-bentuk tu dalam bucket....

ada satu lagi aktiviti.....aktiviti keenam
main bola....
tapi yang ni tak boleh nak captured...
sbb a.k.u pun involve sama
nak harapkan itu incik suami amik gambar
mmmmmmm
'ghentikan' ha ha ha.......

APA YANG FAHIM BELAJAR DARI AKTIVITI-AKTIVITI DI ATAS?

Aktiviti Pertama - Main Bubble


  • ni nak tgk Fahim gunakan mulut/bibir dan rahang dia untuk menyebut perkataan.........a.k.u diarahkan untuk praktiskan main bubble ni ngan Fahim....sambil sebut "Bubble..." a.k.u kena ajar bila pecahkan sambil sebut "Pop! Pop! Pop!"


Kenapa kena sebut Bubble dan Pop! ? Ia kerana....perkataan B dan P tu...akan buatkan bibir dia bergerak-gerak...Fahim ni malas gerakkan bibir rupanya...itu mengikut pemerhatian Therapist ye....jadi a.k.u kena ajor dia supaya dia tahu dia ada bibir yang boleh digerakkan...


Aktiviti Kedua - Main Tekan-Tekan

so far aktviti ni LULUS..sbb Fahim boleh tekan ikut aturan.......walaupun ada sedikit 'keras kepala' berlaku....tapi tetap LULUS......bila Therapist sebut 1, 2, 3...dia tekan.....kira dah boleh ikut kata lahhh

Aktiviti Ketiga - Main Potong-Potong

aktiviti ni Fahim suka sangattt.....wahhh suara dia paling meriah...gamaknya sampai ke luar kot boleh dengar suara...siap cakap "Oww.. Ow...!" bila barang tu jatuh..kadang-kadang bukan barang tu terjatuh sendiri..dia yang buat-buat terjatuh.....then sebut "Oww...Ow!!"

aktiviti ni pun ajar Fahim ikut aturan.......sambil sebut perkataan "Nak" ... Fahim di ajar untuk beri semula apa yang dia potong tadi pada Therapist dan juga ibu.......dan sebut satu-satu apa yang diberi pada Fahim untuk dipotong macam "Apple...Anggur...Bawang...Strawberrry...Lemon...dan lain-lain"...tapi Fahim lulus bab "Apple" je.....selain "Oww...Ow!!"  .... Masa potong-potong pun dia boleh buat dengan sedikit bantuan...

Aktiviti Keempat - Susun Puzzle

Aktiviti ni sama macam hari tu....Fahim kena susun haiwan-haiwan tuuuu..sambil sebut nama haiwan as well as bunyi haiwan tersebut......Bab susun semula dan LULUS...sebut haiwan...blom lepas....bab bunyi haiwan tu...."Moo" dan "Bekkk..." dah LULUS....

Aktiviti Kelima - Susun Bentuk Masuk dalam Bucket

selalu buat gak kat rumah...tapi selalunya bila buat kat rumah ibu kan sambil lewa....tapi kat sini..kena buat ikut aturan..bagi dia satu-satu dan masukkan satu persatu......

masa buat aktviti ni ..Fahim dah malas...mungkin sbb mengantuk atau dia dah boring sbb buat benda yang sama........masukkan bentuk......tapi so far dia habiskan aktviti ni dengan baik

Aktiviti Keenam - Main Bola

actually main bola ni 'tambahan'.....masa Fahim buat aktiviti ketiga....bilik yang Fahim sedang guna tu...ada org nak masuk..sbb ada baby kena buat suction......jadinya kami kena pindah bilik...**macam tu pulak kannn..pening a.k.u dibuatnya......dah booked bilik tuk therapy awat ada org lain plak nak buat suction at the same time ** concentration Fahim pun dah berubah..sbb tengah shiok-shiok buat aktiviti kena pindah bilik..dan bila dia kena pindah bilik..bilik tu dah ada dua biji bola besar...wahhhhhh..terloncat-loncat lah dia nak main bola tuuuu.....

tapi tidak dibenarkan sbb dia masih buat aktiviti susun puzzle..jadi aktiviti ni aktiviti tambahan lah kot....masa ni Therapist tanya..Fahim takut tinggi ke tak? dan dia letakkan Fahim atas bola besar tu...dan gerakkan bola tu...suka lah budak tu kannn..enjoy......

so bila Therapist dah buat benda tu......Therapist suruh main tolak-tolak bola....masa ni....Fahim masih kena buat macam selalu......tolak bola bila dah kira 1, 2, 3...Tapi Fahim kan tak sabor..blom sebut 3 dia dah tolak bola....jadi kena ulang lah..sampai dia boleh tolak bola tu lepas kiraan 3....so dia juga LULUS aktiviti nieH...

KESIMPULAN

Therapist kata...hari ni Fahim lebih banyak tumpuan berbanding session sebelum ini
dia boleh duduk hampir 30 minit buat aktiviti tanpa bangun, baring-baring, marah-marah dan sebagainya untuk alihkan tumpuan...

so BAB MEMBERIKAN TUMPUAN..Fahim dah ada peningkatan....

kedua ... dah banyak perkataan dia boleh tiru berbanding minggu lepas....

ketiga ... dah boleh buat kebanyakkan aktiviti yang di suruh........

keseluruhannya...Fahim sudah lebih fokus dan boleh terima arahan..... ** senang hati ibu kan **

NASIHAT THERAPIST

Kat rumah kena biarkan Fahim buat sendiri
* Minum air guna spout / cawan
* Gosok gigi sendiri
* Makan suap sendiri

ketiga-tiga benda kat atas..untuk stimulate pergerakkan bibir dia........
rupa-rupanya.....breastfeed baby tu mengajar baby untuk stimulate bibir dia.....selain minum dengan bottle pun sama......puting botol tu ada fuction gak rupanya....

Fahim ni kan minum pakai straw...so Therapist bg tau..tukar kepada spout pulak......straw ni kira 'kacang' untuk Fahim.....bila guna spout boleh ajar Fahim guna bibir dia..........

Fahim ni boleh sebut tapi dia tak sebut betul-betul sbb dia tak gunakan bibir dia bila nak menyebut.....


Aktiviti lain yang Fahim kena buat
* Susun Puzzle
* Tiup Bubble
* Masukkan Bentuk-Bentuk Masuk dalam Bucket

kebanyakkan benda ni semua ada kat rumah..
tapi a.k.u ni ala kadar je kot bagi benda ni kat Fahim

dan...a.k.u terfikir semalam
a.k.u ni banyak 'manjakan' Fahim
contohnya..minom pakai straw..makan a.k.u suapkan....gosok gigi a.k.u buatkan......
nak barang ke apa-apa ke..a.k.u amikkan
semua 'dimanjakan'

lepas ni ibu wajib biarkan Fahim buat sendiri....no no bantuan..huhuhu

Gud Luck anak ibu!

dan di harap dengan panduan serba sedikit ni dapat lah bantu sesiapa di luar sana.......

Fahim kena jumpa Therapist lagi minggu depan.....Session 3....hopefully ada kemajuan lagi lah..
Insyaallah....




8 comments:

  1. seronok juga jadi terapis ni ek hehee...

    tahniah fahim sbb ada peningkatan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah
      dah lah muda...
      dulu mak suh belajar aii tak moh kan...
      kalau ta leh jadi therapist..huhuhu......

      Delete
  2. errr... kak... sori kalo tanya ek. ke aty x pasan kot ade baca pasal fahim ni ke baca tp lupa. nape ngan dia? dia bape tahun ek? sori tau kak. xde niat pape pon.just tanya. xyah la publishkan soalan aty tau... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fahim tak boleh bercakap lah Watie....
      bahasa german je memanjanggggggg

      Delete
  3. ila, mana result capture nombor tu????
    Nak jgk tau sape yg dapat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ila dah update ari tu....
      so tunggu jumaat ni ye..finale

      Delete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!