Pages

Thursday, July 12, 2012

Speech Therapy / Terapi Pertuturan

Assalamualaikum




tak de ibu bapa yang tak sayang anak kannn....
sama lah macam a.k.u
walaupun mulut a.k.u ni asik pok pek pok pek
hati tatappp sayang wooooo

gile ko tak sayang anak.......
jadi....
akhirnya kami berjaya juga dapatkan 'referral letter' dari panel klinik untuk Fahim jumpa Speech Therapist
dari umur dia dua tahun mintak untuk dirujuk pada yang lebih pakar..
ni dah masuk 3 tahun 6 bulan
dan kalau ikut tahun....4 tahun lahhhhh kiranya tahun nieH..
tahun depan dah lima tahun
giler ko tak bg a.k.u referral letter lagik

dah boleh masuk sekolah tapi still tak boleh cakap
giler ke haper kalau org kata a.k.u tak amik kesahhh
sib baik last week jumpa doctor...dan doctor tanpa banyak soal terus bg referral letter

kalau ikut a.k.u nieH
mmg mulut ni je a.k.u sengih-sengih
pretending macam tak de apa-apa berlaku
hati? Allah saja yang tahu OK...
risau sangat-sangat...




tengok gelagat budak Fahim sebelum jumpa Speech Therapist....
macam Physiotherapy Clinic tu dia yang punya OK.....

baiklah
introduction panjang sangat...
lepas kami dah dapat referral letter dan dah buat guarantee letter
terus buat appointment dengan hospital yakni kami pilih Hospital Tawakkal




comei tau Speech Therapist si Fahim ni
nama dia Farah....
cam tu ke ejaan dia.....hampun ye dik kalau salah eja nama

masa mula-mula masuk sini
macam-macam soalan lah Therapist ni tanya pasal Fahim......
pernah masuk hospital ke tak
ibu bersalin ada masalah kesihatan ke tidak
lahir cukup bulan ke tidak
kalau nak mintak sesuatu macam mana
dah makan sendiri ke belum
boleh pakai baju sendiri ke tidak
hari tu lahir normal ke czer

macam-macam details lahhh
sampai ada yang a.k.u ingat-ingat lupa pasal Fahim......
masa ni budak-budak berdua ni..
buat bilik terapi tu cam playground..sabo je kan....

selepas sesi dapatkan details...
Therapist terus amik mainan...
(Si Alieyah dah meluap-luap nak main tau..macam dia punya mainan)

mula-mula dia amik puzzle
puzzle haiwan...
dia suruh Fahim amik puzzle tu keluarkan semua
dan masukkan balik satu persatu mengikut aturannya

tapi Fahim gagal masa letak semula
sbb...Therapist tu suh dia masukkan yang ada di tangan Therapist..
dia nak amik puzzle yang lain...
siap main campak-campak
tu blum lagik dia bangun dari kerusi..
main pusing-pusing..lompat-lompat..huhuhu
**feninnnng kepala Therapist tu **

tapi a.k.u tgk nak jadi Therapist ni kena banyak sabar
mmg penyabar sungguhhhh Therapist itu...
dia terus layan Fahim....
observe apa yang patut...

tapi Fahim berjaya juga habiskan susun puzzle tu walaupun dia main-main...




kedua...
Therapist bg dia patung haiwan...
sambil sebut nama haiwan tu
sambil buat bunyi haiwan tersebut...
kusyuk kan masa main patung haiwan tu
tapi suh sebut.....mmg sekiannnnn...

tapi yang bestnya
bila therapist sebut
"Fahim..ni apa? .. Goat.....Bekkkkk"
terus Fahim sambung "Bekkkkkkk,...."
**  maaflah ye....perbualan Fahim ni mmg campur aduk..ada bahasa Melayu ada bahasa Inggeris.... dah ibu dia dah ajor cam tu kan umah kannnnn**

yang ni a.k.u tak hairan lah
sbb dia belajar dari buku yang a.k.u beli ari tu
terus Therapist tu senyummmm.....



Third activity...tak salah a.k.u dia bg patung
tapi yang ni a.k.u tak snap..sbb Fahim sudah menunjukkan belangnya
dia dah malas.....
padahal dia suka baby....
Therapist suruh dia tunjuk mata, hidung..bg baby minum air..makan bagai...
tapi Fahim macam biasa
bila suruh dia tak moh buat
tapi kalau tak suruh pandai pulak tuuuuu.....

Fourth activity
main thomas
wahhhh masa ni..bukan Fahim je nak main
kakak dia pun sama
dia yang over nak main padahal nak bg Fahim kannnn




yang ni..
Fahim buat aktiviti turunkan Thomas tu dari atas...
macam-macam aksi dia buat
campak-campak cam biasa....baring-baring.....
huhuhu...redha ibu dia jap ok

selepas buat empat aktiviti di atas
Speech Therapy tu kata......lepas ni Fahim kena datang lagik..seminggu sekali
fuhh ** pitam ** ibu dia lagi

datang seminggu sekali maknanya ibu kena amik cuti seminggu sekali jugak..
adoiiiii..coti ibu ko ni dah lah cipuuutttt

tapi ..
demi anak....
walaupun nanti kena amik unpaid leave
akan ku pastikan ibu sentiasa akan pergi bawak Fahim pegi therapy....

secara keseluruhan...
Therapist kata..
Fahim kurang fokus..dia banyak bergerak bila buat sesuatu..
dan itu juga salah satu masalah untuk bertutur.....

so Therapist suruh Fahim buat exercise kat umah guna puzzle
ibu 'diarahkan' supaya berhati tegar
ajar Fahim untuk buat puzzle tu....dan
jgn terTIPU dengan tipu helah Fahim untuk cendekil buat puzzle tu
dia kena buat puzzle tu at least 5 - 10 minit dengan fokus....

menurut Therapist tu
kanak-kanak ni dia makin besar dia akan develop skills dia
iaitu suka memanipulasi ...wahhh......pandai ko manipulate ibu ko ye
dan ibu ko pun ter'manipulate'...

a.k.u bg  CONTOH
org suruh buat puzzle...dia main campak-campak..guling-guling..nangis-nangis...
untuk alihkan perhatian kita........dan lepas tu bila kite sudah beralih perhatian
dia boleh benda lain..padahal tadi kita suruh dia buat puzzle....

jadi........ibu kena turut fokus...supaya Fahim juga fokus...
jgn bagi dia lari-lari, guling-guling, mahupun nangis-nangis....
kena teruskan buat aktiviti itu sampai berjaya....

** adoiiii ... kena tegar lah nieH..ibu kena jiwa kental **

Therapist juga kata..Fahim ni dia dengar org cakap....tapi dia tak de eye contact sangat
dia mudah beralih perhatian....tu pasal dia tak boleh fokus untuk bercakap
CONTOH lagi

bila kita sebut "Thomas"...Fahim jawab " ne..ne "
dia tahu Thomas tu ada dua suku kata..tapi tak boleh sebut...
so fokusnya kurang sbb no eye contact..dan tak selari dengan hearing dia....

disebabkan perkara-perkara di atas
Therapist membuat kesimpulan
buat dulu aktiviti puzzle tu
selain suruh dia buat puzzle sampai habis dengan tekun dan fokus
kite kena sebut juga perkataan......supaya dia tahu....
kalau nak sesuatu dia kena sebut "Nak bla bla bla....." 
kalau dia nak buat benda lain...dia kena buat dulu apa yang kita suruh
kalau nak buat sesuatu, kena ikut turutan...jgn main belasah je.....
kalau suruh buat A..dia kena buat A..jgn bg dia buat B dulu......follow the flow kekdahnya
rasional: supaya ajar Fahim, dalam hidup ni ..apa-apapun ada turutan..tak boleh jumping-jumping ikut suka dia nak buat apa-apa sahaja yang dia nak.....

if tiada peningkatan..
dia akan dirujukkan pada Occupational Therapist untuk bantu Fahim lebih fokus...
dan selepas dah ok baru jumpa balik Speech Therapist tu...
sbbnya..kalau dia kurang fokus....ia akan mengganggu proses pembelajaran untuk bercakap..

so tunggulah next week..
ada peningkatan ke tidak...huhuhu..

sebelum berakhir...
action ni lah membuatkan org kat physio tu bergelak-gelakkan (ada ke perkataan ni)
ala macho sangat lah tu kannn














26 comments:

  1. Kasih ibu...akan menempuh segalanya untuk anak-anak...semoga anak akan ada perubahan selepas ini..sabar yea.

    ReplyDelete
  2. harap sume berjalan lancar kak
    bile ada blog yg buat psl entry gini, mmg bagus utk mak2 lain peratikan anak
    bile lain mcm sket peel anak, at least boleh dpt info kt korg2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesza...akak pun puas carik info kat net.....
      hopefully dapat membantu sedikit sebanyak

      Delete
  3. Harap pas ni Fahim berjaya cakap dengan lancar dan fokus lagi. Sabar ye Ibu..ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...
      Allah berikan dugaan yang setimpal dengan kemampuan umatnya

      Delete
  4. akak tak try pegi check telinga ke kak? anak buah saya umur mcm fahim jugakla tak ckp lepas abg saya bwk gi check kat pakar..telinga dia tersumbat sbb byk tahi telinga keras.dia kurang dgr sbb tu tak ckp.lepas dh kena korek dgn doktor tu..mmg terus boleh ckp dh. saya dh try utk aiman dulu tp aiman takde mslh telinga n disahkan mild autism.sorry ye kak,saya nk bgtau..speech delay adalah salah satu tanda autism disamping kurang eye contact n takleh dok diam/takleh fokus.tp saya puji akak sbb dh bawa fahim pegi terapi..aiman pun pegi speech terapi n occupational terapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the info Ida..
      akak follow apa yang pakar cakap skrang nieH..
      so tgk lah kan...baru first assessment.....
      masa buat speech therapy ni pun therapist ada tanya pernah buat hearing test ke tidak.......
      if dia kata nak buat hearing test ke haper ke..akak follow je......
      apa salahnya mencuba untuk kebaikan kannn

      nanti kite tgk next next ape lagi akak perlu buat..
      sampai betul2 pasti naper Fahim ni masih tak moh cakap.........
      thanks ida

      Delete
  5. ila, nak tanya, fahim ni problem dia, tak bercakap-senyap-berat mulut-malas nak bercakap atau boleh bercakap, tapi dalam bahasa dia-bahasa german orang kata?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahlah .. susah nak cakap tu...
      tapi dia boleh cakap 'ok'...
      panggil ila dengan panggilan 'abahhh'
      kadang2 ada sebut kakak.....adikk...
      buat bunyi kambing tu bolehhh....bekkkk

      even kalau kakak dia cakap ngan ila
      dia pun akan datang kat ila dan ckap 'abah....bahasa german dia lah......" ntah ape butir pun tak tahu.....

      huhuhu...cam mana nak kategori kan tuuuu
      ha ha ha

      Delete
    2. lebih kurang imran.. membebel.. tapi tak tau apa dia cakap.. yg dia blh sebut dan kita faham, 'kakak'.. masa umur dia 2 thn 2 bln, bawak p jumpa speech theraphy kat gleneagles.. bila dia buat test.. mcm yg fahim buat tu, doc kata tak nampak kritikal dan lagi, masih awal utk buat theraphy.. sbb theraphy perlu buat 2 minggu sekali. nampak membebankan utk usia imran. so, dia bagi masa 6 bulan utk tgk development imran mcmmana. dia advice bykkan parent-child activity..bykkn bercakap.. puas bercakap aihhh..

      sekarang ni, imran dah hampir 3 thn (bln depan).. dah nampak byk improve.. dah byk perkataan dia blh sebut.. walaupun tak boleh buat proper ayat.. dah blh ikot rhythm.. blh dengar lah dia humming suma.. kitoang hold dulu lah untuk amik theraphy.. hopefully, fahim akan byk improve utk sessi theraphy dia nanti.. parents dia kena kuat semangat ye!

      Delete
    3. dulu doctor kata..sbb kecik lagi lah tuuuuu
      tu yang biar je
      tapi mmg dah nekad
      kalau 3 tahun 6 bulan still tak de progress memberangsangkan ..
      mmg akak nak jumpa gak speech therapy.....
      at least akak dah usaha kannnn......

      wahhh imran dah ada improvement ye..bagos bagos..
      tapi kan si fahim ni..kalau nyanyi ke dia boleh ikot...tapi bahasa german dia lahhh..

      tapi sampai bila nak bahasa german kannn
      tahun depan dah lima tahooonnnn woOooOoooo

      tu yang nekad .. nak gak jompa therapist

      Delete
  6. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. InsyaAllah. Doa ibu yg paling makbul :)

    ReplyDelete
  7. wina doakan semuanya berjalan lancar untuk akak & Fahim..insyallah dengan speech therapy nie Fahim akan tunjukkan kemajuan ;-)

    ReplyDelete
  8. salam Puan, boleh tanye x..berapa ye kos utk byr therapy ni..

    ReplyDelete
  9. salam puan.. nak tnya kat mana location utk buat therapy ni? anak saya pun 2 tahun 1 bulan pn rasa nya ada masalah speech delay

    ReplyDelete
  10. Salam puan, kat mana location therapy ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan,

      Maaf lambat menjawab..terapi ni di tawakkal healty centre..boleh berjumpa dengan Dr Saini

      Delete
  11. sis..macamanana perkembangan anak puan terkini.dah boleh bercakap dah.anak saya baru nak jumpa pakar terapi umur 2 tahun 4 bulan.

    ReplyDelete
  12. Assalamulaikum....tumpang tanya saya nak carik tempat utk speech terapy swasta utk anak saya..tp saya duduk kt kuching sarawak.. kalau nk tungu hospital terlalu lama masa die nak trapy..sapa2 boleh bantu.. tqvm..

    ReplyDelete
  13. Salam.sis,thanka berguna info ni.anak saya main puzzle tu ok.fokus.tapi bab bercakap tu sama fasa ngn akak.ni anak sy 3y6m nk pegi jugak speechbtherapy.tahun lepas masa 2y pernah pergi tapi sparuh jalam je.ni kali ni nk betul2 lah.

    ReplyDelete
  14. salam sis, bolehtau harga per session untuk speech therapy di KPJ Tawakkal berapa ye? nak work out bajet untuk terapi anak umur 4 tahun, pun lambat bercakap. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. salam sis, bolehtau harga per session untuk speech therapy di KPJ Tawakkal berapa ye? nak work out bajet untuk terapi anak umur 4 tahun, pun lambat bercakap. Terima kasih.

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!