Pages

Monday, August 6, 2012

Speech Therapy / Terapi Pertuturan Session 4

Assalamualaikum



Tawakkal ni jadi macam second home dah tau
dah every week pegi kannn...
sampai Si Fahim ni pun dah tau dah selok belok dalam hospital nieH...

ni masa tengah buat registration...
sesambil tu bebudak ni duduk-duduk sambil layan tgk TV....





kali ni...
ada aktiviti baru
di samping susun puzzle...
Fahim kena padankan haiwan dengan puzzle...
ada yang betul ada yang dia main taram...sbb dah malas...
adoiii...

Fahim ni
kalau selalu sangat buat..dia mmg cepat boring...

puzzle tu...alhamdulillah..
dah banyak dia boleh buat dengan betul
siap bunyik-bunyik lagik..
tu blom masok bila dia susunkan puzzle berbentuk rumah
dia ketuk rumah tu..dan sebut 'akummmm...' a.k.a Assalamualaikum...
dishortformkan jadi "Akummmm..."





ari tu a.k.u ada cerita pasal satu permainan tali dan Fahim kena masukkan haiwan yang berlubang tu ke dalam tali..
cam di atas ni lah mainannya....
ada lubang kecil untuk di masukkan tali tu....

aktiviti sebelom balik
lontarkan bola ke dalam gol...
Fahim nampak bola
bukan dia nak lontar..
dia sepak ada lahhh
dah nama pun boy kan
main bola sepak lah.....
huhuhu....




secara keseluruhan Therapist  kata ada peningkatan
dan peningkatan Fahim agak cepat...
dia dah mula buat bunyik
meniru apa org kata....
dan boleh gunakan keseluruhan kawasan mulut dia dengan agak baik.....

kali ni..Therapist siap buat massage kat kawasan mulut Fahim....
diam je budak tu bila di'urut'...
sedap gamaknya kann

next week....Fahim ada lagi session nieH..
insyaallah...Fahim akan lebih baik....
dan maybe boleh cakap sikit-sikit masa raya nanti?
who knows?


No comments:

Post a Comment

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!