Pages

Friday, October 19, 2012

Penyakit Hati Berlemak [Fatty Liver Disease]

Assalamualaikum


Apa itu Hati Berlemak?






Penyakit hati berlemak sering dikaitkan dengan alkohol tetapi ada juga di kalangan pesakit hati berlemak ini tidak berkaitan dengan alkohol yang di panggil penyakit Non Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD). Ia juga boleh dihidapi oleh individu berberat badan normal.  

Hati berlemak ialah pengumpulan lebihan lemak dalam sel-sel hati.  Pada peringkat awal, keadaan tidak berbahaya tetapi jumlah lemak bertambah, ia kan membawa kepada pembesaran hati dan keradangan hepatik.  Selepas itu, sel-sel hati mula mati dan parut atau sirosis (cirrhosis) akan berlaku.  Hati akan gagal berfungsi dan anda akan berada dalam masalah serius dengan kerosakan hati yang berkekalan.  Apabila anda mempunyai sirosis, anda juga cenderung untuk mendapat kanser hati.

Hati berlemak boleh dilihat melalui tomografi berkomputer atau pengimejan resonans magnet.  Walau bagaimanapun, ujian ini tidak sering di lakukan atau diperlukan kerana pemeriksaan ultrasound yang mudah adalah mencukupi untuk diagnosis.

Beberapa kajian mendapati, hati berlemak antara sebab menurunkan enzim hati yang dikenal pasti pada ujian darah secara rutin.. Enzim ini dikeluarkan oleh sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan.  
  

 Berat badan berlebihan

Kurang senaman

Alkoholik

Penyakit hati yang kronik

Diet tinggi lemak

Hormon tidak seimbang
Kredit Gambar:  http://gtf.com.my/web/ms/benefits/fatty-liver/



Jenis-Jenis Hati Berlemak

1.  Steatosis - hati berlemak biasa
    Hati akan membentuk  lemak dan pemusnahan sel hati akan bermula.  Ini dipanggil non-alcoholic fatty  
    liver disease  (NAFLD).  Kebanyakkannya, tidak menunjukkan sebarang simptom.  Pada tahap ini, tiada 
     pembengkakan hati berlaku.

2.  NASH - (Non-alcoholic steatohepatitis) - Hati Berlemak Berkaitan dengan Keradangan
     Pembetukkan lemak secara berlebihan menyebabkan radang pada hati dan boleh memusnahkan sel hati.   
     Sel hati yang telah mati akan menyebabkan luka pada tisu-tisu.

3.  Cirrhosis (pengerasan hati)
      Luka yang teruk pada tisu hati menyebabkan hati akan menjadi lebih keras.  Hati akan gagal berfungsi  
      seperti biasa.  'Cirrohosis' boleh meragut nyawa.


Faktor-Fator Hati Berlemak

  1. Diabetes tahap kedua - Statistik menunjukkan 88% pengidap diabetes tahap kedua akan membentuk NAFLD
  2. Overweight (Berat badan berlebihan) - seseorang akan diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan apabila Body Mass Index (BMI) mereka di antara 23 ke 27.4.  Lemak di dalam organ boleh meningkatkan peratus lemak di dalam badan.  
  3. Obesiti - obesiti terjadi apabila BMI seseorang melebihi 27.5.  Menurut statistik, NAFLD berlaku terhadap 80% pesakit yang obesiti.
  4. Tinggi kolestrol -  63% pesakit NAFLD adalah mereka yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi
  5. Tinggi triglycerides (lemak yang di simpan di bawah kulit)  
  6. Kekurangan Nutrien - Penyerapan lemak tumbuhan, minyak tumbuhan, bahan protein dan karbohidrat menyebabkan nutrien berlebihan terubah kepada lemak yang tertimbun di dalam badan yang boleh mengakibatkan gejala kegemukan (obesiti), paras kolestrol tinggi serta hati berlemak
  7. Kekurangan Nutrien -  Dibanding dengan golongan berbadan gemuk, golongan berbadan kurus adalah lebih berisiko gejala hati berlemak.  Kekurangngan nutrien secara jangka panjang boleh menyebabkan kekurangan bahan protein dan pelbagai vitamin.  Sejumlah besar asid protein dilepaskan ke dalam organ hati dan ini boleh menjadi penyebab hati berlemak
  8. Pengambilan alkohol secara berterusan - pengambilan alkohol melebihi 60g sehari boleh di kira sebagai pengambilan alkohol secara berlebihan.  Penggunaan alkohol secara berlebihan ini di panggil Alcoholic Fatty Liver Disease (AFLD)
  9. Pengambilan sesetengah ubat-ubatan secara berlebihan
  10. Sindrom Reye (di kalangan kanak-kanak)
  11. Kehamilan

Cara Mendapatkan Hati Yang Sihat


Diet dan gaya hidup sihat merupakan cara terbaik bagi mengelakkan daripada berlakunya hati berlemak.  Antara tips-tips untuk mendapatkan hati yang sihat dan mengelakkan daripada hati berlemak


PERTAMA:  Pengambilan makanan dengan Glycaemix Index (GI) yang rendah dan jauhi daripada makanan yang tinggi GI

Contoh makanan tinggi GI adalah
  • Gula-Gula
  • Roti Putih
  • Kentang
  • Gula Putih
  • Nasi
Contoh Makanan Rendah GI
  • Epal
  • Roti Serat
  • Oats


KEDUA:  Diet Rendah Lemak

Lemak sepatutnya tidak melebihi 20% daripada jumlah pengambilan kalori dalam diet seharian.  Diet yang tinggi lemak boleh meningkatkan kadar 'triglyceride'  dalam darah dan boleh meningkatkan risoko hati berlemak


KETIGA:  Diet tinggi serat

Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar, oats dan kekacang dan kurangkan pengambilan makanan segera.  Diet tinggi serat boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, kolestrol dan tahap 'tringlyceride' dalam badan serta boleh mengurangkan risiko hati berlemak.

KEEMPAT:  Senaman secara teratur

Senaman yang teratur sekurang-kurangnya 30 minit satu sesi, 3 kali seminggu adalah sangat bagus.  Senaman merupakan cara yang paling effektif untuk mengurangkan kandungan gula dalam dan mengekalkan berat badan ideal

KELIMA:  Pengurangan berat badan secara sihat

Sekiranya anda merupakan seorang yang obesiti dan berlebihan berat badan, anda seharusnya mengekalkan diet rendah lemak dengan pengambilan kalori hanya 500 cal to 1000 kcal sehari.  Jangan biarkan diri anda berlapar untuk mengurangkan berat badan kerana ia akan menyebabkan kekurangan nutrisi dan ianya akan menyebabkan tahap 'triglyceride' semakin tinggi.  Pengurangan berat badan secara sihat iaitu sekitar 1 - 1.5kg seminggu adalah memadai.

KEENAM:  Jauhi alkohol

Dalam Islam juga melarang umatnya mendekati minuman beralkohol, jadi jauhinya.

Simptom Hati Berlemak

Tiada simptom yang khusus tetapi mereka yang menghidapi hati berlemak ini akan merasa letih, sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen.



a.k.u harap dengan info yang a.k.u dapat dari net ni dapat membantu kawan-kawan mengenali penyakit hati berlemak.

a.k.u dah rumuskan dengan ayat dan penggunaan perkataan yang sangat mudah untuk di fahami semua
al maklumlah bila baca maklumat dalam bahasa english..nak translate bahasa melayu yang mudah
sangatlah susah..
jangan ingat bila a.k.u ni org Melayu
a.k.u ni pakar bahasa Melayu....

bahasa Melayu ni sebenarnya juga sukar
tapi yang sukar tak bererti susah untuk dipelajari kan..

selamat membaca
kalau ada salah silap mana-mana
tegur-tegur yek...

SECARA RUMUSAN

Hati-hati dengan Hati Berlemak.  Jika ia dibiarkan secara berterusan, ia akan membawa maut!





5 comments:

  1. erk..kdg2 teringin btol nk makan hati ayam goreng kicap tuh *tibe je zt nih,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabo je..hati ayam yeeeeee

      kawan akak pernah ckap
      kite makan hati ayam..hati lembu tuuu
      hati haiwan2 tu tak sakit ke??gulp

      Delete
  2. pernah kena tahan wad sbb kencing kotor. tp bile scan doc ckp saya ade hati berlemak. x tau tahap keseriusan nye.... :)
    tqvm sbb share tentang hati berlemak ni ye kakak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena amik tau tuuuu
      cam adha
      even kolestrol dan darah dia menunjukkan penurunan lemak
      tapi bila scan....mmg ada scar sudahhhh

      Delete
  3. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Ubat sakit hati

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!