Pages

Wednesday, March 20, 2013

Sate Ikan dengan resepi lagi

Assalamualaikum


korang pernah makan sate ikan?
dulu masa sekolah-sekolah..pantang bell berbunyi tuk balik
memang meluru beli
tapi dulu 10 sen satu...skrang???

tapi memang skrang pun
pantang jumpa
a.k.u mesti beli..
bukan setakat beli..tapi beli banyak-banyakkkkkkkk
dan di sebabkan kat pasar malam a.k.u tu memang abang ni ada tiap-tiap minggu
jadi tiap-tiap minggu gak lah melepas 'rindu' kat sate ikan...

macam-macam cite gak dengar pasal sate ikan nieH..
tapi ada a.k.u kesahhh

even kalau search kat google...melambak-lambak cite pasal sate ikan
dan salah satu artikel yang a.k.u tabik toing toing...
Sate Ikan Ubah Kehidupan Rashid
jangan pandang ringan pada sate ikan tau..hehehheh

dan a.k.u nak cuba buat sendiri nanti...dah siap-siap amik resepi untuk di cuba
dan mana tau korang pun nak coba..jom jom..


RESEPI SATE IKAN (Credit:  http://daridapurkecah.blogspot.com/)

Bahan-bahan:

500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
1 sudu besar baking power – saya tambah


Cara memasak:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.



SOS MANIS

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

• Untuk sos pedas, pula, Saya bahagiakan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas


ari tu masa pegi pasar malam ada nampak jual sate ikan..siap FB lagi..tapi nanti a.k.u cari FB dia
boleh buat tempahan OK..dan a.k.u pasti akan tempah untuk 'majlis tu nanti' ..

jom cuba!!






5 comments:

  1. kak, try la buat...nnti boleh compare sama x rasa..:)

    ReplyDelete
  2. time kasih la share kak. nanti ble la try. kite pon suka sangat sate ikan ni dr blajar kat kota bharu lagik... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah belajar yek..ape lagi waty..jom kite masak sama2

      Delete
  3. Sedapnya...nk buat la nnt..
    Tp ada resepi yg tak letak baking powder.. Yg mn ok ???. Apa fungsi baking powder ni..

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!