Pages

Tuesday, October 1, 2013

Surat Cinta dari Syaitan

Assalamualaikum



    Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat kamu tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kuhlu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Qur’an. Sesungguhnya kamu tidak membuang-buang masa.

Pagi ini aku lihat kamu tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Kamu telah membuktikan bahawa kamu adalah sahabatku yang budiman. Janganlah kamu susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan kamu dari tidurmu. Bila subuh dating menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat kamu jarang-jarang mengambil wudu’. Ini bagus sekali kerana kamu tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.

Aku lihat kamu tidak pernah membaca  ''Bismillah'' sewaktu akan makan. Ini bagus, kerana kamu tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, kamu tak pernah menyebut ''Alhamdulillah''. Ini bagus juga. Cukuplah kamu sedawa kuat-kuat seperti lembu.

Aku lihat apabila kamu bertemu dengan sahabat handaimu, kamu tidak mengucapkan Assalamualaikum. Kamu mengucapkan “Hi Everybody” Ini bagus juga kerana kamu menunjukkan bahwa egkau mengerti adab resam orang kafir dan kamu mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu egkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa.


Kamu telah membuktikan bahawa kamu dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu kamu adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, kamu dan aku dapat berjalan bersama-sana ... Kita berpegang-tangan … menuju Neraka Jahanam.



1 comment:

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!