Pages

Sunday, December 1, 2013

Cara Mengajar Anak Mengikut Cara Aku Sendiri

Assalamualaikum

Topik agak berat hari ini..
bukan apa..sekadar panduan untuk a.k.u di masa depan
agar a.k.u tidak sewenang-wenangnya berasa selesa...
dan juga berkongsi dengan ibu di luar sana

membesarkan Fahim memang amat mencabar...
Fahim berbeza berbanding Alieyah
membesarkan Alieyah tidak se'hebat' membesarkan Fahim

walau bagaimanpun
a.k.u bersyukur..
Fahim tidaklah se'susah' orang lain yang mungkin lebih hebat di duga oleh Allah s.w.t

baiklah...moga dengan perkongsian ilmu yang tidak seberapa ni..
boleh dijadikan sebagai titik mula untuk kita sama-sama muhasabah diri

Cara Mengajar Anak Istimewa Saya...

TEKNIK PERTAMA:  Paksaan

Ya...a.k.u memang gunakan kaedah paksaan untuk mengajar Fahim
cara biasa-biasa sukar di gunakan....sbb dia masih tak faham lagi
TAPI...paksaan yang berbentuk win-win situation
bukan paksaan yang membolehkan dia berbuat sesuatu...
tetapi MENDAPATKAN SESUATU..

CONTOH:
Ibu suruh amik remote control TV
dia for sure..takkan amik..
sebab..degil....tak suka dengar arahan
tapi ibu skrang, takkan marah-marah...
ibu akan gunakan teknik paksaan yang membuatkan dia rasa happy..
"kalau tak amik remote..ibu tak nak bukak kartun"
(walaupun masa tu tengah buka rancangan kartun)

so dalam keadaan ni..dia akan fikir..
bila tak amik remote...tak boleh tgk kartun..
ibu ajar dua benda at one time
satu kena amik remote..satu lagi ibu ajar dia faham...
kena ada give and take..

YES...Fahim kena amik remote....then boleh tgk kartun ...

jadinya..ibu happy.....Fahim pun happy...
ibu dapat remote..Fahim dapat tengok kartun

TEKNIK KEDUA:  Reward

Reward ni..memang kena buat...apa-apa sekalipun
ada orang guna kaedah bagi reward dengan letakkan sticker pada board
sticker siapa paling banyak..dapat hadiah
so teknik ni..kena ada kawan..lagi berkesan..
jadinya.....Fahim dan Alieyah akan bersaing sesama sendiri...
so kalau buat satu benda yang ibu suka...dapat satu sticker...

atau...boleh gunakan teknik lain
kalau buat..ibu bagi main kat taman
atau...kalau buat...ibu bawak pegi Legoland..
apa sahaja..asalkan reward
even gunakan teknik beli aiskrim..coklat..anything yang anak kita suka!!

TEKNIK KETIGA:  Tak betul tapi betul

ape tu yek..ha ha ha..a.k.upun tak tahu
tapi itu teknik a.k.u..
a.k.u punya suka

kalau nak ajar Fahim nieH...
memang tricky...Fahim ni kadang-kadang niat dia baik
nak tolong ibu..tapi dalam masa yang sama..menyakitkan hati ibu..

CONTOH:  
Tolong ibu nak mengemas....bungkus roti canai....
dia dah siap-siap bungkus nak bagi ibu...nak mengemas kononnya....
tapi pada masa yang sama...masa nak hantar roti canai yang telah di bungkus...
roti canai tu jatuh...
budak-budak....for sure tak kemas bungkusan tu...memang jatuhlah..
usually a.k.u akan marah.....ye lah..ibu dah penat-penat kemas..ko buat sepah..

tapi still..niat Fahim baik nak tolong ibu
ibu kena buat reverse psikologi...
daripada ibu pening kepala sakit hati nak marah-marah
baik ibu ajar Fahim cara yang betul bungkuskan roti canai tu

so ibu dapat dua kelebihan untuk satu situasi
satu..Fahim boleh tolong ibu
kedua...Fahim boleh belajar macam mana nak membungkus

dari ibu sakit hati menjerit terlolong-lolong macam tarzan dok marahkan Fahim sebab roti canai tu berterabur
baik ibu ajar Fahim cara yang betul.....

itu yang a.k.u kata kan...TAK BETUL TAPI BETUL
cara Fahim buat tu tak betul..tapi niatnya betul..hehhehe


Setakat ni..
tiga cara ni saja yang berkesan untuk Fahim
terima kasih Fahim
sbb Fahim ajar ibu jadi ibu yang lebih baik
sbb Fahim ajar ibu jadi ibu untuk lebih bersabar
sbb Fahim SEDARKAN ibu...bukan semua anak itu sama..

Ibu akan pastikan...
orang yang bertanggapan negatif pada Fahim
akan rasa mereka itu salah!! ye memang salah!!
Fahim anak yang istimewa...
ibu yakin...di akhirat kelak..anak ibu ni lah yang bantu ibu dari terjatuh ke neraka...

doakan ibu sentiasa kuat..sentiasa tabah..sentiasa sihat...
ibu akan cuba sedaya upaya ibu 'patahkan' semua tanggapan yang salah...

YES...Fahim boleh!!"
ibu YAKIN...Fahim boleh..

"Oyehhh arrr..Oyehhh arr..."
(skrang dia selalu cakap cam ni kalau nak sesuatu yang bermaksud "Bolehlah..Bolehlah...")




No comments:

Post a Comment

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!