Pages

Thursday, February 20, 2014

Wanita perlu lebih tidur

Assalamualaikum

Fahamilah isterimu ini incik suami
ha ha ha...
boleh tak guna fakta di bawah sebagai alasan untuk a.k.u 'tido' di hujung minggu dengan lama sekali?

__________________________________________________________________



Wanita perlu lebih tidur

CREDIT:  BH ONLINE

Otak lakukan banyak tugas pada siang hari ambil masa pulih

New York: Siapa memerlukan lebih banyak tidur, wanita atau lelaki?

Penyelidik Amerika Syarikat berkata mereka memiliki jawapannya: Otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas pada siang hari.

Saintis Universiti Duke di North Carolina, mendapati wanita kurang tidur sering mengalami kemurungan dan kerap marah.

Sebaliknya, isu itu tidak menjejaskan lelaki yang tidak mendapat cukup tidur, menurut Science World Report.

Risiko penyakit jantung

Kajian sebelumnya turut mengaitkan faktor kurang tidur kepada risiko penyakit jantung, masalah sakit mental, strok dan radang dalam tubuh.

Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur mendapat radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mereka mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur.

Dr Breus berkata wanita boleh mengelak sesetengah masalah dikaitkan dengan kurang tidur dengan tidur sekejap pada waktu siang.

Bagaimanapun, katanya tidur sekejap ini tidak seharusnya lebih lama daripada 90 minit kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk.

“Satu daripada fungsi utama tidur ialah membenarkan otak pulih dan membaikinya sendiri,” kata Prof Jim Horne, pengarah Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Loughborough.

“Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan.

“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya.

Beliau menambah wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. - AGENSI




1 comment:

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!