Pages

Friday, August 15, 2014

Rumah Terbuka

Assalamualaikum


hari ni ada "Rumah Terbuka" kat opis ni haa
rata-rata banyak syarikat-syarikat besar..termasuk PM kita pun batalkan "Rumah Terbuka" sempena menghormati tragedi MH17

Alhamdulillah..
niat tu baik kannn
tapi bagi a.k.u pulak..kalau buat makan-makan ni pun niat yang baik
dapat menjamu selera tetamu
dapat mengeratkan silaturahim
dapat menghubungkan sesama kita
walaupun satu company...tak semestinya kami hari-hari jumpa
lagi-lagi kami yang kat sini..
walaupun kami berkerja di bawah satu syarikat yang sama
tapi sorang tercampak di HQ..sorang tercampak di SK..
tu tak termasuk cawangan di sana sini...
even yang duduk di HQ pun tak semestinya berjumpa...dah keje lain-lain floor
lain-lain department...

oklah..nak cerita panjang pun..
majlisnya belum bermula lagi

nanti a.k.u akan rakamkan suasana 'makan-makan' company a.k.u ye..
katanya..pelbagai juadah di hidang


Ketupat & Lemang
Ketupat Nasi Daun Palas
Ketupat Pulut Daun Palas
Ketupat Kacang
Lemang Pulut Utara & Lemang Pulut Hitam
Lemang Jagung & Lemang Pisang

Rendang Kawah
Rendang Tok
Rendang Pedas Ayam
Serunding Ayam , Daging & Kelapa

Satay Kajang Safiah
Satay Ayam & Satay Daging
Timun, Bawang & Nasi Himpit
Kuah Kacang & Sambal Cili Kering

Rusa Panggang
Rusa Panggang Rempah Giling & Madu Tanjung Tualang
Sos Lada Hitam , Sos Cili Kicap , Sos Cendawan Butang
Kentang Putar Sos Krim Daun Bawang

Kambing Kabouli
Kambing Panggang
Nasi Kabuli Beras Panjang
Sos Bawang Putih Krim Masam &
Salad Timun Tomato jeruk
Kari Bendi Muda

Soto
Soto Ayam

Dosai
Dosai Kayu Nasi Kandar

Hidangan Warung Sukaramai

Sotong Kangkung & Tauhu Bakar
Mee Rebus Haji Wahid
Kway Teow Kerang &
Kway Teow Banjir Kampung Pandan
Otak – Otak
Cendol Songkok Tinggi
Pasembur SS2
Popia Durian
Lecka-Lecka
Air Batu Campur

Untuk Kanak-kanak
Burger Ayam
Kentang Goreng
Fish Finger

Buah Buahan Bermusim
Rambutan, Mata Kucing
Nangka, Jambu, Dokong
**tertakluk pada perubahan

Kuih Muih & Manisan
Dodol Kukus
Tepung Pelita
Lompat Tikam
Kuih Abu Sagu
Puding Raja
Seri Muka Kaya
Seri Muka Durian
Tapai Pulut Daun Getah
Tapai Ubi
Kek Lapis Serawak
Kek Gula Hangus
Buah Peria Inti Kacang
Getas Ubi Kayu
Anis Moist Chocolate Cake
Wajik Durian
Serawa Durian & Pulut Kukus
Lemon Cheese Mille Crepe Cake
Aneka Biskut
Cemilan Khas Aidil Fitri

Penghilang Dahaga
Jus Tebu
Jus Durian Belanda
Soya Sejuk & Panas
Teh Tarik


1 comment:

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!