Pages

Wednesday, August 27, 2014

Surat Terbuka untuk PETRONAS - Promosi Payung edisi terhad PERCUMA

Assalamualaikum

Kehadapan PETRONAS yang di sayangi,

Merujuk kepada promosi "Miliki payung edisi terhad PERCUMA" yang berlangsung pada 20 Julai sehingga 30 September 2014, saya dengan rendah diri memohon agar pihak tuan SEGERA menamatkan promosi berikut di atas beberapa sebab seperti di bawah:


  1. Ketiadaan stok di hampir setiap stesen Petronas
  2. Stok yang terlalu sedikit berbanding permintaan
  3. Stok yang dihantar tidak sekata untuk stesen-stesen Petronas


Rata-rata pekerja di stesen-stesen Petronas mengatakan bahawa setiap stok yang di hantar (di mana tidak mengikut waktu) selalunya akan kehabisan stok sebaik sahaja sampai.  Jika stok yang di hantar di waktu pagi, di mana kebanyakan dari pelanggan-pelanggan Petronas bekerja, bagaimana harus mereka yang pulang di waktu petang atau mungkin malam dapat menebus payung tersebut sedangkan hanya pada waktu itu sahaja mereka akan ke stesen tuan?  Mungkin sekaki payung adalah satu masalah yang kecil bagi pihak tuan, tetapi jika berjanji, haruslah dikotakan.

Adalah lebih molek sekiranya pihak tuan menambahbaik promosi ini dengan lebih berhemah.  Sekiranya kad penebusan dicetak 100 keping, sepatutnya secara logik akal, 100 kaki payung haruslah tersedia.  Mana mungkin hanya 10 kaki payung disediakan, sedangkan 100 orang dengan 'berbesar hati' memenuhkan kad penebusan dengan cop-cop yang dikehendaki dengan nilai RM200.  Mungkin sekali lagi pihak tuan mengatakan, apalah sangat sekaki payung...sekali lagi saya menegaskan, janji haruslah di kotakan!!  Kami yang setia dengan Petronas tidak patut ditabur dengan janji palsu sedangkan pihak tuan berdiam diri tanpa membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai masalah ini.

Di sini saya sekali lagi mencadangkan agar pihak tuan menamatkan serta merta promosi ini sekiranya tidak mampu menunaikan janji dan hanya menabur janji palsu kepada pelanggan-pelanggan yang setia menanti.  Kami juga mengasihani pekerja-pekerja tuan yang bertungkus-lumus menepis semua kata cemuhan, bernada sinis dan seangkatan dengannya.

Sekian, terima kasih

-saya, pelanggan PETRONAS-




** paham idok kenapa surat ini ditaip??
ha ha ha..
letihlah wehhhhhhhhhhhhhhhhh
hari-hari dok mengadap Petronas , tapi jawapan dia tetap tak de stok lah kak...
stok dah sampai..tapi awal-awal lagi dah habis...
stok tak sampai lagi kak..katanya minggu ni

adoiiiiiiiiiiiiiiiii...
a.k.u ni tak delah setia dengan Petronas
(frankly writing nieH)
tapi di sebabkan nak sokong "Buatan Malaysia"
a.k.u redah jugak lah

sebelum ni a.k.u ni peminat tegar Shell ok
dan setakat ni tak pernah sekali pun Shell ni ada problem dengan a.k.u
(orang lain tak tahulah)
setiap kali promosi
sure dapat
siap suruh tinggalkan phone no...akan call kalau stok sampai tau
letak kami dalam waiting list
at least...ada lah sinar-sinar bahagia kannn
ni....
asik tak de stok..tak de stok
so bila nyer ada stok?????

setakat payung tu kami boleh beli lah
tapi....EXCLUSIVENESS tu yang kami ni pelanggan-pelanggan mahukan
bukan senang nak dapatkan 'EXCLUSIVENESS' tu

sepatutnya PETRONAS LEBIH TELUS
terus je inform...HANYA 100 PAYUNG DI TAWARKAN UNTUK PROMOSI INI
haaaaaaaaaaaaaaa
senang kannnnnnnn
orang pun tak nak lah maki hamun
tak delah orang marah-marah
orang herdik-herdik staf awak yang keje kat stesen tu
mereka yang kena hadap semua ni
hari-hari mereka yang kena dengar 'jeritan' manja pelanggan-pelanggan awak
cuba awak tu yang duduk kat stesen..haaaaaaaaaaa baru tau
torture tak torture duduk kat situ..

so please lah
budak kecik pun tahu tau benda mudah cam ni
tolonglah..
am sure..if you're dare to print thousands of redemption cards....so do the umbrellas rite??
ni belum lagi termasuk masalah SALAH PRINT RESIT ok....
malas lah nak cite..huh..RESIT pun kecoh..padahal orang ko jugak yang PRINT RESIT tu...adoi lahhhh

just my two cents!!


1 comment:

  1. ada gk nk wat entry psl payung percuma ni tp sbb manjang tkde stok kn...hehe...bkn la kita tkleh bli payung tp dh die wat promo..org mesti la claim kn...mls dh nk p tnye sbb xde stock kn

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!