Pages

Thursday, November 6, 2014

Beehive Bun / Roti Sarang Lebah - Resepi

Assalamualaikum




akhirnya..
dapat jugak a.k.u makan
walaupun bukan dari air tangan sendiri
tak pe tak pe
usaha tangga kejayaan kannnnn
harganya sangat murah OK
RM5 sahaja....wallahwehhhhhhh......

rasanya...
mmmm rotinya sangat lembut...
butterscotch nya...sedapPppP .. likatttt
ce tengok tekstur roti dia..
mmg lembuttttttt sangat
ringan plak tuuuuuu
harusss repeat...ha ha ha
kasi racunnn kawan-kawan opis
tapi...a.k.u rasa tukang buat ni..dia letak cheese sikit atas bun tu
mungkin nak buat kelainan...
ok gak lahhhh..boleh pegi...











ok lah..jom kite semak-semak resepi Roti Sarang Lebah yang menjadi fenomena kat Malaysia nieH
resepi ni dikhabarkan berasal dari Lydia Honey...
terima kasihlah kerana berkongsi resepi...
orang yang tak kedekut ilmu ni .. in sya allah...akan sentiasa diberkati...murah rezeki....
dan berkongsi ilmu ni bila di amalkan ke arah kebaikan....pahala dia..memang di bawa walaupun kite telah tiada...

terima kasih Lydia...



RESEPI ROTI SARANG LEBAH.
By : LiNa Pg
Sumber : Lydia Honey (fb)

BAHAN UNTUK DOH ROTI


  • 2 cawan tepung gandum
  • ½  sudu teh dry yeast
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
  • ¼ cawan minyak sun flower
  • ½  cawan air suam 
  • Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)



CARA PENYEDIAAN:


  1.  Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2.  Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4.  Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
  6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  7.  Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9.  Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  10. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11.  Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12.  Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13. Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-


  •  Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 
  •  doh kecik2.
  • No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  •  Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
  •  JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  •  Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.



RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:


  • ½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
  • ½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
  • Sedikit garam
  • ½ st  vanilla essence
  • 25g butter


Cara Penyediaan


  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya       cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan     panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


Peringatan:

  1. Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di              tinggalkan.
  2.  Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan   guna sudu takut malang tak berbau .



No comments:

Post a Comment

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!