Pages

Tuesday, July 14, 2015

A Famosa (Porta De Santiago) ... Istana Kesultanan Melaka ... Bangunan Stadhuys

Assalamualaikum


DAY 2..
memang hari berjalan-jalan
tapi sayangnya..hujan dari Subuh sampai ke pagi...
kami bergerak ke luar hampir jam 12 tengahari..tu pun masih renyai-renyai

dan on the way ke tempat ni....tetiba hujan lebat sikit..adoi
memang spoil sungguh lahhhhh
tapi demi anak-anak..kami redah jugak...
kesian kannnnn...




as usual..A Famosa adalah tempat yang mesti di lawati...
Alieyah mungkin tak ingat masa pegi sini..
tapi a.k.u tak naik sampai atas lah
cukuplah sekali a.k.u naik duluuuuuu
kat ats tu cuma ada 'tanah perkuburan' je
tak payahlah pegi..lagi-lagi bawak si Fahim...
dulu ibu ngan babah tak tahu..redah jugak lah dengan Alieyah
tapi bila dah bergambar sakan..baru ibu teringin nak baca apa lah di tulis atas batu-batu tu
rupanya..batu nisan ok..sabo jekannnnnn...

but scenery dari atas..memang cantik..nampak lah gambaran Melaka... :)

jadinya kami hanya di bawah jelah......

untuk Pengetahuan semua.....A Famosa juga di kenali dengan nama Porta De Santiago

Porta bermaksud pintu dalam bahasa Portugis. Pintu masuk ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah dari kubu pertahanan yang dibina oleh Portugis setelah mereka menawan Melaka pada 1511. Laluan berbentuk S tersebut dibina demikian untuk mengelak tembakan. Setelah orang Belanda mengambil alih pada 1641, mereka memulihara dan mengembangkan pengubuan tersebut. Di atas pintu gerbang, kita dapat melihat lambang VOC( Syarikat Hindia Timur Belanda) dan "1670" yang ditambah oleh orang Belanda pada tahun tersebut.




lepas tu kami ke Istana Kesultanan Melaka
sebelum-sebelum ni memang tak pernah jejak ke sana....

jadi kali ni kami jejak
untuk masuk ke sini
bayarannya murah saja
RM1 untuk kanak-kanak..dan RM2 untuk dewasa
di buka dari jam 9 pagi hingga 5 petang





Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ini ialah sebuah replika istana Melaka bersaiz sebenar yang dibuat semula berdasarkan catatan yang ada di dalam kitab Sejarah Melayu.Di bina di kaki Bukit St. Paul dan dalam jarak jalan kaki ke kota A Famosa, muzium yang dibuka pada tahun 1986 ini dibina dengan kayu cengal dan berlian dari Sarawak serta dikatakan dibina tanpa menggunakan paku.Selain struktur bangunan dibuat mirip kepada istana Sultan Mansur Shah (ruang muzium mengandungi Balai Beradu dan Balairong Seri) ia juga dihias dengan kerja-tangan Melayu dengan ukiran-ukiran awan larat di dinding dan tiangnya.Jika anda tidak berminat dengan senibina, jangan gusar. Bangunan tiga tingkat ini juga memuatkan lebih 1,300 artifak seperti tengkolok dan kelengkapan diraja, senjata, barangan kemas serta figura-figura yang merakamkan peristiwa sejarah dan lagenda Melayu seperti pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat.



lepas penat berjalan-jalan di Istana
kami nak ke 'Bangunan Merah' yang terkenal di Melaka
sepanjang perjalanan kami ni....
terdapat beca-beca yang cantik di hias....bukan tu saja..siap lagu pun ada ok
macam-macam lagu..kejap lalu beca ni..lagu Frozen
kejap lalu beca tu lagu  Siti Nurhaliza
kang beca ni...lagu Sakitnya tuh di sini..
macam-macam lah..



dan setelah penat berjalan-jalan
encik Adha pun datang penyakit lama dia
eksyen tau ajak berjalan-jalan
pastu dia yang tak tahan
yerlah panas kan
naik lah migrain dia...
pastu bleh dia nak jalan kaki balik hotel....
pastu suh kami naik beca
ape lah salahnya sama-sama naik beca..sama je kot kan..
tapi dia tetap nak jalan kaki
akhirnya kami bertiga naik beca
incik suami dia jalan kaki...



Stadthuys dalam bahasa Belanda bermaksud ‘State House’ atau bangunan negeri. Ini kerana bangunan ini dibina khusus sebagai kediaman rasmi Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda di samping berperanan sebagai pusat pentadbiran koloni Belanda di Melaka. Stadhuys dibina sekitar tahun 1650an dan dikatakan bangunan Zaman Belanda yang tertua di sebelah Timur yang masih kekal. Walau pun Belanda mengambil alih pemerintahan Melaka dari Portugis pada tahun 1641, namun Belanda hanya membaikpulih struktur Portugis yang terselamat akibat pertempuran yang sangat panjang. 
Apabila kediaman rasmi Gabenor Belanda berpindah ke bangunan baru di belakang Stadhuys, kompleks ini kekal sebagai pusat pentadbiran Belanda. Malah peranannya kekal pada zaman Inggeris dan selepas kemerdekaan negara. Ia dikosongkan pada tahun 1979 apabila Kerajaan Negeri Melaka memulakan kerja-kerja baikpulih bangunan ini untuk dijadikan Muzium Sejarah Melaka.
"Di kalangan rakyat tempatan, Stadhuys lebih dikenali sebagai ‘Bangunan Merah’ kerana warnanya. Menurut cerita tempatan, warna asal bangunan putih ini ditukar merah oleh Inggeris kerana mahu menyelesaikan masalah kotoran dinding stadhuys yang sentiasa bertompok-tompok merah kerana tabiat orang-orang Melaka yang meludah air sireh di merata-rata tempat. Maka itu keseluruhan dinding luar Stadthuys yang merupakan bangunan utama di mana   penduduk berurusan, telah dicat warna ‘air sireh’ supaya kotoran tidak ketara "
Stadhuys merupakan struktur tertua Zaman Belanda yang masih kekal asli. Ia memberikan maklumat yang sangat penting kepada senibina awal koloni Belanda di Timur. Walau pun bangunan Belanda lebih banyak terdapat di lain-lain negara khususnya di Indonesia, kesemuanya telah mengalami banyak perubahan atau dibina semula.



lepas naik beca ni

ingat nak naik menara taming sari..
tapi nak beratur panjang pulak
malas ibu nak beratur..terus je lah balik
lagipun babah dah balik jalan kaki kannn

di sebelah malamnya kami singgah di pasar malam..
dekat sekitar situ-situ gak




dan berakhirlah hari kedua kami di Melaka
walaupun aktiviti agak padat...
tapi anak-anak tetap bertenaga macam tak pegi mana-mana
pak mak dah nak pengsan..
nampak sangat faktor usia



No comments:

Post a Comment

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!