Pages

Friday, October 16, 2015

Play Doh Mencipta Rekod Malaysia - The Malaysia Book of Records

Assalamualaikum



Budaya Malaysia Terserlah di Bulan PLAY-DOH® Yang Julung Kali Diadakan!
Rakyat Malaysia menyahut cabaran mencipta beribu-ribu rekaan dalam usaha “Membentuk Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records







Kuala Lumpur, 26 September 2015: Sambutan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan di Ground Floor Highstreet 1 Utama membawa persembahan menarik dan berwarna-warni sepanjang minggu, di mana seisi keluarga mencipta rekaan PLAY-DOH®  berilhamkan Malaysia dan pada masa yang sama berseronok dengan pelbagai aktiviti menarik!  

“Telah lebih lima dekad PLAY-DOH® menjadi alat pembelajaran dan kreativiti, dan ini adalah satu warisan berharga untuk diraikan bersama rakyat Malaysia! Sambutannya amat menggalakkan dan kami sungguh bangga apabila orang ramai dari seluruh lapisan masyarakat dan usia tampil untuk menyertai aktiviti kami dalam usaha untuk “membentuk kepelbagaian komuniti” sebagai penghargaan kepada keunikan budaya dan warisan Malaysia,” kata Cik Regina Toh, Pengurus Pemasaran, Malaysia & Singapura.     

Kompaun PLAY-DOH®  boleh dioleh dengan pelbagai cara, pilihan warna dan peralatan untuk membentuk apa sahaja bentuk. Ini memberi kebebasan kepada setiap orang untuk melahirkan kreativiti dan imaginasi mereka. Ikon makanan dan buahan popular, mercu tanda terkenal, pakaian dan budaya Malaysia ditampilkan dengan megah semasa roadshow Bulan PLAY-DOH® yang penuh kemeriahan yang telah diadakan sejak 21 September lalu.    

Maskot PLAY-DOH® juga muncul beberapa kali untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang begitu teruja bergambar bersama Doh Doh. Pengunjung muda ini juga berpeluang mempelajari teknik baru di PLAY-DOH® School, melakukan eksprimen di tapak permainan bebas dan mencuba set permainan PLAY-DOH® Cupcake Celebration Playset dan Swirl and Scoop Ice Cream baharu di Sweet Shoppe istimewa!

Kemuncak sambutan ini adalah usaha untuk mencapai rekod The Malaysia Book of Records untuk mencipta rekaan PLAY-DOH® paling banyak dalam masa satu hari yang diadakan pada 26 September (Sabtu). Setiap ukiran dipamerkan di pentas PLAY-DOH® gergasi  dalam pelbagai warna dan kreativiti demi menampilkan kepelbagaian komuniti Malaysia. 

Di samping itu, ukiran paling kreatif dalam dua kategori akan memenangi hadiah eksklusif PLAY-DOH®! Kategorinya ialah 1) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (bawah 12 tahun), 2) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (13 tahun ke atas)! Ukiran yang memenangi pertandingan ini juga akan dipamerkan dalam laman sesawang PLAY-DOH®.

Nantikan pengumuman pemenang pertandingan dan maklumat terkini tentang Bulan PLAY-DOH® di www.playdoh.com.

Mengenai PLAY-DOH®
Jenama PLAY-DOH® dengan bangganya menyambut lebih daripada 50 tahun warisan dalam permainan berwarna-warni dan kreatif. Sejak ia pertama kali diperkenalkan pada 1956, kompaun PLAY-DOH® telah menjadi mainan kanak-kanak di semua peringkat umur, menjadikannya mainan kegemaran klasik yang digunakan di rumah dan sekolah di seluruh dunia. 

Mengenai Hasbro

Hasbro, Inc. (NASDAQ: HAS) ialah syarikat alat permainan berjenama yang bertekad untuk memenuhi keperluan asas dalam ciptaan permainan kanak-kanak dan keluarga melalui produk kreatif syarikat bertaraf dunia yang termasuk TRANSFORMERS®, MONOPOLY®, PLAY-DOH®, MY LITTLE PONY®, MAGIC: THE GATHERING®, NERF® dan LITTLEST PET SHOP®. Dari mainan kanak-kanak ke program televisyen, wayang gambar, permainan digital dan program komprehensif berlesen, Hasbro terus berusaha untuk memberi kepuasan kepada pelanggan di seluruh dunia dengan pengalaman permainan dan hiburan inovatif dalam pelbagai bentuk dan format, bila-bila masa di mana jua. Hasbro Studios bertanggungjawab dalam membentukkan hiburan dan penceritaan berkisarkan jenama Hasbro di televisyen, filem, penerbitan komersial dan cerita pendek. Melalui komitment mendalam pihak syarikat terhadap tanggungjawab social korporat termasuk sifat dermawan, Hasbro sedang membantu membina dunia yang selamat dan mampan untuk generasi akan datang dan memberikan kesan positif kepada berjuta kanak-kanak dan keluarga mereka setiap tahun. Hasbro telah diiktiraf atas usaha-usahanya dan telah dinamakan "World's Most Ethical Companies" yang tersenarai dalam "100 Best Corporate Citizens siaran majalah Corporate Responsibility. Maklumat lanjut di www.hasbro.com             

No comments:

Post a Comment

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!