Pages

Thursday, November 26, 2015

Resepi Donut Gebu

Assalamualaikum


puasss merata carik resepi donut gebu
nak make sure betul-betul gebu...
almaklumlah..saya ni kan 'rajin' orangnya....
jadi survey punya survey punya survey
saya rasa resepi di sini sangat sesuai dengan naluri pemalas saya
kerana....tak payah lah pakai sukatan sangat..

dan hasilnya
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....



gebu tak???
bahan-banyanya amat mudah....




*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air (ikut keperluan)
2 sudu besar butter/marjerin



Cara Membuat:
1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
3. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
4. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
5. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
6. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.



 resepi memang bulat-bulat saya guna dari http://resepibonda.com/resepi-donut-lembut-dan-gebu/
alhamdulillah menjadi
terima kasih ye tuan rumah :)



Friday, November 13, 2015

Post-Birthday Celebration

Assalamualaikum




31 October lepas
birthday cinta hati saya
on the day itself..konon-konon nak makan special..
bawaklah ke kedai makanan thai kat Wangsa Walk
hampehhhhhhhh dia nak makan
sabo je kan....

saya dengan frust nyer
teros angkat bontot....
keluar dari kedai...
tragik tak? haaha

pastu teros pegi karaoke..
no makan-makan
makan je lah fries dengan nuggets kat situ
korang tau kan Superstar Karaoke kat Wangsa Walk tu
melenjan lah kami di situ

no special makan-makan...no cake...no nothing..

cuma yang special satu jelah
dah dapat mic..
kenalah nanyi lagi birthday untuk cik abe saya
gedik ok...hahahahha

tapi next day
keluar lagi....
pegi lah makan....tu pun puas ajak..
at last suami saya bersetuju untuk makan di Secret Recipe
akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
sangat 'cermat' kekdahnya..sabo je kannnn

tapi lepas tu..mmmm dia paw jugak hadiah kat sanunnnnnn
tapi tak pelah..for office use
dan paling utama...50% tuuuuuuuuuu
giler tak amik...

untuk semua makanan di bawah.....
2 pasta, 1 nasi, 1 air dan 1 ice-cream RM75..
pastu dapat FREE air segelas dan kek seketol
dah jimattt kannn..kek seketol tu je dah berapa kat SR...
dah alang-alang FREE..makan je lah....

btw....Happy Birthday my dear Encik Suami






Onde-Onde Sunway Putra Mall lagi

Assalamualaikum

ni merupakan kali kedua a.k.u pegi
kali ni pegi orang belanja lagi
bila lah nak pegi makan tapi bayar sendiri kannn hahahah




kali ni makan
memang kenyang gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

tengok laksa dia
dah lah kuah pekat giler
ikan seketol
ko hado???




haaa belom lagi Sagu Gula Melaka dia
mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
sedap gile kottt
memang manis boleh potong kaki nieH...

rasa gula melaka memang pure...pekat..likat.....tak de campur air punya




apa lagi
jom serbu Onde Onde Sunway Putra Mall
bukan sahaja sedap
tapi harganya berbaloi-baloi :)

Cash Out Nuffnang

Assalamualaikum



aihhh dah kenapa skarang malaih nak masok blog
dah sunyi sepi segan silu

tapi tak pe
kita mulakan dengan ini duluuuu...

walaupun nilainya tidak seberapa..tapi saya puehhhh....nak ikot cakap otai
cashkan walaupun sikit
sbb nanti kumpul banyak-banyak..cam kes ari tu...
pastu dia cantas sana -sini..huh


Monday, November 2, 2015

Farewell

Assalamualaikum


Series of farewell party has been done for her..
been here almost 36 years...
bukan satu masa yang pendek..

Moga Ir Bella enjoy duduk di rumah
jgn jadi YB Kampung OK

bukan senang nak bawak Puan ni keluar untuk meraikan hari persaraan beliau
susah OK..
but nak buat cam mana
kawan-kawan semua keras kepala..nak jugak bawak keluar
maka bermacam-macamlah idea kena perah untuk pastikan rancangan berjaya...







the jelitawans in the office..ha ha ha..
terpaksalah menyorok di belakang Puan Ir Bella untuk menyamakan 'kekurusan' dengan Ms World sekalian....

Selamat Bersara Kak AA!!



Travelicious Food Truck

Assalamualaikum



Ni food truck adik ipar saya..suami kepada adik perempuan saya
kalau kawan-kawan nampak truck dengan lukisan abstract fresh from oven ni..
jemputlah singgah....




Food yang dia orang tawarkan kebanyakannya ke arah western
macam kat bawah ni....Lime Chicken Chop with Mushroom Sauce




Mini Burger


kalau dia orang ada bukak kat mana-mana
usually a.k.u akan up dengan IG atau FB
baru-baru ni dia orang ada bukak di Putrajaya masa Flora Festival tu
tapi a.k.u tak berkesempatan nak pegi..

bertentangan dengan hari besar incik suami dan Fahim pun masih demam...

btw.....korang jangan lupa support dia orang ok......

Thursday, October 29, 2015

Cameron Highland Part VI- Kok Lim Strawberry Farm

Assalamualaikum




Banyak sungguh dalam draft
tapi semua tak di publish....
cam ne tu..

tak pelah...asalkan ada topik baru walaupun dah hampir setahun dalam draft..hahahah...
last post pasal trip Cameron ni pun bulan Jun, 3 ok.......

baikkk......
selain Taman Agro Teknologi MARDI, BOH Sungei Palas Tea Garden and Tea Centre dan Galeria Time Tunnel...
ada satu lagi tempat yang perlu di lawati di Cameron Highland
tak sahlah kalau bukan kebun strawberry..
kat Cameron ni ada macam-macam kebun strawberry..
hangpa boleh pilih mana-mana yang hampa suka...tapi kami ari tu
singgah ke Kok Lim Strawberry Farm...
sebab...nak pegi Time Tunnel...depa ni ni bersebelahan saja..so senang kan...

tapi macam saya cerita sebelum ni.....
masa kami pegi Cameron ni musim hujannnn
jadinya..sepanjang perjalanan kami memang berhujan
sejuk tak payah cakap lahhhhh....

dari pemerhatian saya.....kebun ni ok..cumanya kami kena jalan agak jauhhhhhhhhhhhh skit untuk sampai ke tempat memetik strawberry...sangat adventurers ok.....

dah lah berbukit-bukit...
mati-mati kami ingat..masuk je pintu utama tu..dah boleh petik
rupanya ..strawberry di kawasan itu tidak boleh di petik ok..adoi lahhhh



Kok Lim Strawberry ni terletak di kawasan Brinchang...
kalau dari Brinchang Night Market tu....dia ke atas lagi....
a.k.u rasa korang boleh bayangkan kot....
map seperti di bawah...

itu sahaja laporan dari kebun strawberry
selebihnya macam biasa je
kalau nak pegi kedai jualan dia orang pun ada
macam-macam produk berasaskan strawberry ada
dan di sebabkan kami amik pakej memetik buah strawberry ni
dapatlah diskaun beli strawberry ice-blended (hujan hujan ko ice blended)




Kok Lim Strawberry Farm is a popular tourist attraction located along the main road shortly after leaving Brinchang town towards Kea Farm. One of the largest strawberry farms in Cameron Highlands, Kok Lim also houses a vegetable market, shopping gallery, vintage cafe and pastry corner within the complex. Besides fresh strawberries available for sale daily, visitors can also pick their own load by weight at the farm, nestled on hill slopes behind. Parking lots along the main road provide ample space for most vehicles even on weekends. Time Tunnel, a museum dedicated to colonial-era antiques and heritage, occupies a section of the building at Kok Lim Strawberry Farm






Friday, October 23, 2015

Rumah Manis Rumah

Assalamualaikum





seperti yang kawan-kawan sedia maklum
saya sedang dalam proses 'renovate' rumah
dan ini mungkin post yang terakhir tentang 'Rumah Manis Rumah' saya
alhamdulillah
rumah dah 90% siap..
dari segi renovation is 100%
tinggal 10% untuk fasa terakhir untuk pagar rumah, tingkap dan awning...
selebihnya settled....

in sya allah..ada rezeki lebih
saya jemput kawan-kawan ke kenduri doa selamat saya ye....

dari segi cost...saya dah cerita sebelum ni kan...
cuma ada tambahan RM13K lagi untuk settledkan 10% yang tak siap di atas..
korang rasa.....tunggu tiga empat tahun lagi kot lah baru siap 10% tuuu..
sementera ni....duduk je lah rumah boleng tuuuu


Friday, October 16, 2015

Play Doh Mencipta Rekod Malaysia - The Malaysia Book of Records

Assalamualaikum



Budaya Malaysia Terserlah di Bulan PLAY-DOH® Yang Julung Kali Diadakan!
Rakyat Malaysia menyahut cabaran mencipta beribu-ribu rekaan dalam usaha “Membentuk Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records







Kuala Lumpur, 26 September 2015: Sambutan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan di Ground Floor Highstreet 1 Utama membawa persembahan menarik dan berwarna-warni sepanjang minggu, di mana seisi keluarga mencipta rekaan PLAY-DOH®  berilhamkan Malaysia dan pada masa yang sama berseronok dengan pelbagai aktiviti menarik!  

“Telah lebih lima dekad PLAY-DOH® menjadi alat pembelajaran dan kreativiti, dan ini adalah satu warisan berharga untuk diraikan bersama rakyat Malaysia! Sambutannya amat menggalakkan dan kami sungguh bangga apabila orang ramai dari seluruh lapisan masyarakat dan usia tampil untuk menyertai aktiviti kami dalam usaha untuk “membentuk kepelbagaian komuniti” sebagai penghargaan kepada keunikan budaya dan warisan Malaysia,” kata Cik Regina Toh, Pengurus Pemasaran, Malaysia & Singapura.     

Kompaun PLAY-DOH®  boleh dioleh dengan pelbagai cara, pilihan warna dan peralatan untuk membentuk apa sahaja bentuk. Ini memberi kebebasan kepada setiap orang untuk melahirkan kreativiti dan imaginasi mereka. Ikon makanan dan buahan popular, mercu tanda terkenal, pakaian dan budaya Malaysia ditampilkan dengan megah semasa roadshow Bulan PLAY-DOH® yang penuh kemeriahan yang telah diadakan sejak 21 September lalu.    

Maskot PLAY-DOH® juga muncul beberapa kali untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang begitu teruja bergambar bersama Doh Doh. Pengunjung muda ini juga berpeluang mempelajari teknik baru di PLAY-DOH® School, melakukan eksprimen di tapak permainan bebas dan mencuba set permainan PLAY-DOH® Cupcake Celebration Playset dan Swirl and Scoop Ice Cream baharu di Sweet Shoppe istimewa!

Kemuncak sambutan ini adalah usaha untuk mencapai rekod The Malaysia Book of Records untuk mencipta rekaan PLAY-DOH® paling banyak dalam masa satu hari yang diadakan pada 26 September (Sabtu). Setiap ukiran dipamerkan di pentas PLAY-DOH® gergasi  dalam pelbagai warna dan kreativiti demi menampilkan kepelbagaian komuniti Malaysia. 

Di samping itu, ukiran paling kreatif dalam dua kategori akan memenangi hadiah eksklusif PLAY-DOH®! Kategorinya ialah 1) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (bawah 12 tahun), 2) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (13 tahun ke atas)! Ukiran yang memenangi pertandingan ini juga akan dipamerkan dalam laman sesawang PLAY-DOH®.

Nantikan pengumuman pemenang pertandingan dan maklumat terkini tentang Bulan PLAY-DOH® di www.playdoh.com.

Mengenai PLAY-DOH®
Jenama PLAY-DOH® dengan bangganya menyambut lebih daripada 50 tahun warisan dalam permainan berwarna-warni dan kreatif. Sejak ia pertama kali diperkenalkan pada 1956, kompaun PLAY-DOH® telah menjadi mainan kanak-kanak di semua peringkat umur, menjadikannya mainan kegemaran klasik yang digunakan di rumah dan sekolah di seluruh dunia. 

Mengenai Hasbro

Hasbro, Inc. (NASDAQ: HAS) ialah syarikat alat permainan berjenama yang bertekad untuk memenuhi keperluan asas dalam ciptaan permainan kanak-kanak dan keluarga melalui produk kreatif syarikat bertaraf dunia yang termasuk TRANSFORMERS®, MONOPOLY®, PLAY-DOH®, MY LITTLE PONY®, MAGIC: THE GATHERING®, NERF® dan LITTLEST PET SHOP®. Dari mainan kanak-kanak ke program televisyen, wayang gambar, permainan digital dan program komprehensif berlesen, Hasbro terus berusaha untuk memberi kepuasan kepada pelanggan di seluruh dunia dengan pengalaman permainan dan hiburan inovatif dalam pelbagai bentuk dan format, bila-bila masa di mana jua. Hasbro Studios bertanggungjawab dalam membentukkan hiburan dan penceritaan berkisarkan jenama Hasbro di televisyen, filem, penerbitan komersial dan cerita pendek. Melalui komitment mendalam pihak syarikat terhadap tanggungjawab social korporat termasuk sifat dermawan, Hasbro sedang membantu membina dunia yang selamat dan mampan untuk generasi akan datang dan memberikan kesan positif kepada berjuta kanak-kanak dan keluarga mereka setiap tahun. Hasbro telah diiktiraf atas usaha-usahanya dan telah dinamakan "World's Most Ethical Companies" yang tersenarai dalam "100 Best Corporate Citizens siaran majalah Corporate Responsibility. Maklumat lanjut di www.hasbro.com             

Thursday, October 8, 2015

Super Heroes at Sunway Putra Mall

Assalamualaikum







sebelum ni ada up gambar ayaq kopi yang so so lah..pastu tak panaihhhh
aiyoooooooo......tak da kick sungguh..harap mahal je lahhhhh......

tapi sekali sekala ok lah...selalu..nan hadoOoOOooO.....
dan paling tak best tempat nieH....main dishes will be served at 5pm
haaaaaaaaaaaa mampu ko tunggu??? dah lapaq kebuluq orang kata lah
nak tunggu kul 5 baru ada makanan...tapi
'special occassion' punya pasal...dan orang belanja....saya redha..hehehehhe
sementara tunggu kul 5...kami orderlah ayaq dulu...untuk chop tempat
ya lar.....kami tgk dah ramai orang dok tenggek depan restaurant nieH...sbb nak tunggu kul 5 kan
baik kami order air siap-siap..kul 5 sat gi beratuq depan kaunter...





tempat dia tak da lah besar mana
actually kedai ni combine dengan Super Heroes Butique....so kedai dia kat corner yang kecik..
tempat makan pulak dekat walkaway mall tu..berdepan butique dia....




si Fahim gigih nak tiup air ni
motif ape pun tak tahu...
tapi tak minum lahhh ayaq tuuuuu

pastu nak amiklah gambar dia sbb baju Superman kannn
sama dengan ayaq Superman..
aihhhhh susahhhhh....gatai pungkoq budak sorang nieH





ni lar satu-satunya gambar yang senonoh tapi muka gedikssss sangat yang boleh a.k.u captured...
tu pun dia masih gatai-gatai nak tiup ayaq kopi tu....

si Yaya..mmmmmmmm..ni sorang lagi..susah benor nak suh dia senyum skarang
ape yang susah pun tak tahu..
suka sangat skarang amik gambar dia ketap bibiq.....adoilahhh

tapi ayaq Yaya sedappp...dia punya Oreo Milkshake.....Babah order Greentea menda ntah..mula-mula nak order tu saya repeat banyakkkk kali kata ni Green Tea....dia kata ok ok...tapi bila sampai...dia suh kita pulak habiskan.....ingat sedap ka Green Tea tu? aiyooooo tapi mahei punya pasal..saya telan jugaKkKKKk...





Makanan yang kami order
4 macam lah...sbb kami empat orang...
overall sedap..cumaaaa..awat roti kami keraiHhhHHHhh..adoiiiii
slack lagi di situ ...



Ni Fahim punya...
tapi Fahim makan wafflenya saja.....
anak saya sorang ni....suka makan nasi..
benda-benda macam ni dia tak amik port sangat
tapi kesianlah..orang lain makan dia tak makan
jadi orderlah waffle ni....tapi dah asingkan awal-awal ice-cream dia
depa bagi sos coklat dan strawberry kot.....
aiskrim sedap!!




Babah punya pun OK..sedap....
tak payah cerita apa lah kan..ni cuma Roti letak sausage... :)



Yaya....dia macam Hawaiian Pizza...sbb ada chicken dengan pineapple....
boleh lah tahan sedap...




overall...
saya bagi

Service:  5/10 sbb lambat serve/sampai
Food:  6/10 sbb food sampai tak panas/suam pun tak kecuali fries
Location:  5/10 sbb not so friendly...kedai nun kat sana..tempat duduk nun kat sini...meja pun kecik jaaaa...tak sesuai dengan pinggan dia/kayu yang diletak untuk served roti tu...
Harga:  6/10 sbb mahal tak sepadan dengan service

Overall: 5.5/10

boleh di improve lagi kot nooooo.....
bagi saya..untuk datang lagi..saya fikir banyakKkKK kali
but just for this occasion...acceptable :)

tapi yang ni best..
Location: Opis
Service: tip top
Food: Excellent
Overall: Superb!!

Thanks to the mastermind....
PRIME lah...urgentlah..orang nak jumpa lah ye
rupa-rupanya nak buat surprise birthday celebration in advance untuk saya
saya terharu
thanks so much JL, NMI and MA
love you all very much...
saya memang terkejot....sbb never the ever berhadapan benda ni
tapi bukan maksod saya kawan-kawan saya tak ingat pasal birthday saya..
cuma belom pernah lah ada cutting cake bagai......

thanks again friendssss...
ada orang suh saya buat wish
saya kata dekat boss saya...'SAYA WISH DAPAT PRIME 5.0 THIS YEAR'
Boss saya jawab "BOLEH...5.5 PUN BOLEH"
amboi bosssss.....cakap boleh lah kan..
but I knew...dia pun melawak jugak..
takkan mungkin dapat 5.0 kannnnn
jgn mimpi...

ok lah..that's all about my birthday
thanks so much for those yang wished saya di FB, di Whatsapp, saya hargainya sangat-sangat
even my ex boss pun ingat my birthday...wonderful...
saya berharap dengan anjakan seusia lagi ke angka baru akan memberikan saya lebih masa untuk menuju jalan yang benar..aaminnnnnnnnnnnnnnn.......

saya juga doakan kawan-kawan sentiasa diberikan rezeki yang melimpah ruah...dipanjangkan umur....dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang....moga kita semua akan sama-sama menuju Jannah..aamiinnnnnnn



Monday, October 5, 2015

It's My Day

Assalamualaikum


Alhamdullillah..
berganjak satu digit lagi usia saya...

Alhamdulillah
masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah
terima kasih Allah..terima kasih semua yang sentiasa di sekeliling saya...

saya sayang anda semua..

more to come.....
will update soooonnnnnn...



Salam Aidil Adha

Assalamualaikum

haiiiiishhhh
orang dah ke mana-mana..
saya masih di sini? hehehhe


Aidil Adha lepas di sambut sederhana saja
sehari sebelum raya pun masih berkerja....

balik-balik kerja..teros ke OTK beli ayam paru bahan-bahan segala
sampai umah MIL..masak
fuhhhh.....bersilat sorang-sorang dengan baju kurung
ayuuuuuuuuu sungguh........
dengan tak mandinya kannnn....tak tukar bajunyaaaa........
tapi alhamdulillah..selamat sudah rendang ayam dan paru masak hitam di dalam kuali :)

macam biasa...di pagi raya
bergambar lah dulu
baju pun...recycle je dari kenduri adik kawin ari tu
dannnnnnnnnnnnnn paling best
si Alieyah dah tak muat
monconggggggggggggggg je dia suh pakai baju tu
si Alieyah ni skarang macam di pam pam...






dah bergambar baru ke rumah MIL dan berakhir di rumah mak ayah saya di Keramat
haaaaaaaaa sempatlah anak-anak mandi kolam bagai




sebut pasal kolam
hebat ok Acu (a.k.a adik bongsu a.k.u) meniup kolam di bawah
ok kan....ilekkkk je dia tiup.....
kan dah selalu prektis tiup bagpipe kannn
kira ni exercise je lah....
mula-mula nak pegi petrol pump lah ...nak carik pam angin lah..
at last..tiup jeeee........merah padam lah muka kurang oksigen..hehehe

gigih ok......

tapi budak-budak sangat baikkk
senang pulak di ajak untuk ke luar kolam
sangat behave...




ok lah....
saya chow dulu..nanti kite cite pasal my birthday :)
birthday sangattttttttttttttt


Friday, October 2, 2015

Paip Besi ke Besi Paip?

Assalamualaikum


lama tak muncul di sini
sejak kebelakangan ni agak sibukkkkk...
ni sbb tergedik-gedik nak update..ku redah juaaaaaaaaaaaaaaa
ha ha ha

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ce tengok gambar di bawah?




Ya Allah
patutlah air kat rumah macam siput sedut :)
sejak kami beli rumah tu.....tak pernah tukar pun paip besi tuuu
ye lah...dua-dua laki bini bukan arif pun
tapi sebab dinding bilik dah basah macam kat bawahhhh
mmg dah wajib tukar :)




nampak kahhhhh?
karat di paip itu???
bayangkan kami basuh kain..untuk satu pusingan....
4 jam ok




ni lah paip yang bocor tu..yang menyebabkan dinding basah
abaikan yang belakang-belakang tu...terpaksa punggah rumah sbb nak baiki paip nieH





taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dah siap di paip utama..dan semua paip dalam rumah telah diperbaharui
airrrr?
tok sah cakap lahhh lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu dan besar giler
puas mandi..puas basuh baju...




kos???
untuk rumah kecik saya ni
RM400 ok
fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

tapi ok lagi kan dari ari tu kami tanya nak buat wiring .. technician kata RM2.5K
wow..murahhhhhhhhhhhhhhhhhhh giler

so wiring biar dulu
sbb masih OK...tak separah paip ni...

susah gak ada rumah ni kan
tapi kami belajar dari pengalaman

ni kira ok...paip masih di lekat di dinding
kalau jenis yang skarang sume tanam dalam dinding
mmmmmm sendiri pikir lah kos nya nanti...


Monday, September 21, 2015

Play-Doh Month 2015

Assalamualaikum




Mesti anak-anak kawan-kawan suka main PlayDoh kan...
sama lah dengan Alieyah dan Fahim
dah macam-macam PlayDoh kat rumah tu ada...

dannn
adakah kawan-kawan tahu....PlayDoh pertama diperkenalkan pada tahun 1956?
mmmmmmmmmmm dah lama kannnnnnnn........
dannnn lagi
sempena Bulan PlayDoh 2015, PlayDoh dengan bangganya mengadakan "Shape a Colourful Community Campaign termasuk Finale Event untuk mencipta rekod baru "Malaysia Book of Records"

anda ingin jadi sebagian darinya?
tungggggguuuuuuuuuuuuuuuuu sampai akhir posting ini...


sebelum tu...
jom layan aktiviti hujung minggu kami sekeluarga.........
bila di fikirkan..
aktiviti ni bukan sahaja menyeronokkan bahkan...boleh mengeratkan talian di antara kami sekeluarga
ye lah......dari hari Isnin hingga Jumaat...mak pak asik bz je...
masa-masa terluang macam ni lah yang terbaik untuk masa 'bonding' kami...




Alieyah memang dari awal lagi sibukkkk dengan PlayDoh ni
kalau tak dapat pujuk sendiri..
haaaaaaaaaaaaa dia arahkan adik dia plak remind ibu....






buat apa tuuuuuuuuuuuuu
gigih ok Alieyah nak buat ikan...




dan hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ok kah? hehehhe




tak habis dengan tu
sambung buat ice-cream pulakkkkkkkkk




macam-macam kan boleh buat dengan Play-Doh ni...
apa lagi korang....
nak join aktiviti hebat ni??


Baiklahhh....
jommmm sama-sama join aktiviti menyeronokkan ini pada 26 September 2015 di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama.  Bukan hanya pada satu hari ni sahaja...sepanjang cuti sekolah iaitu 21 - 27 September ni...mereka akan bertapa di sana!!!!

Apa lagiiiii

serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

#playdohmonth2015


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH®

Yang Julung Kali Diadakan!


Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records!

Kuala Lumpur, 14 September 2015: Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.

Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.

Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan
gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!



Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.


apa tunggu lagi..jom!!!