KAJI SELIDIK
KLEENEX® MENUNJUKKAN PERLUNYA STANDARD BAHARU KEBERSIHAN DI TANDAS AWAM
Tisu Tandas Basah Kleenex Baharu Membantu Rakyat
Malaysia Menangani Kesulitan Mengguna Tandas Awam
Rakyat
Malaysia pandai menyesuaikan diri apabila berdepan dengan cabaran. Contohnya,
tandas awam: kebanyakan rakyat Malaysia akan menggunakan pelbagai cara
“kreatif” tetapi menyusahkan untuk membersihkan diri mereka dan menggunakan tandas
apabila berdepan dengan pengalaman yang tidak menyenangkan di tandas awam.
Untuk memahami lebih mendalam
tentang pengalaman dan tabiat rakyat Malaysia menggunakan tandas awam dan untuk
membantu rakyat Malaysia menangani kesulitan menggunakan tandas awam, baru-baru
ini Kleenex® telah mengadakan kaji selidik bebas dalam talian yang melibatkan
1,160 wanita dan lelaki di Malaysia.
Cabaran
Menggunakan Tandas Awam
Secara keseluruhan, kaji
selidik tersebut mendedahkan yang tiga
daripada lima rakyat Malaysia sangat tidak yakin untuk menggunakan tandas
awam, dengan alasan-alasan serupa iaitu lantai atau alas tandas yang basah dan kotor,
tandas tersumbat atau tidak dipam, dan ketiadaan air bersih dan tisu tandas.
Khusus untuk pembersihan
peribadi, rungutan yang paling banyak diterima kebanyakannya berkaitan dengan
hos air kotor (60%) dan ketiadaan air dan tisu tandas (37%). Kaji selidik itu
turut mendapati ramai rakyat Malaysia mengubah tabiat mereka semata-mata untuk
mengelak menggunakan tandas awam. Misalnya, empat daripada lima orang yang menjalani kaji selidik itu menyatakan
mereka kurang meminum air apabila keluar untuk menghadkan penggunaan tandas
awam manakala ada segelintir yang akan membawa bekalan air untuk membersih ke
mana-mana sahaja.
Selebriti pendukung jenama
Jihan Muse berkata, “Menggunakan tandas awam ibarat berlakon dalam komedi
tragik hebat – anda patut lihat bagaimana saya dengan kasut tinggi dan gaun
panjang labuh, memegang beg membeli-belah, cuba mengelak lantai basah sambil
mengangkat kain saya dan berharap barang-barang saya tidak terjatuh!”
Hal ini ternyata benar kerana
keputusan kaji selidik menunjukkan majoriti rakyat Malaysia (67%) bersetuju
bahawa pakaian dan barang yang mereka pegang menjadikan lebih sukar untuk
mereka membersihkan diri di tandas awam.
“Di samping penyelenggaraan
yang baik, saya rasa tandas awam di Malaysia akan menjadi lebih bersih jika
kita menggunakannya sebagaimana kita menggunakan ruang peribadi kita sendiri.
Jadi jika anda membuat kotoran, bersihkannya; jangan pijak alas mangkuk tandas;
lapkan sebarang tumpahan dan yang paling penting, pam tandas selepas
menggunakannya!”
Keputusan kaji selidik
menunjukkan dan mengesahkan yang sememangnya terdapat cabaran apabila
menggunakan tandas awam di Malaysia – dan pelbagai langkah boleh diambil untuk
memberikan penyelesaian yang mudah dan inovatif kepada rakyat Malaysia bagi
pembersihan di luar rumah.
Standard
Baharu Penyelesaian Pembersihan Peribadi dengan Kleenex®
Menerajui
usaha untuk menyokong penggunaan tandas awam yang lebih positif dan standard
yang lebih baik dalam pembersihan peribadi di kalangan rakyat Malaysia,
Kleenex®, jenama peneraju dunia dalam produk pembersihan peribadi, telah
memperkenalkan penyelesaian ringkas yang boleh digunakan dengan mudah pada
bila-bila masa dan di mana sahaja – Tisu Tandas Basah Kleenex®.
Berdasarkan
kaji selidik tersebut, satu daripada dua
responden percaya penggunaan tisu basah adalah penyelesaian terbaik berbanding terpaksa
menghadapi situasi menyusahkan apabila tiada air atau tisu tandas.
“Tisu Tandas
Basah Kleenex® adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, ia direka mengikut
keperluan pengguna untuk pembersihan di luar rumah. Bungkusannya yang kompak
boleh dibawa ke mana-mana dan senang untuk digunakan – hanya sapu dan pam,”
kata Encik Raman Tarun, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia.
“Kadang-kadang kita tidak sedar dengan adanya produk sekecil ini di dalam bag
kita, boleh memberikan perbezaan ketara – ia umpama kebersihan peribadi di
dalam poket.”
“Selepas dilancarkan dengan
jayanya di pasaran-pasaran lain seperti Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, dan
Singapura, kami yakin pilihan baharu tisu tandas basah ini akan diterima dengan
baik di Malaysia!”
*Selamat untuk
dipam dan hipoalergenik, Tisu Tandas Basah Kleenex® diformulasikan dengan air
yang ditapis sebanyak 9-peringkat untuk memastikan 99.9% kebersihan dan lembut
dan halus di kulit, memberikan rasa lebih bersih dan segar kepada pengguna
selepas menggunakannya.
Akhir sekali, menurut Jihan,
“Daripada menahan diri sehingga tiba ke rumah, saya boleh menggunakan Tisu Tandas Basah Kleenex® untuk pembersihan
mudah yang membuatkan saya berasa bersih dan segar sama seperti di rumah.”
Tisu Tandas
Basah Kleenex® boleh didapati dalam dua saiz – pek dengan 10 helai yang boleh
diletakkan dalam poket atau beg tangan (RRP RM2.10), bungkusan nilai-jimat tiga
pek (RRP RM5.80) atau pek dengan 40 helai (RRP RM7.40). Ketiga-tiga saiz kini
boleh didapati di pasar-pasar raya di seluruh negara.
Sertai Kleenex® dan Jihan Muse hari ini untuk Menangani
Kesulitan Mengguna Tandas Awam
Dapatkan pek
sampel percuma dan sertai pertandingan kuiz mudah untuk memenangi bekalan
setahun Tisu Tandas Basah Kleenex® dengan mendaftar di www.kleenexcleans.com.my. Pengguna
juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menggunakan produk
terbaharu ini di media sosial dengan menggunakan hashtag, #KleenexSurvivalGuide.
Untuk maklumat lanjut
berkenaan Kleenex® secara
am, layari halaman Facebook Kleenex® Malaysia (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia) atau hubungi Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (tol percuma)
pada hari minggu dari 9 pagi hingga 5 petang.
* Dinasihatkan untuk mengepam tidak lebih daripada 2 helai tisu pada satu
masa, tidak sesuai untuk digunakan di dalam tangki septik.
# # #
Kleenex® Adalah Produk Kimberly-Clark
Kimberly-Clark dan jenama globalnya adalah produk yang tidak dapat
dipisahkan dalam kehidupan masyarakat di lebih dari 175 negara. Setiap hari,
berbilion orang di seluruh dunia – hampir satu perempat populasi dunia -
memilih jenama Kimberly-Clark dan penyelesaian yang dibekalkan untuk
meningkatkan kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan. Dengan jenama seperti
Kleenex®, Scott®, Huggies®, Kotex® dan Poise®, Kimberly-Clark kini “meneraju
dunia dalam produk asasi untuk kehidupan yang lebih baik”. Untuk mengikuti
perkembangan Kimberly-Clark yang terkini dan mempelajari lebih lanjut tentang
sejarah inovasi 140 syarikat ini, sila layari http://www.kimberly-Clark.com.
No comments:
Post a Comment
eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...
pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...
PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU
Assalamualaikum!!