SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Thursday, August 30, 2012

LEGOLAND Malaysia

Assalamualaikum


a.k.u mmg dah aimed nak pegi SINI
mmmmmm
tunggu ok...sabooooo..........

for more information....kindly go here...

arr skrang pun ada promotion kan..sama ada beli muchys, kfc or dutch lady...
KIDS CAN GO FOR FREE...
ape lagi....

dan.....hari bersejarah pembukaan rasmi LEGOLAND ni pada 15 September 2012...
sehari selepas birthday Alieyah......








LEGOLAND Malaysia opens its 76 acres of adventure on 15th September 2012. The park is packed full of family fun with more than 40 rides, shows and attractions. Almost everything is hands-on, so you can push, pedal and program,or steer, squirt and splash, your way through a truly interactive experience – and of course there’s building too.



LEGOLAND Malaysia has seven themed areas of attractions for all ages. It’s an inspirational land where the children are the heroes. From LEGO® experiment centres to rollercoasters,the park is a day-long voyage of discovery for all the family.

The centrepiece is MINILAND, where Asian landmarks have been recreated using more than 30 million LEGO bricks. It’s an interactive world on a scale of 1:20, where people, trains and aeroplanes come to life at the touch of a button.

Ticket Price

Annual Pass
(Adult, 12 - 59 years old) - RM275 (Promo Price is RM245)
(Children, 3 - 11 years old) - RM210 (Promo Price is RM180)
(Senior, 60 + years old) - RM210 (Promo Price is RM180)

Regular Price
1-Day Ticket Adult (12-59) - RM 140
1-Day Ticket Child (3-11) - RM 110
1-Day Ticket Senior (60+) - RM 110

*Promotional day ticket and annual pass can now be purchased at the following venues:

MATTA FAIR KL, PWTC: 7th September - 9th September 2012, 10.00am - 9.00pm.

Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC), Danga Bay*: Every Saturday and Sunday from 2pm - 7pm (starting 28th April 2012 onwards).

*Same bulding as Kong Inn Seafood Restaurant and close to Lazio Italian Restaurant.


Operating Hours


LEGOLAND® Malaysia is open most of the day in 2012 from 10 am until 6 pm. Longer opening hours apply on weekends, during school and public holidays. Attractions (except MINILAND) are closing one hour prior to park closing-time. Restaurant and shop hours may vary due to visitor appearance.



Jom lunch!

Assalamualaikum

kawan-kawan dah lunch?


Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Assalamualaikum


a.k.u dpt info berguna ni dari net..
sharing is caring....
Thank you Ustaz Dr. Zaharuddin for his 'beautiful' writing...

skrang baru a.k.u faham konsep puasa Sunat Syawal, Puasa Ganti dan Ziarah...

hopefully membantu!!

Happy Reading






Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.
" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.
3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
25 Oktober 2006
(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)
TERBIT SEMULA : 8 OKTOBER 2008 ( 9 Syawal 1429 H)

Wednesday, August 29, 2012

Seorang yang sebenar-benarnya layak di gelar SAHABAT

Assalamualaikum


a.k.u ni suka tau..google nama sendiri..
bukan shok sendiri
tapi sedang mengkaji
bukan kaji bintang..kaji bulan tu
tapi kaji kot kot ada org terkutuk termengumpat a.k.u kan
boleh lah 'tumbuk' org yang cuba kutuk-kutuk a.k.u

huhuhu

tapi tak delah sampai 'tumbuk'
mana tau kan....dalam penulisan kite nieH
ada yang 'terngata' tanpa kite sedari

dengan cara cam ni..
a.k.u boleh lah tau sikit-sikit..
ada ke yang terkurang mana-mana kan....
tapi kebanyakkan yang a.k.u google nama a.k.u
sumenya baik-baik belaka.....
alhamdulillah...

cumanya..
hati a.k.u tersentuh bila tengok benda di bawah nieH







mungkin bagi orang lain..
tulisan di atas ni tak de makna..
tapi bagi a.k.u sangat sangat bermakna....
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
nak nangisssssss.......

dulu hari-hari kalau pegi keje
'sametime' a.k.u tidak pernah lekang dari 'sametime' si Laili nieH...
ada je cite
kalau tak buka sametime...sure tercarik2.....sms ke..tanya kat mana
susah senang dulu..sume diluahkan kat sametime......

a.k.u kenal Laili ni dari UiTM..
sama-sama belajar

dulu masa belajar......dia terkenal dengan 'wardrobe' dia yang banyak
dah siap boleh buat 'kedai baju'.........

lepas belajar
Laili dapat keje kat sini
masa tu..a.k.u kantoi satu paper..so Laili lepas dulu
tapi..dah ditakdirkan jodoh kami panjang
a.k.u pun di panggil bekerja kat tempat yang sama

masa keje..kami sambung belajar lagik
pegi sama-sama
naik komuter (Ingat tak Laili)
pastu ada rezeki lebih sikit.....buat loan kat sini...beli keta kancil yang masih setia dengan a.k.u

ye..kami susah dulu
dengan gaji RM791 tau..kami hidup di kota Kuala Lumpur nieH...
bila gaji naik RM1000..a.k.u tekad buat loan tuk mudahkan kami pegi belajar
tapikan.....huhuhu ... dua-dua hanyut dengan pelajaran kan kan kan Laili..ha ha ha

masa Laili kawin
a.k.u siap jadi pengapit tau....
tak pernah-pernah a.k.u jadi pengapit......a.k.u boleh jadi pengapit ok

tu blom campur bila dia dah anak satu, anak dua, anak tiga...dan anak empat..
sib baik sampai empat je..kalau anak lima enam tujuh
mau jenuh a.k.u nak ingat tarikh period dia

boleh tak...dia yang period a.k.u plak kena ingatkan tarikh
so sweet kann..sangat-sangat sweet...

tapi skrang
Laili dah tak de
sob sob
dia dah tak keje sini

a.k.u tahu hasrat dia nak berhenti kerja
a.k.u tahu keputusan dia nak berhenti keje dengan sebabnya...
tapi masa dia nak berhenti tu
mmg dia tak bgtau
tau-tau dia bgtau...hari ni last day dia keje
huwaaaaaaaaaaaa
macam nak campak je Laili dari tingkat 15 ke bawah
geram ok...
sedih sangat-sangat
dah lah last day keje baru bgtau nak berhenti...
pastu time a.k.u nak balik dekat 5.30 tuu baru dia bgtau
sakitttttttttttttttttttttttttttttttttttt hati ok

sib baik next day tu dia datang jumpa a.k.u
kalau tak..mmg ko Laili......terok tau..tak suka tak suka tak suka...

motifnya skrang..
a.k.u rindukan dia
kawan a.k.u....seorang yang sebenar-benarnya layak di gelar SAHABAT...
a.k.u sayangkan ko tau Laili
ingat...kalau apa-apa..jgn tak bgtau a.k.u....

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
(emo sangat-sangat nieH)

Open House Sana Sini

Assalamualaikum


fuhhhhhhhhhhhhhhhh
untuk minggu ni je...a.k.u dapat 5 invitation ...
termasuklah kenduri arwah, aqiqah, dan pastinya Raya Open Houselah kannnnn
tu belom masuk invite dari UMNO Pulapol...
(erk....a.k.u ahli UMNO kah??)
serius..
dapat invite kat SMS
hari tu siap telefon......pastu follow up dengan sms lagik invite tuk makan-makan ahli UMNO Pulapol
ni dapat invite tuk Open House pulak....huhuhu


mana satu nak pegi neiH..
jatuh pada hari yang sama pulak tuuu..
adoi....

kawan-kawan cam ne plak??
ke kawan-kawan ada cadang nak buat open house?

a.k.u tahun ni tak tahulah nak buat Open House ke tidak?
lagipun akhir Syawal nanti birthday Alieyah
dah nak buat makan-makan gak
kalau a.k.u sekali harung dengan birthday Alieyah.....kira acik tak?

gulp

Tuesday, August 28, 2012

Pau Kelapa yang Sedap meletop!!

Assalamualaikum





tak delah meletop sangat pun rasa dia

tapi bila makan.................setelah lama mengidam....dari sebelom puasa
bila lepas puasa dapat makan...

alangkah nikmatnya......
hari-hari dok lalu depan kedai pau neiH......
mesti dok teringat ..
tapi masa bulan puasa ari tu
bila dah berbuka
perot dah sebu
kang beli pau nieH..tapi tak makan..membazir
jadi a.k.u pun tengoklah pau ni sepanjang puasa.....

tapi bila dah beraya
hari-hari a.k.u request nak pau nieH
tapi setiap kali lalu..
pau ni tak de..
tapi .. hari Ahad lepas...
dapat hajat di hati
makan dua bijik pun rasa dia...
pergHhhhhh....lazat giler..

alhamdulillah..
tak delah a.k.u kempunan kannnn..
walaupun hanya pau kelapa
bila dah mengidam..dan dapat...
rasanya..sangatlah nikmat...

jom makan pau kelapa!!



Monday, August 27, 2012

Bila tengok gambar nieH....

Assalamualaikum




bila a.k.u tengok gambar nieH..
nampak cam Alieyah dah besar
mmmmm
tetiba ibu touching...gulp......

dah dah..tak moh touching-touching...

actually gambar ni a.k.u captured masa menghadiri sesi Speech Therapy untuk Fahim untuk yang ntah keberapa kali...huhuhu

dan.. malangnya...
minggu nieH..Fahim tak moh bg kerjasama cam selalu
sbb baru baik demam...

even Therapist dia pun kata....90% budak yang baru baik demam....
akan berperangai cam neiH..
so Therapist redha jelah dengan karenah Fahim...

dan kali ini juga
ibu kena beri kerjasama 100% sbb ibu kena buat sendiri depan Therapist
aiyakkkkkkkk
dah lah cuti raya ari tu, ibu dia PEMALAS kan
mmg tak buat apa-apa latihan untuk Fahim...

haaa amik ko
kena buat sendirik....

tapi..
a.k.u nampak banyak improvement kat Fahim
dia dah boleh duduk diam depan TV..beri tumpuan yang baik...
tak macam dulu..asik ke hulu ke hilir.....terlebih aktif kannnnnnnn...

pastu dah boleh sebut lah jugak perkataan....
skrang kalau dia nak panggil orang...kalau org tak nyahut..dia akan cuit org tu.....
haaaa..bijak kan.......alhamdulillah...

even a.k.u pun dia dah panggil 'makkkkkk...'
padahal a.k.u biasakan diri panggil ibu
cam ne tu??
kat mana plak dia dengar 'makkkkkk' tu....

apa-apalah Fahim
asal Fahim ada improvement
ibu suka!!......

doakan Fahim cepat cakap ye kawan-kawan...


Friday, August 24, 2012

6 Syawal

Assalamualaikum

ramai dah masuk keje ari nieh???
a.k.u masih bercoti lagik...
nak kata beraya...
tak gak...sbb asik duk kat Penthouse Melati ni haaaa.....

tapi kalau masuk keje pun tak boleh gak
sbb Fahim tak de org nak jaga...
adoiii.....

boring pun ada gak neih...
ada gak org berjalan tinggalkan incik somi kat rumah gak nieH kangggggg

Tuesday, August 21, 2012

Cerita Aidilfitri 2012

Assalamualaikum

macam mana raya kawan-kawan??

ok ke??
fuhhh a.k.u kat sini....
ada pesta  "muntah rally berganti-ganti"
passing baton dari satu anak buah ke satu anak buah

at last..Fahim pun tumpas.....
tengah malam semalam 'berjaya' mendapatkan baton muntah-muntah
pagi nieH...asik cirit-birit

adoilahhhhhh
so hari ini...
hari duduk rumah sambil layan Fahim masuk keluar toilet
ha ha ha.....

raya tahun ini dimulakan dengan berhari raya di Keramat.....
bila petang baru ke Sentul......

walaupun hanya dua rumah
penat dia..mak aiiii....
pastu si Alieyah tak habis-habis nak ajak pegi umah acik Daniel
so pegilah...berakhirlah raya pada 1 Syawal di rumah Acik Daniel....

pada Syawal kedua
pada mulanya nak pegi ke Kuala Pilah
sbb ada kenduri
tup tup
singgah Tampin dulu
rumah Tok Wan anak buah a.k.u
lepak-lepak sana....
dekat kul 2 baru gerak ke Pilah
tapi yang bestnya
kenduri yang disangkakan di Pilah
rupa-rupanya di tempat lainnn...
sib baik lah ada abang sulung incik Adha kat sana
ada lah jugak 'makan kenduri' di sana...
dapatlah kami merasa Nasi Tomato.......

tapi yang paling best
a.k.u dapat jumpa air botol di bawah nieH
jarang ada kat KL kannn
air gas yang tidak berapa ada gas...tapi a.k.u minum sikit jelah
kang minum bebanyak mauuu bergelodak perot nieH...



sebelom bertolak balik..
singgah sekejap kat rumah sedara yang lain di Pilah
ingatkan lepas Maghrib nak bertolak ke KL
nak singgah kat umah sedara di Seremban
at last..bertenggek kami di sana sampai jam 9
akibat hujan lebat...
dan bila hujan lebat
kereta pun tersenggot-senggot lah kat jalanraya
sampai KL dekat kul 1 pagi ok
sian incik 'driver' saya...huhuhu.....

tahun ni tak de lah singgah rumah umah pakcik di Seremban
usually kalau balik beraya..sure singgah umah dia...
tak pelah..tak de rezeki..next time kot....

so hari ini..
lebam lah di rumahhh....
jaga perot dulukannn..
dah macam-macam masokkk....

Selamat Hari Raya semua!!



Saturday, August 18, 2012

Sweet Raya Message & Gift

Assalamualaikum



macam makan coklat plak bila dapat message dari ex-boss....





walaupun ex-boss a.k.u ni bukan Melayu......
dia bg wish cam org Melayu kan...

sweet sweet....
dan...bukan je ex-boss a.k.u punya message je sweet..

boss skarang pun sweet gak...
dia bg a.k.u cookies...dan forrero rocher tau tuk raya...
wahhhhhhhhhhhh





thank you .. thank you bosses.....
masih ingat juga a.k.u di sini.....

saya sangat suka!!



Friday, August 17, 2012

Tudung Fareeda Murah!!

Assalamualaikum


skrang ni sana sini a.k.u tgk trend 'Tudung Fareeda" nieh
dan tak kurang juga..org panggil "Tudung Ombak Rindu"

apa-apa pun..a.k.u tak kesah
yang paling utama tadik..
a.k.u carik tudung warna ijo epal
penat dok jelajah Jalan TAR tu
at last..
yeayyyyyyy
saya jumpa
jangan tak caya
tudung ni cuma RM30 sahaja..
morah kan .. saya sukaaaaaaaaa......





dan sebelom balik
dok teman member nak carik selipar
jadi singgahlah kat Princess sat
tup tup..
a.k.u yang beli selipar
bukan kawan a.k.u tu
aduhaiii

ni dah kehendak dah ni kan...
ke keperluan??
mmmmmm

tak pelah..
dah tak de kasot raya
selipar raya pun jadilah...

macam mana persiapan raya kawan-kawan??
sudah sukses??
ke masih ada yang mencarik??



Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum


Rasanya tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat untuk a.k.u  mengucapkan

Selamat Hari Raya

pada semua kawan-kawan kannn....

kalau ada salah silap mana-mana...

mintak maaflah ye.......

Semoga Lebaran kali ini lebih meriah dari hari sebelumnyaaaaaaa


Thursday, August 16, 2012

Duit Raya

Assalamualaikum

kalau dah nak raya kan
macam-macam cerita pasal raya keluar
kuih raya..baju raya...kasut raya..kusi raya
macam-macam rayalah

tapi yang paling utama
pastilah DUIT RAYA...

haaaaaaaaaaaaaa...murah tau rezeki budak-budak nieH...
belum raya dah dapat duit raya..
Alhamdulillahhh...
moga murah rezeki mereka yang memberi..aminnnnnnnnnn


Speech Therapy / Terapi Pertuturan [Session 5]

Assalamualaikum




lambat nak update pasal session 5 nieH...
gambar masa sesi mmg tak de
nak dijadikan cerita
appointment Fahim kul 9..tapi kul 9.30 baru dapat masuk
sampai dah awal dah
tapi registration tu plak lambat
dengan computer hang lagik

tapi lepas ni dah paham
anto je teros ke terapi...register kendian...huhuhu

ok lah
masa 30 minit yang ada tu
Therapist buat dengan pantas...
a.k.u tak tengok sangat masa awal-awal terapi
sbb a.k.u pegi uruskan registration

tapi masa masuk tu
Fahim tengah belajar main puzzle......
macam biasa...tapi kali ni a.k.u tengok lebih cepat dia buat
bagusssss ada peningkatan

then..ada sesi buat bunyi dan Fahim kena amik haiwan yang betul dengan bunyi
si Fahim ni main ikut suka dia je kannn....mana senang dia capai...dia teros amik dan bg pada Therapist..
bijak kannnn

NO NO  ok..kena buat betul-betul...........
yang ni mungkin permainan baru untuk dia
so dia tak pandai lagik......

tapi masa buat sesi nieH..Therapist bg satu lagi puzzle pada dia
maknanya buat dua aktiviti dalam satu masa
satu padankan bunyi haiwan dengan patung haiwan dan satu lagi puzzle
puzzle yang diberi pulak kali ni berbeza dari sebelumnya
dan Fahim lulus kesemua puzzle tuuuu..hebat anak ibu
tapi mungkin dia focus pada puzzle..
yang padankan bunyi haiwan dengan patung haiwan tu..dia main-main sikit...hehehhehe....

lepas tu...
Therapist ada buat massage lagi pada sekitar kawasan mulut Fahim
seronok dia..diam jeeee......

ada satu mainan baru yang dia tak moh buat
tiup straw...
mmg dia tak moh
siap campak2 lagik..
aduhai...letih ibu pujuk pun dia buat tak tahu ok.....

nampaknya ibu kena carik 'something' yang boleh ditiup selain straw...
seruling maybe kan?? mmmmm

keseluruhan..
ada improvement lagi
dia boleh tiru / ajuk apa yang org cakap
walaupun bunyik tak berapa tepat
tapi masih ada kuar bunyik
mmmm ibu suka...

nanti prektis lagi ok..!!

hari Sabtu depan Fahim akan jumpa lagi Therapist...
dan hari Sabtu Sabtu berikutnya...
ibu kena keje dari Isnin sampai Ahad lah gamaknya
no holiday for ibu until end of the year...

aiyakkkkkkkkkkkkkkkkk



Wednesday, August 15, 2012

First Check from Nuffnang

Assalamualaikum

tunggu punya tunggu
akhirnya cheque pertama dari Nuffnang telah selamat di bank-in kan ..

suka suka
dapatlah duit raya sikit kannnn.......


perasaan gumbira cam dapat satu jota!!



Tukar Duit Raya

Assalamualaikum


Kalau lah duit sebanyak ni
a.k.u yang punya
fuhhhhh
sakan tau raya tahun nieH...
tapi sayangnya bukannnnnnnn




pasal duit ni lah..
lebam kami bertiga mengira semalam
sampai balik dekat jam 9.30 malam ok....
tu pun tak balance..erk





pagi ni dah mengantuk
adoilahh

tapi bila tengok duit nieH
mata buntangggggg

ha ha ha

jom shopping nak??



Monday, August 13, 2012

PERINGATAN: Berhati-hati ketika ber'shopping' di sekitar Jalan TAR

Assalamualaikum




ape yang korang nampak yek??

nampak tak torehan beg di atas??

ye...bag mangsa ditoreh dan wallet yang berisi $$$ dilarikan

kesian kat kawan opis a.k.u ni haaa
niat baik nak shopping tuk family
akhirnya diakhiri dengan tragedi sebegini...

menurut kawan a.k.u nieH
polis bgtau dia..
beratus-ratus kes sehari direport untuk kejadian yang seumpama begini

cam ne lah org jahat tu menoreh tanpa mangsa menyedarinya kan???
tu sib baik beg sahaja yang di toreh
kalau 'tertoreh' badan? tertusuk ke anggota kite?
aduhai...mintak-mintak dijauhkan...

jadi hati-hati ye kawan-kawan
kot kot terpegi ke Jalan TAR...
jaga-jaga setiap barang berharga...
mungkin kite ter'shiok' sangat shopping sampai terlupa seketika..


Terpaksa ku lepaskan kau jua

Assalamualaikum




sob sob...




Persiapan di saat-saat akhir

Assalamualaikum


cewahhh
tajok tak tahan
sangatlah persiapan kannnn
cuti Sabtu dan Ahad lepas...
di habiskan dengan membuat Almond London dan Tart Nenas.....





lebam gak lah..
fuhhhh...
dah lama giler tak buat dua kuih nieH..
tak salah a.k.u 7 tahun lepas..
gilerrrrr....

masa nak buat ni pun..
dok carik 'buku azimat resepi turun temurun'
tapi tak jumpa
sib baik a.k.u masih simpan resepi ni kat Multiply sana
bolehlah copy balikkk

dan....akhirnya...berjaya gak lah buat
walaupun Almond London tu tak habis salut dengan coklat sbb coklat dah habis.....

mmmmmm...
best gak tahun nieH
baju raya jahit sendiri
kuih raya pun buat sendiri...

mmg puas hati

kawan-kawan??....
cam ne persiapan raya tahun nieh??



Thursday, August 9, 2012

Photobook Murah lagik..adoiiii

Assalamualaikum



ari tu a.k.u ada kabo
dah terbeli photobook murah

tapi kali nieH..lagik murah dari hari tu
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
nak beli ke tak neiH??





Mesti org kata..alahai perempuan nieH...tak update blog...nak tunjuk payment Nuffnang lah tu

Assalamualaikum

ok tak tajuk cam tu
erk..
tapi seriously
bukan tak moh update..tapi tak de cite..
erk..leh gitu

eh ada cite..tapi tak bergambar
gulp...

apa-apapun..this week mungkin bz giler..
nanti kite update lagi ye...

** macam nak buat Duit Raya Giveaway lagi **

stay tune!!

Tuesday, August 7, 2012

First Payment Advice from Nuffnang

Assalamualaikum



Alhamdulillah....
akhirnya dapat sudah...
yeayyyyyy
tak dapat bonus raya..
dapat dari Nuffnang pun dah kira bagus..

posmen posmen...bila ye mahu hantar? huhuhu



Tak Sangka Saya Bertuah

Assalamualaikum

hari tu adalah nampak Elyies....
upkan kat FB.....siapa follow blog dia..dan LIKE...
bakal mendapat duit raya
a.k.u pun cubalah nasib....

tup tup hari nieH...
tgk ada org tagged a.k.u dalam posting Elyies...
antara yang bertuah rupanya...
shiok cam nak lompat-lompat bintang
** der..boleh ke kan ** ha ha ha





pastu teroslah bukak blog Elyies..
yeayyy
a.k.u dapat RM25 ok..
duit raya pertama a.k.u
yeayyyy
saper nak bg kannn

thanks Elyies....





a.k.u kenal Elyies ni kat PCM...
kawan-kawan seforum
dan dia juga aktif dalam penjualan Premium Beautiful
so saper-saper nak beli PB..boleh hubungi Elyies ye
pastinya service tip top!!





dan saya telahpun menerima hadiahnya....
thank you thank you.....


** tetiba teringat..ada join satu blog neiH...bertuah lah kekdahnya..tapi sampai la nieH tak terima apa-apa..hopefully org tu sedar lah ye...dah organize giveaway....sila - sila lah tepati..kot ye pun bz kannn...takkanlah sampai setahun masih diam seribu bahasa?? siapakah org itu? mmmm...... kalau sebut sure ramai kenai.... bukan nak mengharap pun 'hadiah' dari dia..but at least.... dia ingat lah kannnnnn... tak baik organize giveaway tapi di penghujungnya ... habok pun tarak....  **


Monday, August 6, 2012

Speech Therapy / Terapi Pertuturan Session 4

Assalamualaikum



Tawakkal ni jadi macam second home dah tau
dah every week pegi kannn...
sampai Si Fahim ni pun dah tau dah selok belok dalam hospital nieH...

ni masa tengah buat registration...
sesambil tu bebudak ni duduk-duduk sambil layan tgk TV....





kali ni...
ada aktiviti baru
di samping susun puzzle...
Fahim kena padankan haiwan dengan puzzle...
ada yang betul ada yang dia main taram...sbb dah malas...
adoiii...

Fahim ni
kalau selalu sangat buat..dia mmg cepat boring...

puzzle tu...alhamdulillah..
dah banyak dia boleh buat dengan betul
siap bunyik-bunyik lagik..
tu blom masok bila dia susunkan puzzle berbentuk rumah
dia ketuk rumah tu..dan sebut 'akummmm...' a.k.a Assalamualaikum...
dishortformkan jadi "Akummmm..."





ari tu a.k.u ada cerita pasal satu permainan tali dan Fahim kena masukkan haiwan yang berlubang tu ke dalam tali..
cam di atas ni lah mainannya....
ada lubang kecil untuk di masukkan tali tu....

aktiviti sebelom balik
lontarkan bola ke dalam gol...
Fahim nampak bola
bukan dia nak lontar..
dia sepak ada lahhh
dah nama pun boy kan
main bola sepak lah.....
huhuhu....




secara keseluruhan Therapist  kata ada peningkatan
dan peningkatan Fahim agak cepat...
dia dah mula buat bunyik
meniru apa org kata....
dan boleh gunakan keseluruhan kawasan mulut dia dengan agak baik.....

kali ni..Therapist siap buat massage kat kawasan mulut Fahim....
diam je budak tu bila di'urut'...
sedap gamaknya kann

next week....Fahim ada lagi session nieH..
insyaallah...Fahim akan lebih baik....
dan maybe boleh cakap sikit-sikit masa raya nanti?
who knows?


Buy 1, Get 1 Free Chicken Foldover

Assalamualaikum





sila print sila print.....
buy 1, get 1 free tuuu.......




Pingat Emas tetap untuk Datuk Lee Chong Wei

Assalamualaikum

walaupun Chong Wei hanya membawa pulang pingat perak
bagi a.k.u dia tetap 'Emas' untuk kita semua
ingat senang ke nak main badminton dengan kecederaan masih terasa?

Tahniah LCW
tak payahlah mintak maaf bagai..
u did a good job!!


Credit Pictures to Metro Online



Baju Raya Buatan Sendiri

Assalamualaikum

Tahun ni a.k.u mmg nekad nak jahit sendirik
tapi dalam hati malas gilerrrrr........

dari sehari ke sehari nak jahit...
dan taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





















































siap pakej selendang ok..ha ha ha.......
amacam? boleh tak?
tapi ni bukan baju kurung ok
sbb a.k.u tetiba malas buat baju kurung
so ni ala-ala 'fusion' ha ha ha.....
main belasah punya fesyen...
tapi yang penting jadi....


Friday, August 3, 2012

Kad Raya Pertama

Assalamualaikum

seronok tau dapat kad raya?
korang suka tak?

a.k.u mmg suka sangat
sampai kad raya dari a.k.u sekolah rendah pun masih a.k.u simpan
(kat manalah kawan-kawan a.k.u tu kannnn)

dan kali nieH
tahun 2012....kad raya pertama adalah dari big boss kami di jabatan neiH..
tak sangka ok
cepat tau ... (efficient secretary dia)

huhuhu

thanks big boss!!
nanti dah jauh...
janganlah lupa kami di sini



Thursday, August 2, 2012

Dejavu di Kinabalu

Assalamualaikum

a.k.u macam 'menyampah' sikit tgk cite nieH
tapi dalam 'kenyampahan' a.k.u ..
a.k.u tengok gak hari-hari...
bukan menyampah ape
sbb watak 'perempuan' psycho yang tak tahu nak pilih siapa idaman hati....
mmmm
agaknya cam ne akhirnya....
jom tgk hari nieh.....episod akhir
entah sempat ke tidak a.k.u tengok...
huwaaaaaaaaaaaaaaaa



Resipi Ramadan Chef Wan: Urab Nangka dan Tempe

Assalamualaikum

Resepi Ramadhan Chef Wan datang lagi
kali ni Urab Nangka dan Tempe

macam senang plak hidangan nieH...
jom cuba!!
Terima kasih chef wan..sbb bagi resepi yang mudah di masak



Urab Nangka dan Tempe
BAHAN-BAHAN
Minyak kacang60 ml
Santan1 biji, diperah bersama 200 ml air suam
Gula melaka2 sudu besar, diparut
GaramSecukup rasa
Limau nipis1 biji, ambil jusnya
Daun kunyit1 helai, dihiris halus
Nangka muda200 g, didadu dan direbus sehingga lembut bersama air
dan sedikit garam
Tempe3 keping, digoreng dan didadu
Tauhu1 keping, digoreng dan didadu
Kacang panjang8 tangkai, dicelur di dalam air panas selama seminit dan
dihiris halus
Bawang goreng60 g
Kelapa goreng60 g
Nanas¼ biji, didadu kecil

Dikisar halus
Cili merah5 tangkai, dibuang biji
Cili padi6 tangkai
Cekur1 cm
Buah keras4 biji
Serai2 batang
Kunyit hidup2 cm, dikupas
Biji lada hitam1 sudu teh
Udang kering2 sudu besar
Lengkuas1 cm, dikupas
Daun limau purut1 helai
CARA
  • Tumiskan bahan yang telah dikisar sampai rempahnya naik wangi di dalam periuk.Masukkan santan, garam, gula melaka dan masak sehingga kuahnya pekat. Sejukkan sebentar. Di dalam mangkuk, masukkan semula bahan rempah yang telah dimasak itu bersama jus limau nipis, daun kunyit serta semua bahan kerabu. Jika hendak pedas lagi, tambahkan sahaja dengan hirisan cili padi ke dalamnya. Sajikan kerabu ini dengan segera, jika tidak ia akan merosakkan kelazatan resipi ini.

Takoyaki yang HALAL dan pastinya SEDAP - produk keluaran BUMIPUTERA lagi

Assalamualaikum




a.k.u ni susah sikit kalau makan benda-benda pelik.......
lagi-lagi nama yang tak pernah a.k.u kenal kannnnnnn
dan pastinya setiap makanan tu a.k.u kena pastikan HALAL nya...

masa pegi Bazar Ramadhan ari tu....
nampaklah Takoyaki nieh
tengok HALAL dan keluaran BUMIPUTERA....
so belilah....
bila bukak puasa cuba lah rasa
boleh tahan rasa dia kan...

dan skrang ni bila singgah je Bazar Ramadhan kat Taman Melati nieH
sah sah a.k.u akan singgah
tapi yg tak bestnya..
sebelum ni a.k.u pegi sempoi je
tup tup semalam kena amik nombor
dahh lebam a.k.u tunggu
dapat nombor 37 ok..adoi lahhh




beginilah cara memasaknya...
bancuhan tepung yang diletak dalam 'kuali' khas dan dia akan berbentuk seperti bola...

ada pelbagai rasa - sotong, udang, ayam dan telor.....
kat situ ada tulis nama jepunnya lah..tapi ada a.k.u kesah..
tgk tokey pun sebot gak sotong udang ayam telor kannnn





ni lah dia..takoyaki...
nanti dia akan letak sayuran jepun....dan daun sup...pastu dilimpahi sos lada hitam dan mayonis...

ada satu insiden best kat sini..
masa a.k.u beli nieH..
adalah satu customer
dia order..

pastu dia cakap.....nak 'octopus' satu..
gulp..first time ok org mintak cam tu
a.k.u bila org sebot 'octopus' dok bayang sotong besar tu
adakah gambar yang terpampang di banner itu menunjukkan gambar octopus?
gulp..........

dan best lagi..bila tokei kedai tu repeat order..
nak 'sotong' ye....lagi?

huhuhu

jom lah cuba kawan-kawan...sedap tau
seperti kata customer sorang lagik "cekodok tu lawa..bulat-bulat..cantik je"
ye lah kak..cekodok jepun ye......



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...