SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Showing posts with label My Collection. Show all posts
Showing posts with label My Collection. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Customized Coke Can

Assalamualaikum



bersungguh pegi walaupun a.k.u ni bukan peminum Coke...
sejak cerita bangla jatuh dalam tempat buat coke..memang a.k.u tak minom dah Coke
tapi sebab special Edition ni..a.k.u beli jugak lah..
walaupun bukan nama a.k.u dannnnnnn sepatutnya a.k.u dapat tiga tin
tapi di sebabkan a.k.u ni jujur dan amanah(aminnnnnnnnnnnnn)
a.k.u betulkan balik amoi tu...
salah kira rupanya...

tapi tak pelah..satu pun satu..yang penting...Special Edition tu..
heheheh


Friday, September 26, 2014

Pen Warna-Warni

Assalamualaikum




ni baru sebahagian...
ada lagi kat rumah

ntah macam mana pen warna warni bleh ada kat opis...
dulu tempatnya di dalam pencil case kat rumah
confirmed masa guna pen ni..a.k.u tak letak balik dalam tempat asal dia

zaman study-study dulu memang suka beli pen warna warni nieH
senang nak buat nota

even sekarang...hobi ni agak kurang di buat
tapi....masih diteruskan..
yang terbaru a.k.u 'terbeli' pen glitter Sherpie..
a.k.u mmg suka dengan jenama ni untuk marker pen...
terbeli yang glitter ni .. gara-gara iklan kat radio..sempena ulangtahun depa..
dia keluarkan glitter gold katanya...

benda-benda yang 'special' macam ni..
mmg a.k.u suka..dan akan carik.....

kalau pen pulak..suka jenama PILOT...
smooth je rasa tulis...

nama yang ada dekat atas pen tu
'wajib' ada ...sbb..kalau bawak kat opis...confirmed...'hilang'..
kadang-kadang kembali ke pangkal jalan
kadang-kadang ghaib entah ke mana
at least..bila ada nama ni..kebarangkalian untuk kembali ke pangkal jalan tu agak tinggi
walaupun kadang-kadang suram...

heheheh..korang ada tak hobi-hobi cam nieH??


Monday, November 4, 2013

Hobi yang lama ditinggalkan

Assalamualaikum

hari tu..kemas-kemas kabinet kat office
sekali terjumpa harta karun nieH..
mmm
lama sungguh ku tinggalkan..
cam rasa nak menjahit balik..
banyakKKK betul tu manikk.....

harusss bukak gerobok carik ape yang patut untuk di upgrade hehehe


Tuesday, September 17, 2013

Issuance of Commemorative Coins in Conjunction with 50th Anniversary of the Formation of Malaysia

Assalamualaikum

untuk yang berminat...
boleh dapatkan di Muzium BNM, di Sasana Kijang atau pun cawangan-cawangan BNM di Penang, JB, KT, KK dan Kuching





Type
Alloy
Face Value
(RM)
Mintage Quantity (pcs/sets)
Diameter (mm)
Weight (g)
Shape
Gold Proof
Gold (Au999.9)
100
750
22.0
7.96
Round with milled edge
Coloured Silver Proof
Silver (Ag999)
10
10,000
40.7
31.1
Round with milled edge
Nordic Gold (B.U.)
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
25,000
30.0
8.5
Round with milled edge
Set of 21

10 + 1
1,000



Set of 32

100 + 10 + 1
500




Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping. Sebanyak 750 keping ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)
Duit syiling ini merupakan duit syiling berwarna yang pertama dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Pada bahagian hadapan duit syiling ini terdapat imej berwarna Jalur Gemilang. Duit syiling pruf yang berwarna ini diperbuat daripada logam Perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM200 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 25,000 keping ditempa.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1, dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak berwarna dan emas Nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM2,100 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas Nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM250 dan hanya terdapat 1,000 set sahaja

Wednesday, July 17, 2013

Barang Free

Assalamualaikum

korang pernah tak 'terbeli' barang sbb FREE GIFT dia...
hehhe
jangan tipuuuuuuu
sure ada punya...
tak banyakkk..sikit pun mesti pernah beli....

a.k.u tidak terkecuali
kadang-kadang tertarik pada free gift dia...
dan pernah pun beli banyak semata-mata nak kumpul semua koleksi freegift yang ada

kali ni a.k.u tertarik dengan benda di bawah ini




Nestle Cruch Wafer...
ada 15 bar wafer dalam dia
dan satu bekas yang cute...
ari tu terbeli masa kat Mydin...
masa tu tak silap a.k.u harga dia RM7.90..
tapi minggu lepas pegi Giant..harga dia jadi RM6.90
kurang singgit kannnn
berbaloi ke tak ? ha ha ha
skrang dua color dah ada kat rumah
tengah kumpul koleksi Kit Kat plak....
kalau beli Kit kat dapat bekas makanan pulak....
ada 4 color semuanya.....
yang pertama..warna PINK....mmmmmm.....
bukan nak makan sangat pun coklat tu...
sangat mengada-ngada kann
ha ha ha


Wednesday, January 16, 2013

Reward Diri Sendiri

Assalamualaikum

cerita lama actually...
tengah down skrang nieH..
jadi nak 'boost' semangat sendiri...

yang ala-ala pink nieH..
a.k.u beli masa pegi JPO baru-baru neiH
dan yang hitam tu..
a.k.u beli dari officemate a.k.u yang kebetulan up topic jual benda ni kat FB
memang rezeki a.k.u kot..sebab masa tu....tinggal dua je lagi.....
alhamdulillah..
setelah hampir 12 tahun bekerja
ni lah kali pertama a.k.u dapat apa yang a.k.u idam-idamkan...
self-reward terbesar selepas reward 'kereta' ari tu..
tapi kereta tu untuk kegunaan semua....
tak terasa sangat 'reward tuk diri sendiri'
tapi ni...R.E.W.A.R.D hanya untuk diri sendiri
terasa diriku begitu berharga...ha ha ha..

** jangan nanti ada orang kata a.k.u velagak ye... **

sedih nieH.....
tapi tak pe...dah self reward kannn..
come on .. come on .. stand straight .. look beyond ..

tetiba teringat lagu HERO... dendangan Mariah Carey...



There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

[Chorus:]
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

[Chorus]

Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Hold on
There will be tomorrow
In time
You'll find the way

[Chorus]





Thursday, July 26, 2012

Mc Donalds Glass Collection

Assalamualaikum









untuk pertama kali ..
bila McD announced kuarkan McDonalds Glass ni a.k.u tak sempat beli
mmg sedih gila....
sbb tak sedar akan kewujudannya di awal pengeluarannya...
duluu a.k.u pernah cerita a.k.u kumpul semua Can Glass McD kat SINI
so kali ni nak lah edition seterusnya kannnnnnnn..
tup tup terlepas ok..sedihhhhhh

a.k.u sedar bila dah kuar yang kedua iaitu Cycling...
tu pun tgk kat surat khabar STAR.....
mmg ingat nak pegi McDonalds nak beli
tapi asyik lupa....

tup tup..ari tu..masa pegi OTK....sebelah ada McD
teruslah beli.....tapi masa tu...dah ATHLETICS...yakni edisi ketiga
sob sob
sedih kannn......bila collector tak dapat collect semua edisi glass tuuu

tapi bila sampai
bila kata dah rezeki kannn
yeayyyy
a.k.u dapat beli gelas FOOTBALL, CYCLING as well as  ATHLETICS...
suka gila ok..
walaupun kena bayar RM8 satu gelas tu..aii rela..sib baik ada lagik....
mmg rezeki
so skrang..tunggu esok tuk gelas keempat iaitu SWIMMING...
yeayyyyyyyyyy.....

jadi setakat ini saya masih mampu menjadi colector glass nieH..yeayyyyy






Wednesday, February 15, 2012

Mandi Tanpa Seurat Benang

Assalamualaikum

mungkin kalau baca tajuk
agak kelucahan sikit
tapi tadi a.k.u dapat Pa & Ma keluaran Mac 2012
dan membaca ruangan Bimbingan Rohani
soalan dalam ruangan ini akan dijawab oleh Hafiz Firdaus Abdullah...
dia adalah seorang penulis buku agama dan blogger juga

ok panjang benor intronya kan...
yang menarik perhatian a.k.u adalah
soalan yang dikemukakan oleh seorang pembaca nieH..
a.k.u taip ye soalannya:

Soalan:  Bolehkah pasangan suami isteri mandi junub bersama dalam keadaan telanjang?  Apa yang menjadi kemusykilan saya, ada pendapat mengatakan orang Islam tidak boleh mandi telanjang kerana malu kepada malaikat yang melihat.  Harap dapat menerangkan kepada saya mengenai persoalan ini.

Jawapannya:  Boleh untuk suami dan isteri mandi bersama.  A'isyah, isteri Rasullullah menerangkan:  Aku dan Nabi pernah mandi bersma dari satu bejana.  Saat itu kami berdua sedang junub.  (Shahih al-Bukhari, no 290)

Ada pun mandi dalam keadaan telanjang sama ada berseorangan atau bersama suami-isteri, maka ia dilarang jika dilakukan secara terbuka kerana bererti mendedahkan aurat kepada orang ramai.  Ada pun jika dilakukan secara tertutup seperti dalam bilik air peribadi, maka tidak ada dalil yang melarangnya. Maksud bilik air peribadi ialah ia tertutup sepenuhnya seperti dalam rumah sendiri.  Ini kerana terdapat juga beberapa bilik air yang berbentuk terbuka seperti di sebahagian asrama, kilej atau blik mandi persalinan pusat sukan.

Adapun dakwaan malaikat yang melihat, maka hendaklah menjauhi tuduhan buruk sangka kepada makhluk Allah yang mulia ini.  Sekali pun malaikat dapat melihat manusia dalam apa jua keadaan, mereka tidak akan melihat dalam keadaan aurat manusia terbuka.

Sebaliknya yang sentiasa menunggu untuk melihat manusia dalam keadaan aurat terbuka ialah syaitan.  Firmah Allah:  Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka (al-A'raaf, 7;27). Pengecualian ialah apabila kita memasuki biilk air dengan membaca doa yang di ajar oleh Rasullullah, maka doa itu dengan izin Allah akan melindungi kita daripada diganggu atau dilihat oleh syaitan ketika dalam bilik air.


penat ok taip
fuhhhhhh
moga jadi panduan untuk kawan-kawan ye

selain soalan ni
ada gak soalan lain..macam Haid Mengelirukan, Adab Bersetubuh..
kalau nak tau..sila lah beli Pa & Ma ye
tapi...
jgn ingat a.k.u hanya baca ruangan ni saja
menyeluruh ok.........
(jangan notti ok)

a.k.u suka Pa & Ma nieH
mmg melanggan sejak Alieyah lahir kot...erk...
sampai skrang

tapi...
kadang-kadang a.k.u  malas baca...
even skrang ni ....
walaupun a.k.u dah dapat keluaran Mac 2012
February 2012 tu pun a.k.u lom baca lagik....

cam ne tu?

a.k.u pun dapat resepi buat pancake dalam Pa&Ma keluaran kali ini
mmg ari tu dah mintak resepi dari adik kat cafe tu
tapi a.k.u ni kan pelupa..
malas pun ye kan..
tapi kali ni bila tgk dalam Pa&Ma ada resepi neiH
dan mudah plak tu..
mmmm ada chances buat...
mesti Alieyah suka..........



 

Wednesday, January 11, 2012

New Coins Series Issued Into Circulation from 16 January 2012 / Duit Syiling Siri Baharu akan Berada dalam Edaran Mulai 16 Januari 2012

Assalamualaikum


amik ko tajok..
tak hengat punya panjang..
senang dan mudah nanti...
oh ye...
mulai 16 Jan ni
bolehlah kawan-kawan guna duit syiling baru..
wallahhhhhh
tapi ingat tak rupa paras syiling baru tu?

a.k.u pernah up dulu kat topik Yeay...Dah Dapat Duit Syiling Siri Baharu
lebih korang cenggini lah nanti rupa dia
harap maaf ye..tuan rumah sekali nak enterframe..huhuhu



Bank Negara Malaysia is pleased to announce that the new Malaysian coins series will be issued into circulation from 16 January 2012 onwards. Members of the public will be able to obtain these new coins through their normal business transactions.

The new coins to be introduced into circulation in phases are legal tender and will co-circulate with the existing series. The existing series will be gradually phased out. In ensuring a smooth transition to the new coins series, machine vendors had been given sufficient time to calibrate their machines to accept these new coins.

Themed 'Distinctively Malaysia', the new coins series draws inspiration from distinctive features that define the nation's rich culture and heritage. The design motifs were crafted in the form of nature, flora and fauna and traditional handicraft which is found in Malaysia. The new coins series are in the denominations of 5 sen, 10 sen, 20 sen and 50 sen.

The new coins are smaller and lighter making it more user-friendly for the public. The yellow and silver coloured coins enable the public to easily distinguish the different denominations. The edged designs and the different sizes will facilitate the visually impaired to identify and differentiate the denominations. In addition, latest advancements in minting technology which incorporates improved counterfeit resistance security features are embodied in the new coins series. The new metal alloy used for minting has enhanced durability against wear and corrosion.

For further information on the new coins series, members of the public can contact BNMTELELINK at 1-300-88-5465 or call 03 - 2698 8044 ext 8658 or visit Bank Negara Malaysia's website at http://www.bnm.gov.my/.

--------------------------------------------------------------------------------

Duit Syiling Siri Baharu akan Berada dalam Edaran Mulai 16 Januari 2012

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa duit syiling Malaysia siri baharu akan dikeluarkan untuk edaran mulai 16 Januari 2012 ini. Orang ramai boleh mendapatkan duit syiling baharu ini melalui urus niaga biasa mereka.

Duit syiling baharu ini adalah sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling yang sedia ada. Duit syiling yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur. Bagi memastikan peralihan yang lancar kepada penggunaan duit syiling baharu ini, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai telah diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk mengubah suai mesin mereka agar boleh menerima duit syiling baharu ini.

Bertemakan 'Keunikan Malaysia', reka bentuk duit syiling siri baharu ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara. Motif reka bentuknya memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia. Denominasi duit syiling siri baharu ini ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Duit syiling baharu ini adalah lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga memudahkan orang ramai untuk mengetahui denominasi yang berlainan. Reka bentuk sisi tepi dan saiz duit syiling yang berbeza-beza akan memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan. Selain itu, duit syiling baharu ini dibuat menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dan turut memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah daripada jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Untuk maklumat lanjut mengenai duit syiling siri baharu ini, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau menelefon 03 - 2698 8044 samb. 8658, atau melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.


 

Friday, December 23, 2011

Duit Kertas Siri Baharu

Assalamualaikum








yeayyyyyyyyyyyyyy dah dapat Set Premium
which is kena beli ye..satu set RM300
dan Set of 2 (harga market RM15) pun dapat...
tapi free..
yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
(untuk sesiapa yang pegi launching ari tu...Set of 2 diberikan sebagai doorgift)




hari ini masih ramai lagi yang beratur
sampai kamera a.k.u ni pun tak dpt capture yang paling hujung
dari puncak opis a.k.u nieH
nampak orang beratur dari pintu utama LINK tu
sampai pintu pagar Lobi C
wahhhhhhh ramainyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





 

Friday, November 25, 2011

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Tabung Alam Sedunia

Assalamualaikum




haaa ape lagi
dah di rasmikan pun oleh DYMM Sultan Azlan Shah semalam..
tak moh beli ke kawan-kawan??


Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-50 Tabung Alam Sedunia (World Wide Fund for Nature (WWF), Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan, bertempat di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping. Sebanyak 250 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM150 sekeping. Sebanyak 350 keping sahaja ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic

Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping sahaja ditempa.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM2,000 dan hanya terdapat 300 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 300 set sahaja. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.

Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Ke-50 Tabung Alam Sedunia:

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Pada sekeliling permukaan duit syiling terpapar imej spesies haiwan negara yang terancam seperti harimau, badak sumbu, tapir, gajah dan penyu. Pada bahagian tengah duit syiling ini dipaparkan imej hutan yang penting untuk kewujudan hidupan liar. Imej itu juga melambangkan usaha WWF dalam perlindungan alam sekitar, pemuliharaan hidupan liar yang terancam dan habitat hutan di Malaysia. Perkataan "Ulang Tahun Ke-50" adalah untuk memperingati 50 tahun usaha WWF menangani isu-isu alam sekitar, manakala tahun "1961-2011" menandakan tempoh penubuhan WWF.

Bahagian Belakang Duit Syiling

Pada bahagian tengah duit syiling dipaparkan tanda dagangan berdaftar serta logo organisasi iaitu "WWF" dan beruang Panda. Perkataan "Bank Negara Malaysia", iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan, tertera pada bahagian atas duit syiling. Denominasi duit syiling tersebut pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling. Imej dan siluet bunga Rafflesia Azlanii, iaitu bunga yang unik bagi Malaysia, dipaparkan pada bahagian kiri syiling tersebut.
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 25 November 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK),
dan pejabat perwakilan dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.



 

Wednesday, October 5, 2011

Duit Syiling Maal Hijrah

Assalamualaikum

ari tu dok godek-godek gobok..
tup tup a.k.u jumpa syiling nieH
bila tanya ngan En Cinta Hati dia kata mmg laku
nilai dia tetap RM1

teros bgtau En Cinta Hati
nanti kalau ada lagik syiling-syiling ajaib nieH..
sila simpan ye
aii nak jadi collector...

korang ada tak koleksi syiling-syiling pelik?
setakat ni selain Syiling Siri Ketiga tu
a.k.u ada gak syiling-syiling siri haiwan, bunga raya, tentera, kijang emas pun ada.....




 

Wednesday, July 27, 2011

Yeay...Dah Dapat Syiling Malaysia Siri Ketiga

Assalamualaikum



boleh jadi model tuk Bank Negara Malaysia tak?
huhuhu...

yeayyyyyyyyyyyyyy dah dapat
skrang tunggu yang special punya pulak.....

eh korang dah beli?




 

Wednesday, April 20, 2011

Pa & Ma | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

cuba perati...
korang nampak ape ye?
erk


























mestilah Majalah Pa&Ma kan...
a.k.u melanggan majalah ni since Alieyah was in my belly
until now...
so skrang...
majalah-majalah ni dah cam tukun kat umah
lagi-lagi...
a.k.u dah jarang bawak balik rumah

kat opis nie..
ada org hantar majalah surat khabar ni sume
a.k.u melanggan ngan dia...

tiap-tiap kali beli..
hanya setakat beli je
browse sikit-sikit
baca ape yang menarik
pastu biarkan...

skrang dah dapat yang MEI EDITION
APRIL EDITION tu pun lom baca lagik
tu blom masok yang JAN, FEB & MAC
rasanya pun tak khatam..
tapi dah ada kat rak buku di rumah...

a.k.u ni bukan suka sangat membaca
tapi bila ada masa terluang tu a.k.u bacalah
tapi suka baca benda-benda yang bukan current
contoh skrang kan
MEI dah sampai...
APRIL  tak baca lagik
nanti sah...
next month..
iLa akan baca yang APRIL dulu.....

whatever..
bukan membazir pun kan
ILMU PENYULUH PENGETAHUAN...
selamat MEMBACA kawan-kawan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...