SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Showing posts with label SPORT. Show all posts
Showing posts with label SPORT. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Pingat Emas tetap untuk Datuk Lee Chong Wei

Assalamualaikum

walaupun Chong Wei hanya membawa pulang pingat perak
bagi a.k.u dia tetap 'Emas' untuk kita semua
ingat senang ke nak main badminton dengan kecederaan masih terasa?

Tahniah LCW
tak payahlah mintak maaf bagai..
u did a good job!!


Credit Pictures to Metro Online



Thursday, December 1, 2011

Tahniah buat Shahrul Idlan Talaha

Assalamualaikum





TAHNIAH!!
bagos...
berjuang untuk tanah tumpah darahku ye...
tok sah lah berhijrah ke negara jiran sana tu.....

PENYERANG Terbaik 2011, Norshahrul Idlan Talaha tidak berminat mengikut jejak langkah rakan baiknya, Mohd Safee Sali berhijrah ke Indonesia meskipun mengakui menerima banyak tawaran lumayan beraksi bersama kelab Liga Super negara jiran itu.

Dia yang turut menerima anugerah Supermokh selaku Pemain Paling Bernilai pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 semalam menyatakan tidak tertarik untuk beraksi di Indonesia, sebaliknya lebih berminat untuk mewakili kelab di Vietnam atau Thailand.

“Saya mendapat banyak tawaran daripada kelab Indonesia sejak Safee mula berpindah ke negara itu. Tapi bagi saya sendiri, saya sebenarnya lebih berminat untuk beraksi di Vietnam atau Thailand.

“Buat apa saya mahu pergi ke Indonesia sebab kita lebih baik berbanding mereka. Sukan Sea pun kita boleh mengalahkan mereka. Kalau hanya sebab sokongan penyokong kelab di sana bagus, penyokong di Kelantan juga bagus,” katanya yang ditemui pemberita semalam.

Norshahrul, 25, yang turut senang disapa dengan panggilan Mat Yo mengakui dirinya masih mahu memberikan komitmen bersama juara Liga Super, Kelantan selepas menandatangani kontrak baru selama dua tahun.

Dia yang meledak 19 gol musim lalu bagaimanapun terkejut dengan anugerah Supermokh yang diterimanya itu kerana menjangkakan rakan sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat turut berpeluang cerah.

“Saya sebenarnya terkejut kerana menerima anugerah Supermokh yang pertama kali diperkenalkan tahun ini kerana Apek (Khairul Fahmi) beraksi banyak perlawanan. Apapun saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu,” katanya yang turut meraih dua anugerah sama tahun lalu.

Mengulas mengenai sasarannya selepas ini, Norshahrul mahu memberi fokus untuk membantu Kelantan merebut trofi di peringkat domestik dan juga dalam kempen kejohanan Piala AFC.

Malah dia turut berazam membantu skuad kebangsaan mempertahankan Piala AFF apabila Malaysia menjadi tuan rumah tahun depan serta muncul pemain paling bernilai kejohanan dwitahunan itu.

“Saya berharap agar Malaysia dapat mengekalkan kejuaraan (Piala AFF) dan sasaran peribadi saya adalah untuk merampas anugerah pemain terbaik kejohanan itu yang diraih pemain Indonesia, Firman Utina,” katanya

Credit:  MyMetro
 

Wednesday, November 23, 2011

Selamanya Harimau Malaya, Selamanya Sokong Malaysia!!

Assalamualaikum

nak kata a.k.u ni fanatik bola..
tak jugak..
tapi layan jugak lah bola nieH
tapi kalau overseas nyer football
mmg a.k.u tak tgk sangat
Malaysia
insyaaLah ..
bolehlah layan Piala Malaysia ke..Piala F.A ke..ape2lah..
asalkan pemain dari Malaysia....

so motipnya skrang...
saja gatai..
dok lah pegi Mr Google
nak taip pasal download lagu Selamanya
nyanyian Ultras Malaya, Joe Flizzow, Altimet dan Carleed


eh eh....
bila tekan je enter...
va va va..
on the top ok
ni search yang pertama
antara 78,600 results (0.13 seconds)
a.k.u yang di atas...va va va...





try kali kedua
antara 7,444,000 results (0.12 seconds)
a.k.u yang ketujuh...
selepas website Era.FM dan syafiqorangmelaka.blogspot.

heheeheheh....




tak puas hati lagi
masuk Stat blog sendirik
va va va...
baru posting 18 November lepas...
Lirik dan Download Lagu Selamanya juga antara 10 yang teratas
di tangga ke lapan.....dengan 414 pageviews...
ramai gak yang search lagu ni ye
dan a.k.u yakin...
rakyat Malaysia dah ramai yang menyokong Pasukan Malaysia!!
chaiyoookkkkkk..
jadi..jgn lupa malam ini ye
perlawanan di antara Malaysia dan Syria
di Stadium Bukit Jalil jam 8.45 malam...
untuk Kelayakan Olimpik
dan boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan TV2




DOWNLOAD LAGU SELAMANYA

 

Tuesday, November 22, 2011

Keputusan Akhir Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Indonesia di Sukan Sea

Assalamualaikum



Credit:  Utusan Malaysia Online



yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyy
ole ole ole ole
Malaysia Menang..Malaysia Menang...Menang




korang tengok tak game malam tadi?
untuk a.k.u
tak tgk sangat masa mula perlawanan..
sbb masih atas jalan
so masa Indonesia score gol tu
mmg a.k.u tak tengok
bila sampai rumah
ON TV..
teros nampak Indonesia dah menyumbat satu gol ke gawang Malaysia
cool lagikkkkkkk
sbb masa tu baru 15 minit...
walaupun agak terkejut gol pertama di jaringkan pada minit ke 5
a.k.u tetap yakin dengan Malaysia
kalah menang adat pertandingan....

bila Malaysia menyamakan kedudukan..
a.k.u mmg nervous gile
mmg nak sangat Malaysia jaringkan satu lagi gol sebelom wisel penamat
tapi apakan daya..
skuad Harimau Muda kita ni kan hebat dan kuat
tak kisah lah kalau bermain di masa tambahan....
huhuhu

tapi ...
masa tambahan pun blom mampu menentukan siapa juara
walaupun banyak gol-gol yang tidak diterima
(tak salah a.k.u Malaysia ada dua gol, Indonesia pun dua gol)
a.k.u mmg menanti penoh debar di pusingan penalti
fuhhh
jaringan pertama dan kedua mmg membanggakan a.k.u....
tapi bila Fakri melangkah masuk
a.k.u dah was-was
ye a.k.u akui Fakri bagus
tapi dia macam dah exausted..penat sangat
tapi nak buat cam mana....
dia yang terbaik kan...
walaupun ramai kecam tendangan penalti dia
bg a.k.u....
senang je..
cuba korang plak duk kat situ
tendang bola tu
agaknya masuk tak? erk

bila tendangan ke empat
a.k.u dah happy skit......
sbb dah menyamakan kedudukan

3 - 3 dah masa nieH
bila masuk Badrol Bakhtiar tu lagi lah a.k.u worry
dah lah dia paling banyak kena tackle, dijatuhkan, dan macam-macam lagik..
takot sangat dia injured
tapi dia mmg sangat-sangat bagos

bila dia tendang
ditepis oleh penjaga gol Indonesia a.k.u mmg sedih giler
tapi
bila bola yang di tepis tu melantun ke gawang gol
yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
a.k.u suka a.k.u suka..huhuhu

cuma satu je
org dok puji si Apex tu
mmmm
ye a.k.u tau di bagos
tapi tak cukup bagos untuk a.k.u
org dok kata dia menjaga gawang gol Malaysia
ye a.ku akui dia mmg bagos jaga gol
tapi...
jika kite lihat penalti sahaja..
berapa kali dia dapat tepis bola?

ntahlah..
bg a.k.u pemain yang 10 lagi tu juga harus di beri pujian
termasuk Fakri
walaupun a.k.u agak kecewa dengan persembahan dia
tapi a.k.u puji semangat dia
dia dah sehabis baik menjalankan tanggungjawab dia
ingat senang ke
nak jaga bola, nak jaga stamina, nak jaga konsentrasi
dengan 80 ribu penyokong Garuda?
a.k.u tabik spring - spring untuk kevsemua pemain bola sepak negara
kamu semua mmg yang terbaik..
jumpa hari Rabu nanti
untuk Penentuan Olimpik menentang Syria..
gud luck guys
rehat cukup-cukup ye ari nieH...
congratulations again!!
eh lupa....congratulations tuk jurulatih skuad Harimau Muda dan kesemua warga-warga teknikal Skuad Malaysia

Penjaring Gol:  Mohd Asraruddin Putra Omar (34')

Penjaring Sepakan Penalti (4):  Mahali Jasuli, Mohammad Fandi Othman, Mohd Fadhli Shas, Baddrol Bakhtiar

Pemain MALAYSIA vs Indonesia:
  1.  Khairul Fahmi Che Mat
  2. Mahali Jasuli
  3. Muhammad Zubir Mohd Azmi
  4. Mohd Fadhli Shas
  5. Mohd Asraruddin Putra Omar
  6. Mohd Irfan Fazail
  7. Mohamad Fandi Othman (Menggantikan Irfan Fazail)
  8. Thamil Arasu A/L Ambumamee 
  9. Yong Kuan Yong (Pengganti Thamil Arasu)
  10. Baddrol Bakhtiar (C),
  11. Gurusamy Govandar Kandasamy
  12. Mohammad Nazmi Faiz Mansor (Menggantikan Guru)
  13. Ahmad Fakri Saarani
  14. Mohammad Muslim Ahmad

Simpanan:
  1. Abdul Shukor Jusoh
  2. Muhammad Amer Saidin
  3. Mohamad Fandi Othman
  4. Mohd Izham Tarmizi Roslan
  5. Mohammad Nazmi Faiz Mansor
  6. Yong Kuan Yong

Kecederaan Pemain Malaysia (5):


Izzaq Faris Ramlan (lutut/knee), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria ((hamstring), Mohd Fandi Othman (hamstring). Tidak dapat diturunkan pada perlawanan akhir.

*Syahrul Azwari (buku lali/ankle) dan Mohd Irfan Fazail (lutut/knee) bergantung kepada pemeriksaan perubatan.

Skuad 20 pemain ke Sukan SEA 2011


Penjaga Gol:

1 Khairul Fahmi Che Mat,
20 Mohd Izham Tarmizi Roslan

Pertahanan:

2 Mahali Jasuli,
3 Muhammad Zubir Mohd Azmi,
4 Mohammad Fadhli Mohd Shas,
6 Mohd Asraruddin Putra Omar,
15 Muhammad Amer Saidin,
17 Mohamad Fandi Othman,
24 Mohammad Muslim Ahmad.

Tengah:

7 Mohd Irfan Bin Fazail,
8 Abdul Shukor Jusoh,
10 Baddrol Bakhtiar,
11 Gurusamy Govandar Kandasamy,
19 Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria,
21 Mohammad Nazmi Faiz Mansor,
28 Yong Kuan Yong.

Penyerang:

9 Thamil Arasu A/L Ambumamee,
13 Ahmad Fakri Saarani,
14 Izzaq Farris Ramlan,
18 Syahrul Azwari Ibrahim.

Digugurkan : Muhammad Zamir Selamat, Mohammad Aziz Ismail, Muhammad Syazwan Tajuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, Mohd Izuan Solahudin dan Ruben Thayaparan Kathrilla

Nota:

Wan Zack Haikal Wan Noor (buku lali/ankle) dan Gary Steven Robbart (hamstring) digugurkan akibat kecederaan

Muhd Nazmi Faiz dipanggil dari tugas AFC U19 di Vietnam sebagai langkah persediaan akibat kecederaan Gary. dan tiba di Kuala Lumpur November 2, 2011

Baddrol Bakhtiar dilantik sebagai ketua pasukan dan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penolong ketua pasukan.

Baddrol Bakhtiar, K. Gurusamy, Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Ahmad Fakri Saarani adalah pemain pemenang pingat emas Skuad Sukan SEA 2009.

Credit:  HERE



  
gol kemenangan Malaysia



 

Monday, November 21, 2011

Perlawanan Separuh Akhir Sukan Sea ke 11 - Malaysia vs Myanmar

Assalamualaikum

lonjak-lonjak gembira bila Malaysia menyumbatkan gol pada minit ke -84
fuhhhh dapat gak satu gol kan..
dan sekaligus melayakkan Malaysia ke Peringkat Akhir







tapi...
kenapa harus menentang Indonesia lagik..
tidaKKkKKkkkk
dah lah kebanyakan Pemain Harimau Muda injured..
fuhhh
minta-minta game malam ni membawa Malaysia ke Pingat Emas
chaiyoookkkkk

jgn lupa ye
MALAM INI JAM 8 MALAM...
auuuummMmmMmMMmMmMmm



 

Friday, November 18, 2011

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Malaysia vs Indonesia di Sukan SEA 2011

Assalamualaikum




yeayyyyyyyyyyyy
Malaysia menang 1 berbalas 0
menentang Indonesia pada Pusingan Suku Akhir Sukan Sea 2011 semalam




walaupun a.k.u tak sempat tengok dari mula
tapi sebaik saja sampai kat parking dekat rumah
dengar org jerit gol
sudah
dalam hati dok pk
saper yg menjaringkan gol
dup dap dup dap

dengan penoh kesungguhan
memanjat tangga 'penthouse' ku itu
masuk rumah
teros ON TV
fuhhh
lega
Malaysia yang score..
dan score itulah yang membawa Malaysia untuk bertemu Myanmar 17 November 2011 nanti
untuk menentukan siapa JUARA..dan bakal menyarungkan PINGAT EMAS




cuma a.k.u masih tak faham
kenapa Ong Kim Swee kena 'buang padang'? erk
dah lah sah-sah Jurulatih Skuad Harimau Muda tu sememangnya di luar padang
ni teros keluar dari kawasan padang..
ape insiden nyer ye?
pertelingkahan dengan referee ke??
takkanlah sampai kena kluar dari kawasan teknikal kan...
mmmmmmmm

whatever
yang penting...
yeayyyyyyyyyyyyy Malaysia menang..
cayalah Harimau Muda...

satu lagik
awat org dok kata Harimau Malaya..Harimau Malaya?
sbb yang turun bermain adalah Harimau Muda?
sian Harimau Muda kan
nama dipinggirkan
tak kisahlah
Harimau Malaya ke..Harimau Muda ke
yang penting.....pasukan MALAYSIA
CONGRATULATIONS guys



Gambar samar-samar....yang penting..Malaysia di tangga teratas kumpulan A



Thursday, November 17, 2011

Harimau Malaya menentang Garuda malam ini.....

Assalamualaikum




semasa pencarian logo Harimau Malaya dan Garuda (Indonesia)
a.k.u terjumpa gambar di atas
thanks to the blog owner..
mmg pencarian yang tepat

jadi
adakah skuad Harimau Malaya (erk..rasanya skuad yang turun is Harimau Muda)
whatever..as long as Malaysia kan
sambung balik
Adakah skuad Harimau Malaya bakal membaham skuad Garuda?

kite nantikan malam ini
jam 8 malam
pastikan temujanji anda hari ini di depan TV ye...

lagi satu u olllssss
tetiba jumpa satu forum
Kelab Penyokong Bola Sepak Malaysia...
sila selak-selak ye



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...