SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Sayang Kamu Semua

Monday, December 22, 2014

Felda Residence Hot Spring Sungkai

Assalamualaikum


ari tu saya ada 'up' status di FB
ber'official trip' di sini
di sini tu di mana ye

di Felda Residence Hot Spring Sungkai
ada lah sikit official work to do...
tak payahlah nak cite lebih kan pasal official..hehehe




di sebabkan saya adalah committee yang tak bertauliah
makanya banyak logistics kami bersama-sama lakukan...
alhamdulillah
segalanya berjalan dengan lancar..

so far dari segi makanan tempat tinggal
ok lah...untuk saya yang tidak cerewet sangat...

tapi bagi mereka yang mementingkan yang tip top...mmmm
tak payahlah pegi sini ye
kang banyak plak complaint
di sini suasana nyer macam 'back to nature'
jgn berangan-angan macam nak duduk 5 star hotel pulak




yang di atas ni..menu pada sebelah malamnya sebelum kami melayan sesi karaoke..
mmmm baru nak layan lagu rock cintan dengan boss dah kena kacau daun dengan adik-adik notty..
kacau je kan...
tapi a.k.u tak join dia orang sampai full session
half way..teros balik bilik..penat ok....ngantuk dan zzzzzzzz

di sebabkan masa kami terhad..iaitu semalam sahaja
so paginya....amik breakfast dan zassssssssssssss ke hot spring..
macam rugi je lah pulak kalau pegi ke hot spring tapi tak terjah ke kolam air panas...





dan....
ape yang ada di Hot Spring Felda Residence nieH
ada Private Jacuzzi...
untuk saya yang mementing privacy...lagi-lagi imej muslimah nieH..
baik lah amik Private Jacuzzi
tak delah nak berkongsi dengan orang awam
ehhh untuk pengetahuan semua..selain 'Private Jacuzzi'
kita boleh juga booking Villa yang memang ada Private Jacuzzi di tempat tu
jadinya..memang langsong tak payah nak pegi Hot Spring awam ni
berendam lah sampai lebam kat rumah sendiri :)








kami amik yang RM75 sejam (Superior Family)
tak payahlah nak "Exclusive Superior" sangat

tapi perbezaan antara RM75 dengan RM125..cuma tempat persalinan kita tu ber'aircond'
tu mahal sikit...
selain tu....kolamnya sama saja :)

kalau bawak family yang tak nak berendam..
bawak anak-anak ke...rasanya yang ber'aircond' tu lagi ok kot

kalau setakat nak berendam bersama kawan-kawan...
pastu amik yang mahal tu...macam rugi pulak
yerlah...sejam dah berendam dalam kolam tu..siapa pulak nak duduk tempat air-cond tu kan??

rasa puas lah dapat berendam kannnn
memang lemak-lemak tepu tu..naik terapung di permukaan air ... ha ha ha

selepas sejam berlalu
kami pun singgah-singgah lah tempat sekeliling...

ada tempat merebus telur..
dannn selain Kolam Air Panas..ada jugak Kolam Air Gunung....
ada tempat Reflexology..saya tak try..malas..nak layan air panas je...hehehe






Tempat Merebus Telur

Reflexology

Kolam Air Gunung



untuk keterangan lanjut berkenaan resort nieH
boleh lah ke sini untuk melihat pakej-pakej yang di tawarkan

Pakej Felda Residence Hot Spring


ehh lupa nak kabo
korang boleh je pegi sini untuk masuk ke kolam air panas sahaja
maksudnya 'day trip' lah
tak payah nak menginap di resort yang di sediakan sebab kolam tu di buka kepada awam
harganya..seperti di atas ok

saya akhiri dengan gambar sendiri..ha haha..
jangan muntah pulak ye



Pulut Mangga Terbaik

Assalamualaikum


rasanya ari tu pegi sini..
bagai nak rak lah dok mengambik gambar
but at last..terkubur cam tu je
tapi kali ni .. a.k.u tegar
nak jugak up pasal Pulut Mangga yang paling sedap a.k.u pernah makan



semua sedap..pulut dia yang suam-suam tu..kuah dia yang pekat...mangga yang manis..
pergHhHhhhHHhhhh..memang terangkat!!

ehh dah describe baikkk punya sedap kan
kat mana??

haaa di Cili Pauh, Masakan Thai
Wangsa Walk...
kedai ni bersebelahan dengan Roti Boy kalau tak silap...

bila dah kata..makanan thai
maknanya makanan thai lah ye
jgn lah pulak mintak benda lain :)




yang saya dan incik suami amik..Combo 7 - Nasi, Paprik Ayam dan Salad Mangga
gabungan semua ni memang marvelous...




konon-konon nak berkuah
amik Tomyam Ayam...
tapi akhirnya Tomyam ni memang 'tapau' je...




untuk anak-anak tersayang..
macam biasa....order Nasi Pattaya..
tapi kali ni terlupa nak mintak 'tak pedas'
mmmmm.. ape lagi..si Puteri Lilin tu....terkedip kedip makan..
at last...mintak nasik putih je kasi dia makan dengan Telur tu

si adik...bukan dia punya je habis
dengan kakak dia punya pun dia bantai jugak
Fahim ni memang kuat makan..tapi badannya still cam tu gak..kurus jeeeee




air...untuk saya...Tembikai Laici..untuk incik suami Air Laici saja...
anakanda berdua..air kosong...
mmm insaf mak dia kejap
anak-anak pulak minum air kosong ye




harga...
not bad..mampu milik orang kata
nak kata mahal sangat..tak berapa mahal..nak kata murah sangat..tak berapa murah
ngam ngam soiii.....

cubalah!!
jangan risau..portion dia memang banyak
tak kedekut punya :)



Sunday, December 21, 2014

Keputusan Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Assalamualaikum



walaupun agak terkilan sedikit..
tapi saya tetap berbangga dengan skuad Harimau Malaya tahun ini
Tabik untuk Coach Dollah Salleh..







saya pasti..mereka sudah berusaha sehabis baik untuk perlawanan kali ini..
semua telah manjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemain yang hebat!!

well done Harimau Malaya!!

#selamanyaharimaumalaya




Wednesday, December 17, 2014

Pirate and Princess: Power of Doing Good

Assalamualaikum


rentetan posting a.k.u terdahulu...
actually, Disney Junior melancarkan satu laman web interaktif baru yang di panggil 

‘PIRATE AND PRINCESS:  POWER OF DOING GOOD’

kawan-kawan boleh lah menggalakkan anak-anak untuk melayari laman web ini  www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com bermula 9 Disember 2014.


Apa sebenarnya kempen ni?

Kempen ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’ Disney Junior bertujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun idea dan nilai-nilai cinta terhadap - alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu. Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat.





“Kami mengharap kekuatan cerita dan watak kami boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan dunia yang lebih baik dan membantu mereka memahami, melalui setiap langkah prihatin terhadap persekitaran dan komuniti, yang mereka berpotensi membuat perubahan positif terhadap dunia ini. Kempen “Power of Doing Good” di Disney Junior memperkasakan kanak-kanak dan  keluarga mereka dengan maklumat dan peluang untuk bekerjasama dengan kawan-kawan, keluarga dan  komuniti mereka untuk meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar mereka. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kempen kami – WWF (World Wide Fund for Nature), SPCA Singapura dan Selangor, dan Majlis Alam Sekitar Singapura – di atas sokongan mereka,” kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Branded Media and Content, Walt Disney Company Asia Tenggara.


 


"WWF gembira menyokong kempen “Power of Doing Good” Disney Junior. Kanak-kanak perlu belajar dari usia muda lagi untuk mengambil berat terhadap alam sekitar, haiwan dan masyarakat. Ini akan banyak membantu dalam memupuk generasi yang lebih bertanggungjawab dalam membentuk planet yang sihat," kata Elaine Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, WWF Singapura.

Watak popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) akan menjemput kanak-kanak dalam pengembaraan yang memperkasakan diri melalui kempen ‘Power of Doing Good’.






Bagaimana anak-anak boleh menyertai kempen ini?

Ibubapa perlu memuat-turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman web www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com yang berasas dari empat tema – Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar dan Penceritaan. Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya menyempurnakan semua aktiviti dan belajar etos berbuat kebaikan. Selain itu, kanak-kanak dan keluarga mereka akan berpeluang membuat “power promises” (janji berbuat baik) online.

ape lagi...








Tuesday, December 16, 2014

Soap Making Class

Assalamualaikum



kesian anak-anak
walaupun cuti sekolah
terperap di rumah
walaupun ada lah tengok movie kan
tapi macam nak rasa holiday tu..
blom lagi kot
mak pak masing-masing cuti dah habis...
dan kebetulan kat opis ni ada buat aktiviti untuk anak-anak
jadinya ibu tanpa berfikir panjang..terus registerkan untuk mereka berdua
dan kerana itu
Fahim di cuti kan dari therapy class :)


di sinilah tempat kejadian





setiap satu working area ada tiga orang ahli kumpuan
Fahim sangat behave..saya mmg amazing
siap nak jawab soalan ok...





peralatan yang di perlukan semasa kejadian seperti di atas
depa ni tak delah exactly membuat sabun tu
sbb sabun yang di cairkan dibuat terlebih dahulu oleh cikgu

yerlah...panas kan..kang terjadi apa-apa..susah pulak ye..






yang biru tu Fahim punya
walaupun dia nak purple..tapi tak dapat...dia kan peminat purple yang tegar :)
si Alieyah pulak..a.k.u yang advised suh amik kuning...
terserlah sikit kan...cuma pemilihan bunga-bungaan tu..
cam kurang menyerlah..kalau semua amik warna merah....nampak comei skit kot kannnn...

sabun-sabun yang dia orang buat ni..memang boleh di gunakan
ia diperbuat dari minyak olive....bukan setakat hiasan sahaja..
menurut cikgunya lah kan...
tapi sabun tu masih baikkk duduk di atas meja di rumah dan sekali sekala bersepah di sekeliling rumah :)
untuk di gunakan..mmmmmmm
ibu kena pikir dua ratos kali
Fahim tu dah lah sensitive skin







Alhamdulillah
mula-mula nak pegi tu
takot jugak..takot Fahim tak behave
tapi ibu kena yakin kan...
siap dia usik kawan semeja dia ok
Fahim ni orangnya observer...
dan pemalu :)

dia nampak mak dia berkomunikasi dengan kawan semeja
tetiba terpacul dari mulutnya nama kawannya itu
waaaa amazing tau
tak pelah Fahim
kita kayuh pelan-pelan
tak payah nak laju-laju ye



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...