SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Bolehkah Puasa Ganti digandingkan dengan Puasa Enam dalam Bulan Syawal

Assalamualaikum

tepuk dada tanya selera
tengah mode puasa juga ni
hari ni hari keempat...tapi niat puasa ganti....
tapi insyaallah....nak cuba istiqamah buat puasa sunat hari Isnin dan Khamis juge nanti... :)



Soalan:

Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal?

Terima kasih

Jawapan:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut:

Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.

Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )

Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.

"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu." [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]

Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:

"Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]


Imam An-Nawawi RH berkata:


"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]

Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]

Wallahu a’lam.

Sumber : http://http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/187-hukum-gabung-puasa-qadha-dan-puasa-enam-syawal



Thursday, August 30, 2012

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Assalamualaikum


a.k.u dpt info berguna ni dari net..
sharing is caring....
Thank you Ustaz Dr. Zaharuddin for his 'beautiful' writing...

skrang baru a.k.u faham konsep puasa Sunat Syawal, Puasa Ganti dan Ziarah...

hopefully membantu!!

Happy Reading






Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.
" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.
3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
25 Oktober 2006
(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)
TERBIT SEMULA : 8 OKTOBER 2008 ( 9 Syawal 1429 H)

Tuesday, July 24, 2012

Kisah Ramadhan 2 & 3

Assalamualaikum

Alhamdulillah
selesai semua umat islam menyempurnakan ibadah puasa hari kedua dan ketiga kannn...

Ramadhan 2 a.k.u sangat sempoi
dengan terlambat bangun sahur....
adoi lahhh ..
kunci jam kul 4..tup tup bangun...
ngam-ngam 5.30 pagi..tu pun dikejutkan dengan suara org mengaji kat masjid
a.k.u tak kisah sangat a.k.u tak makan sahur
tapi itu incik suami
a.k.u ngeri...
sbb dia tu ada gastrik
kang bila dia gastrik
sakit kepala....adoiii dah sakit kepala karang...susahlahhhhhhhhh

sib baik lah dia bertahan gak sampai berbuka
fuhhhh
a.k.u plak....sampai petang layan tido
pening kepala...ya allahhhh
dah lah puas..tak boleh makan ubat...
redha je lah kan
bangun dekat kul 4 petang..
masak nasik...masak kari udang....

terus bersiap nak ke OTK
hajat di hati nak buat MINI MURTABAK dan BERGEDEL...
tingat kat Zu tau ...

tapi........
nak dijadikan cerita
haaaaa....sampai umah kul 7...
kelam kabut duk menyiapkan bahan tuk bergedel...
bila azan berkumandang..bergedel masih dalam kuali
wallahhhhhh......dan dengan signal itu..maka MINI MURTABAK pun tinggal kenangan je lah
masih baikkk je kulit popia tu dalam fridge
insyaallah......sabtu ni a.k.u cuba buat mini murtabak plak.....

BERGEDEL AYAM a.k.u sangat senang ok......
tak payah nak pk resepi susahs-susah

CARA MASAK BERGEDEL versi a.k.u

Rebus kentang - ikut suka lah korang nak rebus berapa bijik...tapi ari tu a.k.u rebus 4 bijik.....kalau nak sedap sikit.....letak lah garam..tapi sikit je tau...

Lepas tu Inti Ayam plak
Ayam Cincang
Bawang Kecil dan Bawang Putih
Daun Sup
Serbuk Perasa Ayam
Bawang Besar

Bahan Sampingan
Telur
Tepung Gandum


Cara nak masak..lagik senang..campak-campak
mula-mula tumis je bawang kecik dengan bawang putih tuuuuu...
dah naik bau......masuk lah ayam...
goreng-goreng dia sampai agak masak........
bila dah masak...masukkan bawang besar, daun sup dan serbuk perasa....
gaul-gaul....siap...

lepas tu.....kentang yang dah kita rebus tu..lenyekkan...masukkan dalam Inti Ayam tu...
gaul-gaul.....pastu ikut sukalah korang nak buat bentuk apa......
a.k.u letak tepung sikit..sebagai bahan 'gam' untuk lekatkan inti ayam dan kentang tu..tapi sikit je......
celopkan dalam telur........goreng.....

mudahkannnnnn......
dapatlah 13 ketol bergedel ....puaslah makan kami anak beranak....
benda-benda simple ni..baik buat..dari beli kan
kadang-kadang beli tu..rasa tepunggg je.....kentang dan inti ayam dia tu..langsung tak de kadang-kadang....

Ramadhan 3
Hari Isnin....a.k.a dah masuk keje
dah sampai rumah kul 7 malam
tak de maknanya nak masak kannnnn
so 'bazar ramadhan' lah menjadi 'dapur' a.k.u ketika a.k.u bekerja

tapi...
a.k.u tengok kat Bazar Ramadhan neiH
masa hari biasa a.k.u pegi tuk Pasar Malam
rege dia lain..bila kat bazar rege lain
boleh yek cam tu?
mmmmmmm

so hari nieH..
Ramadhan ke 4
pastinya akan ke Bazar lagik
nak tgk ape lagi boleh beli....huhuhu....

till then........selamat berpuasa kawan-kawan!!

Monday, July 23, 2012

Kisah Ramadhan 1 - Menu Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum

a.k.u akan cuba update aktiviti seharian a.k.u menempuh Ramadhan tahun ini......
walaupun tidak semeriah mana..
a.k.u nak cerita jugak..

1 Ramadhan lepas...
a.k.u bersahur dengan kedua-dua anakanda ku
iaitu Alieyah dan Fahim..
haa Fahim pun bersahur ok......
Babah?
kesian Babah...kena bersahur jam 12 tengah malam
sebab keesokan harinya ada appointment dgn doctor untuk ujian darah dia.....

dan paling bestnya
budak berdua tu bersahur punyalah banyak
tapi Alieyah kecundang pada jam 11 pagi
boleh?
adoi....
dah lah tak puasa...
boleh 'berbuka' dengan aiskrim sekotak
amikkkkkk

si Fahim
as expected...takkanlah berpuasa kannnn

berbuka plak....
1 Ramadhan ni berbuka di Keramat ... rumah mak pak a.k.u
dapat 'panggilan' laksam...
wahhh first time ok mak buat laksam
dan first time jugak a.k.u makan laksam
sedap rupanya...

a.k.u selama ni tak boleh imagine makan laksam tu cam mana
dengan kuah lemak putih dia tuuu
tapi rupa-rupanya sedappPpppp..........

di samping tu ada lah Murtabak dan Kuih "Mak Limah" yang a.k.u sempat beli di Bazar Ramadhan Taman Melati.......dan tidak dilupakan..air tembikai...nyummm nyuummmm
sejok tekak kannnnnnn

alhamdulillah.....1 Ramadhan selesai
solat terawih malam 1 pun selesai..
tapi malam kedua tidak pegi..sob sob.....

dan disebabkan a.k.u suka laksam tu
a.k.u pun amik lah resepi yang diberi
senang rupanya cara masaknya....






nanti a.k.u sambung kisah ramadhan kedua pulak ye......

Friday, July 20, 2012

Niat Berpuasa Harian dan Berpuasa Sebulan dan juga Doa Berbuka Puasa

Assalamualaikum



Alhamdulillah.......
moga 1 Ramadhan yang bakal menjelang esok memberikan seribu makna buat kita semua...

Selamat Berpuasa kawan-kawan!!


Pengumuman Puasa 2012

Assalamualaikum




semalam duk kepochi dalam kereta sbb nak tunggu pengumuman puasa jam 8.30 malam...
sampai siap bgtau incik suami..kalau tak dengar lagi..tunggu dalam kereta....

cam tu sekali ok nak tau bila puasa

maka sahlahhh
puasa pada hari Sabtu bersamaan 21 Julai 2012.

Selamat Berpuasa kawan-kawan..
moga ibadah puasa kita tahun ni lebih baik dari puasa-puasa terdahulu!!




Thursday, May 17, 2012

shhhhhhhhhhhh..

Assalamualaikum




diammmm

kenapa kena diam...



































sebab hari ini a.k.u puasa...
huhuhu...
jgn banyak bercakap
basahkan bibir dengan zikir....
hati kena bersih
fikiran kena baik
perlakuan kena bagus.....

insyaallah
moga puasa hari ini mendapat keberkatan

Monday, August 1, 2011

Fadhilat / Kelebihan Solat Tarawih

Assalamualaikum

Sebagai rujukan a.k.u dan kawan-kawan
  1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama - Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 
  2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua - Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya
  3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga - Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
  4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat - Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima - Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
  6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam - Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
  7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
  8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan - Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
  9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan - Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
  10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
  11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas - Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
  12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua belas - Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
  13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga belas - Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
  14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat belas - Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
  15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima belas - Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam belas - Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh belas - Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
  18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan belas - Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
  19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan belas - Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
  20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh - Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
  21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh satu - Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
  22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh dua - Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
  23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh tiga - Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
  24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh empat - Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
  25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh lima - Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
  26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh enam - Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
  27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh tujuh - Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
  28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh lapan - Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
  29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh sembilan - Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
  30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga puluh - Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.




 

Monday, July 18, 2011

Bulan Syaaban - Bulan Afdhal Berpuasa selain Ramadhan

Assalamualaikum
 Sabda Nabi s.a.w.:


Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.  Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).


dah 16 Syaaban rupanya....
(semalam Nifsu Syaaban - 15 Syaaban)
puk kepala sikit kalau lupa..... :)

13 hari lagi dah Ramadhan...
looking forward for it....

a.k.u akan cuba untuk berpuasa jugak..
insyaallahhh....dengan izin Allah s.w.t.
kita ni selalu ingat bila puasa saja...bulan Ramadhan...
tapi sebenarnya..
puasa di bulan Syaaban juga banyak faedahnya....

ramai dah tau kot pasal neiH..
tapi tak pelah
a.k.u menulis juga untuk diri sendiri
ingatkan diri sendiri juga..
kalau ada rakan-rakan yang terbaca..
kite leh kongsi ilmu sama-sama... :)
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.




SELAMAT BERPUASA SUNAT kawan-kawan!!



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...