SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, July 26, 2011

Cara Membuat Kotak Menggunakan Kad Terpakai

Assalamualaikum

kalau nak tau
a.k.u mmg suka buat semuanya sendiri
dulu masa a.k.u kawin
kotak-kotak ni dibuat sebanyak 2000 kotak
(time kasih Kak Nora, Khai, dan saper2 yang sudi bg a.k.u kad terpakai dulu)
bayangkan..
siap sub kat adik..dengan upah RM200 tau...
so kat sini a.k.u nak share balik
walaupun dulu a.k.u pernah share kat Multiply......
kalau minat
benda cam ni mmg tak susah dibuat...
so tadik....
tetiba dapat idea nak up topic ini...



1.  Alatan diperlukan - Kad, Gunting, Pembaris, Pensel, Cutter


2.  Potong bahagian tengah kad seperti gambar di atas.


3.  Selepas itu...dapatlah dua keping kad seperti di atas


4.  Kemudian, tandakan 'x' di tengah-tengah kad.  Cara untuk mendapatkan point tengah, letakkan pembaris tepat di antara bucu atas dengan bucu bawah , tandakan bahagian di tengah.  Begitu juga di arah bertentangan.


5.  Lipatkan bahagian bucu (tak kiralah mana-mana bucu pun) ke tengah.


6.  Selepas itu lipatkan lagi sekali ke atas (bertindih dengan lipatan pertama).


7.  Bila dah lipat-lipat terhasillah line-line di atas kad seperti di atas


8.  Guntingkan kad mengikut line-line di atas kad. (Janganlah gunting semua..kang bukan kotak plak jadinya.  Sila tiru seperti gambar ye)


9.  Gunting kedua-dua bahagian bertentangan sehingga terhasil seperti gambar di atas.


10.  Kemudian, lipatkan kad yang telah digunting tadi sehingga ke tengah kad (bertanda 'X' tadi)


11.  Ulang kaedah tadi untuk bahagian bertentangan.


12.  Lipatkan kotak tadi seperti gambar di bawah sehingga terbentuk seperti dinding kotak.
 

13.  Selepas itu, lipat lagi bahagian tepi kotak itu ke dalam seperti gambar di atas. Sehingga terbentuk seperti gambar-gambar di bawah.




14.  Untuk pastikan bahagian kotak tidak terbuka, kita lipatkan satu bahagian lagi ke dalam (dilipat untuk dua-dua bahagian bertentangan)


15.  Dan sudah siap!!.... kotak sedia digunakan.  Ulangi langkah-langkah di atas untuk pasangan kotak tadi



Oh ya..
untuk bahagian bawah kotak,
kalau boleh kecikkan sikit ukuran kad dalam 1/2 cm untuk pastikan ianya boleh dipasangkan. 
Kalau dah dua-dua sama size cam ne nak tutupkan kedua-dua bahagian..
Mesti ada satu ukuran yang kecil sikit...
tapi jangan potong terlalu banyak...
Nanti takot kotak itu longgar. 

mudah kan....
dengan cara-cara di ataslah a.k.u berjaya menyiapkan 2000 kotak buatan sendiri....

kotak-kotak ni bukan saja boleh dibuat untuk cenderahati majlis perkahwinan.....
malah tuk birthday, aqiqah .. dan apa-apa sajalah.....

haa tu lom campur buat paper bag sendiri....
nanti a.k.u bersiaran untuk paper bag pulak...

selamat mencuba!!


 

8 comments:

  1. fuyooo akak
    2000 kotak???
    ni kalo buat bisnes masyuk kak

    ReplyDelete
  2. ye...akak tak tipu Syana...
    sampai melecetlah tangan...

    ReplyDelete
  3. kak ila mmg teror buat kotak2 ni since dok hostel lagi..kan..

    ReplyDelete
  4. Erna..minatlah.....
    tapi jgn sampai penyakit 'M' datanglah...
    kalau itu 'M' sudah mari..aiyoooooo

    ReplyDelete
  5. Zihan..jimat cermat kekdahnya.....
    dan kitar semula..... :)

    ReplyDelete
  6. salam:) saiz kad tu ape2 pon bleh eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah..asalkan 4 segi sama...
      Kalau kecik kad..keciklah kotak...
      Besar kad..nesarlah kotaknya

      Delete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...