SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Friday, August 30, 2013

Makan..Makan..dan Makan...

Assalamualaikum

macam balas dendam pulak ye..
starting hujung minggu ni sampai minggu depan..
asyik makan-makan je...

Esok je....5 kali makan-makan
Ahad..ada kenduri kawin
Isnin..orang belanja breakfast
Selasa...ada Open House department
Rabu..Open House department juge
adoi...so kena chaiyoookkkkk tuk Khamis dan Jumaat depan...
cam ne tu??


Thursday, August 29, 2013

Bolehkah Puasa Ganti digandingkan dengan Puasa Enam dalam Bulan Syawal

Assalamualaikum

tepuk dada tanya selera
tengah mode puasa juga ni
hari ni hari keempat...tapi niat puasa ganti....
tapi insyaallah....nak cuba istiqamah buat puasa sunat hari Isnin dan Khamis juge nanti... :)



Soalan:

Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal?

Terima kasih

Jawapan:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut:

Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.

Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )

Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.

"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu." [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]

Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:

"Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]


Imam An-Nawawi RH berkata:


"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]

Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]

Wallahu a’lam.

Sumber : http://http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/187-hukum-gabung-puasa-qadha-dan-puasa-enam-syawal



Wednesday, August 28, 2013

Complaint to P1

Assalamualaikum

korang ada masalah dengan internet tak??
dulu a.k.u tak de sangat
skarang ni..
tengahhh baikkk layan FB..layan blog..tup tup...line terputus
sakit hati dot com...
kangggggg bila call tak berjawab kannn
jadinya sebagai warganegara berhemah..
saya telah menyalurkan aduan saya ke saluran sebenar....





nanti kalau tak berjawab..
saya akan teros REDRESS YOUR COMPLAINTS seperti di bawah ye......


saya cuma menurut saranan webpage p1 juge...
sila jawab aduan saya ..
penat tau....disconnet 24 jam...nak reconnect balik
bayar bill tiap-tiap bulan
pastu sesenang line internet cam hampehhhhh





Tuesday, August 27, 2013

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum

sekrang ni setiap hujung minggu ada je jemputan...
sampai tak lekat kat rumah
this week pun ada lagi
bersusun-susun....

tak tahulahh sempat ke tidak pegi..
31 Ogos nanti ada 5 jemputan
1 sept ada satu jemputan

enam tau minggu nieH.....satu-satunya pada 1 sept tu.....wajib pegi..ha ha ha
31 ogos tu..mesti ada yang tak pegi..
kami cuba sedaya mungkin memenuhi pelawaan semua..insyaallah...

ok...berbalik cerita minggu lepas...

pengantin raya...



pengantin alaf baruuu...tak de nak scallop scallop bagaiii...
simple........
selamat pengantin baru...!!

dua wedding pegi sebenarnya..tapi satu je dapat capture pengantinnyaaa...
lagi satu pengantin tak dapat di kejar..hehehhe....


Durian Crepe Yang Sedap

Assalamualaikum

musim durian crepe lagik..
makan tak hengattt...
tak moh bau masok dalam keta
sanggup makan kat parking
tapi bila hidung orang tak suka durian menghidu
makan luar kereta pun boleh dia bau lagi..
adoiii..rosak rosak...

kuat sungguh bau durian itu

untuk sesiapa yang berminat
boleh lah order kat sini....
bukan saja buat durian crepe....dia buat kek juga




Monday, August 26, 2013

Nuffnang bagi BE lagi..yeayyyyyy

Assalamualaikum

BE DiGi masih running nieH..sila menuju puncak ye
tengah kumpul untuk Tabung Renovation Rumah ni...
doa-doakan ye....

dann lepas tu.....BE DOVE plak masok..yeayyyyyyy




Thursday, August 22, 2013

Kisah Rayaku Bahagian Ketiga

Assalamualaikum


hamboiii
tak habis lagi ye

bak kata cite raya terdahulu
tahun ni agak meriah
selain beraya di sentul dan keramat..
kami balik kampunggg

yeayyyyyyyy OooOoOo balik kampunnnnnnnggggg
hari raya kedua kami ke Perak
jumpa bendang tau orang KL...ada 'ban' lagik..cam nak terjun tiruk je...




dah lama giler tak balik kampung...
paling akhir balik pun...sbb attend kenduri kawin sedara....
tu pun dah makan-makan, balikkkk...

arwah tok ngan opah dah tak de....
macam tak berapa nak menggamit perasaan nak balik
tapi tahun ni....a.k.u yang ajak balik...
tapi still balik hari jugakkkkkk

hari raya ketiga..ke Negeri Sembilan pulak




Kat Kuala Pilah ni..sedara belah incik suami..
haaa ni baru dua family tau.....
blom lagik campur semua..mau tak muat kamera tu kalau nak amik gambar...

satu kampung tu depan belakang kiri kanan seberang jalan..sume family..
tapi usually kami ke rumah ni je......segan nak pegi kat tempat lain...
bleh tak cakap cenggitu

lepas ke Kuala Pilah kami ke Seri Menanti...
cantikkan gambar di bawah
rumah dia ataih bukit
permandangan tok sah cakap lah...
cantiKkkKKK sungguhhhhhh......
dari Seri Menanti lah bila nak balik jammed giler tu
sengal punggung dua jam setengah atas jalan ok..
perjalanan yang amik masa 10 minit jadi 2 jam setengah..
sume sebab..excident....
incik suami pulak
berapa kali dia potong que
mesti orang marah kannnnn
abis tepi-tepi jalan tu dia redahhh...
ye lah....
bertolak 4.30 petang.....sampai Ulu Bendul kul 6.45 petang tau
solat Asar tak lagik
sampai Ulu Bendul nak berhenti solat..mmm surau tutup plak
teros incik suami pecut ke Seremban...rumah sedara lagi satu
sib baik 5 minit sampai....teros mintak tumpang solat...
fuhhhhh...hangat hati ok...
boleh balik KL awal..jadi lambat..
dekat kul 12 malam lah kami sampai KL
sian incik suami...drive lelama




itulah saja pengalaman kami anak -beranak tahun nieH...
boleh lah di katakan meriah kannnnnn
minggu ni lagilah wallahweHhhHhhh
dengan open house lagik..kenduri kawin lagik..adoiiii


eh eh...Nuffnang bagi RM10K?

Assalamualaikum

tetiba plak terselit berita gembira di antara kisah-kisah raya ye..

tak pe..

layan jelah dulu

yang penting gembira..

mmmmmmm

rejeki Blogbuster Campaigns dan Buffered Earnings...
tapi tak delah RM10K kan..giler ko nak velagak cam blogger-blogger tegar...
kalau setakat blog picisan..sila angkat tangan ke bahu...
jgn gatai-gatai nak mimpi RM10K tu kannn

walau macam mana pun
jadilah dari tak de
boleh lah angkut satu lagi beg COACH kot? ha ha ha

kang kite sambung cite raya ye...tak habis lagik tuuuuu :)





ehhh tak habis lagik
nampak tak BE yang tengah 'on going' tuuu....
for the first time OK
BE a.k.u tu banyakKkKK..tak pernah-pernah kannn..
alhamdulillahhh........sila naik ke puncak lagik ye.......
ada tiga running BE so far..lelain sume dah masok poket 'investment ke Korea'
cewahhhhhhhhhhhh


Wednesday, August 21, 2013

Kisah Rayaku Bahagian Kedua (sebut ala-ala Upin Ipin tau!!)

Assalamualaikum

moh kite masok episod pertama raya
bagi a.k.u
tahun ni agak meriah
selain beraya di kampung halaman di Kuala Lumpur
lebih tepatnya di Keramat dan Sentul :0
kami sempat balik ke Parit Perak dan Parit Negeri Sembilan
mmg jodoh kannnnnn......
aiii kampung Parit
suami aii pun kampung Parit ha ha ha



macam biasa...
pagi-pagi raya mesti kat rumah sendiri...
dan paling best..tahun ni..ibu berjaya masak rendang ayam
ha ha ha..orang lain dah bertahun-tahun ye buat rendang
ibu si Alieyah dan Fahim baru mula nak masak




anak-anak berdua lah assistant ibu masak kat dapur.. :0

ehh cite pasal lain pulak ye
haaaa..sambung pasal raya
lepas solat raya..
sesi bergambar pun bermula
masih rutin biasa kannn
macam-macam posing ada tau
tapi tahun ni agak best..
sbb Fahim dah pandai post depan kamera...
sangat pandai berlakon ok!!




dah berpolohhh masing-masing baru bertolak
kali ni..agenda berlainan..usually..lpas bergambar niH
teros ke Keramat atau Sentul
tapi tahun ni...
kami ziarah pusara arwah ayah incik suami...
si Fahim paling kecoh ok
kami ni sibuk-sibuk cari pusara..
dia dok keliling kat situ..carik jugak
carik pusara budak kecik yang cute-cute tuuu...pastu dok tanya...."haaaa yang ni?"
kang kata bukan...dia pegi carik pusara lain...pastu tanya lagik "haaaa yang ni?"
sabo je kannnn
sejak dapat mulut ni..penat ibu tau!!

lepas tu baru kami ke Sentul dan Keramat.....

ok..kang cite lagik..penat..ha ha ha


Tuesday, August 20, 2013

Kisah Rayaku

Assalamualaikum

orang dah habis cite pasai raya
a.k.u baru nak mula ye..
mmmm..
kite cite pasai tak best dulu
pasai treller terbalik ni lah
a.k.u bersama dua kereta yang lain tersangkut almost 2.5 hours dari Seri Menanti ke Ulu Bendul
amat dasyat ok....
sampai KL dekat kul 12 tengah malam
mengalahkan a.k.u pegi ke Perak tau...

treller ni terbalik akibat mengelak dari kereta kelisa yang memotong dari arah bertentangan...
kesiannnnnnnn kan..
orang lain yang terlibat pulak meninggal dunia..
baru raya ketiga tau dah hilang orang yang tersayang....

ingat ye kawan-kawan..hati-hati di jalan raya...
jgn sebab nak cepat..orang lain yang jadi mangsa




Wednesday, August 14, 2013

Saya Menang RM300,000

Assalamualaikum

cam ne raya?
mmm banyak nak cite tapi tak de masa...

masok-masok opis..teros keje ye...
dan lagi satu..
terkejot berok buka email opis..dapat email cam di bawah...
kalau lah betol..acik kayOOOooo!!


Monday, August 5, 2013

Ni Satu lagi

Assalamualaikum

dah macam semut dapat gula ok...
ce perati..





tu diaaaa anak a.k.u
pompuan di kelilingi dengan lelaki
mula-mula a.k.u duk sebelah dia OK...
pastu...sorang kawan dia pompuan datang..OK lah...
tapi lama-lama...a.k.u di tolak ke tepi....
langsong tak duduk dah..kena berdiri
sume gara-gara Ipad

macam-macam lah a.k.u dengar budak-budak ni bercerita
sorang pun tak moh kalah..
sume Ipad dia bagos..
mmmmm
sejak dari itu....
tiada Ipad di sekolah..
segan ibu ok..

ingatkan bawak Ipad tak moh bagi dia boring...
maklumlah puasa ..
tapi dah keliling cam ni..mmmm.....simpan jelah hasrat murni tu ibu ye..



Pilihan Budak Zaman Sekarang

Assalamualaikum

lawo idok kasot
dulu zaman-zaman a.k.u idok lah ada kasot cenggini ghopenyaaa
lar nieH.mak aiii dah kalah kasot orang besor



udoh cam sepasang dengan baju ye kasot tu
tapi empunya kasot tu bukan lah empunya kaki seperti di atas
kesiannnnnnn dia..
kakak dah dapat kasot tapi dia blom lagi
jadilahhh..dapat sarong kasot baru ye Fahim
hehehhehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...