SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Wednesday, July 22, 2015

Mee Tarik Orient Palace @ Medan Idaman Gombak

Assalamualaikum



dapat jugak merasa Mee Tarik ni
selalu lalu kat Medan Idaman tu (sederet Ong Tai Kim Gombak) ...
jeling-jeling je





amacam introduction...cili meletop!!
tapi tak de lah pedas mana...

nama-nama makanan..a.k.u pun tak ingat
tapi mee di bawah ni..macam mee sup....
berharga RM6.80 semangkuk





yang di bawah ni pulak..macam spaghetti bolognese..tapi tak de lah masam cam bolognese...
ada pedas-pedas...
harga RM8.50 sepinggan




yang ni pulak
nasi goreng biasa je....tak pedas..sesuai dengan selera si Alieyah
cumanya.....bila dah sampai tuuu wallahhh bentuk love ok...
harga RM6.50 sepinggan




suasana dalam kedai...
mendamaikan
tak panas..tu yang penting..
bersih..kemas...teratur..





dan paling utama..
yeayyyyyyyyyyyyyyy...FREE DRINK
ko hado???
minum lah bergelen-gelen pun...tak po





overall...boleh lah..nak kata sedap sangat meletop-letop tu tak de lah
tapi kalau nak kelainan...boleh lah kannn...

ALAMAT:
No. 34, Ground Floor, Medan Idaman
Jalan 2/21D, Gombak
53100 Kuala Lumpur


Monday, July 20, 2015

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum



Belum terlambat lagi kan nak ucap Selamat Hari Raya
Alhamdulillah...semua umat Islam meraikan 1 Syawal pada Jumaat lepas...
hari ni pun dah masuk 4 Syawal..
dan a.k.u dah pun 'melapor diri' kat opis haaaa ...

ada lah beberapa orang di office..jadilah dari tak de kan...

Tahun ni......rumah kami full house.....
alhamdulillah semua adik beradik dapat berkumpul...
gamatlah bila amik gambar
lagipun ada dua orang ahli keluarga baru dalam keluarga kami
satu adik ipar a.k.u...satu lagi bakal anak buah a.k.u hehhehehe


kat bawah ni semua adik beradik a.k.u....
semua perangai macam budak-budak bawah umur heheheh
maklumlah perasan muda belia kannnn...




yang ni pulak....semua sekali dalam family kecik kami... :)
dah bertambah-tambah umat...alhamdulillah...




dannn yang di bawah....masih keluarga yang kecil :)
cuma a.k.u je membesar bagai juara  ha ha ha

nak dijadikan cerita..
baju melayu si Fahim tu a.ku beli dua hari sebelum raya
jenuh lah mencarik nak sedondon dengan babahnya
warna baju babah nak kata purple tak purple nak kata pink tak pink...
gigih ibu carik....nasib baik ada yang iras-iras walaupun tak sama
dan sakit hatinya....mencarik dari hujung jalan tar tu (masjid india) sampai lah ke sogo sana
yang jumpanya kat Hari Hari depan sogo
kan ke sakit hati tuuu....
dah lah panas berdenting...

tudung a.k.u plak beli malam raya
tak sempat nak menyambar tudung masa beli baju fahim hari tu
dan pegi pulak malam..baju contoh tak bawak
konpiden je laki bini warna sama ngan baju melayu si incik suami
bila balik...haaaaaaaa amik ko pink
lantak lah..color block kannn...

baju Alieyah memang beli awal dahhh....
walaupun warnanya agak lari...tak pelah...tahun ni kami semua sepakat bertemakan warna-warni di Aidilfitri :)



last but not least
pengantin tua....ha ha ha
senyum kambing kerang busuk tu gara-gara nak sorok lemak babat di sebalik incik suami
dia pandai tau..setiap gambar dia duk belakang isteri dia yang comei ni
so nampak sangat dia kurus..bini dia melebar kan..
pandai sungguh taktiknya
so kali ni..a.k.u plak menyorok...
hehehhe...nampak cam Erra Fazira tak? slim giler kan..ha ha ha..


ok lah.....nanti kite cite pasal raya lagi
tak de apa pun nak cerita..sbb tak ke mana-mana pun...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga!!


Wednesday, July 15, 2015

Alhamdulillah

Assalamualaikum



Rezeki bulan Ramadhan....



dah lebih 14 tahun di sini
baru nak mencuba
bukan maksud sepanjang 14 tahun ni tak pernah nak mencuba
tapi kali ni percubaan hingga ke titisan darah yang terakhir
bayangkan....interview 14 tahun lepas..dan kali ni berhadapan dengan benda ni balik
dan yang paling membimbangkan....interview kali ni tidak seperti 14 tahun lepas
banyak pulak procedures yang nak di follow...adoiiiiii...

bukan tu saja..siap di beri warning.....
kena perform baik-baik...
lagi lah berdebar kan....

masa interview tak payah cakaplah
dunia ni macam terawang-awang...
ko hadooooOOOooo...

eksyen je lebih kannnn
masuk dalam bilik interview...menggelabah..

tapi dah tersurat memang ini rezeki ku
Alhamdullillah
rezeki suami dan anak-anak juga

moga saya terus istiqomah...
dan hari ni...hari pertama saya di jawatan baru
wish me luck!!


Tuesday, July 14, 2015

Upside Down House Melaka ... Zoo Melaka

Assalamualaikum


Hari terakhir di Melaka..kami sempat lagi melawat dua tempat...
pertama Upside Down House Melaka....satu lagi Zoo Melaka
kat PD pun dah ada kan Upside Down nieH..nanti nak terjah PD jugak

so sepaginya....tapi tak delah pagi sangat...
kami bersiap untuk check-out..
lepas tu teros breakfast yang dah macam brunch tuuuuu.....
sbb Upside Down House ni dekat je dari hotel kami menginap...
tu pasai kuar lambat sikit.....
tapi sib baik sampai awal sikit dari orang lain....
sbb lepas kami bayar je tiket..berduyun orang datang..siap beratur lagi ok

dan tempat makan tu pun...berdekatan laut.....
ada lah nampak kapal-kapal berlabuh...
oh ye..hotel kami pun berdepan dengan laut
malam-malam dengar angin bertiup...ngeri ok......cam langsuir melalak..hehehhe





lepas je makan..kami terus ke Upside Down House Melaka









Fees untuk rakyat Malaysia dan bukan warga negara seperti di bawah
waktu operasi pun macam di bawah ye...



lepas ke sini..
kami terus zaasss ke Zoo Melaka...
ni kira semua on the way nak balik ke KL
kalau ikot haluan jalan...Zoo Melaka ni kena buat u-turn sikitlah
kalau tak nak u-turn boleh je pegi Taman Buaya
tapi kalau setakat tengok buaya je...baik tak payah kan...

nak masuk ke sini kena bayar parking
oh ye..Melaka ni pakai kupon parking ye
semua nak berkupon..lemas tauuuuu
yang tak best tu kena beli sebuku..bukan sekeping
sebuku RM5..guna nyer..sehelai....
sakit pulak hati kite....

Fees masuk ke Zoo seperti di bawah......siap GST ok...



heheheh jenis mak pak malas kan
lagipun En Adha datang balik penyakit dia..
jadinya..beramai-ramailah kita naik trem...

macam biasa...naik trem
kenalah bayar...





so sepanjang kami di Zoo ni..memang naik trem je...
rajinnnnnnnnnnnnnnn kan kami..hehehhe...







Si Alieyah ni memang dah monyok dahhh
sbb awal-awal lagi nak bagi makan arnab
tapi ibu nak kejar trem...

so bila nak balik tu
singgah jugaklah tempat arnab ni
tapi yang buat ibu naik angin
bila dah bayar makanan arnab tu
dia tak nak bagi makan pulak
takot...adoilahhhhhhhhhhhhhhh

ko monyok-monyok tadi...
buat spoil mood orang..pastu dah beli tak nak bagi makan
mau ibu ko jadi tarzan tengah-tengah Zoo Melaka tu
at last ibu lah jugak yang bagi makan.....




sebelom balik singgah kat Menara Jam ni
nampak menarik
tapi waktu tu macam salah je......



itu saja laporan Melaka dari kami..
in sya allah kalau ada rezeki..umur panjang 
kita datang ke Melaka lagi..dan pegi ke tempat-tempat lain pulak ye...

bye!!



A Famosa (Porta De Santiago) ... Istana Kesultanan Melaka ... Bangunan Stadhuys

Assalamualaikum


DAY 2..
memang hari berjalan-jalan
tapi sayangnya..hujan dari Subuh sampai ke pagi...
kami bergerak ke luar hampir jam 12 tengahari..tu pun masih renyai-renyai

dan on the way ke tempat ni....tetiba hujan lebat sikit..adoi
memang spoil sungguh lahhhhh
tapi demi anak-anak..kami redah jugak...
kesian kannnnn...




as usual..A Famosa adalah tempat yang mesti di lawati...
Alieyah mungkin tak ingat masa pegi sini..
tapi a.k.u tak naik sampai atas lah
cukuplah sekali a.k.u naik duluuuuuu
kat ats tu cuma ada 'tanah perkuburan' je
tak payahlah pegi..lagi-lagi bawak si Fahim...
dulu ibu ngan babah tak tahu..redah jugak lah dengan Alieyah
tapi bila dah bergambar sakan..baru ibu teringin nak baca apa lah di tulis atas batu-batu tu
rupanya..batu nisan ok..sabo jekannnnnn...

but scenery dari atas..memang cantik..nampak lah gambaran Melaka... :)

jadinya kami hanya di bawah jelah......

untuk Pengetahuan semua.....A Famosa juga di kenali dengan nama Porta De Santiago

Porta bermaksud pintu dalam bahasa Portugis. Pintu masuk ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah dari kubu pertahanan yang dibina oleh Portugis setelah mereka menawan Melaka pada 1511. Laluan berbentuk S tersebut dibina demikian untuk mengelak tembakan. Setelah orang Belanda mengambil alih pada 1641, mereka memulihara dan mengembangkan pengubuan tersebut. Di atas pintu gerbang, kita dapat melihat lambang VOC( Syarikat Hindia Timur Belanda) dan "1670" yang ditambah oleh orang Belanda pada tahun tersebut.




lepas tu kami ke Istana Kesultanan Melaka
sebelum-sebelum ni memang tak pernah jejak ke sana....

jadi kali ni kami jejak
untuk masuk ke sini
bayarannya murah saja
RM1 untuk kanak-kanak..dan RM2 untuk dewasa
di buka dari jam 9 pagi hingga 5 petang





Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ini ialah sebuah replika istana Melaka bersaiz sebenar yang dibuat semula berdasarkan catatan yang ada di dalam kitab Sejarah Melayu.Di bina di kaki Bukit St. Paul dan dalam jarak jalan kaki ke kota A Famosa, muzium yang dibuka pada tahun 1986 ini dibina dengan kayu cengal dan berlian dari Sarawak serta dikatakan dibina tanpa menggunakan paku.Selain struktur bangunan dibuat mirip kepada istana Sultan Mansur Shah (ruang muzium mengandungi Balai Beradu dan Balairong Seri) ia juga dihias dengan kerja-tangan Melayu dengan ukiran-ukiran awan larat di dinding dan tiangnya.Jika anda tidak berminat dengan senibina, jangan gusar. Bangunan tiga tingkat ini juga memuatkan lebih 1,300 artifak seperti tengkolok dan kelengkapan diraja, senjata, barangan kemas serta figura-figura yang merakamkan peristiwa sejarah dan lagenda Melayu seperti pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat.



lepas penat berjalan-jalan di Istana
kami nak ke 'Bangunan Merah' yang terkenal di Melaka
sepanjang perjalanan kami ni....
terdapat beca-beca yang cantik di hias....bukan tu saja..siap lagu pun ada ok
macam-macam lagu..kejap lalu beca ni..lagu Frozen
kejap lalu beca tu lagu  Siti Nurhaliza
kang beca ni...lagu Sakitnya tuh di sini..
macam-macam lah..



dan setelah penat berjalan-jalan
encik Adha pun datang penyakit lama dia
eksyen tau ajak berjalan-jalan
pastu dia yang tak tahan
yerlah panas kan
naik lah migrain dia...
pastu bleh dia nak jalan kaki balik hotel....
pastu suh kami naik beca
ape lah salahnya sama-sama naik beca..sama je kot kan..
tapi dia tetap nak jalan kaki
akhirnya kami bertiga naik beca
incik suami dia jalan kaki...



Stadthuys dalam bahasa Belanda bermaksud ‘State House’ atau bangunan negeri. Ini kerana bangunan ini dibina khusus sebagai kediaman rasmi Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda di samping berperanan sebagai pusat pentadbiran koloni Belanda di Melaka. Stadhuys dibina sekitar tahun 1650an dan dikatakan bangunan Zaman Belanda yang tertua di sebelah Timur yang masih kekal. Walau pun Belanda mengambil alih pemerintahan Melaka dari Portugis pada tahun 1641, namun Belanda hanya membaikpulih struktur Portugis yang terselamat akibat pertempuran yang sangat panjang. 
Apabila kediaman rasmi Gabenor Belanda berpindah ke bangunan baru di belakang Stadhuys, kompleks ini kekal sebagai pusat pentadbiran Belanda. Malah peranannya kekal pada zaman Inggeris dan selepas kemerdekaan negara. Ia dikosongkan pada tahun 1979 apabila Kerajaan Negeri Melaka memulakan kerja-kerja baikpulih bangunan ini untuk dijadikan Muzium Sejarah Melaka.
"Di kalangan rakyat tempatan, Stadhuys lebih dikenali sebagai ‘Bangunan Merah’ kerana warnanya. Menurut cerita tempatan, warna asal bangunan putih ini ditukar merah oleh Inggeris kerana mahu menyelesaikan masalah kotoran dinding stadhuys yang sentiasa bertompok-tompok merah kerana tabiat orang-orang Melaka yang meludah air sireh di merata-rata tempat. Maka itu keseluruhan dinding luar Stadthuys yang merupakan bangunan utama di mana   penduduk berurusan, telah dicat warna ‘air sireh’ supaya kotoran tidak ketara "
Stadhuys merupakan struktur tertua Zaman Belanda yang masih kekal asli. Ia memberikan maklumat yang sangat penting kepada senibina awal koloni Belanda di Timur. Walau pun bangunan Belanda lebih banyak terdapat di lain-lain negara khususnya di Indonesia, kesemuanya telah mengalami banyak perubahan atau dibina semula.



lepas naik beca ni

ingat nak naik menara taming sari..
tapi nak beratur panjang pulak
malas ibu nak beratur..terus je lah balik
lagipun babah dah balik jalan kaki kannn

di sebelah malamnya kami singgah di pasar malam..
dekat sekitar situ-situ gak




dan berakhirlah hari kedua kami di Melaka
walaupun aktiviti agak padat...
tapi anak-anak tetap bertenaga macam tak pegi mana-mana
pak mak dah nak pengsan..
nampak sangat faktor usia



Makan Ikan Bakar di Umbai Melaka

Assalamualaikum

ok tak tajuk cam tu?
apa-apalah kan...asal ada tajuk

actually cite ni dah lama dahhhh..
malas update di sebabkan gambar tak de lagi..

tapi bila gambar dah ada...
berkobar-kobar nak update...
bertabah je lah baca ye kalau ada episod-episod seterusnya....




kali terakhir a.k.u pegi Melaka masa Alieyah 2 tahun kot cam tu
pertama kali jejak Alieyah baru je lepas pantang..
ni Alieyah dah 9 tahun...

dan bila sampai Melaka...
blur..semua dah berubah...
7 tahun berlalu macam-macam terjadi di Melaka...

dan setiap kali ke Melaka a.k.u memang teringin ke Umbai
yerlah..rata-rata dok sebut Umbai Ikan Bakar best
itu best ini best






tapi bila a.k.u pegi sana..
mmmm ok lah......tak de apa yang nak di debabooo kan..
makan kat Tanglin pun ok lah kot :)

tapi orang kata....dah alang-alang sampai..baik singgah kan....
mood Fahim memang ke laut malam tu...
ada je tak kena...



selalunya dia lah champion makan nasik
tapi hari tu..memang semua tak nak
tapi alhamdulillah..towards the end..dia makan jugakkkkk






apa yang a.k.u peratikan...
ikan sotong udang ketam semua fresh fresh lah....
tapi sayang...a.k.u nak ikan pari tak de dahhh
habisssssssss ok....

sangat tak best
dan satu lagi yang lain dari ikan bakar Tanglin...
ada nasik lemak
depa kata..usually orang kat sini suka makan nasik lemak dengan ikan bakar semua tu
tapi untuk a.k.u..no kot...a.k.u suka makan nasik lemak dengan sambal je...




suasana kedai..memang penohhhhhhhhhhh walaupun masa a.k.u pegi ni dah menghampiri jam 10malam
parking...FREE..walaupun pada pintu gerbang dia tu ada tulis kena bayar parking..
tak tahulah kalau hari-hari lain kena bayar kan....

tempat ni pun berdepan dengan laut
dan di sebabkan malam..tak nampak lah lautnya....
yang nampak cuma bot-bot yang tersidai di tepian....
kalau datang siang .. mungkin scenery nya cantikkkkkk
angin sepoi-sepoi pun menyamankan udara kat situ...





total yang a.k.u kena bayar untuk empat orang makan
cuma RM63.10
ok lah tu kan.....
ada Ikan Siakap....Sotong...Udang Gred A ok...tak tahulah pulak a.k.u ada gred-gred ni
Nasi Lemak 5 bungkus (kecik-kecik je bungkusannya but still not bad..kalau kat cameron ni..dah baper hinggit..kalau KL RM1 / RM1.5....ni lima RM3..kira 60 sen lah satu)

to repeat? mmmm in sya allah kalau saya singgah Melaka...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...