SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Monday, September 21, 2015

Play-Doh Month 2015

Assalamualaikum




Mesti anak-anak kawan-kawan suka main PlayDoh kan...
sama lah dengan Alieyah dan Fahim
dah macam-macam PlayDoh kat rumah tu ada...

dannn
adakah kawan-kawan tahu....PlayDoh pertama diperkenalkan pada tahun 1956?
mmmmmmmmmmm dah lama kannnnnnnn........
dannnn lagi
sempena Bulan PlayDoh 2015, PlayDoh dengan bangganya mengadakan "Shape a Colourful Community Campaign termasuk Finale Event untuk mencipta rekod baru "Malaysia Book of Records"

anda ingin jadi sebagian darinya?
tungggggguuuuuuuuuuuuuuuuu sampai akhir posting ini...


sebelum tu...
jom layan aktiviti hujung minggu kami sekeluarga.........
bila di fikirkan..
aktiviti ni bukan sahaja menyeronokkan bahkan...boleh mengeratkan talian di antara kami sekeluarga
ye lah......dari hari Isnin hingga Jumaat...mak pak asik bz je...
masa-masa terluang macam ni lah yang terbaik untuk masa 'bonding' kami...




Alieyah memang dari awal lagi sibukkkk dengan PlayDoh ni
kalau tak dapat pujuk sendiri..
haaaaaaaaaaaaa dia arahkan adik dia plak remind ibu....






buat apa tuuuuuuuuuuuuu
gigih ok Alieyah nak buat ikan...




dan hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ok kah? hehehhe




tak habis dengan tu
sambung buat ice-cream pulakkkkkkkkk




macam-macam kan boleh buat dengan Play-Doh ni...
apa lagi korang....
nak join aktiviti hebat ni??


Baiklahhh....
jommmm sama-sama join aktiviti menyeronokkan ini pada 26 September 2015 di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama.  Bukan hanya pada satu hari ni sahaja...sepanjang cuti sekolah iaitu 21 - 27 September ni...mereka akan bertapa di sana!!!!

Apa lagiiiii

serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

#playdohmonth2015


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH®

Yang Julung Kali Diadakan!


Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records!

Kuala Lumpur, 14 September 2015: Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.

Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.

Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan
gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!



Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.


apa tunggu lagi..jom!!!





Friday, September 18, 2015

ReUnion SKDK 2

Assalamualaikum




after 25 yearsssssssssssssssssssssssss
mampu ko..walaupun ini hanya sebahagian dari batch kami dan specifically hanya sebahagian daripada kelas 6A1 ... tapi sangat happening.....

a.k.u ni dah lah tak pandai main bowling
tapi sebab semangat nak jumpa kawan-kawan..
a.k.u belasah je....





siap ada macaroon, buku, bookmark dan piala!! yeayyyyyyy

ada seorang jejaka di situ
kesian kan..tapi tak pe..sbb sang permaisuri ada yang bawa sekali suami..
so tak de lah rasa kesunyiaan sangat kawan jejaka kita di situ...




overall
best...

can't wait for another round of Get Together Event!!



Nu Sentral

Assalamualaikum



first time jejak Nu Sentral..tu pun naik LRT
tapi alhamdulillah..senang jumpa..memang dalam bangunan yang sama dengan KL Sentral kannn

tapi tak sempat nak berjalan-jalan kat situ..
one sweet day kot...

cuma saya tertarik dengan tempat budak-budak seperti di bawah
memang sempoi habis...

sepatutnya lepas event Reunion SKDK 2 tu
a.k.u memang nak balik teros
tapi anak kesayangan ni dah nampak tempat ni...
makanya ibu pun singgahlah...

kesian kan..asik kat rumah je




boleh main dam ular ok..ko hadooooooo
bukan dam je...siap boleh main chess....hhehhehe






ada bean bag lagi..si Fahim sakannn suka




saya tertarik dengan amaran di situ
SILA GUNA SAYA DENGAN LEMBUT
helooooooo gentle is not lembut ok
please re'word'



selain game-game di atas..ada jugak meja-meja kecil untuk anak-anak ni duduk main santai-santai
ada lego..ada dam ular..macam-macam lah
tapi kebanyakannya bukan anak-anak yang duduk...mak pak..termasuk a.k.u ha ha ha

so Nu Sentral.selain tempat duduk budak-budak..buat tempat lepak mak pak sekali bulehhhh??




Onde Onde Sunway Putra Mall

Assalamualaikum


Sepatutnya..bila orang tu nak pergi
kite yang celebrate dia bawak makan
tapi kat sini..memang berbeza...orang tu yang nak pergi
dia yang belanja makan
tapi tak pe..rezeki kannn...
kite terima dengan hati terbuka..hehehehe

Lokasi kejadian di Onde Onde, Sunway Putra Mall
first time a.k.u jejak ke sini setelah sekian lama tutup untuk renovation





disebabkan a.k.u kan ON OFF diet
a.k.u amik yang mudah-mudah ringkas-ringkas sahaja...

pie-tee ni..kawan a.k.u yang pilih..



pilihan ku
cuma ikan bakar yang pedas melahar tapi sedap




dan tahu bakar yang sedap ni



pastu siapa dapat White Chocolate Macadamia cake dari Secret Recipe
memang idaman kolbu kuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

apa-apa pun..terima kasih adik SSC
belajar rajin-rajin ok

dan jangan lupa...selalulah bagi 'nafkah' kat kami..
haaaaaaaa adik SSC ni mamat celop
susah nak tau dia ni bangsa apa..sayapun konpius
tapi adik yang baik.....
'nafkah' tu memang dia yang sebut..
dia ni memang macam melayu dah
semua istilah orang melayu tak sebut pun dia sebut ok

dapatlah kami merasa second round makan-makan belas ikhsan duit 'nafkah' tu
jangan lupa bagi nafkah tiap-tiap bulan ok
kenyang kami se'department'

btw...secara am nya
makanan kat sini boleh lah
cuma tak boleh tahan Chicken Chop Hainan dia...
mmmmmmm boleh improve kot gravy dia tuuu... :)

Tuesday, September 15, 2015

Jerebu: Indeks Purata Udara (IPU) / Air Pollutant Index (API)

Assalamualaikum


setakat jam 6 pagi pada 15 September 2015
walaupun ada peningkatan kualiti udara daripada sebelum ni..tapi masih bahaya....
nasib baik sekolah di isytihar cuti...






Pagar dan Grill Rumah

Assalamualaikum



Saya nak minta tolong kawan-kawan kot kot ada contact untuk buat grill and pagar rumah...
saya tengah mengumpul sebanyak mungkin contact...
al maklumlah....budget ciput..kena lah pandai carik kannnn

kalau boleh saya nak simple macam kat bawah nieH
pagar ni jenis ape yek?
susah tul kan kurang ilmu bab-bab gini...







sekarang rumah tak tahu siap sampai mana...tengok macam kelembatan kesiputan kesedutan je
dah kenapa kannnnnnnnnn.......
saya tunggguuuuu tak pa........

apa yang saya tahu..orang TNB dah pindahkan meter...alhamdulillah
so apa lagi..cargassssssssssssssssss...saya nak tgk update pasal cat rumah..lambat sungguh kannnnn



#bertabahjelah

Thursday, September 3, 2015

Nuffnang Earnings

Assalamualaikum



Dah lama gila tak masuk Nuffnang
malas dan sudah berpaling arah kekdahnya..

so saja-saja bukak
sib baik password ingat kannn

ada lagi rupanya CPUV di blog ku itu
ingatkan dah tak de dahhhhhhh
tapi biasalah...kan dah pemalas update blog
amount yang dapat pun....sikit jeeeee...


CAMPAIGN
BLOG
START DATE
STATUS
CTR
CTR BONUS
AMOUNT
KFC - KA$H Card Launch
adanya.kau.untukku
14 Aug 2015
On Going
0.00%
0.00
KFC - KA$H Card Launch
adanya.kau.untukku
14 Aug 2015
On Going
0.00%
0.01
KFC - KA$H Card Launch
adanya.kau.untukku
14 Aug 2015
On Going
0.00%
0.03
Welcome to Shell Campaign
adanya.kau.untukku
18 Aug 2015
On Going
0.00%
0.02
Welcome to Shell Campaign
adanya.kau.untukku
18 Aug 2015
On Going
0.00%
0.05
Welcome to Shell Campaign
adanya.kau.untukku
18 Aug 2015
On Going
0.00%
0.07
DKSH - Hiruscar
adanya.kau.untukku
24 Aug 2015
On Going
0.00%
0.02
DKSH - Hiruscar
adanya.kau.untukku
24 Aug 2015
On Going
0.00%
0.02
DKSH - Hiruscar
adanya.kau.untukku
24 Aug 2015
On Going
0.00%
0.05
DOVE Hair Campaign [PC]
adanya.kau.untukku
01 Sep 2015
On Going
0.00%
0.01
DOVE Hair Campaign [PC]
adanya.kau.untukku
01 Sep 2015
On Going
0.00%
0.01



dannnnnnnnnnnnnnnnn
telah pun a.k.u cashkan tadi
jumlahnya cuma RM59....
kecewa kannn....

sekarang....000 di Nuffnang sana....

mesti kengkawan lain dah meriah giler dengan hasil nuffnang kan


CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS

These are earnings from banner ad campaigns according to the number of unique visits the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.
CAMPAIGNBLOGSTART DATESTATUSCTRCTR BONUSAMOUNT
KFC - KA$H Card Launchadanya.kau.untukku14 Aug 2015On Going0.00%0.00
KFC - KA$H Card Launchadanya.kau.untukku14 Aug 2015On Going0.00%0.01
KFC - KA$H Card Launchadanya.kau.untukku14 Aug 2015On Going0.00%0.03
Welcome to Shell Campaignadanya.kau.untukku18 Aug 2015On Going0.00%0.02
Welcome to Shell Campaignadanya.kau.untukku18 Aug 2015On Going0.00%0.05

CPUV CAMPAIGNS

RM0.00


CPC (COST-PER-CLICK) CAMPAIGNS

These are earnings from banner ad campaigns according to the number of clicks the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.
CAMPAIGNBLOGTYPEDATEBANDCTRAMOUNT
No Earning

CPC CAMPAIGNS

RM0.00

TOTAL EARNINGS

RM0.00

Renovation Part 8

Assalamualaikum



Adoi lahhh...dah Part 8 ye...
tak siap-siap jugak

kalau tengok last update hari tu....katanya dah nak pasang tiles..

tapi baru minggu lepas a.k.u pegi....dia baru je pasang tiles
table top pun tak siap....
so boleh tak dikategorikan sebagai .......
6 Julai 2015 ok last update...now is 2 September 2015
lama kannnnnnnnnnnnnn
besor noooooo rumah a.k.u tu sampai berbulan-bulan...
ye saya bersangka baikkkk....
bulan puasa....then syawal pulak....
ok skarang..no more excuses ye

katanya sebelum Raya Haji siap
kita tengokkan ye

dari segi progress....
tiles....100%
wiring....70% (sebab TNB belom lagi datang untuk pindah meter)
tingkap....100% done...so far a.k.u tengok tingkap semua dah ada lahhh
pintu ... 50% sahaja.....yang sudah cuma sliding door...pintu depan belakang bilik toilet..semua belum ada
cat....100% not done yet...

sebut pasal pindah meter...
kawan-kawan..
saya nak bagi tau ni yer
pindah meter kena melalui TNB ye
dah kos saya untuk pindah meter mencecah 1K gak termasuk GST....
pindah meter je kot....pastu dikatakan mahal sebab dengan wire wire tu sekali kan kena hangkut...
dan katanya......rumah dah extend ke depan..jadinya....lagi panjang extend..lagi banyak $$$ keluar

tu satu...

satu lagi......lampu kipas bagai..juga duit sendiri...
di situ sahaja..saya telah menghabiskan dekat 2.5K

semua duit kannnnnnnnn

saya bagitau ni sbagai panduan tau
jangan ingat saya nak menunjuk-nunjuk

kalau saya nak menunjuk-nunjuk..saya tepek je setiap apa yang saya beli di sini
inilah yang harus saya bayar untuk proses rumah ni

so untuk panduan semua
selain COST RENOVATION yang saya perlu sediakan...setakat ini
Payment 1 - RM15K
Payment 2 - RM15K
Payment 3 - RM25K
Payment 4 - RM25K
Payment 5 - RM20K
Payment 6 -  LAST PAYMENT STILL PENDING sbb belum siap

so total up to now is RM100K
overall renovation cost? sendiri mau ingat

PRE COST - RM2.7K
Kelulusan dari MPS
Pelan Rumah

ON-GOING COST
Cost Tambahan sebab katanya tidak termasuk dalam quotation dan juga cost tambahan yang lain....
RM9K

overall cost so far RM100K (reno cost) + RM2.7K (Pre Cost) + (Additional Cost) RM9K + (Lampu + Kipas) RM2.6K + Dapur (2.5K) + TNB (RM1K)

kira sendiri lah......
cost selain reno cost tu...duit sendiri ye
(dapat bayangkan berapa banyak cost yang kite perlukan as contigency plan cost???)

sekarang yang NOT DONE

tembok untuk pagar...which I have to bear the cost ... gulp
grill dan pagar rumah...which I have to bear the cost tooooo... double gulp...
kitchen cabinet...

ke semua kos yang belum siap ni....sendiri punya cost
which is for NOW.....wo bu qian ...
bila dok surf net...buat research..
parah gak nak buat grill ngan pagar tu
tapi this is super important..
nak tak nak memang saya kena sediakan jugak kannnnnnn....

tengah pening pk nieH..
saya memang dah siap-siap buat contigency cost untuk renovation ni
saya tahu....contigency cost ni kena ada.....mmg wajib ada
tapi bila contigency cost ni telah di gunakan untuk benda-benda lain
saya nak carik tang mana lagi ?

orang tengok macam kita ni orang kaya
yerlah..keje Bank kan
ko ingat a.k.u keje bank...cop duit?
bila nak duit..... mintak??????
petik jari..duit depan mata?
kuli je kot adik oittttttttttttttttt

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
bila fikir....kesusahan hari ini untuk kemudahan di masa hadapan
ye...SAYA KENA REDHA

RUMAHKU SYURGAKU kekdahnya...
misi utama saya..
saya nak siapkan semua ni
benda-benda lain yang remeh ni..
saya usahakan sikit-sikit.....

kawan-kawan..doakan saya ye
doakan saya dan suami di murahkan rezeki
dalam melalui kesukaran yang sukar nak kami gambarkan
tu belum masok gaduh-gaduh manja laki bini pasal duit ok
haaaaaaa ko mampu.....gaduh pasal renovation laki bini..

ye saya sangat particular
tengok je macam saya ni orangnya simple
tapi simple yang particular
duit keluar masuk...rumah siap tak siap.....ok tak ok....saya memang pantau kaw - kaw
sebab ni melibatkan duit sendiri..bukan calang-calang duit

kalau kaya raya tak pe
tapi bila kita ni golongan berpendapatan sederhana
semua kena amik kira

dannnn
skarang a.k.u dah sedar hikmah di sebalik 'kenaikan pangkat' tu tahun ini...

SENYUM tak perlu kata apa-apa

R.E.D.H.A.

In sya allah
kalau ada rezeki lebih tahun ni
saya akan buat kenduri doa selamat
saya akan jemput kawan-kawan ye

tapi kalau rezeki agak sederhana
jangan lah pulak ada yang berkecil hati bila saya buat kenduri tapi tak jemput ye...

cheers!!






** tetiba teringat satu lagi cost......legal fees cost sbb buat loan renovation rumah...legal fees RM3.5K.....sekian maklumat untuk masa ini 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...