SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, July 31, 2012

Perlawanan Persahabatan Malaysia Vs Manchester City

Assalamualaikum









Jaringan Azamuddin Mohd Akil pada minit-minit terakhir berjaya memecah benteng Manchester City walaupun hanya mampu menyumbat satu gol untuk Malaysia.

Walaupun hanya satu gol..
a.k.u tetap berbangga dengan Skuad Harimau Malaya...
sekurang-kurangnya...mereka bermain dengan baik...
berbanding pemain Manchester City semalam....
kesian plak a.k.u tgk pemain Harimau Malaya
ditarik-tarik, di tolak-tolak..mentang-mentanglah dia org besar-besar ye..
chaiyookk Harimau Malaya..
3 gol tu sikit je.....kan kan kan



Photobook Murah!!

Assalamualaikum


tak tertahan
selalunya bila ada promo pasal photobook nieh
first a.k.u tgk harga (of course lah kan..mesti nak yang murah)
kedua...sah sah a.k.u akan tgk size photobook....(nak tgk berbaloi ke tak dengan harga)
ketiga ... valid period dia... (takut kang tergapai dek tangan nak buat )

mmmm tinggal 2 jam lagik
nak ke tak nak..nak ke tak nak??


Monday, July 30, 2012

Adoi .. sakitnyaaaa

Assalamualaikum



ibu ngeri tgk dia berdarah
tapi dia..muka selengaaa je...
siap tiru gaya ibu lagik
lari-lari carik tisu....amik tisu tekap kat tangan..adoi lahhhhhh....



Speech Therapy [Session 3]

Assalamualaikum

minggu lepas...
adalah kali ketiga Fahim pegi tuk Speech Therapy.....
ibu memberikan komitmen 100 % sampai satu gambar pun tak amik (sob sob)
satu-satunya gambar yang di ambil adalah sebelum sesi bermula...



bila Therapist panggil "Fahim..."
terus Fahim toleh dan jawab "aaaaaa..."...
a.k.u terus suruh Fahim masuk dalam ...ikut Therapist ke bilik yang biasa tuuu
dia pun ikut....gaya dia cam org dah besar....
terdengar gak lah org keliling yang tengah buat pysio tu gelak-gelak tgk dia..

macam biasa
dia masih buat latihan macam sebelum-sebelum nieH..
ada satu je tambahan aktiviti...iaitu masukkan 'mainan haiwan yang berlubang' dalam tali..
mula-mula tu....marah gak dia..sbb tak boleh buat
lama-lama tu baru boleh buat...

as conclusion for the day
Fahim ni dah masuk stage 3 untuk percakapan dia...dan pandai bubbling...
merapu ntah haper-haper dia cakap...bahasa german dia tu
dan pandai panggil org "Abaaaaaa" bila perlukan attention..
tak kiralah siapapun skarang...bila dia nak panggil dia akan sebut "Abaaaaa ...."

untuk aktiviti masa sesi therapy plak..
dia macam kurang excited..
lapar kot..ngantuk pun ada gak...pastu ada satu cermin besar kat dalam bilik tu
dia suka main dengan cermin tuuuu..tgk gambar dia terpampang kat cermin besar ....

kat rumah plak
a.k.u tgk....
kalau dia nak panggil kak long dia...dia akan panggil "Kakak...."
dan bila org lain ada berkata-kata dia akan follow....
walaupun bunyiknya kurang tepat
tapi dah ada improvement dari tak berkata-kata kan..
Alhamdulillah

traditionally..dah ok......
secara moden pun dah ada improvement

this week ada lagi...
aiyakkkk...
ibu ngan babah mintak sangat therapist tu bg sesi Fahim hari Sabtu
tak tahulah dapat ke tak
riso plak amik cuti tiap-tiap minggu
adoiiiii....

menanti penoh sabar
harap segala urusan dipermudahkan...aminnnnn



Kenyaatan Abby Abadi Terlalu Sensitif

Assalamualaikum


any comment on this..
mula-mula a.k.u tgk kes ni cam kecik je
skrang dah makin ramai plak menemplak kenyataan Abby Abadi..

tapi my personal advise....
Islam tak pernah memaksa...
Islam tak pernah mengajak umat Islam berdakwah sambil menjatuhkan org lain..
malah Nabi Jujungan kita pun tak buat begitu untuk berdakwah...
malah Allah tidak pernah menutup pintu rezeki kita selagi kita berusaha...
dan sentiasa mendorong diri kita ke jalanNYA
banyak lagi cabang rezeki selain dari dunia seni kan...
keje jual air di tepi jalan juga rezeki bukan?

fikir-fikirkan
jangan sampai ada org bukan Islam menganggap Islam itu terrorist sudah...




27 Jul - Pelakon dan juga penerbit drama Sheila Rusly membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya, adalah tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.
Dipetik dari MPP, Sheila berkata, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang terbuka.
"Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah."
"Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah," ujarnya.
Sementara itu, pelakon versatile Umie Aida yang nyata tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi ini telah menemplak kenyataan tersebut melalui laman Twitter yang menganggap Abby Abadi berfikiran cetek dan kenyataan itu lebih bermotifkan politik kerana menganggap golongan artis yang berhijrah hanya akan mempunyai kerja jika rakyat tukar kerajaan.
Pada masa sama, Umie juga menggesa Abby Abadi agar tidak menggunakan politik dalam meyampaikan dakwahnya.
Sebelum ini, Abby mengeluarkan kenyataannya menerusi Malaysian Insider yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Malah berkata, bakatnya untuk berkarya sebagai Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan.
"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik."
"Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah," kata Abby.

Saturday, July 28, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012

Assalamualaikum

niat mula-mula keluar mmg nak pegi Maxis Centre
nak tgk kenapa line HP a.k.u tak de
mmg no network

pegi kat Jalan Genting Klang tu jelahh
rupa-rupanya masalah sim card
tak pernah plak a.k.u usik-usik simcard
tup tup rosak plak

dah tunggu kat situ lamaaaa....
akhirnya bila sampai giliran a.k.u kejap je
kenalah bayar RM10 untuk tukar simcard....

dari situ..terus ke JuscoWangsa Maju
(dari awal ke sana lagik bagus sbb kat situ pun ada gak Maxis Centre..adoi...)
dengan baju rumah.......
a.k.u anak beranak...
sampai jugak kat Jusco tuuu...
a.k.u dengan ber't-shirt' ....seluar track....haaaa...sempoiiii
mmg tak plan nak pegi kannn...tapi dah ala-ala keluar..a.k.u malas nak balik rumah tukar baju...




sampai-sampai je
makkk aiii ramainya umat
semua shopping tuk raya gamaknya
termasuklah a.k.u
so sempatlah sambar kebaya untuk anak dara a.k.u
selai tshirt tuk alieyah, kemeja tuk fahim dan a.k.u
babah?  kena usha sogo gamaknya......
beli itu ini...sampai rumah dekat kul 4 gak.....



tapi sebelom balik
ternampaklah tempat membayar zakat fitrah
terus incik somi kata....bayar jelah
malas nak tunggu lama-lama
and at last
sempurna sudah zakat fitrah untuk tahun ini...
alhamdulillah
lepas incik suami dah bayar zakat
time a.k.u pulak bayar...
alhamdulillah
juga sudah selesai membayar zakat fitrah untuk diri sendiri.......





sebelom a.k.u menamatkan kisah bebelan a.k.u hari ini...
jom kite tgk kadar zakat fitrah seluruh Malaysia pada tahun 2012






Friday, July 27, 2012

Resipi Ramadan Chef Wan: Biskut Coklat Vienna Bulat

Assalamualaikum

a.k.u suka tul baca Resepi Ramadhan Chef Wan nieH
kali ni..Chef Wan ajar cara nak buat Biskut Coklan Vienna Bulat
tengok bahan pun senang plak tu....

hehehhehe....
kalau sempat mana tau leh jadi kuih raya kan....



Biskut Coklat Vienna Bulat
 BAHAN-BAHAN
Gula aising150 g
Tepung gandum serbaguna390 g
Serbuk koko30 g
Mentega pejal250 g
Telur2 biji, besar
Jam rasberiSecukupnya

CARA
  • Ayak gula, tepung dan serbuk koko di dalam mangkuk. Putarkan mentega dan telur sehingga kembang. Kaup dan balikkan bahan-bahan diayak dengan tangan.
  • Paipkan doh menjadi bulatan dengan muncung corak roset.
  • Bakar pada suhu 170°C selama 10–15 minit atau sehingga biskut menjadi perang keemasan. Sejukkan. Kepitkan dua biskut bersama dengan jem rasberi dan taburkan gula aising. 

Nota
Selain jam rasberi, anda juga boleh lapiskan biskut ini dengan krim berperisa kopi. Caranya adalah dengan memutarkan gula aising bersama dengan mentega dan dimasukkan sedikit esen kopi. Jadilah ia biskut vienna mocca.

Malaysia vs Arsenal

Assalamualaikum




tak kisahlah org kata cite basi kan
tapi a.k.u nak cite gak..
korang tengok bola ari tu
Malaysia vs Arsenal?

a.k.u sanggup tunggu sampai titisan darah yang terakhir tu sebab semangat
bila Malaysia menyumbat gol yang pertama masa 1st Half...
hasil jaringan pemain Jersi 11 - Azmi Muslim
berkobar-kobar Malaysia dapat kalahkan Arsenal....

tapi di minit-minit terakhir...
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Arsenal boleh sumbat 2 gol sekaligus
adoiiiii

tapi apa-apa pun
a.k.u suka tgk game kali nieH..
mmg bersemangat lahhhh.....
lagi-lagi penjaga gol Malaysia masa tu Farizal Marlias yang berjaya menepis banyak cubaan Arsenal

Gol Pertama Malaysia - dan satu-satunya

Thursday, July 26, 2012

dak Fahim

Assalamualaikum

Semalam a.k.u bercuti...
biasalah...hal si Fahim tu
Alhamdulillah......dia makin baik.....

selain rawatan speech therapy kat tawakkal tu
a.k.u ada gak buat rawatan alternatif..
so semalam adalah rawatan alternatif.......
dan esok...a.k.u bakal cuti lagi
untuk pegi sesi speech therapy yang ketiga...



gambar kat atas masa tunggu turn..
budak berdua neiH....
buat kat situ cam playground
yang si adik plak..asik nak merajuk je
dan kak long lah tukang pujuk..dukung adik
pastu nanti adik over...pegi merajuk lagik
dan kak long pujuk lagik...
ngada-ngada kannnn.......

bila tgk dia org cam nieH
seronok plak rasa di hati...
apa-apa pun...
a.k.u amat amat berharap....
Fahim boleh bercakap....

dia dah banyak progress berbanding dulu
skrang mulut  dia boleh tahan
cam bertih jagung..membebel ntah haper-haper...
a.k.u pun tak paham......

tapi a.k.u suka
sbb dah bergerak gak mulut dia kannn..
huhuhu...

ok lah.....penat ni taip posting berturut-turut
senang kan..boleh auto publish...
see you tomorrow..

haaa jangan lupa esok ada bazar ramadhan kat opis kita ni ye kawan-kawan
datanglah jengah kedai kami....

daaaa



Resepi Laksam Terengganu

Assalamualaikum

ari tu a.k.u cite kat sini..pasal resepi laksam
tapi a.k.u amik dari internet plus a.k.u dengar mak a.k.u cite

tapi..
a.k.u confirmkan betul-betul resepi dia..
sbb hajat di hati nak buat..
jadinya....
bermulalah edisi belajar dengan bonda a.k.u sendirik...

Bahan Laksam
1 paket tepung beras (tak payahlah pakai sukatan gelas bagaikan...guna sekampit senang)
Air panas (bukan air mendidih tau....)
Garam ( sedikit cuma....bg rasa sikit..idoklah tawar je kan)

Cara Memasak Laksam:

  1. Masukkan tepung beras dan garam ke dalam air suam dikacau sehingga  sebati.....ketepikan
  2. Panaskan pengukus dan amik tudung periuk sebagai acuan laksam
  3. Masukkan bancuhan tadi atas tudung periuk sehingga lekuk tudung periuk tu......** tudung periuk besi tu tau...kan ada lekuk...letak tara tuuu je ** 
  4. Kukuskan sehingga masak....bila dah masak..ketepikan bg sejuk sikit......lepas tu boleh gulung...dan dipotong


**  Buat kaedah di atas sampai habis semua adunan tepung tadi


Bahan Kuah Laksam
6 ekor ikan sardin yang telah direbus
Bawang Merah
Lada Hitam
Santan
Garam
Daun Kesum
Asam Keping

Cara Memasak Kuah Laksam

  1. Tumbuk bawang merah dan lada hitam berserta ikan sehingga lumat
  2. Masak santan sehingga agak panas ** mak a.k.u kata..bila dah nampak bubble tu...... cukup..tak payahh biar menggelegak sangat, dah nampak bubble terus perlahankan api...**
  3. Selepas itu, masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam santan dan gaul sehingga pekat.  Masukkan garam, daun kesum dan asam keping ke dalam kuah **ingat ok api kena perlahan, kacau sentiasa sehingga pekat - mak a.k.u kata lagi...kalau tak kacau selalu dan tak pakai api kecik..sat gi adunan kuah tu jadi ketul-ketul..tak smooth gitu.. lepas tu..bila dah nampak bubble dalam kuah...padamkan api  **

Bahan Ulaman
Kacang Panjang
Daun Kesum
Timun
Taugeh - dicelur sedikit

* Ricik halus kacang panjang, daun kesum dan timun - semua bahan ni gaul sama
* Taugeh yang di celur sedikit di asingkan di bekas lain

Bahan Sambal Cili
Cili Kering
Garam

Cili kering dikisar halus. Kemudian dimasak sebentar di dalam kuali sehingga agak likat ** ada org tak masak...tapi mak a.k.u kata lagi....cikgu dia ajor masak sikit..supaya bertahan lama sikit **


** ada orang servekan dengan limau ....yang boleh kite perahkan dalam kuah kalau nak masam sikit **

Selamat Mencuba!!





Mc Donalds Glass Collection

Assalamualaikum









untuk pertama kali ..
bila McD announced kuarkan McDonalds Glass ni a.k.u tak sempat beli
mmg sedih gila....
sbb tak sedar akan kewujudannya di awal pengeluarannya...
duluu a.k.u pernah cerita a.k.u kumpul semua Can Glass McD kat SINI
so kali ni nak lah edition seterusnya kannnnnnnn..
tup tup terlepas ok..sedihhhhhh

a.k.u sedar bila dah kuar yang kedua iaitu Cycling...
tu pun tgk kat surat khabar STAR.....
mmg ingat nak pegi McDonalds nak beli
tapi asyik lupa....

tup tup..ari tu..masa pegi OTK....sebelah ada McD
teruslah beli.....tapi masa tu...dah ATHLETICS...yakni edisi ketiga
sob sob
sedih kannn......bila collector tak dapat collect semua edisi glass tuuu

tapi bila sampai
bila kata dah rezeki kannn
yeayyyy
a.k.u dapat beli gelas FOOTBALL, CYCLING as well as  ATHLETICS...
suka gila ok..
walaupun kena bayar RM8 satu gelas tu..aii rela..sib baik ada lagik....
mmg rezeki
so skrang..tunggu esok tuk gelas keempat iaitu SWIMMING...
yeayyyyyyyyyy.....

jadi setakat ini saya masih mampu menjadi colector glass nieH..yeayyyyy






Tuesday, July 24, 2012

Resipi Ramadan Chef Wan: Ayam Masak Merah

Assalamualaikum


Tadi masa nak check yahoo mail
tup tup nampak resepi nieH..
haaaaaaaa.....

ape lagik....copy pastelah kannn...
masuk dalam recipe book ...
Selamat Mencuba!!

Credit: Yahoo Malaysia News


Ayam Masak Merah



BAHAN-BAHAN

Minyak sapi                            6 sudu besar
Kulit kayu manis1 cm
Bunga cengkih   4 kuntum
Buah pelaga               4 biji
Air     125 ml
Ayam          1 kg, dibelah 12 dan digaul dengan kunyit dan garam lalu di goreng sampai masak dan diasingkan
Kismis hitam         125g, dicincang halus 
Sos tomato    250ml
Madu  3 sudu besar
Serai1 batang, dititik
Lengkuas    1 cm, dititik
Garam  Secukup rasa
Bijan        2 sudu kecil, digoreng tanpa minyak sehingga wangi
Daun pudina     1 tangkai
               
Dikisar halus
Bawang merah     10 ulas, dikupas
Bawang putih2 ulas, dikupas
Halia             2 cm, dikupas
Serai        1 batang
Cili kering      15 tangkai, direndam dalam air panas dan dituskan
                  
                        
 CARA                   
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga serta rempah yang telah dikisar.
  • Setelah wangi, masukkan sedikit air, ayam yang telah digoreng, kismis hitam, sos tomato serta madu. Kemudian, masukkan serai, lengkuas dan garam. Masak sehingga ayamnya empuk.
  • Sebelum diangkat, taburkan bijan di atasnya bersama dengan daun pudina.

Kisah Ramadhan 2 & 3

Assalamualaikum

Alhamdulillah
selesai semua umat islam menyempurnakan ibadah puasa hari kedua dan ketiga kannn...

Ramadhan 2 a.k.u sangat sempoi
dengan terlambat bangun sahur....
adoi lahhh ..
kunci jam kul 4..tup tup bangun...
ngam-ngam 5.30 pagi..tu pun dikejutkan dengan suara org mengaji kat masjid
a.k.u tak kisah sangat a.k.u tak makan sahur
tapi itu incik suami
a.k.u ngeri...
sbb dia tu ada gastrik
kang bila dia gastrik
sakit kepala....adoiii dah sakit kepala karang...susahlahhhhhhhhh

sib baik lah dia bertahan gak sampai berbuka
fuhhhh
a.k.u plak....sampai petang layan tido
pening kepala...ya allahhhh
dah lah puas..tak boleh makan ubat...
redha je lah kan
bangun dekat kul 4 petang..
masak nasik...masak kari udang....

terus bersiap nak ke OTK
hajat di hati nak buat MINI MURTABAK dan BERGEDEL...
tingat kat Zu tau ...

tapi........
nak dijadikan cerita
haaaaa....sampai umah kul 7...
kelam kabut duk menyiapkan bahan tuk bergedel...
bila azan berkumandang..bergedel masih dalam kuali
wallahhhhhh......dan dengan signal itu..maka MINI MURTABAK pun tinggal kenangan je lah
masih baikkk je kulit popia tu dalam fridge
insyaallah......sabtu ni a.k.u cuba buat mini murtabak plak.....

BERGEDEL AYAM a.k.u sangat senang ok......
tak payah nak pk resepi susahs-susah

CARA MASAK BERGEDEL versi a.k.u

Rebus kentang - ikut suka lah korang nak rebus berapa bijik...tapi ari tu a.k.u rebus 4 bijik.....kalau nak sedap sikit.....letak lah garam..tapi sikit je tau...

Lepas tu Inti Ayam plak
Ayam Cincang
Bawang Kecil dan Bawang Putih
Daun Sup
Serbuk Perasa Ayam
Bawang Besar

Bahan Sampingan
Telur
Tepung Gandum


Cara nak masak..lagik senang..campak-campak
mula-mula tumis je bawang kecik dengan bawang putih tuuuuu...
dah naik bau......masuk lah ayam...
goreng-goreng dia sampai agak masak........
bila dah masak...masukkan bawang besar, daun sup dan serbuk perasa....
gaul-gaul....siap...

lepas tu.....kentang yang dah kita rebus tu..lenyekkan...masukkan dalam Inti Ayam tu...
gaul-gaul.....pastu ikut sukalah korang nak buat bentuk apa......
a.k.u letak tepung sikit..sebagai bahan 'gam' untuk lekatkan inti ayam dan kentang tu..tapi sikit je......
celopkan dalam telur........goreng.....

mudahkannnnnn......
dapatlah 13 ketol bergedel ....puaslah makan kami anak beranak....
benda-benda simple ni..baik buat..dari beli kan
kadang-kadang beli tu..rasa tepunggg je.....kentang dan inti ayam dia tu..langsung tak de kadang-kadang....

Ramadhan 3
Hari Isnin....a.k.a dah masuk keje
dah sampai rumah kul 7 malam
tak de maknanya nak masak kannnnn
so 'bazar ramadhan' lah menjadi 'dapur' a.k.u ketika a.k.u bekerja

tapi...
a.k.u tengok kat Bazar Ramadhan neiH
masa hari biasa a.k.u pegi tuk Pasar Malam
rege dia lain..bila kat bazar rege lain
boleh yek cam tu?
mmmmmmm

so hari nieH..
Ramadhan ke 4
pastinya akan ke Bazar lagik
nak tgk ape lagi boleh beli....huhuhu....

till then........selamat berpuasa kawan-kawan!!

Monday, July 23, 2012

Kisah Ramadhan 1 - Menu Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum

a.k.u akan cuba update aktiviti seharian a.k.u menempuh Ramadhan tahun ini......
walaupun tidak semeriah mana..
a.k.u nak cerita jugak..

1 Ramadhan lepas...
a.k.u bersahur dengan kedua-dua anakanda ku
iaitu Alieyah dan Fahim..
haa Fahim pun bersahur ok......
Babah?
kesian Babah...kena bersahur jam 12 tengah malam
sebab keesokan harinya ada appointment dgn doctor untuk ujian darah dia.....

dan paling bestnya
budak berdua tu bersahur punyalah banyak
tapi Alieyah kecundang pada jam 11 pagi
boleh?
adoi....
dah lah tak puasa...
boleh 'berbuka' dengan aiskrim sekotak
amikkkkkk

si Fahim
as expected...takkanlah berpuasa kannnn

berbuka plak....
1 Ramadhan ni berbuka di Keramat ... rumah mak pak a.k.u
dapat 'panggilan' laksam...
wahhh first time ok mak buat laksam
dan first time jugak a.k.u makan laksam
sedap rupanya...

a.k.u selama ni tak boleh imagine makan laksam tu cam mana
dengan kuah lemak putih dia tuuu
tapi rupa-rupanya sedappPpppp..........

di samping tu ada lah Murtabak dan Kuih "Mak Limah" yang a.k.u sempat beli di Bazar Ramadhan Taman Melati.......dan tidak dilupakan..air tembikai...nyummm nyuummmm
sejok tekak kannnnnnn

alhamdulillah.....1 Ramadhan selesai
solat terawih malam 1 pun selesai..
tapi malam kedua tidak pegi..sob sob.....

dan disebabkan a.k.u suka laksam tu
a.k.u pun amik lah resepi yang diberi
senang rupanya cara masaknya....






nanti a.k.u sambung kisah ramadhan kedua pulak ye......

Keputusan Countdown Giveaway



Assalamualaikum

20 July 2012 bersamaan Jumaat....
telahpun berlalu
maka..
dengan ini
saya mengumumkan...
pemenang bg Countdown Giveaway adalah





















dan hadiahnya adalah



























ehhhh takkan RM10 je.....
susah-susah tunggu kannnnn
ada lagi









































plus RM20
duit baru tu.....

ehhh ada lagi....





























tambah RM20 lagi
yeayyyy
total RM50 cash in hand...

The lucky ones Puan Farihah...
tunggu yeeee

so boleh pilih..nak combination di atas atau
sekeping RM50




atau 5 keping RM10




atau 10 keping RM5




atau 50 keping RM1








sila roger-roger saya nanti ye....




Cheeries yang sedap bangat!!

Assalamualaikum




ni pun kisah hari Jumaat
ex-collegue a.k.u nieH....budak lagi orgnya
pangkat adik lah
bakal hakim ok
kejap je join department nieH
dahhhhh qualification pun 'Kehakiman' ok
takkan keje kat 'banking sector' kann

gud luck N*****...
nanti kalau akak ada prob dengan undang-undang
leh jumpa awak tak? huhuhu


Thanks for the cherries ok......
ingat lagi kat kami kat sini..walaupun kamu sudah di sana...

All the best



Sunday, July 22, 2012

Jom Niaga!!

Assalamualaikum

Hari Jumaat lepas kami menyertai Bazar Ramadhan anjuran Puspanita kat opis nieh



macam-macam kite org jual..
ada kuih kapit....
tapi bukan sekarang kapit tau
kapit coklat ada..kapit peanut butter pun ada....sedap ok...

tu lom campur rempeyek, batang buruk, kuih ros, kek coklat moist, cheese cake..
cheesy layer pun ada.....home made lagik....
dan....tidak di lupakan......Pisang Salai Cheese Bandung
haaaaaaaaaa jauh kami import ok...dari Bandung

so siapa-siapa yang berminat nak dapatkan semua di atas..
boleh singgah kat Bazar Ramadhan kami setiap hari Jumaat ok
dan kalau tak moh turun ke bawah
yang kat opis nieH..boleh sametime, boleh call, boleh email


haaa kat luar sana..
kalau berminat nak dapatkan Pisang Salai Cheese Bandung
roger-roger a.k.u ok!!

Selamat Berpuasa!!

Friday, July 20, 2012

Niat Berpuasa Harian dan Berpuasa Sebulan dan juga Doa Berbuka Puasa

Assalamualaikum



Alhamdulillah.......
moga 1 Ramadhan yang bakal menjelang esok memberikan seribu makna buat kita semua...

Selamat Berpuasa kawan-kawan!!


Alieyah's Graduation Day!!

Assalamualaikum

sangatlah graduation kan
baru tukar dari white ke yellow belt je...

first time explore benda-benda cam ni kan
sampai sanggup amik time off untuk pegi Tunas tgk Alieyah amik exam taekwando dia...



ramai jugak rupanya belajar taekwando kat tunas...
syabas syabas....

cuma yang a.k.u pelik
awat group Alieyah....
dia sorang je yang perempuan....huhuhu





whatever it is..
ibu proud of you...
nanti blajar taekwando pandai-pandai..
leh jadi master of taekwando plak nanti....




Pengumuman Puasa 2012

Assalamualaikum




semalam duk kepochi dalam kereta sbb nak tunggu pengumuman puasa jam 8.30 malam...
sampai siap bgtau incik suami..kalau tak dengar lagi..tunggu dalam kereta....

cam tu sekali ok nak tau bila puasa

maka sahlahhh
puasa pada hari Sabtu bersamaan 21 Julai 2012.

Selamat Berpuasa kawan-kawan..
moga ibadah puasa kita tahun ni lebih baik dari puasa-puasa terdahulu!!




Thursday, July 19, 2012

Dari Putrajaya ke TUDM

Assalamualaikum

chehhh tajokkk...
nyampah...ha hah a

actually semalam Alieyah menyertai field trip kat Tadika dia.....
mmg tak de gambar yang menggambarkan trip tu
tapi tup tup
bukak FB jumpa gambar nieH
ihsan seorang ibu yang juga menghantar anaknya untuk pegi trip nieH

ce teka..di mana Alieyah
gambar ni di ambil masa nak naik bas kot




Kinnn..iLa amik gambar ni tau....Kredit to Puan Kin

semalam amik Alieyah balik dari sekolah
dia macam tak cerita apa-apa pun...chessss.....nyampah tau
ibu yang yang excited nak tau itu ini..dia sempoi je


Wednesday, July 18, 2012

Speech Therapy [Session 2)

Assalamualaikum



Excited nak update kannn
gigih tau ibu dia nak update..ha ha ha
semalam a.k.u amik half day..
untuk session kedua Fahim dengan Speech Therapist

kali ni tgk Fahim mmg looking forward...
masa masuk je bilik Therapy tu....
a.k.u naikkan mood dia dengan gambar-gambar kartun yang ada di dinding bilik tuuuu..........
selain tu...a.k.u tunjuk dia cermin....
tgk gambar dia dalam cermin..
** ibu pandai kannnnnnnn..... **





aktiviti pertama semalam
main bubble.....
rasanya kat rumah dah banyak kali main bubble...
tapi kak long je lah yang over excited tiup
Fahim ni sepoi-sepoi je..........

dan bila Therapist suh dia tiup
dia boleh plak ubah pandangan nak amik mainan lain
boleh gitu??

masa aktiviti nieH...
Therapist suruh dia sebut bubble...dan pecahkan bubble tu




 Aktviti kedua
main tekan-tekan....
erk..a.k.u tak tahu ape nama aktiviti ni secara specific...
tapi..aktviti ni menyuruh Fahim tekan button kat tengah mainan tu....
dengan teratur......




Aktiviti ketiga...
main potong-potong ....
Fahim dikehendaki potong buah dengan pisau.....




Aktiviti keempat
macam hari tu......susun puzzle...




Akvititi kelima
masukkan bentuk-bentuk tu dalam bucket....

ada satu lagi aktiviti.....aktiviti keenam
main bola....
tapi yang ni tak boleh nak captured...
sbb a.k.u pun involve sama
nak harapkan itu incik suami amik gambar
mmmmmmm
'ghentikan' ha ha ha.......

APA YANG FAHIM BELAJAR DARI AKTIVITI-AKTIVITI DI ATAS?

Aktiviti Pertama - Main Bubble


  • ni nak tgk Fahim gunakan mulut/bibir dan rahang dia untuk menyebut perkataan.........a.k.u diarahkan untuk praktiskan main bubble ni ngan Fahim....sambil sebut "Bubble..." a.k.u kena ajar bila pecahkan sambil sebut "Pop! Pop! Pop!"


Kenapa kena sebut Bubble dan Pop! ? Ia kerana....perkataan B dan P tu...akan buatkan bibir dia bergerak-gerak...Fahim ni malas gerakkan bibir rupanya...itu mengikut pemerhatian Therapist ye....jadi a.k.u kena ajor dia supaya dia tahu dia ada bibir yang boleh digerakkan...


Aktiviti Kedua - Main Tekan-Tekan

so far aktviti ni LULUS..sbb Fahim boleh tekan ikut aturan.......walaupun ada sedikit 'keras kepala' berlaku....tapi tetap LULUS......bila Therapist sebut 1, 2, 3...dia tekan.....kira dah boleh ikut kata lahhh

Aktiviti Ketiga - Main Potong-Potong

aktiviti ni Fahim suka sangattt.....wahhh suara dia paling meriah...gamaknya sampai ke luar kot boleh dengar suara...siap cakap "Oww.. Ow...!" bila barang tu jatuh..kadang-kadang bukan barang tu terjatuh sendiri..dia yang buat-buat terjatuh.....then sebut "Oww...Ow!!"

aktiviti ni pun ajar Fahim ikut aturan.......sambil sebut perkataan "Nak" ... Fahim di ajar untuk beri semula apa yang dia potong tadi pada Therapist dan juga ibu.......dan sebut satu-satu apa yang diberi pada Fahim untuk dipotong macam "Apple...Anggur...Bawang...Strawberrry...Lemon...dan lain-lain"...tapi Fahim lulus bab "Apple" je.....selain "Oww...Ow!!"  .... Masa potong-potong pun dia boleh buat dengan sedikit bantuan...

Aktiviti Keempat - Susun Puzzle

Aktiviti ni sama macam hari tu....Fahim kena susun haiwan-haiwan tuuuu..sambil sebut nama haiwan as well as bunyi haiwan tersebut......Bab susun semula dan LULUS...sebut haiwan...blom lepas....bab bunyi haiwan tu...."Moo" dan "Bekkk..." dah LULUS....

Aktiviti Kelima - Susun Bentuk Masuk dalam Bucket

selalu buat gak kat rumah...tapi selalunya bila buat kat rumah ibu kan sambil lewa....tapi kat sini..kena buat ikut aturan..bagi dia satu-satu dan masukkan satu persatu......

masa buat aktviti ni ..Fahim dah malas...mungkin sbb mengantuk atau dia dah boring sbb buat benda yang sama........masukkan bentuk......tapi so far dia habiskan aktviti ni dengan baik

Aktiviti Keenam - Main Bola

actually main bola ni 'tambahan'.....masa Fahim buat aktiviti ketiga....bilik yang Fahim sedang guna tu...ada org nak masuk..sbb ada baby kena buat suction......jadinya kami kena pindah bilik...**macam tu pulak kannn..pening a.k.u dibuatnya......dah booked bilik tuk therapy awat ada org lain plak nak buat suction at the same time ** concentration Fahim pun dah berubah..sbb tengah shiok-shiok buat aktiviti kena pindah bilik..dan bila dia kena pindah bilik..bilik tu dah ada dua biji bola besar...wahhhhhh..terloncat-loncat lah dia nak main bola tuuuu.....

tapi tidak dibenarkan sbb dia masih buat aktiviti susun puzzle..jadi aktiviti ni aktiviti tambahan lah kot....masa ni Therapist tanya..Fahim takut tinggi ke tak? dan dia letakkan Fahim atas bola besar tu...dan gerakkan bola tu...suka lah budak tu kannn..enjoy......

so bila Therapist dah buat benda tu......Therapist suruh main tolak-tolak bola....masa ni....Fahim masih kena buat macam selalu......tolak bola bila dah kira 1, 2, 3...Tapi Fahim kan tak sabor..blom sebut 3 dia dah tolak bola....jadi kena ulang lah..sampai dia boleh tolak bola tu lepas kiraan 3....so dia juga LULUS aktiviti nieH...

KESIMPULAN

Therapist kata...hari ni Fahim lebih banyak tumpuan berbanding session sebelum ini
dia boleh duduk hampir 30 minit buat aktiviti tanpa bangun, baring-baring, marah-marah dan sebagainya untuk alihkan tumpuan...

so BAB MEMBERIKAN TUMPUAN..Fahim dah ada peningkatan....

kedua ... dah banyak perkataan dia boleh tiru berbanding minggu lepas....

ketiga ... dah boleh buat kebanyakkan aktiviti yang di suruh........

keseluruhannya...Fahim sudah lebih fokus dan boleh terima arahan..... ** senang hati ibu kan **

NASIHAT THERAPIST

Kat rumah kena biarkan Fahim buat sendiri
* Minum air guna spout / cawan
* Gosok gigi sendiri
* Makan suap sendiri

ketiga-tiga benda kat atas..untuk stimulate pergerakkan bibir dia........
rupa-rupanya.....breastfeed baby tu mengajar baby untuk stimulate bibir dia.....selain minum dengan bottle pun sama......puting botol tu ada fuction gak rupanya....

Fahim ni kan minum pakai straw...so Therapist bg tau..tukar kepada spout pulak......straw ni kira 'kacang' untuk Fahim.....bila guna spout boleh ajar Fahim guna bibir dia..........

Fahim ni boleh sebut tapi dia tak sebut betul-betul sbb dia tak gunakan bibir dia bila nak menyebut.....


Aktiviti lain yang Fahim kena buat
* Susun Puzzle
* Tiup Bubble
* Masukkan Bentuk-Bentuk Masuk dalam Bucket

kebanyakkan benda ni semua ada kat rumah..
tapi a.k.u ni ala kadar je kot bagi benda ni kat Fahim

dan...a.k.u terfikir semalam
a.k.u ni banyak 'manjakan' Fahim
contohnya..minom pakai straw..makan a.k.u suapkan....gosok gigi a.k.u buatkan......
nak barang ke apa-apa ke..a.k.u amikkan
semua 'dimanjakan'

lepas ni ibu wajib biarkan Fahim buat sendiri....no no bantuan..huhuhu

Gud Luck anak ibu!

dan di harap dengan panduan serba sedikit ni dapat lah bantu sesiapa di luar sana.......

Fahim kena jumpa Therapist lagi minggu depan.....Session 3....hopefully ada kemajuan lagi lah..
Insyaallah....




Duit Kertas Siri Baharu Di Dalam Genggaman

Assalamualaikum

Sebelum pegi hospital semalam
singgah ATM
nak kuar duit
tup tup..
mesin tu kuar amaran "Sila pastikan amaun gandaan RM10, RM50 & RM100"
erk..
a.k.u cuba lagik
masih tak keluar......dan kuar amaran yang sama

rupa-rupanya...dia tak tahu nak kira amaun yang a.k.u nak tu
akhirnya bila genapkan amaun tu baru nak keluar duitnya....

dan duit ape yang a.k.u dapat...
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa




RM20  siri baharu rupanya
patulah bila a.k.u masukkan amaun RM*50 tu dia tak moh kuar
dia nak RM*00 baru boleh kuar..
nak genapkan RM20 tu jadi lima keping
sabo je ATM mesin ni kan
apa salahnya kalau ko kuarkan RM20 tu 2 keping dah RM10 sekeping...jadilah RM50...chaitttt...

jadi dengan bangganya a.k.u dah guna duit tu semalam..wahhhhhh
antara yang terawal gunakan..
'bangga' a.k.u kejap...
ha ha ha.....


Tuesday, July 17, 2012

Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012

Assalamualaikum



jatuh kepada...
jeng jeng jeng...........

** drumroll  **

Dato' Fazley

Credit:  FB Masterchef Malaysia


pertarungan semalam adalah di antara...
Dato' Fazley dan Angah Raja Lawak...




vs





mmg mengah a.k.u tgk Dato Fazley dok berlari sana sini akibat dapur pastry yang terletak jauhh ke belakang.......

Menu dari Paris ke London oh sayangku ku berjaya mengalahkan hidangan 'Cyber' Angah....
dan dengan kemenangan tu
Dato' Fazley berjaya menyumbangkan RM57,000 ke Yayasan Jantung Negara...

wow!!

Tahniah Dato Fazley!!

UPDATES: La Cottage Putra Perdana

Assalamualaikum


ini update terkini (17 julai 2012): pemaju memaklumkan terdapat kelewatan di pihak SYABAS terhadap tangki air, menyebabkan Fasa 1F tidak dapat diserahkan lagi... pihak Jabatan Perumahan Negara sedang mengaturkan mesyuarat khas dengan SPAN, SYABAS, RIMBUN dan AJK La Cottage (dijangka minggu depan)...




alahai...
mmg nampaknya tahun depan lah baru boleh masuk
moga dipermudahkanlah urusan.....
aminnnnn

Monday, July 16, 2012

Kelas Memasak Red Velvet Cake/Cupcakes

Assalamualaikum




Rentetan gambar a.k.u pagi tadik..
actually kami bertiga ni dah 'pasang' niat
nak buat sesuatu untuk menampung masa depan cemerlang, gemilang dan terbilang..
jadinya
langkah pertama adalah
menghadiri kelas...
comei tau cikgu masak kami...
nama dia Cikgu Liesa






cikgu duk sibuk mengajar..
anak murid asik amik gambar...
ha ha ha...




amik gambar lagikkan...
hamik ko...
asik gambar gambar gambar
HP a.k.u pun sampai habis bateri dok amik gambar.....
cikgu duk bz mengajar tuuuu

gambar kat bawah ni tengah menunggu kek masak dahhhh
kat sebelah tu dalam mixer......dah buat cream cheese topping tuk red velvet kek tuuu




bila kek dah masak....
sapuan cream cheese pun bermula




tapi sebelum di sapu cream cheese tu...
kami di ajar cara nak potong kek tu
ada alat khas ok
kami pun tak tahu pasal ni
senang ok guna pemontong ituuuu
mmg selari je potongan dia






bila dah siap...
cam di bawahlah rupanya
tantik tak??
huhuhu





ni deco taram ikut suka nama dia
cikgu pun fening kepala agaknya tgk karenah anak-anak murid dia buat keje





dan paling bestnya
bukan sahaja kami belajar cara nak buat Red Velvet Cake dan Cupcakes
malahan cikgu tambah satu lagi resepi iaitu "Yogurt Muffin"
mak aiii senang sangat buatnya
mati-mati a.k.u ingat susah buat muffin nieH..
kacau-kacau cam kite buat cekodok rupanya
tak perlu nak pukul beriya cam nak buat kek...



dan jangan risau
cikgu bukan setakat mengajar memasak sahaja
siap makan ok
sedap nasik goreng tu
mmg marvelous..

thanks cikgu Liesa...
dan juga ibu Cikgu Liesa
siap masak nasi goreng untuk kami bertiga...
sedap ok...




dan keseluruhannya
sangat-sangat berpuas hati dengan kelas memasak kami tuuuuuuuuuuuuuuu
bukan setakat dapat kek red velvet..cupcakes red velvet....
kami juga dapat Yogurt Muffin....dan tidak ketinggalan makan tengahari yang sedap....
banyak betul ilmu yang kami dapat
ingatkan nak masak ni boleh main taram je
rupa-rupanya ada gak sukatan-sukatannya......
tak salah kan nak belajar
'spend' duit sikit untuk invest pada sesuatu yang berbaloi....

Terima Kasih Cikgu Liesa!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...