SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Friday, December 20, 2013

Dip and Dip

Assalamualaikum

Jamu mata dulu ye..
memang sangat sangat heaven..
lagi-lagi tuk pencinta coklat...
mmg kena pegi sini



tak nampak sangat effect dia lagi kan
ce tengok gambar di bawah pulak
perggggHhhHhhHHh wa cakap lu
dengan crepe dia yang masih panas..
coklat dia yang memang pergHhHhHHH...
pastu makan ngan kawan-kawan
pastu FREE lagi...

bertambah lazat....ha ha ha
nanti sambung lagi ye!!


Thursday, December 19, 2013

Rezeki Di kongsi bersama

Assalamualaikum



ari ni kat opis..
sume bintang-bintang bergemerlapan..
sama macam a.k.u juga
Alhamdulillah...

dan....bila dah dapat rezeki tu
kenalah berkongsi
yang paling utama
berkongsi dengan keluarga..
haaaaa

ni kiranya perkongsian kedua
yang pertama...a.k.u dah bagi siap-siap bahagian masing-masing kat account maybank dia orang
alhamdulillah..
walaupun yang kakak baru 7 tahun dan adik 5 tahun
simpanan masing-masing dah cecah ribu-ribu
buntang-buntang mata ibu tgk simpanan mereka
ibu juga yang simpanan masih berdikit-dikit
tapi tak pelah
rezeki anak-anak kan
mereka berhak mendapat bahagian mereka

lagipun nanti bila mereka membesar..
nak belajar..perlukan duit
jadi ni je yang boleh ibu buat untuk membantu mereka...
mana tau...masa zaman mereka nanti lagi banYakkkkkkk duit kena pakai tuk belajar kan..
sekurang-kurangnya dengan tabungan sikit-skit ibu ni..
bakal menyenangkan proses mereka belajar nanti

cuma bila dah ada duit
dont be so belagak...

ibu susah-susah sekarang..korang enjoy-enjoy kendian tanpa balasan setimpal...
mmg korang tengoklah ngauman ibu korang nieH..ha ha ha..

ok lah..dah melalut ke laut....


Tuesday, December 17, 2013

Speechless

Assalamualaikum


Photoshoot lah sangat kan..
haaaaaaaaaaaa..kami berjubah untuk majlis recognition ari tu..
tapi awat a.k.u nampak pendek?? mmmm
whatever
pendek ke..tinggi ke..
yang penting mashokkkkkkk
ha h aha
satu lagi...
model kat sebelah tu..asik nak pose carik jodoh je tau
jeles acik ok...





Jom Pegi Zoo Negara

Assalamualaikum

hujung minggu lepas...
incik suami ajak anak-anak ke Zoo Negara
mmmmmm
kakot...incik suami ajak ok...



dah nama pun hujung minggu
parking..omang aiiii..penoh..
jadinya..incik suami pun drop kan saya di pintu utama...
dengan harapan ngan parking di Pintu B
rupa-rupanya pintu B nunnnnnnnnnnnnn jauh kat Aquarium sana
menapaklah mereka tiga beranak ke Pintu Utama
padahal..boleh je beli tiket kat Pintu B




harga tiket masih macam dulu
mmm..konpius acik tau warganegara kena charged RM30 tuk dewasa..
pasrah....

bila dah masok..
biasalah...
ada lah zirafah dan gajah tu..
macam a.k.u kecik-kecik dulu
tempatnya masih di situ

tasik?? mmmm...
rasanya pihak Zoo kena buat sedikit 'olahan' di sana
tak bestlah kalau pelancong asing datang..
agak memalukan....

tempat lain-lain..
juga masih sama...
cuma ada tempat baru tuk si Panda tak lama lagi..
tapi masa a.k.u pergi tu..masih tak siap
banyakkk lah sangat renovation kat dalam tu..

yang paling utama
Animal Show
kalau nak tengok
make sure....sampai di sana sebelum jam 11 pagi dan 3 petang
hanya ada dua show sehari..kecuali hari Jumaat..sehari je show tak silap...




cute tak Fahim
ibu suh dia pose cam 'kawan' dia kat belakang tu...ha ha ha..
sibuk tau orang utan tu
mula-mula kawan dia je kat situ
dia jeles agaknya orng dok bergambar ngan kawan dia..
pastu teros dia datang..buat pos alaaa ms world kat situ.....ha ha ha

ok lah

Untuk keterangan lanjut mengenai Zoo Negara ni
boleh lah layari laman sesawang Zoo Negara di sini

nak buat party? kenduri kawin ke kan?
tapi....rasanya pihak Zoo Negara kena 'bersihkan' sikit kawasan di sana
barulah 'friendly smell' skit..hehhehe


Friday, December 13, 2013

Bonus Hujung Tahun Part II

Assalamualaikum

semalam baru intro....

ari ni kite cite seterosnya ye



Alhamdulillah
a.k.u dapat dua awards
satu..The Avengers
kedua...The Antz
tu yang dua gambar di up semalam....

The Avengers tu award tuk Teamwork...
a.k.u dan BFF a.k.u dinobatkan sebagai pemenang..
mmmm....rasanya...setakat ni..lom ada lagi pencabar lain berjaya menepis kami .....
ha ha ha...
kiranya kami menang berturut-turut start dari tahun berapa yek?
sampai tak ingat dah....ha ha ha..
opppsssss

The Antz tu...tuk menghargai kami yang suka menolong...bantu-membantu...
ringan tulang jugak a.k.u ni ye...
Alhamdulillah..
rezeki yang Allah beri...
memang tak menjangka (walaupun mmm mmm mmm ... )
yang pasti..rezeki yang Allah beri tu
kalau tidak sekarang....later later ...
pasti ada...

sebelum saya mengakhiri topik part II
  (berpart-part ok..meaning ada part lagi lepas nie..jgn boring pulak)
selamat menjamu mata...
mmmmm delioussss food..
yang penting..makanan jadi lebih sedap..bila makan free..ha ha ha

selamat bekerja!!!





Thursday, December 12, 2013

Monday, December 9, 2013

Makan-Makan..Suka-Suka

Assalamualaikum

amboi..
bersawang abihhh lah..
konon nak matlamat cecah 1K pendapatan Nuff ye
sangatlah der statement itu
nak menghapdet pun nan hadooo

ha h aha...

btw...Jumaat lepas
kami ke Lanai Kijang....tempat makan exclusif untuk staff...




memang tak de niat pun nak makan-makan
tapi di sebabkan MENU event hujung tahun department yang bakal menjelang tak lama lagi
yang di handle oleh a.k.u (pembantu jeeeee)
sendiri yang telan air liur nak merasa..
tak sabo kannn
teros je pagi-pagi..booked untuk tiga orang...
a.k.u memang aimed nak CARAMELO BAKED BANANA seperti di bawah
kekdahnya..hanya ini saja yg a.k.u order..di samping ICED MOCHA...






amboi..love bagai ye..hehehhe...
morah je....tak mahal mana..kata tempat untuk staff kan
kedua-dua kawan saya telah menjamu tekak mereka dengan makanan di bawah







Alhamdulillah
makanan di atas menjadi sedap bila di belanja oleh Puan Shidadut
rugi ok tak amik main course..hehehe..
tak pe..bleh repeatkan Puannnnnn....

lepas kami menjamu anak tekak kami
kami ke session berikotnya...
iaitu seisi menjamu telinga pula..
kita sambung yek lepas nieH

btw..untuk makanan di atas plus dua minuman...rege lebih korang cam RM35 gitu..
morah kan? hehehhehe..ok lah 3 orang makan...main dish dua..air tiga...pencuci mulut 3...







Sunday, December 1, 2013

Cara Mengajar Anak Mengikut Cara Aku Sendiri

Assalamualaikum

Topik agak berat hari ini..
bukan apa..sekadar panduan untuk a.k.u di masa depan
agar a.k.u tidak sewenang-wenangnya berasa selesa...
dan juga berkongsi dengan ibu di luar sana

membesarkan Fahim memang amat mencabar...
Fahim berbeza berbanding Alieyah
membesarkan Alieyah tidak se'hebat' membesarkan Fahim

walau bagaimanpun
a.k.u bersyukur..
Fahim tidaklah se'susah' orang lain yang mungkin lebih hebat di duga oleh Allah s.w.t

baiklah...moga dengan perkongsian ilmu yang tidak seberapa ni..
boleh dijadikan sebagai titik mula untuk kita sama-sama muhasabah diri

Cara Mengajar Anak Istimewa Saya...

TEKNIK PERTAMA:  Paksaan

Ya...a.k.u memang gunakan kaedah paksaan untuk mengajar Fahim
cara biasa-biasa sukar di gunakan....sbb dia masih tak faham lagi
TAPI...paksaan yang berbentuk win-win situation
bukan paksaan yang membolehkan dia berbuat sesuatu...
tetapi MENDAPATKAN SESUATU..

CONTOH:
Ibu suruh amik remote control TV
dia for sure..takkan amik..
sebab..degil....tak suka dengar arahan
tapi ibu skrang, takkan marah-marah...
ibu akan gunakan teknik paksaan yang membuatkan dia rasa happy..
"kalau tak amik remote..ibu tak nak bukak kartun"
(walaupun masa tu tengah buka rancangan kartun)

so dalam keadaan ni..dia akan fikir..
bila tak amik remote...tak boleh tgk kartun..
ibu ajar dua benda at one time
satu kena amik remote..satu lagi ibu ajar dia faham...
kena ada give and take..

YES...Fahim kena amik remote....then boleh tgk kartun ...

jadinya..ibu happy.....Fahim pun happy...
ibu dapat remote..Fahim dapat tengok kartun

TEKNIK KEDUA:  Reward

Reward ni..memang kena buat...apa-apa sekalipun
ada orang guna kaedah bagi reward dengan letakkan sticker pada board
sticker siapa paling banyak..dapat hadiah
so teknik ni..kena ada kawan..lagi berkesan..
jadinya.....Fahim dan Alieyah akan bersaing sesama sendiri...
so kalau buat satu benda yang ibu suka...dapat satu sticker...

atau...boleh gunakan teknik lain
kalau buat..ibu bagi main kat taman
atau...kalau buat...ibu bawak pegi Legoland..
apa sahaja..asalkan reward
even gunakan teknik beli aiskrim..coklat..anything yang anak kita suka!!

TEKNIK KETIGA:  Tak betul tapi betul

ape tu yek..ha ha ha..a.k.upun tak tahu
tapi itu teknik a.k.u..
a.k.u punya suka

kalau nak ajar Fahim nieH...
memang tricky...Fahim ni kadang-kadang niat dia baik
nak tolong ibu..tapi dalam masa yang sama..menyakitkan hati ibu..

CONTOH:  
Tolong ibu nak mengemas....bungkus roti canai....
dia dah siap-siap bungkus nak bagi ibu...nak mengemas kononnya....
tapi pada masa yang sama...masa nak hantar roti canai yang telah di bungkus...
roti canai tu jatuh...
budak-budak....for sure tak kemas bungkusan tu...memang jatuhlah..
usually a.k.u akan marah.....ye lah..ibu dah penat-penat kemas..ko buat sepah..

tapi still..niat Fahim baik nak tolong ibu
ibu kena buat reverse psikologi...
daripada ibu pening kepala sakit hati nak marah-marah
baik ibu ajar Fahim cara yang betul bungkuskan roti canai tu

so ibu dapat dua kelebihan untuk satu situasi
satu..Fahim boleh tolong ibu
kedua...Fahim boleh belajar macam mana nak membungkus

dari ibu sakit hati menjerit terlolong-lolong macam tarzan dok marahkan Fahim sebab roti canai tu berterabur
baik ibu ajar Fahim cara yang betul.....

itu yang a.k.u kata kan...TAK BETUL TAPI BETUL
cara Fahim buat tu tak betul..tapi niatnya betul..hehhehe


Setakat ni..
tiga cara ni saja yang berkesan untuk Fahim
terima kasih Fahim
sbb Fahim ajar ibu jadi ibu yang lebih baik
sbb Fahim ajar ibu jadi ibu untuk lebih bersabar
sbb Fahim SEDARKAN ibu...bukan semua anak itu sama..

Ibu akan pastikan...
orang yang bertanggapan negatif pada Fahim
akan rasa mereka itu salah!! ye memang salah!!
Fahim anak yang istimewa...
ibu yakin...di akhirat kelak..anak ibu ni lah yang bantu ibu dari terjatuh ke neraka...

doakan ibu sentiasa kuat..sentiasa tabah..sentiasa sihat...
ibu akan cuba sedaya upaya ibu 'patahkan' semua tanggapan yang salah...

YES...Fahim boleh!!"
ibu YAKIN...Fahim boleh..

"Oyehhh arrr..Oyehhh arr..."
(skrang dia selalu cakap cam ni kalau nak sesuatu yang bermaksud "Bolehlah..Bolehlah...")




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...