SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Friday, January 22, 2016

Mini Malaysia and ASEAN Cultural Park - Tempat Menarik Untuk Di lawati di Melaka

Assalamualaikum


ni kira hari Kedua di Melaka
dah lama giler kot tak datang sini
makanya kami terjah lah...

Bayaran masuk ke taman ni adalah
Dewasa RM18
Kanak-Kanak RM10
dan untuk Warga Emas/OKU juga RM10

seperti biasa
masuk je pintu utama
dah kena tangkap dengan photog di sana
sekarang ni dah jadi kebiasaan kot..
mesti ada photog tolong amik gambar
dan ape lagi..kena bayarlahhhh hehehhehe






selain dari rumah-rumah Malaysia yang di'pertonton'kan
ada gak persembahan
menurut mereka
persembahan di adakan dua kali sehari
tak kira ada orang ke tak..kena buat ok

masa kami datang tu..memang kami je kat situ..dan dua tiga kerat lagi kawan-kawan dia orang
memang komited kan..thumbs up kepada dia orang
gambar di bawah ni memang sangat sempoi..
tak sangka depa layan gak selfie saya ..ingat depa proceed ngan tarian depa je






dan paling best dan membuatkan kami terkejut...
kat salah satu rumah ni...ada orang masak Jam Tart, muffin dalam rumah tu ok
serem pada mulanya..tapi memang kenyataan
tapi gambar tu ada dalam SLR..masih tak transfer..harap maaf..nanti ada..saya update di sini
jam tart dia sedap ok..rugi tak beli banyakkkk hehehhehe...
 
keseluruhan
kami rasa....tempat ni harus di baik pulih kot
dah macam lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dan usang sangat dah
even ada taman tema dalam tu pun..tak beroperasi...kesian kami tengok terbiar gitu..
even taman mini ASEAN pun tak de masa kami pegi ok....
 
my two cents
maybe setiap dari rumah-rumah dalam ni ..kerajaan negeri masing-masing taja lah sikit
kalau rumah Melaka....kerajaan Melaka sponsor
kalau rumah Sarawak..kerajaan Sarawak sponsor
 
jadi tak delah terbiar sangat dan harapkan bajet dari pihak pengurusan kan
nak harap ramai orang datang
memang susah lah..hujung minggu maybe ramailah
kalau hari-hari biasa..memang susah nak nampak orang..
 
kesian dibiarkan cam tu
merugikan....
 
at least kalau ada penajaan..boleh lah terjaga sikit kan...
 
 
 
 
 







Tuesday, January 12, 2016

Klebang Original Coconut Shake - Tempat Menarik untuk Dilawati di Melaka

Assalamualaikum


hari ni pertama ni memang di Klebang jeeeee
tadi dah pegi Padang Pasir..lepas tu ke Submarine Museum
sekarang ke Klebang Original Coconut Shake
haaaaaaaaaaaaaaaaaa
wajib pegi kannnnnn....(walaupun tak haram kalau tak pegi hehe)

btw...dah alang-alang dekat situ je
baik pegi
lagipun tekak kering
lapaq kemainnnn :)





setelah merasainya
slurppp masuk kat tekak yang kering
mmmmmmm..saya boleh cakap
tak delah sedap sangat
ok ok aja
saya pernah rasa lebih sedap dari ini kot....opsssss
harga..not bad

RM2.40 segelas (coconut shake special)
selain shake ni..ada gak air-air lain...
Bonda tu beli ayaq kelapa....RM1.30 segelas
Alieyah minum ayaq melo..RM1.90 segelas
kuih muih RM0.40 seketul
mee goreng/bihun goreng/nasi lemak dalam lingkungan RM1.40 to RM1.50 sebungkus

harga masih mampu milik
kedai pun dah luas
boleh lah lepak-lepak
parking pun luassss...
so kalau tak nak drive-in....
lepak-lepak jelah kat kedai dia

tapi..awas ya..kalau nak bungkus..harganya lain sudahhhh :)

ok lah..tekak pun dibasahi ayaq.....
badan pun dah penat...
balik rumah...tidoq...ha ha ha.....

hari pertama settled.....

Monday, January 11, 2016

Submarine Museum - Tempat Menarik Dilawati di Melaka

Assalamualaikum


Submarine Museum ni sekawasan dengan Padang Pasir tadi
iaitu di Klebang
dia sebelah menyebelah je :)

Fees untuk kanak-kanak adalah RM1 dan untuk dewasa RM3



Takde apa yang menarik sangat kat sini
cumanya sebijik kapal selam yang asal dijadikan sebagai tatapan umum
so orang boleh tahu camne keadaan dalam kapal selam
agak kecil....sempit....semput a.k.u di buatnya dok dalam tu
hahahahah
untuk orang 'comel' cam a.k.u..adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
memang tak hidup kot
tempat tido tu je dah buat a.k.u pening
belum lagi laluan dia yang seciput...
patutlah kelasi kelasi kita ni kurus keding kan.......


Sedikit latar belakang yang a.k.u sempat carik dari net.

Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.

Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita

Lokasi:
Dataran 1Malaysia, Klebang, 75200 Melaka
GPS Coordinate: N 2.213988, E 102.198461


nanti a.k.u share-sharekan gambar di ruang dalam kapal selam ni
(masih dalam kamera)


setelah dua tempat kite lawati
PETUA yang saya boleh beri
beli air siap-siap....
haus ok berjalan-jalan tanpa air
memang kat kawasan ni tak boleh niaga..
yang ada pun cuma vending machine..
kotnya rosak....mmg kehausan lah...hehehhehehe




Padang Pasir Melaka - Tempat Menarik Untuk Dilawati di Melaka

Assalamualaikum





haaaaaaaaaaaaaaaaaaa
mana pulak muncul padang pasir kat Melaka
suka-suka hati je kan..
tapi hakikatnya..memang ada
ia terletak berdekatan Pantai Klebang sana..


jenuh gak lah menapak semata-mata nak bergambar di sini..

haaaaaaaaaaaaa untuk pengetahuan semua
nak masuk padang pasir ni free
tapi di sebabkan free
kenalah menapak..kecuali hangpa ada 4WD...haaa boleh le masok
sbb dia pasir ok......

masa kami ke sana
ada gak kereta yang berlagak cam 4WD..akhirnya..terperangkap dalam pasir....

so jgn berani coba yaaa kalau bukan 4WD...

untuk sampai ke sini
a.k.u sempatlah kira berapa langkah..
1072 langkah ok..pegi sahaja.... :)

tapi moment captured...priceless!!
hajat hati nak pegi lagi
sbbnya..aritu yang melangkah sebanyak 1072 tu pun baru sampai bukit pertama
cam rugi je tak pegi yang belakang-belakang tuuu




gigih incik suami bawak si BB8 ni
semata-mata nak suh dia bergambar kat padang pasir...
real sangat ok..ha ha h a






di sebabkan agak jauh
dah a.k.u sendiri tak yakin untuk bawak anak-anak
makanya hanya kami berdua je lah melangkahhhh....

gambar di bawah ni....baru di pertengahan ok..
penattt
berhenti kejap..hahahahha




yang ni pulak dah sampai di bukit pertama
nak sampai yang ni pun jenohhhhhh nak pegi belakang-belakang tu kan
tunggu i FIT sikit baru boleh jelajah belakang







ada banyak gambar lagi dalam DSLR tapi belom sempat nak mengtransfer..
yang ni sume dalam hp saja
haaa sebut pasal hp
punyalah seronok kan bergambar ala-ala padang pasir...
duduk ataih bukit sangat..
amik ko..hp hilang di dalam pasir
sib baik sedar awal
bukan tu je hilang
BB8 pun....tau-tau ada tapak dia je
BB8 ntah tenggelam di mana
payung...konon di bawa sbb panas
hampehhhh boleh pakai
angin kuat giler kot
bukak je cam nak melayang
yaaa bukan payung je nak melayang..a.k.u punnn
kuat ok..bayangkan anak hippo pun boleh nak diterbangkan....cuba bayangkan kuat ke tak angin dia
satu lagi...
sebenarnya ni bukan padang pasir sebenar




a.k.u ada buat kajian sikit
katanya....tempat ni ditambak..
so pasirnya di bawak naik dan ditimbun menjadi seolah-oleh bukit di padang pasir....
jadinya tak tahulah sampai bila tempat secantik ni akan dibiarkan
tapi kalau ia diteruskan..rasanya boleh menjadi salah satu tarikan di Melaka..

kan??





Tempat Menarik Untuk Dilawati di Melaka

Assalamualaikum


Macam tahun-tahun sebelum
akhir tahun memang a.k.u akan all out
tak dapat pegi jauh
yang dekat pun jadilah
sebab..
satunya hujung tahun ni birthday Fahim
dan juga anniversary saya :)

alhamdulillah..sudah 10 tahun usia perkahwinan...
biasalah gaduh baik turun naik..
asam garam perkahwinan..

baiklah cukup itu untuk anniversary saya ye

yang saya nak cerita di sini adalah
pengalaman saya bercuti di Melaka
ye...dah banyak kali pegi Melaka
ehhh tak delah banyak..tapi rasanya tahun ni dua kali kot dah pegi Melaka
walaupun Melaka tu kecik..tapi banyak tempat yang belom sempat terjah..
macam sebelum ni a.k.u dah


  1. pegi makan Ikan Bakar di Umbai
  2. Upside Down House dan Zoo Melaka
  3. A Famosa (Porta De Santiago) ... Istana Kesultanan Melaka ... Bangunan Stadhuys
kali ni a.k.u memang planned nak pegi tempat selain yang pernah a.k.u pergi sebelum sebelum ni...

antaranya


selain A Famosa dan sewaktu dengannya kan...
tempat wajib hehe
tapi yang best tahun ni..sambut new year kat Melaka..
gigih tunggu sampai detik 12 malam
tapi tak pelah...nanti kite cite..

selamat membaca!!



Friday, January 8, 2016

Sotong Raja Katanya

Assalamualaikum



first time makan
not bad lah
RM10 sekotak..
besar gak...
rasa cam ayam bob...
sama je kot..bezanya..ayam digantikan dengan sotong :)

jadilah kan
kang orang tanya tak tahu ape-ape...
at least dah rasa..ha ha ha





kalau nak tau lebih lanjut..nak franchise ke kan..
almaklumlah..kan menteri suh buat dua keje..
boleh lah hubungi hotline di atas
1-700-81-5059






Birthday Celebration

Assalamualaikum


24 Disember lepas
kami sekeluarga ada lah buat makan-makan sempena birthday Fahim yang jatuhnya pada tanggal 23 Dis
tapi di sebabkan sekarang ni kan kena langkah berjimat cemat jiwa selamat
kami jamak'kan lah birthday Fahim dan Alieyah...





tak buat besar-besar pun
just makan-makan dengan family members je punnnnn
nak appreciate anakanda-anakanda berdua kan
kejadian di JomBali AEON Big Wangsa Maju
kami penat gak carik tempat yang nak memuatkan dekat 25 orang...
ni pun main gamble je...

alhamdulillah...tempat kosong kan :)



kek ditempah khas oleh Babah mereka
tak tahulah mana dia dapat idea gini.....terus tempah ngan kawan dia..
ibu tak kisah as long as guna duit Babah...hahahah




7 dan 9 ni usia mereka berdua.....simbolik sangat..
tapi Alieyah masa potong kek ni buat perangai
kena sound dengan ibu kan
teros monyoooookkkkkkk...
Fahim tak payah cakap..excited sampai potong kek senget benget
tu belom orang belom habis nyanyi lagu birthday dia dah tiup lilin duluuu
dua kali kot pasang balik tapi still tiup sebelum sempat habis nyanyi






tido pulak si Alieyah ni hahahha




overall
saya suka sangat
sbb sekurang-kurangnya depa tau...ibu ngan babah sayang dia orang
tak perlu nak buat besar-besar pun..asalkan ibu dan babah ingat birthday dia orang
in sya allah..ibu akan cuba buat yang terbaik untuk anak-anak ibu...

jangan dah besar nanti..besar kepala..haaaaa..awas!!


Thursday, January 7, 2016

Safi Rania Gold

Assalamualaikum




pada mulanya
a.k.u cuma nak beli bedak
terus tersampuk beli satu set Safi Rania Gold ni
susah kan bawak kawan-kawan
faktor pembangkit semangat tu kuatttt (alasannnnnnnnnn)
lagipun siap ada offer pulakkkk...ape lagiii...
tanpa ragu-ragu lah
dari hanya sekotak bedak
jadi berkotak-kotak barang lain.....


tapi a.k.u memang pengguna tegar scrub wajah safi rania gold ni
cuma bila a.k.u nak beli BB Cream tu...
teros adik cantik kat situ promote Serum, Toner dan Pembasuh Wajah
dia kata..Scrub tu pakai seminggu sekali je
nanti kulit muka tak tahan....tu kena pakai pembersih wajah untuk hari-hari lain
a.k.u baru tahu ok..hahah
selama ni dok belasah scrub dengan harapan, habuk semua terbuang bila kena scrub kannnnn

secara keseluruhan
a.k.u suka lah pakai
lagi-lagi BB Cream dia
nampak muka kita mulussssssssssssssss je
tak pakai bedak pun tak pe
tak pe....kite tengok apa jadi selepas 6 bulan penggunaan..
a.k.u beli ni 27 November 2015

kite tunggggggguuuuuuuuu



Jom Masak Keropok Ngaku

Assalamualaikum






bila nak CNY je..
dua benda a.k.u tunggu...satu Prosperity Burger..satu lagi Kerepek Ngaku
dulu a.k.u pernah buat post pasal keropok ni kat sini
kiranya dah pandai sikitlah bab-bab memasak dia..hehehhe

kebetulan tahun lepas pun a.k.u beli kat Jusco Wangsa Maju
tahun ni pun sama
first time ari tu nampak di Carrefour 4.99 sekilo ok
buat tak pandang je lah
tup tup pegi Jusco ari tu
78 sen sekilo..
ape lagi..
rembatlahhhhhhh...





ada beberapa ketol lagi tak buat..
sbb hari tu...half way....nak berkejar amik anak-anak dari sekolah...
tapi bila dah berhenti...memang liat lah nak start balik kan..
nak tunggu 'roh' rajin muncul balik
tapi jgn roh tu muncul selepas buah ngaku ni busuk dah lahhh....

kawan-kawan..ape lagi
jom lah buat..tak susah pun
masak cam kerepek pisang/ubi je...





Wednesday, January 6, 2016

Budak Sekolah Baru Belajar

Assalamualaikum


Awal-awal tahun ni mesti bz dengan anak-anak masuk sekolah kan
walaupun dah darjah 2, 3, 4, 5, ataupun 6 hatta dah masuk tingkatan pun
mesti mak pak masih nak follow jugak gi sekolah....
normallah kan
mana ada mak pak yang tak sayang anak

untuk a.k.u.
baju semua pakai yang tahun lepas..
walaupun untuk si Alieyah tu agak macam sarung nangka
tapi ibu redah jugak sbb nak suh Alieyah kurus balik hahahah
kasut ngan beg je beli baru..tu pun Babah dia orang yang beli sendiri
mak tetap pasrah
lelain tu semua pakai tahun lepas punya...
masih elok bukan buruk pun...
membazir kan perbuatan syaitan yang di rejam..ha ha ha





untuk tahun ni
ibu ngan babah amik cuti dua hari..
nak memantau apa-apa yang patut
alhamdulillah...first day tak de onar yang di buat oleh anakanda-anakanda berdua...
Alieyah pun dah besar..darjah empat tahun ni..Fahim dah darjah dua...




actually gambar di atas ni...
diambil curi-curi
masa ni nak habiskan masa senggang..cikgu ajak menyanyi....
tapi cikgu dok cakap Fahim dah ngantuk..tak moh layan nyanyi .. dia diam je..
Fahim as usual sangat behave dekat sekolah...tak buat hal
tapi bila dia nampak cikgu dok cakap-cakap..dia toleh belakang...
sekali ibu ada lahhhhhhh
ape lagi....buat drama lahhhhhhhh.....

susah tau budak ni..ngan Babah mesti tak de nak drama....
bila ibu je...kuarlah telenovela dia...



last but not least...
sekarang ni memang susah nak amik gambar budak kecik ni
tapi bila setiap kali boleh amik gambar dia
mesti dia cakap..."Ehhhh..comellah...."
cheh..masak maggi letak telor sungguh budak ni...
ada tak peribahasa cam tu hahahahah.....

so hari ketiga..ibu dah masuk keje
pepandailah anak-anak sekalian
tadi jenguk Alieyah pun dia ok je....
Fahim akan menjalani rutin biasa..ada kelas terapi untuk petang :)


ok...nak sambung keje.....curi-curi time keje..acik???



Monday, January 4, 2016

Happy New Year

Assalamualaikum

I do hope 2016 will bring the beautiful journey along the way....
and 2015 will be the best benchmark to be a better person


More updates soon
About our Melaka Trip...
Alhamdullillah..everything went smoothly as planned...
All missions have been accomplished successfully...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...