SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Friday, June 28, 2013

Teduhan Kasih Episod Akhir - Peluang Menonton bersama Pelakon

Assalamualaikum

alaaaaaaaaaa dah nak habis Drama Teduhan Kasih
episod semalam sakit hati ok
cam nak siat-siat je si Ayu (lakonan Nabila Huda) tu.....
grrrrrrr
nyampah aii tau.......

sangat santap bila semalam episod berakhir kat scene tangkap basah tu
jgn lupa ok..next week episod akhir....

dan sebagai menghargai peminat.....
TV3 bermurah hati menjemput semua penonton yang berminat untuk beramah mesra bersama pelakon-pelakon Teduhan Kasih..terutama hero nya tu lahhh...

Bila?  2 Julai 2013 jam 5.30 petang
Di mana?  Rasta @TTDI, Sg Penchala





Sambutan Hari Pekerja

Assalamualaikum

sejak tahun lepas kot
a.k.u suka ikot team company pegi Sambutan Hari Pekerja...Maulidurasul...
selain mengisi masa senggang...
nak kumpul baju..buat koleksi...ha ha ha

tahun ni tetamu VVIP kita adalah PM kita sendiri....
jauhhhhhhhhh nunnnnnnnnn nampak Tok Jib ataih pentas...
adoi....jauhh tu letak kontijen kami...
dah lah membelakangkan pentas artis-artis buat show..




gambar kat bawah ni tak silap a.k.u sebelom PM datang
ada tunjuk skit karenah pekerja kita dari bangun tido sehingga pegi keje... :)

dannnn sebelum tu plak..ada lah persembahan artis-artis jemputan
paling best...abang Mus OK
a.k.u yang berpakaian 'mmmmm' ni kan....
bleh layan rock wehhhhhhhhhh...


"kau umpama bunga yang mekar di hati ku
ku harap kau mekarlah selama-lamanya
kau umpama bintang menyinari hidup ku
ku harap kau terus bersinar

ketika kau perlukan aku
sentiasa aku ada di sisimu
ketika ku rindu padamu
terasa cinta semakin dalam

sayang kasih ku abadi
cinta mu mekar di hati ini
kau dalam ingatan 
di sepanjang hayat ku
demi teguhnya cinta selama-lamanya

ketika kau perlukan aku 
sentiasa aku ada di sisimu
ketika ku rindu padamu
terasa cinta semakin dalam

sayang kasih ku abadi
cintamu mekar di hati ini
kau dalam ingatan 
di sepanjang hayatku
demi teguhnya cinta selama-lama..

kau umpama bunga yang mekar di hati ku
kuharap kau mekarlah selama-lamanya
kau umpama bintang menyinari hidupku
ku harap kau terus bersinar"


bleh teka lagu ape...
mau tak layan kannnn....
mmg satu stadium tu bergemalah ...
mmg tak payah lah Abang Mus tu nyanyi...tak dengar OK..suara orang sekeliling dah penuh stadium

** senang Abang May buat show ari tu **






ni dua kontijen yang bagi a.k.u agak 'paling menyerlah dalam stadium' tuuu...
tapi paling WOW..si PERKESO tulah..
siap maskot...pak dalang...mr potato bagai.....
pasai tu menang lah kot noooo..




dannnnnnnnnnnnnnn
sebelom berakhir
cuba korang bayangkan...
satu stadium yang curlassss tuu
kami ni....kontijen yang sangat ayuuuu...

dannnnn dengan keayuan kami di situ....
bayangkan cam ne kami layang rock jiwang Abang Mus

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
next time plissssssssssssssssss....
bagi lah kami baju yang 'bersesuaian'..
asik baju tuuuu je....
sob sob...
walau apepun..tetap enjoy
walaupun dipertengahan event tu ada 'call' yang menyakitkan hati..ha h aha



Thursday, June 27, 2013

Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum


skrang ni orang dah sana sini dok promo kuih raya kannn
a.k.u pun tak terkecuali jugak
tapi ni bukan saja tuk raya
untuk bila-bila masa sahaja..
cakap je nak bila....
akan cuba tuk penuhi permintaan semua...

dan pastinya...
cookies ni sedap...
nak kata rasa macam famous amos kannggggg...tipu lah kannnnn....
depa tu dah established....pastu rasa dia.....harga dia kan..mmg $$$ .....

yang ni...yang pastinya HALAL..insyaallah..
hasil kerja tangan orang Malaysia...ISLAM semestinya...
usahawanita lagi uolssssss.....
rasa sedap.....makan tak boleh berhenti..erk....(gila promote kan)

mula-mula mmg cam was was was tau.. (tiga kali was-was tu)
sedap ke tak...macam mana rasa dia....kang tak sedap cam mana kannn
pastu bila dah ngapPppP........memang tak berhenti mengunyah..

rupa dia comei-comei gitu....cam famous amos gak... :)
boleh di dapati dalam packaging 100 grams, 250 grams, 500 grams ... 1 kg pun ada :)

kalau berminat, roger-rogerlah ye...
boleh contact saya di adhila310@gmail.com
kawan-kawan office...boleh cari saya di sametime :)





saja je amik gambar dalam balang di atas
ia juga sesuai untuk di jadikan goodies untuk majlis perkahwinan, pertunangan, birthday...
ye birthday..pastinya tuk birthday anak-anak saya juge!!...

tak kisahlah..kot kot nak dijadikan doorgift ke..
mmg molek sangatlah tuuuuu...

kat bawah ni packaging sebenar ye..
100 grams yang dalam kotak.. (kot kot kata..ehhh nak rasa dulu..kang tak sedap cam ne...boleh je cuba yang ni ok...sure sedap...lepas ni order berkilo-kilo )

yang balang tudung merah tu 250 grams...
di bawah tu macam tak nampak sangat yek.....tu 1kg

jangan lupa ok..
berminat..hubungai saya di adhila310@gmail.com




baru je buat promo dah ada orang order
terima kasih kawan-kawan...
terima kasih sbb support saya..insyallah.....sama-sama kita ye....


Wednesday, June 26, 2013

Promo: Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum

bagi intro dulu...
nanti cerita lagi ye...
moga Allah permudahkan segala urusan ku
kawan-kawan...support saya OK....


Tuesday, June 25, 2013

INFO BERKENAAN JEREBU DAN CARA PEMAKAIAN MASK (PENUTUP MULUT DAN HIDUNG) DENGAN BETUL

Assalamualaikum

General info untuk semua....



Bilik Gerakan Jerebu : 03- 8892 4890

CHECK INDEKS SEMASA JEREBU



NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

1.   GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

2.     NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT
        JEREBU
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
  • Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air
  • Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
  • Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
  • Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
  • Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripadapihak berkuasa.

3.     LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU
         DIPATUHI SEMASA JEREBU


Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 
Status 
Tahap Pencemaran 
Langkah-langkah pencegahan dan  kawalan Kesihatan 
0-50
Baik
Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum
·      Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.
·      Orang ramai  dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

51-100
 Sederhana
Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum
·      Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan
·      Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat

101-200
Tidak sihat
Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.
·      Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
·      Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
·      Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah.

201-300
Sangat tidak menyihatkan
Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi 
·      Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.
·      Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
·      Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.
·      Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah
·      Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
·      Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).
·       Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air. 
·      Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

301-400















Berbahaya














Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.












·      Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah.
·      Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
·      Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
·      Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
401-500 
Berbahaya
Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.

·      Tindakan seperti aras IPU 301 – 400

500 ke atas
Darurat 
Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan.
·      Tindakan seperti aras IPU 301 – 400
·      Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui media massa


Berjerebu...

Assalamualaikum

dah berjerebu plak a.k.u tengok blog neiH
nak update tapi tak bergambar macam tak best je kannnn

tapi nak cerita tu bukan main banyakkkk....
hehhehehe...

cam ne suasana jerebu tempat kawan-kawan semua
terok tak?
kat sini..mmmmmmmm
sangat-sangat TAK OK....

tapi bukan nak cerita pasal jerebu sangat pun
nak cite pasal benda di bawah nieH..



at last
tengah tahun 2013 baru dapat ...
mmmmmm...ntah ok ke tak tak BE kat atas tuuuuu

tgk amount dia..RM0.14...
nak gak letak RM kat depan tu
padahal sebut 14 sen sudah kannn

ha haha...

moga BE ni akan jadi cam Blogbuster Campaign a.k.u yang dapat 'bonus' debaboooo..
insyaallah...


Thursday, June 20, 2013

Jom Melawat Menara Kuala Lumpur, Pasar Seni dan Petaling Street

Assalamualaikum

ni episod terakhirlahhh...
boleh pulak di antara episod Menara KL ni terselit episod duit raya ye...
harap maaf....

ni lah Kampung Budaya a.k.a Cultural Village





kecik je tempatnya.....
mmg kat tempat Masterchef buat Cabaran Luar ari tu

so layan jelah gambar ye...ada banyak contoh-contoh rumah mini negeri-negeri yang ada kat Malaysia nieH



on the way masuk ke Kampung Budaya nieH ada jambatan gantung
dan macam kat Sabah ke Sarawak tu kannn

dua tiang letrik...ha ha ha








on the way keluar t..adalah fountain dan layan lah icity mini kat situ
actually dari sini pun boleh masok ke pintu utama untuk ke Menara KL tu..
tapi di sebabkan dia naik tangga dan berjalan menerusi Kampung Budaya tu
mungkin orang tak tahu sangat jalan ni pun boleh ke Entrance Menara KL



 antara yang kami tak pergi....XD Theater dan Pony Ride tu je lahhh
lelain sume belasahhhhhhhhhhh





dari Menara KL kami singgah di Pasar Seni
mak aiiiiiiiiiii berjanggut sudah tak sampai sini...
masih sama seperti dulu
cuma lorong kat sebelah tu dah berbumbung
dan a.k.u tak sempat nak amik gambar...
bumbung dia agak unik...ada gambar wau
masa ni dah hujan renyai..kamera pun dah simpan......
even masa pegi kat Petaling Street pun tak sempat bergambar
aiyooooooooooooo sangat rugi...hehehe




lepas solat sume...kami ke tempat makan
nampak tak dua gambar di bawah
yeeeeeeeeeeeee..kami di layan oleh dua orang 'pramugara'
best kannnnnn
puteri-puteri dugong cuma duk kat kusi acik? ha ha ha

banyak dah perubahan yek
a.k.u tak pernah tau pun depa dah renovate tempat makan ni
dannnn.....teh lemon dia sangat tak sedap
rugi sungguh a.k.u beli.......dah lah mahal..ha h ha




tak de keje kan si Fahim
dah jadi cam cleaner plak...ubah kusi sana sini

gambar di bawah ni saja nak tunjuk kemasaman dan ketidaksedapan air yang a.k.u minom
aiyoooooooooooooooooooo...
awat gitu rasa teh lemon itu...



lepas je makan..jalan-jalan kejap kat CM dan PS..pastu teros balik
letiHhHhH wooooooOOOOOoO..
tapi tak pe..family punya pasal..ibu tetap charge bateri jadi kaler ijo...
hehehhe


Tuesday, June 18, 2013

Alhamdulillah.....Pencapaian terbaik dengan Blogbuster Campaign

Assalamualaikum

pencapaian cemerlang setelah sekian lama berblog...
percubaan pertama menyahut cabaran untuk cuba buat video bagi Blogbuster Campaign membuahkan hasil lumayan...
BE pun tak pernah sebanyak nie...
kumpul bertahun pun lom tentu dapat ok...
ingatkan Blogbuster Campaign ni cam BE-BE lain yang pernah a.k.u dapat........
ye lah..usually dapat pun 15 sen...30 sen..paling banyak pun....75 sen tau..
tapi kali nieH..dengan hanya satu video Blogbuster Campaign.....
a.k.u dapat hasil yang lumayan...
wow...
Nuffnang sayang...bagi lagi Blogbuster Campaign kat sana
saya pasti cuba...
rugi giler tak cuba masa first Blogbuster Campaign ari tu
kalau tak mesti lagi ribu ribu ribu lemon...

percaya ke tak??











































mesti ingat a.k.u main-main lagi kannnn



one  




*





tw0




*





three









hehehe..verangan lagi kann...
asik verangan je..
adoiiii...

tapi kali ni tak verangan lah..
ini benar-benar kejadiannnnnnnn.........
ingatkan Nuffnang ada server prob lagi...
dulu kan pernah terjadi ...ada ribu-ribu income kannn..
tapi kali ini tidakKKkKKKKKKK...
hasil lumayan lebih dari kumpul BE yang tertahun tuuuuuuuuuuuu

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
hanya dengan satu percubaan..
saya mesti cuba lagi
semangat kobar-kobar nieH...
yok berBlogbuster Campaign!!


Alhamdulillah.....
love u Nuffnang!!


** rezeki kedua untuk coming ramadhan..alhamdulillah...rezeki raya anak-anak **



Jom Melawat Menara Kuala Lumpur (Sambungan)

Assalamualaikum


ntah dah masok part berapa pun tak tahu
belasah je lah labuuuu...
malas nak pk.....
asalkan ada benda nak taip kannn...tu yang paling utama

sebaik sahaja kami turun dari Observation Deck...
terus berkejar ke F1 Simulator nieH
sbb dia ada masa-masa tertentu
tak salah a.k.u cam kul 2 ke kul 3 dia stop sejam tuk 'sesi sejuk badan'...
so mmg ngam-ngam lah pegi....

fees dia...pejam mata lagi bayar...
incik suami je join
katanya susah
dan tak best...sbb tak dapat naik F1 yang sebenar....
rosak ke haper ntah..
so dapat simulator yang cam kite main games kereta kat kedai-kedai games biasa tu je
cuma dapat experience cam F1 lah...bunyiknya...mmg dah cam F1...
sampai si Fahim melalak-lalak....




sementara tunggu incik Adha ber'simulator' tu...
kami anak beranak layan jelah apa yang ada kat situ...
ingt nak sambor cover Ipad Ferrari tu
tapi rege dia..omang aiiiiiii...

nak beli tu boleh
bila fikirkan anak-anak buat Ipad cam belacan
baik tak yah
kang nangis tak berlagu ibu tgk sarung Ipad Ferrari tuuu..
barang lelain cam baju..jacket...macam-macam...rege dia pun wow!!
yang mampu beli (walaupun hakikatnya cam tak delah mampu sangat ) cuma cap.....
itu jelah ibu boleh beli sebagai kenangan kannnn..

Bersebelahan dengan Simulator ni ada Blue Coral Aquarium...
actually kalau teros turun dari observation deck tu..mmg akan nampak Blue Coral Aquarium ni dulu
tapi di sebabkan nak kejarkan masa..kami pegi F1 Simulator duluuuu.......


kecik je pun Aquarium dia..boleh lah dari tak de....
si Fahim excited macam tak excited je ...
tapi bila ibu yang terover excited baru dia nak excited tengok 'kishhhh'
Kak Long cam biasa....mmg super over excited!



berdepan dengan Aquarium ni ada KL Tower Animal Zone...
kat muka depan tu ada parrot...bleh bergambar....tapi biasalah..bergambar meaning..duit :)
tapi kami tak bergambar punnn
masuk kat dalam.....
ok lah...tak banyak pun animals nyer....berbaloi lah dengan bayaran masok.....



yang menjadi tarikan kat sini.....kura-kura berkepala dua...
mula-mula a.k.u ingat sekadar nak kasi gempak-gempak je
rupa-rupanya mmg betul berkepala dua....
waaaaaaaaaaaa...besar sungguh ciptaan yang Maha Esa kannnn...
layan jelah gambar seterusnya ye.....
bagi a.k.u macam tak terjaga sikit Mini Zoo nieH...
masuk-masuk je dah 'bau' tak sedap
aiyoooo..kata daya tarikan pelancong
malu hokey kalau terbau yang kurang sedap pada pintu masok
tu bukan nak welcome..macam nak kata bye-bye je...

masih ada ruang untuk diperbaiki
hopefully pihak Menara KL dapat tengok lah perkara nieH......
macam tak berapa menarik di situ










berdepan dengan zoo ni ada pony ride
a.k.u dok offer ngan Alieyah tak moh
pastu bila dah nak pegi tempat lain..baru nak naik..
jawapan dia 'sekian' ibu malas dah nak patah balik..

lepas ni ada sambungan lagik ye...
pegi kat Kampung Warisan dia pulak....
destinasi terakhir sebelum kami berangkat pulang...

bersambung..
(heheheh..jangan marah ye..banyak plak episod kali nieH)


Monday, June 17, 2013

Jom Melawat Menara Kuala Lumpur

Assalamualaikum

ok lah..kite masok bab naik ke observation deck ye....
macam biasa......sebelum masok nanti..dia akan check tiket dan lepas tu dia akan tarik perhatian kite ke satu sudut tuk amik gambar
(biasalah tu kan..nak perabih duit den)
lepas tu..bersedia untuk menuju ke puncak dengan bantuan 'lif'
takkanlah naik tangga kan.....fuhhhhh mau tiga hari tiga malam tu kalau suh naik tangga .. ha ha ha

kita layan dulu gambor ye...
kat atas tu...hanya nampak permandangan Kuala Lumpur dari atas lah
macam posting a.k.u sebelum ni..
a.k.u ada posting gambar KLCC dari puncak..dan gambar sekolah menengah a.k.u dulu CBN
semua tu a.k.u captured dari puncak nunnnn...
dan jangan di sangka a.k.u guna kamera canggih-canggih ok amik gambar tu..
ada antaranya a.k.u amik hanya menggunakan Ipad
dan gambarnya masih debaboooooo.......
contoh gambar yang hanya menggunakan Ipad..gambar KLCC yang a.k.u pernah up duluuuuuu
tapi kalau seperti dua gambar di bawah..
kenalah guna kamera bagak tu
zooooommmmm jauh skitttt..
nampak nun di sana Istana Negara yang baru tuuuu






luas terbentang kannnnnn bila tengok Kuala Lumpur...
nunnn jauh saujana mata memandang...cewahhhh

tak sah kalau tak bergambar kat atas tu kan...rugi woOoOoO..
dah naik mahal-mahal...baik bergambar sekali kannnn





port kat atas ni paling glamer..ramai gak orang bergambar kat sini



peaceeeee!!..
orang peace guna dua jari
dia 1 jari je OK
1 Malaysia kekdahnya..
aiyoooo Pa'immmmmmm.....

ape-apelah..asalkan dia tau tu Peace yo!!
ha ha ha

kalau Kak Long
tok sah tanyalah
macam-macam aksi dia buat...






sayu bila tengok gambar Alieyah dan babah dia..
mmm dah besar anak dara a.k.u ni sebenarnya...
si Pa'im....pun dah besar gak
tapi masih di anggap kecil
dah namapun 'adik' kannn






gambar kat atas ni..a.k.u belasah je..amik dari belakang
try and error kekdahnya
tapi tak sangka..first try....sasaran tepat..yes!!

oh ye..kat atas ni pun ada gerai-gerai jual cenderahati...
tapi bagi a.k.u
tok sahlah beli
kalau kite ni rakyat Malaysia
sebab..mahal..
baik korang carik kat Central Market..jauhhhh lebih morah OK
ada satu tu..si Alieyah nangis-nangis nak
sib baik a.k.u tak beli
kat atas nun RM30 ok
kat Central Market RM10 je..
fuhhhh sib baik ibu pandai ketika itu..ha ha ha
kot ye pun nak naikkan harga kan
berpatut-patutlah
rakyat Malaysia nieH..
ko nak jual kat tourist ke haper ke..ok lah
takkan lah orang Malaysia sendiri pun ko nak belasah charge mahal-mahal kannn...
tak patot..tak patot
jadinya..ingat ye korang..tak yah beli
mmg apa yang ada kat ataih ni..ada kat Central Market....hehhehe






ok..its time to say goodbye...
ni lah exit untuk ke bawah
masih kena tunggu lif.....

sebaik saja a.k.u sampai di tingkat bawah

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa




ingat tak tadi ada cakap..masa nak bagi tiket..ada sesi bergambar
haaaaaaaaaaaaaaa gambar ni lahhhhhh
mula-mula dia bagi gambar yg berframe tu - sama cam kite pegi Legoland kan.....
satu RM35....a.k.u pejam mata kata OK.
pastu dia tunjukkan keychain plak.....tapi amik ngan keychain ni dia bagi RM50
hamboi hamboi..marketing kannn..

disebabkan gambar a.k.u sekeluarga ada kat situ..ye a.k.u pejam mata lagi amik
tetiba masa nak bayar
tup tup a.k.u nampak tuuuuuu yang cam snow snow tuuu
teros tanya...ni berapa pulak
"RM50 kak"

wow!! sOoOOooO cheap......
pandai korang naaa
letak kat sebelah counter nak bayar
tak beli kang...rasa cam rugi plak
ye lah ntah bila bleh datang lagi kannn
dengan buat muka kesian...pastu dia bagitau
"Kalau beli ni (tunjuk kat snow snow tu) plus gambar ni dan keychain ni..kami bagi RM80 pastu kami bagi fridge magnet free"

marketing sangat tau..
tanpa pk banyak
ye ye..saya amiklahhh..grrrrrrr

habis tau duit acik dok bayar benda ni je
tapi tak pelah
kenangan tu penting kannnnnnn
akhirnya terbeli lah keempat-empat barangan tersebut di atas..fuhhhhh.....panas poket a.k.u jap
tu blom campur JUNIOR DRIVER AND BABY DRIVER cap tu..
sampingan-sampingan lagi kan....
tak pe..ibu redha ... demi anak-anak dan keluarga tershentaaaaaaaaaaa




TOTAL DAMAGE .. ber'damage-damage' gak lah...
tapi TOTAL PRECIOUS TIME WITH FAMILY ... priceless...

bagi a.k.u.....kalau dok pk 'belanja yang mahal'
sampai bila-bila pun anak-anak a.k.u tak ke mana-mana
ni bukan statement velagak what so ever ye...
tapi itu pendirian a.k.u
selagi a.k.u mampu...a.k.u boleh 'spent' sikit tuk family
a.k.u teroskannnn
kalau tak mampu..sila tutup mata.....spent the time kat 'penthouse' Taman Melati tuuuu.....
lagipun bukan selalu dapat pegi cam nieH
kalau di kira TOTAL DAMAGE pegi sini dengan ke tempat-tempat lain....
PD contohnya.....mmg jauh lebih tinggi sikitlah perbelanjaannya...
(mmg dalam hati dah berkata-kata..pegi PD lagi morah)
tapi......bak a.k.u kata tadi...TOTAL PRECIOUS TIME WITH FAMILY tuuuu.....priceless....
jadi tak yah lah berkira ngan family sendiri...
hanya kita yang tahu 'keupayaan' kita...

kadang-kadang bawak depa main air kat KLCC yang free tu pun adalah TOTAL PRECIOUS TIME a.k.u dengan family..walaupun hanya main air..tu blom campur main kat taman depan rumah....
bila mereka gembira....a.k.u turut gembira....
tak pelah ibu susah sikit ye.....

ehhhhhhhhhhhhh ada lagi tau..part 3..hehehhe....pegi Menara KL pun bersiri-siri ye..ha ha ha




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...