SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Wednesday, July 6, 2011

Surat Edaran Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Perhimpunan Haram atau Gerakan yang Mengancam Keselamatan Negara

Assalamualaikum



Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Surat Edaran Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Perhimpunan Haram atau Gerakan yang Mengancam Keselamatan Negara. Surat edaran ini bertujuan sebagai peringatan kepada pegawai awam supaya mengelakkan diri daripada terlibat dengan perhimpunan haram atau apa-apa bentuk gerakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara, sama ada penglibatan secara aktif di waktu bekerja atau di luar pejabat serta menyalah guna peralatan pejabat.

Mereka yang melanggar larangan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan [Peraturan 4(1)], mengutamakan tugas awam daripada kepentingan peribadi [Peraturan 4(2)(a), (b) dan (c)] dan larangan penglibatan dalam politik [Peraturan 21(1) dan (2)]. Ketiga-tiga peraturan ini adalah untuk mempertahankan prinsip 'neutrality' dan 'impartiality' dalam Perkhidmatan Awam.
 Sumber:  http://www.jpa.gov.my/docs/se/2011/se01072011.pdf

nampaknya Kerajaan bersungguh-sungguh menangani gejala ni..
moga rakyat Malaysia selamat lah semuanya ye

4 comments:

  1. dgr news pg td,diorng nak batalkan perhimpuan tu..

    ReplyDelete
  2. mmg kwn2 penjawat awam dapat surat ni..

    ReplyDelete
  3. Mizz Siha......ye ke..bagus gak tu....menyusahkan org awam je.....

    ReplyDelete
  4. Individually dapat ke Erna..wah wah....

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...