SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Sunday, November 25, 2012

Resepi dan Cara Memasak Pau yang Mudah

Assalamualaikum



sebenarnya nak buat Crepe Durian
disebabkan tak sempat nak beli Durian
akhirnya tepung yang di beli digunakan untuk membuat pau....

sila perati ye.....adunan doh hanya di dasar pada permulaan....
dan bila tunggu dalam setengah jam...
adunan doh 'meletop' sehingga ke puncak mangkok....wallahhh...gebu ok

tak sangka percubaan pertama menjadi....



bila doh dah 'setting'...
pembuatan pau pun bermula......
ada dua jenis pau..iaitu pau kaya dan pau coklat...
pau coklat tu di request oleh assistant chef a.k.u...
walaupun tak de jam coklat...
a.k.u dapat gak letakkan filling coklat kat pau a.k.u tuuuuuuuu......
a.k.u gantikan chip coklat sebagai filling coklat pau si Alieyah...
takot gak sebenarnya.....ye lah...letak chip coklat dalam pau
takot tak jadik....

bila dah siap bulat-bulatkan
(dok ingat sikit-sikit KULIAH MASTERCHEF ari tu....masa buat pau)

a.k.u start panaskan air.....dan sebaik air panas....
pengukus pun memulakan tugas mengukus pau a.k.u tuuuuu....


Letak chip coklat atas pau untuk tau yang tu pau coklat

Assistant Chef...

Alieyah banyak bantu a.k.u buat pau kali nieH
sbb dalam masa yang sama.. a.k.u dok masak lauk tuk makan malam....
dialah yang buat pau tu..masukkan filling..bulat-bulatkan..letak atas kertas...
thank u my little girl...

selepas 10 minit..
siap...
dan a.k.u amat puas hati dengan penggunaan chip coklat sebagai filling tu
memang menjadi...

si Alieyah perabihkan semua pau coklat yang dia buat..
5 bijik habis ok..





bg a.k.u.....
walaupun mungkin tak sesedap pau beli tu
a.k.u berjaya gak buat pau
sekurang-kurangnya pau tu masih mendapat pujian anak dan suami...
heheheh...




RESEPI PAU


  1. 500 gram tepung gandum (a.k.u guna tepung pau Blue Key)
  2. 1/2 sudu teh baking powder
  3. 1/2 sudu teh garam
  4. 1 sudu makan gula
  5. 1 sudu teh yis segera (a.k.u guna mauripan)
  6. 250 gram air suam
  7. Kertas Minyak (a.k.u guna paper cup sbb ntah mana a.k.u letak kertas minyak a.k.u )


Cara Memasak:


  1. Gaul Rata  Bahan 1 - 5.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung sehingga membentuk adunan doh
  3. Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan doh naik 2 kali ganda.
  4. Setelah adunan doh naik dua kali ganda, uli-ulikan lagi adunan doh (masa ni a.k.u gunakan teknik yang diajar dalam KULIAH MASTER MASTERCHEF)
  5. Bentukkan adunan doh menjadi bulatan kecil (ikut saiz pau yang kita nak)
  6. Setelah semua adunan doh telah di bulatkan, ambil doh bulatan kecil yang pertama dibuat dan canaikan
  7. Letakkan inti di tengah doh yang telah di canai tadi
  8. Tutupkan doh yang dicanai tadi sehingga inti yang ditengah tadi tertutup.
  9. Bulat-bulatkan lagi adunan doh dan di letakkan di atas papercup/kertas minyak.
  10. Rehatkan adunan pau sehingga kembang.
  11. Panaskan pengukus
  12. Masukkan pau ke dalam pengukus dan kukus selama 10 minit
  13. Setelah masak, keluarkan dari pengukus...dan sudah boleh di makan...


** Pastikan penutup pengukus diletakkan tuala untuk mengelakkan wap air terjatuh di atas pau (nanti pau tak cantik...berjerawat)

** Semasa nak tunggu adunan doh mengembang, pastikan ianya ditutupkan dengan tuala yang lembab (untuk mengekalkan kelembapan doh)

** Pastikan adunan doh yang telah mengembang tu di uli semula.  Nak tumbuk-tumbuk ke, nak lempang-lempang ke adunan doh tu pun tak pe....nak campak-campak pun boleh..hehhehe..tapi jgnlah keterlaluan..makanantuuuu.....uli semula tu sebenarnya untuk settingkan semula adunan tu.....

**  untuk inti tu....a.k.u gunakan kaya yang telah siap dibuat ye...boleh beli je kat pasaraya..kalau nak buat pun boleh...tak salah..lagi sedap kan....ataupun nak letak inti kacang ke, kelapa ke, ayam ke..ikut suka la apa kite nak guna kan....



Tepung yang a.k.u gunakan tuk buat pau

3 comments:

  1. Hi achik. COMEL lah assistant achik. Paunya nampak sedaap, saya nanti nak try. Saya sebenarnya ingin meminta izin achik untuk letak laman web achik kat laman web kawan saya. Boleh ke achik?

    ReplyDelete
  2. Sedap ni...nak buat LA....

    Jom lawat blog saya...

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...