SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, February 7, 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negara

Assalamualaikum


dulu masa kat sekolah
Lawatan Sambil belajar ni mesti ada kan?
kawan-kawan join tak lawatan-lawatan ni?

untuk a.k.u
tak sah kalau tak join...
kalau dapat pegi Muzium Negara, Zoo Negara tu..
mmg bangga gila lah kan......
ye lah...masa zaman sekolah dulu
kalau dapat pegi jalan-jalan..
seronok giler

skrang pun sama...
cuma bezanya
dulu a.k.u sebagai seorang budak-budak sekolah
skrang....melawat Muzium....sebagai mak org

cuti panjang kali ni mmg best
mula-mula pegi PD
pastu balik ke KL Sabtu...hari Ahad..pegi Muzium Negara
lama benor dah tak pegi sana....
bila En Suami offer pegi..
mmg a.k.u amik peluang lahhhhh.....

untuk pengetahuan semua
Muzium Negara ini di bukan dari jam 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari...dan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha
selain daripada lawatan sendiri-sendiri
pihak Muzium juga ada menyediakan Lawatan Berpandu secara percuma selama satu jam oleh Sukarelawan Muzium

Lawatan dalam Bahasa Inggeris pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu
Lawatan dalam Bahasa Perancis pada hari Selasa dan Khamis
Lawatan dalam Bahasa Jepun pada hari Khamis sahaja
Lawatan dalam Bahas Malaysia dan Mandarin pada hari Sabtu (hanya pasa cuti persekolahan)
dan untuk Bahasa-Bahasa Lain berdasarkan permohonan
kesemua lawatan-lawatan ini bermula jam 10 pagi

Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu untuk kumpulan dan rombongan sekolah
Nombor yang boleh dihubungi untuk keterangan lanjut adalah 03-2282 6255 sambungan 395 atau
emelkan kepada mymqueiries@yahoo.com

Bayaran masuk RM2 dikenakan untuk Pelawat Tempatan dewasa
dan kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke atas
manakala PERCUMA untuk pelajar sekolah beruniform

Bayaran masuk RM5 dikenakan untuk Pelawat Antarabangsa dewasa berumur 13 tahun ke atas, RM2 untuk kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun dan PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.





macam ni lah rupa tiket masuk ke Muzium Negara
a.k.u pegi PAMERAN KHAS juge...
kebetulan masa a.k.u pegi ni ada Pameran Khazanah Kapal Karam
pameran ni berlangsong dari 15 Ogos tahun lepas sehingga 29 Februari 2012.....
dalam pameran ni...ada ditunjukkan koleksi-koleksi yang didapati dari kapal-kapal karam di Malaysia...





masa mula-mula sampai tu
mmg kami terjah pameran ni dulu
sbb kalau ikot dari arah parking...
mmg kite semua akan melalui bahagian belakang muzium....
so kalau nak masuk Muzium Negara kenalah jalan ke depan sikit
di bahagian luar muzium...
dan pameran khas ni selalunya depa buat kat dewan lain di luar bangunan Muzium Negara

kat belakang tu adalah gerai-gerai makanan, minuman...dan macam-macamlah
pastu kalau nak bergambar dengan ular ke..iguana ke...malah nak naik beca dan bergambar dengan beca pun ada....
semuanya di charge dengan harga RM10 ye...
tapi tak salah a.k.u kalau nak naik beca tu dikenakan bayaran RM10 kot....
dan bergambar RM3...erk...
ni a.k.u tak sure sangat..
tapi kami sekeluarga bergambar dengan burung kakak tua sahaja......
gambar di bawah ni yang a.k.u captured guna HP a.k.u lah dari gambar asal yang diberikan oleh jurugambar kat situ
gambar kat kamera sendirik....malas nak kuarkan plak....





oh ya..
untuk pengetahuan semua...
dalam Muzium Negara ni terdapat empat galeri kesemuanya...

GALERI A - Sejarah Awal
(terletak di tingkat bawah)
  1. Zaman Perm
  2. Zaman Pra-Sejarah
  3. Rangka Manusia Perak
  4. Zaman Gangsa
  5. Pengekembumian Pra-Sejarah
  6. Lembah Bujang

kat sini lah a.k.u ada bergambar depan A-Famosa....
mmg sebijik A-Famosa kat Melaka tu
bila tgk gambar mmg kalau org tak tahu..org akan kata A-Famosa

di GALERI B pula - Kerajaan-Kerajaan Melayu
(juga terletak di tingkat bawah)
  1. Laluan Perdagangan Awal
  2. Kerajaan-Kerajaan Melayu di Tanah Melayu
  3. Kerajaan-Kerajaan Melayu di Nusantara
  4. Kerajaan Melayu Melaka
  5. Tayangan Interaktif
  6. Sezaman dan Selepas Melaka
  7. Kerajaan-Kerajaan Melayu Borneo
  8. Singgahsana
  9. Mural Hang Tuah
  10. Sentaja Tradisional Melayu

kat sini a.k.u suka tengok Singgahsana yang cantik tu...dan juga Mural Hang Tuah...
ada satu replika keris ke pedang...setinggi a.k.u ok
a.k.u tak tahu lah pedang tu adalah saiz asal ke atau dibesarkan
tapi kalau saiz asal...wow!!

GALERI C - Era Kolonial
(tingkat atas)
  1. Era Portugis
  2. Era Belanda
  3. Era British
  4. Kesan Campur Tangan British di Tanah Melayu
  5. Pendudukan Jepun
  6. Sistem Pendidikan di Tanah Melayu
  7. Pejuang-Pejuang Kemerdekaan

GALERI D - Malaysia Kini
(tingkat atas juge)
  1. Kebangkiitan Kesedaran
  2. Pergerakan Nasionalisme
  3. Darurat
  4. Kemerdekaan
  5. Pembetukan Malaysia
  6. Pengiktirafan Antarabangsa
  7. 1Malaysia


kat sini lah ada replika baju angkasawan negara yang kite boleh letak muka dan bergambar...
gambar kami bergambar di situ juge ada kat dalam kamera bagak tu..

secara keseluruhannya...
mmg banyak peningkatan dan pembaharuan di Muzium Negara ni
seingat a.k.u
masa a.k.u pegi lawatan sambil belajar..
time tu ada pameran Mumia tuuuu
ada saper-saper pegi tak time nieh??
tak macam ni lagik...........

selain pameran ye..
perkhidmatan lain yang disediakan seperti kemudahan kerusi roda untuk orang kurang upayapun disediakan....
Kedai Muzium untuk beli cenderahati, tandas, surau, lif, atm - BSN pun ada.....

dan a.k.u ada perasan ada Istana kecil di luar.....bersebelahan dengan surau dan Muzium Khazanah Orang Asli....
dalam Muzium ni...ada pameran baju-baju tradisional asli, adat perkahwinan orang Melayu, penenun songket, batik..dan macam-macam lah yang berkaitan dengan Tradisional Asli....

a.k.u rasa cukup kot perkongsian maklumat a.k.u berkenaan Muzium Negara
tu pun kalau ada orang nak baca..huhuhu..

haaa kalau korang rajin..boleh lah melawat laman web Muzium Negara di http://www.jmm.gov.my/ms
mereka updatekan pameran-pameran yang sedang berlangsong di Muzium Negara
so korang boleh plan bila korang nak pegi..
tak delah nanti sekadar melawat ke Muzium Negara sahaja..
boleh lah pegi Pameran Khas yang mereka buat...





1 comment:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...