a.k.u suka tul baca Resepi Ramadhan Chef Wan nieH
kali ni..Chef Wan ajar cara nak buat Biskut Coklan Vienna Bulat
tengok bahan pun senang plak tu....
hehehhehe....
kalau sempat mana tau leh jadi kuih raya kan....
Biskut Coklat Vienna Bulat
BAHAN-BAHAN
Gula aising | 150 g |
Tepung gandum serbaguna | 390 g |
Serbuk koko | 30 g |
Mentega pejal | 250 g |
Telur | 2 biji, besar |
Jam rasberi | Secukupnya |
CARA
- Ayak gula, tepung dan serbuk koko di dalam mangkuk. Putarkan mentega dan telur sehingga kembang. Kaup dan balikkan bahan-bahan diayak dengan tangan.
- Paipkan doh menjadi bulatan dengan muncung corak roset.
- Bakar pada suhu 170°C selama 10–15 minit atau sehingga biskut menjadi perang keemasan. Sejukkan. Kepitkan dua biskut bersama dengan jem rasberi dan taburkan gula aising.
Nota
Selain jam rasberi, anda juga boleh lapiskan biskut ini dengan krim berperisa kopi. Caranya adalah dengan memutarkan gula aising bersama dengan mentega dan dimasukkan sedikit esen kopi. Jadilah ia biskut vienna mocca.
bole try ni naty
ReplyDeletesenang dan mudah kannn
Delete